+ Balas Topik
Muka 1 dari 2
1 2 Muka TerakhirMuka Terakhir
Kiriman 1 hingga 20 daripada 39
  1. #1
    Ahli VIP flash is just really nice flash is just really nice flash is just really nice flash is just really nice flash's Avatar
    Daftar Pada
    22 Dec 2007
    Lokasi
    ~ nO mAn, wOmaN cRy ~ luv from jamaica
    Kiriman
    3,313
    Thanks
    0
    Thanked
    670 Times in 588 Posts
    My Mood
    Relaxed

    Sejarah Solat 5 Waktu

    Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

    SUBUH

    Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

    i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

    ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

    ZOHOR

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

    i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

    ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

    iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

    iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

    ASAR

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

    i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
    ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
    iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
    iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

    MAGHRIB

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

    i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

    ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

    iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

    ISYAK

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

    i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

    iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

  2. #2
    Ahli VIP sharuzzaman is on a distinguished road sharuzzaman's Avatar
    Daftar Pada
    25 Oct 2001
    Lokasi
    Cyberjaya, Bangi
    Kiriman
    4,149
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 1 Post

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    sumber! sumber! sumber!

    kalau tak der sumber, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan orang!!
    Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people.

  3. #3
    ThE KiNg VII se7en has a spectacular aura about se7en has a spectacular aura about se7en's Avatar
    Daftar Pada
    6 Mar 2003
    Kiriman
    13,169
    Thanks
    37
    Thanked
    193 Times in 131 Posts
    My Mood
    Aggressive

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    kalo ade ilmu berkaitan agama ...kan elok diberikan link sumber..petikan hadis or Al Quran...sebab dengan ini memudahkan org nak tau dari mana dtgnye source nye...bukan menafikan hak berposting tp biarla dengan cara yg baik....sumber yg sahih dan diyakini...
    Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH
    Tuhan yang mentadbir dan memelihara sekalian alam

  4. #4
    Ahli Senior iori yagami is on a distinguished road iori yagami's Avatar
    Daftar Pada
    9 Jan 2003
    Lokasi
    DaLaM GeLaNgAnG
    Kiriman
    2,670
    Thanks
    16
    Thanked
    0 Times in 0 Posts
    My Mood
    Twisted

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    yer setuju... mcm kate nak direka² pun
    boleh... sila berikan sumber² nyer..
    kalau ada sumber lagi bagus.. mesti ada
    byk lagi kisah² yg lain... tol tak rerakan
    Api Nirmala Unggu Dari Kayangan

  5. #5
    Ahli Senior asura is on a distinguished road asura's Avatar
    Daftar Pada
    18 Apr 2006
    Kiriman
    2,364
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 2 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    tol tak rerakan
    yer amat betul pd pandangan saya ..

    pape pon mekasih atas usaha yg baik tu
    perbuatanku adalah pengakuanku

  6. #6
    Ahli VVIP izhani is on a distinguished road izhani's Avatar
    Daftar Pada
    14 Aug 2006
    Lokasi
    China
    Kiriman
    6,104
    Thanks
    0
    Thanked
    38 Times in 32 Posts
    My Mood
    Cool

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    ape yg pbuka thread tulis tu..mmg ade tampal kat surau opis aku....so dah mmg tahupun...
    "Apologizing does not mean that you are wrong and the other person is right...
    It simply means that you value the relationship much more than your ego...

  7. #7
    Secerah Pawarna™ fosilmitra has a spectacular aura about fosilmitra has a spectacular aura about fosilmitra's Avatar
    Daftar Pada
    12 Nov 2003
    Lokasi
    Dunia Baru Islam
    Kiriman
    9,695
    Thanks
    510
    Thanked
    177 Times in 125 Posts
    My Mood
    Cool

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh sharuzzaman View Post
    sumber! sumber! sumber!

    kalau tak der sumber, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan orang!!

    Acik bersetuju dgn permintaan saudara sharuzzaman. Perlukan sumber samada dari al-qur'an ataupun hadis soheh mengenai sejarah solat tersebut.

    Wassalam.

    p/s: Saudari izhani mungkin boleh membantu mendapatkan sumber di suraunyer.
    "Ingatlah akan saat dan ketika bila tiba masanya kamu berada di'bawah' sana..."
    Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!

