Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Berita Ragbi Tempatan

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Berita Ragbi Tempatan

    NAIB PRESIDEN KEHORMAT KRM DI ANUGERAH DARJAH GEMILANG SERI MAHKOTA KEDAH YANG DIHORMATI

    Spoiler:


    Dato' Wira Abdul Halim Karim

    ALOR SETAR 21 Januari 2011 - Naib Presiden Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Dato' Abdul Halim Karim telah di anugerahkan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah yang DiHormati. Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Kebesaran Negeri Kedah telah berlangsung di Istana Anak Bukit Alor Setar Ahad lalu bersempena ulang tahun ke-83 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.

    Menurut Setiausaha Kehormat KRM, Saudara Nabil Hj Marzuki berkata, darjah kebesaran DGMK yang dianugerahkan kepada Dato' Abdul Halim Karim merupakan satu penganugerahan yang membawa gelaran DATO' WIRA.

    " Dato' Abdul Halim Karim, naib presiden kehormat KRM telah dianugerahkan dengan darjah DGMK pada ulangtahun keputeraan Sultan Kedah yang ke-83 Ahad lalu dengan membawa gelaran Dato' Wira," Ujar Nabil Hj Marzuki.

    Warga kerja Sukandaily mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' Wira Abdul Halim Karim.

    Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13
    Last edited by Chuy4 4ng3L; 18-02-11, 05:05 PM.

  • #2
    Hsbc a5n division i: Malaysia bakal bertemu singapura di korea selatan pada 01 jun 2011

    HSBC A5N DIVISION I: MALAYSIA BAKAL BERTEMU SINGAPURA DI KOREA SELATAN PADA 01 JUN 2011



    PUTRAJAYA 21 Januari 2011 - Pengarah Urusan Elite Step Asia Limited, Sean Patrick Moore telah menghubungi Sukandaily bagi memberi rujukan kepada kami dalam persediaan membuat liputan ke Kejohanan Ragbi HSBC Asian 5 Nation 2011. Pada tahun ini pasukan Malaysia akan diterbangkan ke Korea Selatan bagi menghadapi pasukan Singapura dalam perlawanan Division I HSBC A5N. Turut berada dalam Division I ialah Korea dan Filipina. Perlawanan Malaysia menentang Singapura akan berlangsung pada 1 Jun 2011.

    Division II: Thailand telah dipilih sebagai tuan rumah bagi perlawanan melibatkan Chinese Taipei, Iran, India dan Thailand. Perlawanan akan berlangsung pada 4 dan 7 Mei 2011. Pada 4 Mei; Chinese Taipei akan menentang Iran dan Thailand akan menentang India.

    TOP 5: Jepun, Hong Kong, Kazakhstan, Sri Lanka dan UAE RA. Perlawanan pertama akan bermula pada 23 April 2011 di antara Sri Lanka menentang UAE RA di Sri Lanka dan diikuti Kazakhstan menentang Hong Kong di Kazakshtan pada tarikh yang sama. Pertarungan 5 penjuru ini akan berlangsung sehingga 21 Mei 2011.

    HSBC A5N 2011 DIVISION I
    Host Union: KOREA

    Semi Final A
    1 June 2011 MALAYSIA v Singapore

    Semi Final B
    1 June 2011 Korea v Philippines

    3rd & 4th Place
    4 June 2011 Loser A v Loser B

    1st & 2nd Place
    4 June 2011 Winner A v Winner B

    Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

    Comment


    • #3
      SCORPION JUNIOR SERTAI 17TH PRINCE OF SONGKHLA RUGBY 7s HATYAI

      SCORPION JUNIOR SERTAI 17TH PRINCE OF SONGKHLA RUGBY 7s HATYAI


      Azim dan Syed; Pasukan Scorpion Junior di Now Everyone Can Try Putrajaya berjersi Gilbert ketika pertemuan menentang Kelab Royal Stern di Perlawanan ke-7 Divisyen Elit Now Everyone Can Try Putrajaya. Scorpion Jr tewaskan Royal Stern (80-00).


      PUTRAJAYA 26 Januari 2011 - SKUAD PEMBANGUNAN RAGBI BAWAH 19 TAHUN SCORPION PUTRAJAYA; Scorpion Junior telah dijemput untuk menyertai Kejohanan Ragbi Terbuka Universiti Prince Of Songkhla edisi ke-17 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Februari 2011 di Hat Yai Thailand.

