+ Balas Topik
Muka 1 dari 2
1 2 Muka TerakhirMuka Terakhir
Kiriman 1 hingga 20 daripada 30
  1. #1
    Ahli Junior SH_7 is on a distinguished road SH_7's Avatar
    Daftar Pada
    9 Jan 2007
    Lokasi
    selangor
    Kiriman
    576
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    solat waktu azan

    aku nak tanye la...
    leh ke solat waktu azan.
    azan baru start je,terus solat.
    sebab nk kejar waktu kelas.
    takut lambat masuk kelas.
    erk????

  2. #2
    Ahli Junior balloon is on a distinguished road balloon's Avatar
    Daftar Pada
    3 Jan 2007
    Lokasi
    Dalam Kebun Getah
    Kiriman
    488
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    x boleh. azan adalah untuk menandakan masuknya waktu solat. tapi kita mestilah kena sambut azan tu. kena dengar btul2.
    klu time azan kita solat, solat pun susah nk khusyuk, dan cmner nak sambut azan tu?

    ~~~

    AZAN SEBAGAI LAMBANG SYIAR ISLAM


    Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

    Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    “Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
    (Surah at-Taubah: 3)

    Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
    (Surah al-Haj: 27)

    Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

    Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

    Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    “Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...”
    (Surah al-Ma’idah: 58)

    Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud:

    “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.

    Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.

    Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

    Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

    Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

    Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.


    Menurut pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

    1.mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.

    2.mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis.

    3.mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan.

    4.ketika membaca “hayya `ala as-salah”, mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.

    5.mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya.

    6.suara mu’azzin hendaklah nyaring.

    7.mu’azzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.

    8.orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

    9.setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).

    Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

    “Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”
    (Riwayat Muttafaq `Alayh)

    Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:

    “Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
    (Riwayat Bukhari)

    Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

    “Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
    (Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

    Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

    “Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
    (Surah Fussilat: 33)

    `A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

    “Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
    (Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
    An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

    Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.


    SUMBER RUJUKAN:
    • Al-Qur’an Al-Karim dan terjemahannya.
    • Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji.
    • Ensiklopedia Islam, Jilid 1, Cetakan Pertama 2004, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Susunan Drs. H.A. Hafizah Dasuki dll.
    • Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 1, Cetakan Pertama 2003, Terbitan Era Visi Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Susunan Shafie Abdul Rahman dll.
    • Fiqh & Perundangan Islam, Jilid 1, Cetakan Ketiga 1997, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain dll.

  3. #3
    sdn bhd emy has a spectacular aura about emy has a spectacular aura about emy has a spectacular aura about emy's Avatar
    Daftar Pada
    24 Sep 2002
    Lokasi
    UIA always n forever
    Kiriman
    26,684
    Thanks
    1,354
    Thanked
    277 Times in 234 Posts
    My Mood
    Blah

    Re: solat waktu azan

    solat masa azan tak sama ke ngan berbuka masa azan?
    ~~~~~"BETUL BETULKAN YG BIASA....BIASA BIASAKAN YG BETUL"~~~~~~

  4. #4
    Ahli Junior ummE is on a distinguished road ummE's Avatar
    Daftar Pada
    17 Feb 2007
    Lokasi
    alOr fuLL wiF stAr n taNjuNg mAliM
    Kiriman
    347
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    huhu...ak slalu gk solat time azn..
    klaz ak stat kul 5..azn kul 4.50..nk kejo klaz laie..dh la surau jauh dr klaz..
    " tO thE wOrlD,u miGht bE oNe PerSon..buT tO oNe PerSon,u miGht bE thE wOrlD " (o'.'o)

  5. #5
    Ahli Junior SH_7 is on a distinguished road SH_7's Avatar
    Daftar Pada
    9 Jan 2007
    Lokasi
    selangor
    Kiriman
    576
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    kiriman UMME
    huhu...ak slalu gk solat time azn..
    klaz ak stat kul 5..azn kul 4.50..nk kejo klaz laie..dh la surau jauh dr klaz..
    ooo...baru aku tau tak leh,
    aku sebab nk kejar kelas kul 5,
    masuk azan je terus solat.
    hehe..tak sahut azan pun.
    erk????