  8. #8
    Ahli Senior bergthegreat is on a distinguished road bergthegreat's Avatar
    Daftar Pada
    2 Jan 2008
    Lokasi
    萨哈瓦桑
    Kiriman
    2,034
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh sharuzzaman View Post
    sumber! sumber! sumber!

    kalau tak der sumber, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan orang!!
    if merujuk kepada info yang diberi... more kepada pengetahuan am berkaitan sejarah solat itu sendiri.. even bleh diragui akan infonya tapi xde la sampai x leh dipercayai kerana ianya berkaitan sejarah solat itu sendiri yang kita lakukan seharian dan juga rasanya x akan menjejaskan akidah kita sebagai umat islam apatah lagi menyesatkan...

  9. #9
    Abu Mu'aaz trew has a spectacular aura about trew has a spectacular aura about trew's Avatar
    Daftar Pada
    20 Apr 2002
    Lokasi
    Cyberjaya
    Kiriman
    3,799
    Thanks
    23
    Thanked
    204 Times in 105 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh bergthegreat View Post

    dah tu dr mana pengetahuan am sejarah solat ni dtg? mimpi?

    kalau tak jejas aqidah pun kalau bila solat asyik teringat "sejarah2" ni setiap rakaat, dah tu "sejarah" ni pembohong pulak tu... apa kesannya?

    kalau org tipu sejarah negara kita pun kita marah, ni kan pulak sejarah tiang agama...

    benda kalau tak berkait dgn al-Quran dan sunnah boleh kira sebagai ibadat ke?

    wassalam.
    Abu Mu'aaz ;-)

  10. #10
    Ahli Senior shah is on a distinguished road shah's Avatar
    Daftar Pada
    21 Aug 2001
    Lokasi
    petaling jaya
    Kiriman
    1,299
    Thanks
    0
    Thanked
    1 Time in 1 Post

  11. #11
    Ahli VIP sharuzzaman is on a distinguished road sharuzzaman's Avatar
    Daftar Pada
    25 Oct 2001
    Lokasi
    Cyberjaya, Bangi
    Kiriman
    4,149
    Thanks
    0
    Thanked
    2 Times in 1 Post

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    dalam Darul Numan ni pun tak der sumber?

    siapa yang buat kajian sejarah ni? pemilik Darul Numan ke?

    sumber yang dirujuk pun tak der sumber... cam ner?
    Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people.

  12. #12
    Ahli VIP flash is just really nice flash is just really nice flash is just really nice flash is just really nice flash's Avatar
    Daftar Pada
    22 Dec 2007
    Lokasi
    ~ nO mAn, wOmaN cRy ~ luv from jamaica
    Kiriman
    3,313
    Thanks
    0
    Thanked
    670 Times in 588 Posts
    My Mood
    Relaxed

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    SEJARAH SOLAT
    Sejarah Solat Diwahyukan
    1. Sejarah Solat Diwahyukan Solat adalah salah satu amalan agama samawi (yang diturunkan dari langit) semenjak sebelum kedatangan Islam lagi. Tetapi solat dalam agama-agama samawi sebelum Islam tidaklah diwajibkan secara khusus seperti solat fardhu lima waktu yang difardhukan dalam agama Islam. Jika dilihat dari sudut sejarah solat ini, sememangnya diwahyukan terus dari Allah s.w.t, kepada nabi-nabiNya termasuklah Nabi Muhammad s.a.w sebagai amalan hidup seorang Muslim
    2. Bila Solat Difardukan Ibadat solat telah difardhukan oleh Allah dalam satu peristiwa agung dalam dalam sejarah kehidupan Rasullah s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku kira-kira beberapa tahun selepas Rasullah dilantik sebagai Rasul. Dalam peristiwa tersebut, Baginda telah dibawa oleh Malaikat Jibrail a.s mengadap Allah di Arsy untuk menerima perintah mengerjakan solat lima waktu. Bermula dari situlah, maka setiap orang Islam diwajibkan mengerjakan solat. Hukum mendirikan solat ini adalah fardhu ain keatas setiap individu Muslim.
    3. Bagaimana orang terdahulu dari Nabi Muhammad bersolat. Menurut para pengkaji sejarah Islam, Kaedah orang-orang terdahulu sebelum umat Muhammad s.a.w mengerjakan solat tidaklah sama seperti solat-solat yang difardhukan kepada Nabi Muhammad dan umatnya. Ini kerana bentuk dan kaifiyat solat lima waktu hanya khusus kepada umat Muhammad. Bentuk solat yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s dan juga Nabi Daud a.s adalah lebih mudah iaitu hanya dua rakaat sahaja dan tidak ditentukan secara khusus lima waktu sehari semalam
    "Solat tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya dia telah mendirikan agama (ad-din)dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama(ad-Din)"

    Perihal kewajipan solat
    1. Tanggungjawab setiap muslim.
    Solat merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud:
    "Agama Islam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan".