      Kejohanan edisi ke-17 ini akan mempertandingkan 3 kategori iaitu Kategori Terbuka, Sekolah bawah 14 tahun dan Kategori Bawah 21 tahun. Pengarah Pertandingan 17th PSU Rugby 7s Open 2011, Mr. Vititpong Hohum berkata matlamat mereka mengadakan kejohanan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan baik antara kelab Thailand dan Malaysia di samping meningkatkan kebolehan atlet-atlet ragbi mereka.

      " Kejohanan ini membahagikan 3 pertandingan secara berasingan iaitu kategori terbuka, kategori bawah 14 tahun dan kategori bawah 21 tahun," Ujar Vititpong Hohum.

      " Kami menjanjikan satu kejohanan yang meriah dan menggembirakan namun kami menitik beratkan kepatuhan kepada peraturan pertandingan agar kejohanan ini adil dan saksama kepada semua pasukan bertanding," Ujar beliau lagi.

      Kelab Ragbi Scorpion Putrajaya (Scorpion Putrajaya) telah memutuskan untuk menghantar skuad bawah 19 tahun mereka bagi menyertai kejohanan tersebut.


      Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

      Comment


      • #4
        Perlawanan 06 februari 2011: Miat falcons vs kajang rc ibarat pertemuan 'buku dengan ruas'

        PERLAWANAN 06 FEBRUARI 2011: MIAT FALCONS VS KAJANG RC IBARAT PERTEMUAN 'BUKU DENGAN RUAS'

        vs
        MIAT FALCONS (20 - 24) KAJANG RC
        PERTEMUAN DUA TONGGAK UTAMA: Sayap MIAT Falcons, Mohd Sufian Sodri (kiri) bakal berentap menentang Sayap Kelab Ragbi Kajang, Raja Saiful Malik Raja Aznan (kanan)

        PUTRAJAYA 26 Januari 2011- PROGRAM PENCARIAN BAKAT RAGBI BERCORAK LIGA 15 SEPASUKAN PUTRAJAYA atau lebih dikenali sebagai Now Everyone Can Try Putrajaya Season II (NEOCT) sedang rancak berjalan di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.

        Divisyen Perdana yang diwakili oleh 4 pasukan; MIAT Falcons (Johan Bowl 2010), Kelab Ragbi Raccoon (Naib Johan Bowl 2010), Kelab Ragbi Kajang dan Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) sedang rancak berentap masuk minggu ke-3. Pada tahun ini MIAT Falcons dan Kelab Ragbi Kajang dilihat sebagai pasukan pilihan setelah masing-masing memenangi kedua-dua perlawanan sebelum ini.

        MIAT Falcons telah mengalahkan Raccoon RC (21-08) dan menewaskan CUCMS (76-10) manakala Kelab Ragbi Kajang yang menurukan rata-rata pemain muda bawah 19 tahun berjaya mengharungi cabaran di Divisyen Perdana NEOCT dengan menewaskan CUCMS (59-12) dan menewaskan Raccoon RC (43-00).

        "Perlawanan ketiga merupakan perlawanan penentuan bagi Divisyen Perdana dimana pemenangnya akan menentukan ranking pertama Liga Divisyen Perdana," Ujar Sheikh Mohd Amin bin Abdullah, Pengarah Pertandingan NEOCT Musim ke-II.

        PERLAWANAN MINGGU KE-3: Padang A Presint 5 (DIVISYEN PERDANA)

        6 Feb 2011 15:00H Raccoon RC vs CUCMS (28-00)
        6 Feb 2011 17:00H Kajang RC vs MIAT Falcons (24-20)

        Comment


        • #5
          SCORPION WOMEN IN TOUCH (SWiT) SERTAI 6TH UPM TWELVE COLLEGE TOUCH FOOTIE 2011

          SCORPION WOMEN IN TOUCH (SWiT) SERTAI 6TH UPM TWELVE COLLEGE TOUCH FOOTIE 2011


          Dummy Half, Habibie Al Wanie bakal buat penampilan sulung bersama pasukan Scorpion SWiT di 6th UPM Twelve College Touch Footie 2011