  6. #6
    Ahli VVIP izhani is on a distinguished road izhani's Avatar
    Daftar Pada
    14 Aug 2006
    Lokasi
    China
    Kiriman
    6,104
    Thanks
    0
    Thanked
    38 Times in 32 Posts
    My Mood
    Cool

    Re: solat waktu azan

    aku tatau ar bole ke tak.......
    tp selalunya masa study dulu kwn aku selalu ckp...
    takut Allah ke takut lecturer mrh sbb lmbt masuk kelas...
    aku pun solat sejurus je abis azan tu....

  7. #7
    comel tudung biru is on a distinguished road tudung biru's Avatar
    Daftar Pada
    19 Jun 2002
    Lokasi
    D:\virus
    Kiriman
    18,993
    Thanks
    0
    Thanked
    1 Time in 1 Post

    Re: solat waktu azan

    * tok janggut,

    fir nmpak awk online
    bole jwb psl ni
    tema kacih ye
    300680-151180-051108

  8. #8
    Ahli Senior sawi is a jewel in the rough sawi is a jewel in the rough sawi is a jewel in the rough sawi is a jewel in the rough sawi's Avatar
    Daftar Pada
    3 Sep 2001
    Lokasi
    Middle of The Earth
    Kiriman
    2,421
    Thanks
    414
    Thanked
    367 Times in 201 Posts
    My Mood
    Lurking

    Re: solat waktu azan

    Quote Kiriman asal oleh tudung biru
    * tok janggut,

    fir nmpak awk online
    bole jwb psl ni
    tema kacih ye

    TJ tgh kumpul maklumat, bahan2 utk jawab isu ni dgt tepat tu
    #tandatangan#

  9. #9
    =DiGiT@aL AnGeL= angellish is on a distinguished road angellish's Avatar
    Daftar Pada
    23 Feb 2006
    Lokasi
    Taman Rekreasi
    Kiriman
    3,793
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    besa pun aku dgr lepas azan baru leh semayang....
    kalo kat masjid tuh kan org akan tggu bilal abihkan azan baru pas tuh semayang...
    kalo posa tuh mmg dh ada kata jgn melambatkan berbuka posa...
    arap perbetulkan la apa yg x betul ek...
    :.The planets,especially the Moon, admires u & looks up to u for encouragement and friendship.:

  10. #10
    Ahli Junior QDING is on a distinguished road QDING's Avatar
    Daftar Pada
    31 Jul 2006
    Kiriman
    558
    Thanks
    5
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    kat umah aku boleh dengar azan 3 surau...
    yg satu dah habis, kdg2 yg lagi satu blm habis, pastu sambung plak yg satu lagi...
    tu blm masuk tv ngan radio lagi...mcm mana tu yer...
    # Q Ding #

  11. #11
    Ahli VIP el-lail is on a distinguished road el-lail's Avatar
    Daftar Pada
    3 Jul 2002
    Lokasi
    al-fikrah.net
    Kiriman
    3,488
    Thanks
    0
    Thanked
    3 Times in 3 Posts

    Re: solat waktu azan

    Quote Kiriman asal oleh QDING
    kat umah aku boleh dengar azan 3 surau...
    yg satu dah habis, kdg2 yg lagi satu blm habis, pastu sambung plak yg satu lagi...
    tu blm masuk tv ngan radio lagi...mcm mana tu yer...


    Kalau lelaki, pergilah sertai jemaah di salah satu surau.

    Untuk menjawab soalan ini, saya kongsikan jawapan yang saya jumpa di irsyad brunei

    Sunat menjawab azan dan iqamah itu walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardhu atau sunat, bersetubuh dan qadha hajat (buang air kecil atau besar), sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya. Makruh menjawab bagi orang yang ada najis dimulutnya.

    Jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah ketika dia sedang membaca al-Qur’an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa sunat dia berhenti sekejap untuk menjawab azan dan iqamah tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 1/386-387 dan al-Majmu‘: 3/124-125)

    Jika terdengar sebahagian azan, sama ada pada bahagian yang awal ataupun yang akhir adalah sunat dijawab kedua-dua bahagian itu, walaupun dia tidak mendengar sebahagian azan yang awal itu. Adapun jika dia terdengar azan yang dilaungkan oleh beberapa orang seperti dia terdengar azan di kampungnya dan azan di kampung yang lain, maka sunat dia menjawab kedua-duanya. Berlainan halnya jika azan itu dikumandangkan dengan serentak, maka memadailah dengan sekali jawab. (I‘anah ath-Thalibin: 1/386)
    Untuk menjawab soalan pertama, saya persilakan yang lebih arif untuk memberikan jawapan.
    Maaf kerana telah menghilang dari ruang legar BDN.
    Temui saya, el.ilmy di www.al-fikrah.net untuk bersama-sama merungkai persoalan gangguan jin, sihir, akidah, fiqh, akhlak dan lain-lain.