    · Solat juga adalah amalan asas bagi setiap penganut agama Islam.
    · Terdapat juga ayat-ayat lain berkenaan tanggungjawab orang Islam, antaranya :

    " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Surah Azd-Dzaariayat - Ayat 56
    2. Perintah Bersolat
    Firman Allah :
    "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya." Surah Thaahaa - Ayat 132

    3. Dirikan solat
    Firman Allah :
    " Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang ruku". Surah Al-Baqarah - Ayat 43

    4. solat tiang agama.
    Rasullah s.a.w bersabda :
    "Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".

    5. Amalan asas bagi setiap Muslim.
    · Solat juga adalah amalan asas bagi setiap penganut agama Islam.
    Rasullah s.a.w bersabda :

    "Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".

  13. #13
    Ahli Senior bergthegreat is on a distinguished road bergthegreat's Avatar
    Daftar Pada
    2 Jan 2008
    Lokasi
    萨哈瓦桑
    Kiriman
    2,034
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh trew View Post
    dah tu dr mana pengetahuan am sejarah solat ni dtg? mimpi?
    pengetahuan am itu perlu dirujuk kembalik kepada pembuka topik.. kemungkinan dari bahan bacaan, buku sejarah, blog dll..

    kalau tak jejas aqidah pun kalau bila solat asyik teringat "sejarah2" ni setiap rakaat, dah tu "sejarah" ni pembohong pulak tu... apa kesannya?

    rasanya info ini langsung x menjejaskan akidah kita sebagai umat islam dan juga cara kita bersolat ianya ibadat yang wajib kita kerjakan secara khusyuk, even ianya adalah rekaan semata2...

    kalau org tipu sejarah negara kita pun kita marah, ni kan pulak sejarah tiang agama...

    benda kalau tak berkait dgn al-Quran dan sunnah boleh kira sebagai ibadat ke?

    adakah info yang diberi oleh pembuka topik ini tidak berkait langsung dgn Al-Quran dan sunnah.. banyak perkara yang dikategorikan sebagai ibadat dan ianya bukan sahaja dhn sembahyang, berpuasa dll.. Perkahwinan, menuntut ilmu, memberi sedekah juga dikira ibadat..

    Pernah dgr perumpamaan bodoh sombong... maksudnya orang sebegini sudah la jahil tapi berlagak umpama dia mengetahui smua perkara walhal dia tidak tahu apa2.. sekian

  14. #14
    Abu Mu'aaz trew has a spectacular aura about trew has a spectacular aura about trew's Avatar
    Daftar Pada
    20 Apr 2002
    Lokasi
    Cyberjaya
    Kiriman
    3,799
    Thanks
    23
    Thanked
    204 Times in 105 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh bergthegreat View Post
    pengetahuan am itu perlu dirujuk kembalik kepada pembuka topik.. kemungkinan dari bahan bacaan, buku sejarah, blog dll..

    kalau tak jejas aqidah pun kalau bila solat asyik teringat "sejarah2" ni setiap rakaat, dah tu "sejarah" ni pembohong pulak tu... apa kesannya?

    rasanya info ini langsung x menjejaskan akidah kita sebagai umat islam dan juga cara kita bersolat ianya ibadat yang wajib kita kerjakan secara khusyuk, even ianya adalah rekaan semata2...

    kalau org tipu sejarah negara kita pun kita marah, ni kan pulak sejarah tiang agama...

    benda kalau tak berkait dgn al-Quran dan sunnah boleh kira sebagai ibadat ke?

    adakah info yang diberi oleh pembuka topik ini tidak berkait langsung dgn Al-Quran dan sunnah.. banyak perkara yang dikategorikan sebagai ibadat dan ianya bukan sahaja dhn sembahyang, berpuasa dll.. Perkahwinan, menuntut ilmu, memberi sedekah juga dikira ibadat..

    Pernah dgr perumpamaan bodoh sombong... maksudnya orang sebegini sudah la jahil tapi berlagak umpama dia mengetahui smua perkara walhal dia tidak tahu apa2.. sekian
    ok... cuba bg satu contoh ibadat atau pun apa2 info berkaitan ibadat yg langsung takde sandaran kepada al-Quran and as-sunnah...

    mcm yg saudara bg contoh kat atas... solat, puasa, kawin, etc... semuanya ada sandaran kepada al-Quran dan as-sunnah...

    sbb tak tau semua benda la kita mintak sumber sejarah ni... kalau betul datang dr al-Quran atau as-sunnah, kita terima... kalau tak, baling ke dinding je la... dah dua hari dah, pembuka topik tak bg pun sumber, tp pusing kot lain pulak...

    rasanya org yg boleh terima sejarah SOLAT tanpa sandaran al-Quran dan as-sunnah kalau tak sombong pun, yg satu lg tu kot kalau sejarah tiang rumah jiran saya ke takpe jugak... ni sejarah tiang agama...

    wassalam.
    Last edited by trew; 29-01-08 at 11:59 AM.
    Abu Mu'aaz ;-)

  15. #15
    Ahli Senior bergthegreat is on a distinguished road bergthegreat's Avatar
    Daftar Pada
    2 Jan 2008
    Lokasi
    萨哈瓦桑
    Kiriman
    2,034
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    semua ibadat, perlakuan, tindakan semuanya bersandar pada al-quran dan juga hadis tinggalan nabi junjungan kita Muhammad saw.

    rasanya saudara yang terkeliru dgn posting saudara sendiri...

    how come sebagai muslim kita x tahu benda2 sebegini.. for sure semua guideline dtg dari al-quran dan sunnah..

    Perlu apa untuk dibuang kedinding.. atas dasar apa.. even buku teks, bahan bacaan yang lain juga ilmu .. adakah hanya utk menunjukkan keegoaan melayu kita itu...

  16. #16
    Abu Mu'aaz trew has a spectacular aura about trew has a spectacular aura about trew's Avatar
    Daftar Pada
    20 Apr 2002
    Lokasi
    Cyberjaya
    Kiriman
    3,799
    Thanks
    23
    Thanked
    204 Times in 105 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh bergthegreat View Post
    semua ibadat, perlakuan, tindakan semuanya bersandar pada al-quran dan juga hadis tinggalan nabi junjungan kita Muhammad saw.

    rasanya saudara yang terkeliru dgn posting saudara sendiri...

    how come sebagai muslim kita x tahu benda2 sebegini.. for sure semua guideline dtg dari al-quran dan sunnah..

    Perlu apa untuk dibuang kedinding.. atas dasar apa.. even buku teks, bahan bacaan yang lain juga ilmu .. adakah hanya utk menunjukkan keegoaan melayu kita itu...
    haaaa... dah tu sejarah solat ni mana sumbernya al-Quran atau as-sunnah nya?

    buang ke dinding atas dasar benda tu mengarut... tgk jugak ilmu apa... ni kita bincangkan ilmu tentang ibadat KHUSUS... jgn umumkan perbincangan dgn menyimpang merata2... takde kaitan ego melayu ke india ke... kita bertegas dlm hal ni demi menjaga integriti agama Islam... kalau posting "kosong" mcm ni kita boleh terima bulat2, hilang la integriti agama Islam...

    bila org lain buat salah mula la persoalkan integriti, tak pakai tudung la, kuat tidur la, berucap mcm membaca la... tp diri sendiri dlm hal agama pun masih longgar integriti...

    wassalam.
    Last edited by trew; 29-01-08 at 12:22 PM.
    Abu Mu'aaz ;-)

  17. #17
    Ahli Junior poloman is on a distinguished road poloman's Avatar
    Daftar Pada
    21 Dec 2007
    Lokasi
    kuantan
    Kiriman
    150
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    salam...

    pendapat aku la...

    aku pernah dengar perkara ni... mari kita berfikir...

    Mesti kita pernah dengar cerita israk-mikraj.. peristiwa Penghulu kita dijalankan dan di angkat untuk berjumpa dengan Allah.. Macam macam versi ada..

    Mari kita lihat dan kaji satu hadis (sebab sumber diutamaka) yg berkaitan dengan israk-mikraj ini..

    Ibnu Hisham berkata bahawa seperti disampaikan kepadaku dari Ummu Hani binti Abdul Muthalib r.a tentang Isra’ Rasulullah s.a.w. Ummu Hani berkata; “,…setelah Baginda solat subuh baginda berkata “, Wahai ummu Hani’ sungguh aku telah solat isya akhir di lembah ini seperti yang engkau lihat, kemudian aku datang ke Baitul Maqdis dan solat di dalamnya, kemudian aku mengerjakan solat subuh bersama kalian sekarang seperti yang kalian lihat, ….aku (Ummu Hani) berkata kepada baginda, ‘wahai Nabi Allah SAW jangan ceritakan peristiwa ini kepada manusia, sebab nanti mereka mendustakanmu dan menyakitimu’. Rasulullah SAW bersabda’ “ Demi Allah aku pasti menceritakan peristiwa ini kepada mereka. (Ibn Hisham, Sirah, 2002. hlm.363)

    tengok bersama ayat Al-quran.. Surah Isra' ayat 1

    "Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-aqsa ,yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui."

    Isra' bermakna perjalanan dari masjid al-haram ke masjid a-aqsa manakala mikraj ialah angkat (Nabi diangkat ke siratul muntaha), jadi semasa isra' Nabi belum bertemu Allah cuma apabila Mikraj sahaja baru bertemu.. Baik... Kalau mengikut hadis di atas, Baginda telah mengerjakan solat isyak sebelum ke masjid al-aqsa.. kemudian Baginda bersolat subuh apabila isra' mikraj selesai..

    Mari kita berfikir... Bagaimana baginda boleh menunaikan solat isyak sebelum baginda diperintahkan solat 5 waktu?.. Kalau mengikut fahaman kita sekarang, semasa mikraj solat diwajibkan dari 50 dikurang.. kurang lagi menjadi 5 waktu sahaja.. Kalau permulaan 50 itu diterima, adakah isyak akan dipanggil isyak? mungkin nama lain sebab 24jam kena bahagi 50.. lagi satu persoalan.. bagaimana baginda tahu utk mengerjakan solat isyak tersebut kalau belum diajar Allah?(cuba bayangkan jika soalan ini ditujukan kepada kita oleh mubaligh kristian.. mampukah kita menjawapnya dengan berhemah?)

    Hanya ilmu yg benar benar tulen sahaja yg dapat merungkaikannya..

    Quote Kiriman asal oleh bergthegreat View Post
    Pernah dgr perumpamaan bodoh sombong... maksudnya orang sebegini sudah la jahil tapi berlagak umpama dia mengetahui smua perkara walhal dia tidak tahu apa2.. sekian
    Betul tu.. apa yg kita dapat kaji dahulu sama benar atau salah.. jangan kita ikut nafsu kita semata-mata dalam berhujah.. Nafsu sendiri banyak peringkat.. kajilah... belajarlah.. carilah.. Aku sekadar menyampaikan..

    TAK KENAL MAKA TAK CINTA...

  18. #18
    Abu Mu'aaz trew has a spectacular aura about trew has a spectacular aura about trew's Avatar
    Daftar Pada
    20 Apr 2002
    Lokasi
    Cyberjaya
    Kiriman
    3,799
    Thanks
    23
    Thanked
    204 Times in 105 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh poloman View Post

    dlm bab ni ulama'2 besar pun berselisih pendapat... dan pernah terbaca (nak kena cari balik) yg Imam Syafie sendiri berpendapat soalan tentang solat2 sblm kefarduan solat 5 waktu (sblm isra' dan mi'raj) adalah sia-sia dan tiada manafaat sbb semuanya dah dimansuhkan dgn penerimaan solat 5 waktu yg ada sekarang ni...

    BTW, posting mcm dlm quote ni la kita nak...

    waAllahu'alam.

    wassalam.
    Abu Mu'aaz ;-)

  19. #19
    silencer mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem's Avatar
    Daftar Pada
    15 Aug 2001
    Kiriman
    14,292
    Thanks
    453
    Thanked
    683 Times in 474 Posts
    My Mood
    Amused

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    tak sia-sia pun.
    sebelum turun solat fardhu tu ibadat solat tetap ada juga,diamalkan oleh nabi-nabi lain dan umatnya sebelum muhammad.
    http://jeans-my.blogspot.com/ Jeans Baru/Used dari UK dan US market saiz 42" sahaja

  20. #20
    Ahli Junior Pendeta is on a distinguished road Pendeta's Avatar
    Daftar Pada
    6 Nov 2007
    Kiriman
    368
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    Quote Kiriman asal oleh bergthegreat View Post
    rasanya info ini langsung x menjejaskan akidah kita sebagai umat islam dan juga cara kita bersolat ianya ibadat yang wajib kita kerjakan secara khusyuk, even ianya adalah rekaan semata2...

    Encik, Islam bukanlah agama yang mengamalkan dan/atau membenarkan konsep "matlamat menghalalkan cara". Jadi, hatta untuk mendapatkan khusyuk dalam solat sekalipun, info begini tidak boleh diguna pakai di dalam solat ya. Khusyuk didalam solat adalah melupakan SEGALA yang lain kecuali Allah. Tidak boleh tidak, mesti dicuba. Tetapi bila disengajakan mengingat "sejarah" solat, maka hilanglah khusyuk tersebut. Tambah pula kalau "sumber" dan "kesahihan" "sejarah" tersebut diragui dan diperdebatkan.

    adakah info yang diberi oleh pembuka topik ini tidak berkait langsung dgn Al-Quran dan sunnah.. banyak perkara yang dikategorikan sebagai ibadat dan ianya bukan sahaja dhn sembahyang, berpuasa dll.. Perkahwinan, menuntut ilmu, memberi sedekah juga dikira ibadat..

    Itulah sebabnya diminta tunjukkan sumber mana hadisnya, mana ayat Qur'an nya tentang sejarah solat ni. Sepanjang kami ni mengucap takbir beruku' sujud, sejarah yang kami ketahui hanyalah dari isra' dan mikraj. Tidak pula diriwayatkan kepada kami raka'at pertama tu adalah tindakan Nabi sekian - sekian pada sekian - sekian sebab sekian - sekian.

    Perlu diingat ya, wujud istilah yang kita kenali sebagai "bida'ah". Tetapi walaupun solat atau ibadah lain bukan bida'ah, ini tak bermaksud tidak ada kebatilan yang telah atau boleh diselitkan bersama - sama yang haq. Itulah perlunya kita kenalpasti sumber maklumat. Apabila kita percaya kepada sesuatu itu sebagai betul atau salah, ia melibatkan kepercayaan. Apa itu kepercayaan jika bukan aqidah?

    Pernah dgr perumpamaan bodoh sombong... maksudnya orang sebegini sudah la jahil tapi berlagak umpama dia mengetahui smua perkara walhal dia tidak tahu apa2.. sekian

    1. Bodoh sombong maknanya orang yang tak tahu apa - apa tapi taknak bertanya. Kalau ada peribahasa "bodoh berlagak", maka barulah apa yang kamu describe tu boleh pakai.

    2. Kita semua boleh baca trew bersoal, jadi dia tidak sombong, jauh dari berlagak sebab dia tidak tunjuk pandai dengan menambah atau bawa masuk "maklumat benar" yang baru.

    Aku pernah terbaca kata Imam Malik yang lebih kurang maksudnya:

    Kata - kata setiap orang itu boleh diterima atau ditolak melainkan kata - kata Rasulullah S.A.W.

+ Balas Topik
Muka 1 dari 2
1 2 Muka TerakhirMuka Terakhir

Informasi Topik

Users Browsing this Thread

Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)

Topik Berkaitan

  1. perisian waktu solat
    By suri in forum Bincang Muslimin dan Muslimah
    Komen: 6
    Terkini: 02-02-12, 03:10 PM
  2. solat waktu azan
    By SH_7 in forum Bincang Muslimin dan Muslimah
    Komen: 29
    Terkini: 10-01-09, 12:46 AM
  3. Scripting Waktu Solat...
    By k1dz in forum Bincang Pengaturcaraan & Sekuriti
    Komen: 6
    Terkini: 27-11-07, 01:21 AM
  4. Lelaki dan solat 5 waktu....
    By SixShot in forum Bincang-Bincang BDN
    Komen: 25
    Terkini: 11-06-05, 06:24 AM
  5. Pengiraan Waktu Solat
    By godekgodek in forum Bincang Pengaturcaraan & Sekuriti
    Komen: 13
    Terkini: 25-10-02, 05:24 PM

Nota

  • Anda tidak boleh membuka topik baru
  • Anda tidak boleh membalas kiriman
  • Anda tidak boleh menghantar kepilan
  • Anda tidak boleh mengedit kiriman