          PUTRAJAYA 26 Januari 2011 - PASUKAN RAGBI WANITA KELAB RAGBI SCORPION PUTRAJAYA yang dikenali sebagai SCORPION SWiT bakal beraksi di 6th UPM Twelve College Touch Footie 2011 pada 12 Februari 2011 di Padang Ragbi B Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

          Ketua Program Ragbi Sentuh Wanita Scorpion DR Zalina Abd Razak berkata pasukan ragbi wanita Putrajaya ini bakal membuat penampilan kali pertama di luar Putrajaya. Dua pasukan tersebut ialah RED SCORPION dan BLACK SCORPION.


          DR Puteri Noor Liyana Zainal (kanan) berjaya membuat sentuhan ke atas Habibie (kiri)

          "Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi bagi penampilan kali pertama di UPM Touch Footie ini namun kita amat mengambil serius kejohanan jemputan ini bagi menimba pengalaman untuk mengembangkan lagi permainan sukan ragbi sentuh dari kalangan remaja wanita di Putrajaya, " Ujar DR Zalina Abd Razak, Ketua Program Ragbi Sentuh Wanita Scorpion Putrajaya.


          Paridah Ab Wahab (kiri) cuba melakukan sentuhan ke atas Khairul Bazlina (kanan)

          "Para pemain kami adalah dari kalangan doktor wanita, jururawat wanita dari Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita sudah berlatih bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi kejohanan ini." DR Zalina Abd Razak.

          Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

          Comment


          • #6
            Separuh akhir now everyone can try putrajaya: Juara bertemu juara

            SEPARUH AKHIR NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA: JUARA BERTEMU JUARA


            Pemain No. 8 sandaran Sikamat Gunners Junior, Abdullah Puteh (jersi merah)

            PUTRAJAYA 8 Februari 2011 - ATM JLJ, Juara Inter Kor Tentera Darat Malaysia (TDM) 2011 bakal bertemu Sikamat Gunners Junior, Juara Now Everyone Can Try Putrajaya, esok (9 Februari 2011) jam 5 petang di Padang ATM JLJ Port Dickson Negeri Sembilan.

            Perlawanan separuh akhir pertama ini yang menemukan juara antara juara dilihat sebagai antara perlawanan paling penting di Now Everyone Can Try Putrajaya musim ke-2 di mana pemenang perlawanan ini akan terus mara ke Final Now Everyone Can Try Putrajaya pada 20 Februari depan di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Putrajaya.

            ATM JLJ telah muncul juara Kejohanan Inter Kor Tentera Darat Malaysia pada 3 Februari lalu setelah menewaskan pasukan dari Rejimen Askar Melayu. Sikamat Gunners Junior pula telah muncul sebagai Juara NEOCT musim pertama di Padang Pavilion Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.

            Perlawanan separuh akhir kedua akan menemukan RMAF Blackhawk Junior menentang ASAS Fighters, naib johan tahun lalu. Perlawanan ini akan berlangsung pada Ahad 13 Februari 2011 jam 5 petang di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5.


            Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

            Comment


            • #7
              Prince of songkhla rugby sevens - hatyai open: Scorpion putrajaya junior capai misi di luar negara

              PRINCE OF SONGKHLA RUGBY SEVENS - HATYAI OPEN: SCORPION PUTRAJAYA JUNIOR CAPAI MISI DI LUAR NEGARA


              Pemain Scorpion Putrajaya Junior, Wan Mohd Fiq Jannah Abdullah berjersi hitam kuning (23) beraksi di pentas final menentang SUKMA Kedah; 17th Prince Of Songkhla Sevens Hatyai.

              HATYAI THAILAND 9 Februari 2011 - Meskipun baru sebulan diwujudkan (8 Januari 2011), Scorpion Putrajaya Junior sudah mula menyengat apabila muncul Naib Juara Kategori Cup Bawah 21 Tahun di Kejohanan Ragbi Terbuka Prince Of Songkhla Hatyai pada 6 dan 7 Februari yang lalu.

              Penampilan peringkat antarabangsa buat julungkali ini amat membanggakan setelah pada awalnya pihak pengurusan kelab hanya mensasarkan kategori Plate sebagai misi pilihan memandangkan pasukan Scorpion Putrajaya Junior masih baru dan muda. Batasan umur pemain yang rata-rata berumur 18 tahun menjadi faktor ukuran pada masa itu.

              Namun ternyata pilihan tersebut tidak tepat dan sebaliknya berlaku.

              Sebanyak 5 pasukan berentap di kategori Bawah 21 tahun iaitu SUKMA Kedah, Ao-Luk Pracasan School, MGT, Engineer PSU dan Scorpion Putrajaya Junior. Dalam saingan peringkat awal; Scorpion Putrajaya Junior berjaya menewaskan ketiga-tiga pasukan dari Thailand. Scorpion Putrajaya Junior berjaya menewaskan Ao-Lok Pracasan School (14-00); menewaskan Engineer PSU (36-07) dan menewaskan MGT (20-05).


              Skuad U19 Scorpion Junior di Samila Beach Songkhla Hatyai

              Dalam kejohanan ini hanya satu pasukan sahaja yang berjaya menghalang kemaraan Scorpion Junior iaitu pasukan berstatus negeri: SUKMA Kedah.

              SUKMA Kedah telah membenam Scorpion Junior dengan 2 try tanpa balas dengan satu tendangan konversi yang disempurnakan. Keputusan Akhir SUKMA Kedah menewaskan Scorpion Putrajaya Junior (12-00).

              Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

              Comment


              • #8
                Re: Rugby News 2011

                Malaysia Rugby: Foreign legion to make comeback



                AFTER being frozen out of Malaysian Rugby Union (MRU) tournaments last year, foreign players will make a comeback at the inaugural Guiness-MRU Super 10s at the Royal Selangor Club Sports Annexe, Bukit Kiara this weekend.

                The tournament, which will feature 12 teams for the inaugural edition, allows competing clubs to enlist three foreign players for the event but can only field two at a time.

                The event features elite clubs from each state in the country including Armed Forces and Police. However, clubs from Terengganu, Kelantan, Perlis and Sabah will not be competing as they were unable to prepare a team for the tournament due to player unavailability and financial constraint.


                Tournament director Major Khalid Hamzah said the event was intended to complete the format of events the union has throughout the year in addition to providing a platform for imports to compete in.

                "MRU already has the National Sevens and the Agong's Cup which is a 15s tournament so we decided to add a 10s tournament for variety," said Khalid.

                "Local clubs have employed a number of foreign players to aid in local player development and since we disallowed the use of imports in the Agong's Cup and National Sevens last year, they have not had a chance to play competitively."


                Khalid said that compared to the rugby sevens format, the inclusion of two foreign players does not hinder local players chances of competing and excelling in the tournament.

                "Two players out of ten really does not make much of a difference as the other eight local players still need to be of good quality for a team to be able to do well.

                "The inclusion of foreign players also serves as a first point of contact for local players to get used to coming up against physically bigger opponents who they will have to face in international tournaments," added Khalid.


                Teams competing -- Group A: Cobra (Sel), Police Bersatu (Royal Malaysian Police), Sahoca (Ked), Keris Conlay (Sel).

                Group B: NS Wanderers, Scorpion Rugby Club (Putrajaya), Puo Panthers (Prk), Bandaraya Dragon (KL).

                Group C: ATM A (Malaysian Armed Forces), Kuching Polytechnic (Swk), Johor Panthers,RMP Pahang (Pahang).

                Credit: http://www.nst.com.my/nst/articles/49jfasdf/Article/

                Kalendar & Venue map: http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...4d957c9a75f52a

                Last edited by manjacat; 27-02-11, 09:10 AM.

                Comment


                • #9
                  Re: Rugby News 2011

                  APPRECIATION TO NEOCT SEASON 2 VOLUNTEERS


                  Putrajaya Rugby Association



                  Ladies in Black (from left): Siti Hawa Razali, Nur Syahida Rohimi and Fasihah Sairon. Bachelor in Event Management UiTM Puncak Alam. Sheikh Mohd Amin Abdullah (white shirt)


                  ON BEHALF OF PUTRAJAYA RUGBY ASSOCIATION (PRA), we would like to extend our appreciation, gratitude and a big thank you to all Seventeen Aurora members, Bachelor in Event Management in UiTM Puncak Alam.

                  The team were highly committed and PRA appreciate the volunteer work during D-day Now Everyone Can Try (NEOCT) Putrajaya. Putrajaya Rugby community wishes you all the best for your rugby tournament project in semester 5, 2012.


                  Seventeen Aurora members

                  AURORA TEAM MEMBERS:
                  Nur Syahida binti Rohimi

                  Nur Amirah binti Mazme

                  Fasihah binti Sairon

                  Nassrah Naini binti Adnan

                  Nina Nazeera binti Mohamed Nasir

                  Nor Afiqah binti Zainon

                  Norfatiha binti Abd Wahid

                  Ain Zubaida binti Mazeli

                  Mohd Khairi bin Azman

                  Muhammad Aliff Iqbal bin Ramli

                  Nor Syamimi binti Mad Yasir

                  Nor Wahida binti Marsimun

                  Nur Adilah Liyana binti Ariffin

                  Nur Hidayah binti Jamal

                  Nurul Ain binti Abd Ghani

                  Siti Hawa binti Razali

                  Nurul Farahin binti Mat Noh

                  Berita selanjutnya: http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13
                  Last edited by manjacat; 27-02-11, 09:22 AM. Reason: aku rajen terlebey

                  Comment


                  • #10
                    Re: Rugby News 2011

                    ZERO TO HERO: KELAB RAGBI KAJANG MARA KE DIVISYEN ELIT NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA MUSIM DEPAN


                    Presiden Kelab Ragbi Kajang, Sheikh Mohd Amin Abdullah (kuning). Kelab Ragbi Kajang Juara Divisyen Perdana Liga Ragbi Putrajaya Now Everyone Can Try

                    PUTRAJAYA, 23 Februari 2011 - Kejayaan Sheikh Mohd Amin Abdullah, Presiden Kelab Ragbi Kajang (Kajang RC) membawa pasukannya ke kemuncak Divisyen Perdana (Div. Satu) pada Sabtu lalu patut menjadi contoh kepada kelab-kelab yang baru bertapak di arena ragbi tempatan.

                    Kajang RC telah menjadi ahli gabungan kepada Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) sejak tahun lalu namun atas faktor yang tidak dapat dielakkan kelab ini hanya hadir sebagai sukarelawan; urusetia, kepengadilan serta menjayakan edisi pertama Now Everyone Can Try 2010.

                    Dana berjaya dikumpulkan melalui kejohanan Kajang X yang dianjurkan oleh mereka akhir tahun lalu telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membeli jersi. Pihak pengurusan kelab tanpa mengira penat lelah mengumpul pemain-pemain sekitar Kajang dan membentuk sebuah pasukan yang mantap menjelang Liga Ragbi Putrajaya.

                    Berkat kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli kelab Kajang RC, pasukan ini telah muncul johan Cup Kelab Perdana Now Everyone Can Try Putrajaya. Kajang RC berjaya menewaskan MIAT Falcons (29-00) di saingan akhir tersebut.


                    Kapten Kelab Ragbi Kajang Mohd Shahrul Nizam (merah) menerima replika daripada Encik Kasim Hamzah (belang biru), Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya.


                    Berita selanjutnya: http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13
                    Last edited by manjacat; 27-02-11, 09:22 AM. Reason: aku rajen terlebey

                    Comment


                    • #11
                      Re: Rugby News 2011

                      ATM JLJ DINOBAT JUARA LIGA RAGBI PUTRAJAYA MUSIM KE-2 NOW EVERYONE CAN TRY PUTRAJAYA
                      Written by Sufiani


                      (Duduk dari kiri) Setiausaha PRP Azlan Syah Adam (Putih), Pengarah Pertandingan KRM Mejar Khalid Hamzah TUDM (kelabu), KSU Kementerian Wilayah Persekutuan @ Presiden PRP Datuk Hj Ahmad Phesal Hj Talib (Merah), Pengarah Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Datuk Abdul Ghani Ahmad(biru)


                      PUTRAJAYA, 21 Februari 2011 – LIGA RAGBI PUTRAJAYA Now Everyone Can Try Putrajaya edisi ke-2 capai kemuncak acara dalam satu perlawanan akhir yang amat hebat semalam. ATM JLJ dinobat juara Divisyen Elit (TOP 8 Super Club Putrajaya) di Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya