sama jugak, saya nak tanya jugak..selain buat kitchen cabinet, awak buat tak study room??
refleksi diri
Perbincangan di thread kabinet dapur nampaknya.. telah bercambah ke kabinet bilik tidur pula..
jadi saya alihkan ke thread khas utk perbincangan mengenai subjek ni.
senang kita nak bincang dan tepek gambar dan sebagainya.
saya mulakan dgn soalan kepada looi..,
kalau bilik tidur yang luas., apakah tema yg sesuai.. supaya ruang tidak nampak di bazirkan..
adakah menggunakan warna gelap.. ? supaya tak nampak luas sangat?
kalau ruang sempit, kita biasa guna warna terang kan.. nak bagi nampak luas..
bawah ni satu sample warna dan design..
sila beri pendapat.
saya kurang pasti apakah warna dinding.., warna lantai..
tapi saya pasti.. kabinetnya hitam, dan meja berwarna kayu (natural)
nih da ok da bro...
apply kaler merah merona sket..
baru nampak garang memalam....
aummmmm!
hehehehe
since nk pindah masuk rumah baru ni, mmg asyik search info pasal home decor jer.
erny, u cover area jb ker? berapa harga per ft. built in cabinet nie..?
Salam,
Kalau bilik besar, kamu boleh cat salah satu dinding dengan warna lain, macam hijau (nampak fresh), colour yang soft. Asalkan bukan dinding yang disinar oleh cahaya matahari. Sebab dinding yang disinar oleh matahari akan reflek dan bagi cahaya untuk bilik. Warna gelap akan meresap cahaya dan bilik akan nampak gelap.
Jarang ada orang nak sengaja buat biliknya nampak tak luas sangat..![]()
Susunan perabot dalam bilik atau rak di dinding boleh menyelesaikan masalah ini.
Kebanyakan orang fikir macam mana nak buat bilik nampak besar, cermin dan material yang kilat boleh buat bilik nampak besar, tiles di lantai atau cermin di cabinet pun boleh.
Sorry, kilang saya di KL..
Last edited by MaszMelati; 03-06-09 at 12:50 PM.
.....We either find a way or make one.....
Hanya satu almari dia orang quote kamu rm14k??
Saya tak boleh beritahu harga di sini ya, nanti thread ni kena tutup. haha!
Di forum ni saya hanya kongsi pengalaman supaya forumer dapat idea sikit dan juga beza harga di market banding dengan harga terus dari kilang.
Jika nak tahu harga dari kilang untuk almari tersebut, boleh email saya ya.
........................ erny.looi at gmail.com .......................
bagus erny...kalo nak berbisnes kat topik lainla kan...hehe..
soklan saya pula..bagaimana penggunaan warna langsir bilik..
jika bilik itu mengadap matahari...mmg panas...
kalo warna langsir terang...akan memanaskan bilik
kalo warna langsir gelap..gelap bilik..leh redupkan bilik..
tp nampak bilik lak sempit...
Boleh beli tinted sheet untuk tampal di tingkap. Ia boleh block lebih 50% cahaya matahari.
Langsir boleh pilih material yang nipis supaya semasa awal pagi sinaran matahari boleh masuk sampai bilik. Orang tinggal dalam pun fresh.
Pilih warna yang lembut sikit supaya tidak meresap sinaran cahaya matahari dan menyebabkan bilik panas.
Kita dah ada ruangan perniagaan dan pengiklanan kalo nak buat urusan perniagaan. Kat sini boleh le bincang terperinci pasal produk2 tu.
Saya lebih minat perabot/kabinet yg nampak 'kekayuan' dia contoh kabinet dari nyatoh atau finishing bervarnish. Ni sekadar pendpt saja. Kut ada produk gitu.
[SIGPIC][/SIGPIC]
kalau bilik tido umah flat sesuai tak buat kabinet built in ni??
kalau ruangan kecil, designnya kene sesuaikan dgn ruang bilik tu. lagi cantik kalau ada built-in cabinet.
kelebihan.. boleh bina kabinet terus sampai siling. dan ruang2 ekstra tu boleh di gunakan utk simpan cadar, selimut tebal.. bantal extra.. dan barang2 lain.
saya pun tinggal di rumah flat juga skang.. dan bilik saya mmg ada built-in cabinet. dan pada builtin cabinet tu.. di letak cermin.. jadi dual purpose.. jimat ruang.. saya tak perlukan cabinet utk meja solek tu.. (saya tak bersolek pun.. isteri saya jer)
warna gelap kelebihan . kalau balik malam nk tidur.. mmg nyaman.. cosy..
kekurangan warna gelap - er.. nampak kelam dan kecil.
itu kene tunggu cik erni looi tu lah. ada di beri kontek number tu kan.. atau pm saja dia..!
Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)
Bookmarks