  12. #12
    Ahli Senior ncik mat is on a distinguished road ncik mat's Avatar
    Daftar Pada
    28 Aug 2001
    Lokasi
    kat mane saje yang anda suka
    Kiriman
    2,935
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    Quote Kiriman asal oleh belloon
    x boleh. azan adalah untuk menandakan masuknya waktu solat. tapi kita mestilah kena sambut azan tu. kena dengar btul2.
    klu time azan kita solat, solat pun susah nk khusyuk, dan cmner nak sambut azan tu?
    x boleh tu camne? haram solat waktu azan ker? makruh ker? ape ke?

    utk yg bold no 2 tuh...maksudnyer kene sambut gak azan tuh? sedang kan dalam quote yg el-lail bagi kt atas tuh... sunat jer jawab azan.. mean sunat x buat x ape.. buat dpt pahala kan?

  13. #13
    Ahli Senior shah is on a distinguished road shah's Avatar
    Daftar Pada
    21 Aug 2001
    Lokasi
    petaling jaya
    Kiriman
    1,299
    Thanks
    0
    Thanked
    1 Time in 1 Post

    Re: solat waktu azan

    Salam.

    Bilakah Waktu-Waktu Yang Dilarang Menunaikan Sembahyang?

    Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:
    1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.
    2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah .(Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)
    3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

    Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :

    "Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”

    (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.

    4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

    5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

    Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

    “Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.

    (Hadis riwayat al-Bukhari)

  14. #14
    Ahli Senior ibnusina8791 will become famous soon enough ibnusina8791's Avatar
    Daftar Pada
    10 Oct 2001
    Lokasi
    bangunan berdekatan RTM
    Kiriman
    1,814
    Thanks
    51
    Thanked
    54 Times in 35 Posts

    Re: solat waktu azan

    Apa kata majukan persoalan ini kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia. Lepas tu sama2 kita boleh mendapat jawapan daripada orang yang berkelayakan menjawabnya agar tidak timbul was-was.
    Kimi und Ferrari ist der Formel 1 Großartiger Prix Meister.

  15. #15
    Ahli Senior BraDeRz is on a distinguished road BraDeRz's Avatar
    Daftar Pada
    10 May 2002
    Lokasi
    mIrI,sRwK
    Kiriman
    1,391
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    boleh jek...pcaye le cakap aku.....x yah nak tanye IKIM pon...
    BraDeRz...

  16. #16
    silencer mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem is a splendid one to behold mnajem's Avatar
    Daftar Pada
    15 Aug 2001
    Kiriman
    14,290
    Thanks
    453
    Thanked
    683 Times in 474 Posts
    My Mood
    Amused

    Re: solat waktu azan

    salam,

    since soalan belum berjawab, dan hujah mengatakan TIDAK BOLEH tu lemah (sebab azan tu tanda masuk waktu solat, dan saya tidak tahu pendapat mengatakan solat ketika azan itu tidak boleh), sila kemukakan jawapan.
    http://jeans-my.blogspot.com/ Jeans Baru/Used dari UK dan US market saiz 42" sahaja

  17. #17
    Ahli Senior farezwani is on a distinguished road farezwani's Avatar
    Daftar Pada
    6 Aug 2003
    Lokasi
    tgh2 kajang, bangi, serdang, dengkil dan nilai....
    Kiriman
    1,938
    Thanks
    19
    Thanked
    3 Times in 3 Posts
    My Mood
    Amazed

    Re: solat waktu azan

    boleh....solat di awal waktu adalah utama...sbb ikut kes SH_7 dia hanya ngam2 time solat itu sebelum mula kuliah kan?

    tapi kalau tiada uzur syaire begitu, orang lelaki hampir wajib berjemaah di surau/masjid jika kita dgr azan...

    wallahu 'alam
    ....Sleeping....

  18. #18
    Secerah Pawarna™ fosilmitra has a spectacular aura about fosilmitra has a spectacular aura about fosilmitra's Avatar
    Daftar Pada
    12 Nov 2003
    Lokasi
    Dunia Baru Islam
    Kiriman
    9,695
    Thanks
    510
    Thanked
    177 Times in 125 Posts
    My Mood
    Cool

    Re: solat waktu azan

    Quote Kiriman asal oleh SH_7 View Post
    aku nak tanye la...
    leh ke solat waktu azan.
    azan baru start je,terus solat.
    sebab nk kejar waktu kelas.
    takut lambat masuk kelas.


    Bila terlihat soalan kamu nie acik tertanya plak dlm diri... bagaimana dgn solat yg diakhir waktu?... tgh nak habis waktu solat zuhur terdengar azan nak masuk solat asar... waktu tue kiter tgh solat... adakah kamu nak teruskan solat atau nak jawab seruan azan tersebut terlebih dahulu?...

    Justeru itu pokok utama yg perlu kiter tahu ialah apakah keutamaan kiter pada ketika itu, boleh jawab azan atau pun tidak?... Kalau dirasakan sememangnyer tak boleh... tak sempat dan tak mampu langsung nak menjawab azan tersebut maka hukum keatas kamu didlm menjawab azan akan jatuh tidak perlu dan tidak berdosa jika ditinggalkan....

    Wallahu a'lam bisshawab.
    "Ingatlah akan saat dan ketika bila tiba masanya kamu berada di'bawah' sana..."
    Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!

  19. #19
    Ahli Junior cikmistry is on a distinguished road cikmistry's Avatar
    Daftar Pada
    26 Dec 2008
    Lokasi
    uia pj
    Kiriman
    420
    Thanks
    0
    Thanked
    0 Times in 0 Posts

    Re: solat waktu azan

    Quote Kiriman asal oleh fosilmitra View Post


    Bila terlihat soalan kamu nie acik tertanya plak dlm diri... bagaimana dgn solat yg diakhir waktu?... tgh nak habis waktu solat zuhur terdengar azan nak masuk solat asar... waktu tue kiter tgh solat... adakah kamu nak teruskan solat atau nak jawab seruan azan tersebut terlebih dahulu?...
    .
    habiskan solat tu dulu..

  20. #20
    Secerah Pawarna™ fosilmitra has a spectacular aura about fosilmitra has a spectacular aura about fosilmitra's Avatar
    Daftar Pada
    12 Nov 2003
    Lokasi
    Dunia Baru Islam
    Kiriman
    9,695
    Thanks
    510
    Thanked
    177 Times in 125 Posts
    My Mood
    Cool

    Re: solat waktu azan

    Quote Kiriman asal oleh cikmistry View Post
    habiskan solat tu dulu..


    Betul pun cikmistry... jadi kenapa dibelenggu dgn soalan boleh atau tak boleh solat tanpa menjawab azan terlebih dahulu?... Bukankah jawapannyer ada pada diri kiter sendiri... Fikir˛kan dan selamat beramal...
    "Ingatlah akan saat dan ketika bila tiba masanya kamu berada di'bawah' sana..."
    Dimana Bumi Dipijak, Disitu Islam Dijunjung!

+ Balas Topik
Muka 1 dari 2
1 2 Muka TerakhirMuka Terakhir

Informasi Topik

Users Browsing this Thread

Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)

     

Topik Berkaitan

  1. perisian waktu solat
    By suri in forum Bincang Muslimin dan Muslimah
    Komen: 6
    Terkini: 02-02-12, 03:10 PM
  2. Azan solat dan salakan anjing
    By kyani83 in forum Bincang Muslimin dan Muslimah
    Komen: 22
    Terkini: 27-05-08, 01:01 PM
  3. Scripting Waktu Solat...
    By k1dz in forum Bincang Pengaturcaraan & Sekuriti
    Komen: 6
    Terkini: 27-11-07, 01:21 AM
  4. Lelaki dan solat 5 waktu....
    By SixShot in forum Bincang-Bincang BDN
    Komen: 25
    Terkini: 11-06-05, 06:24 AM
  5. Pengiraan Waktu Solat
    By godekgodek in forum Bincang Pengaturcaraan & Sekuriti
    Komen: 13
    Terkini: 25-10-02, 05:24 PM

Nota

  • Anda tidak boleh membuka topik baru
  • Anda tidak boleh membalas kiriman
  • Anda tidak boleh menghantar kepilan
  • Anda tidak boleh mengedit kiriman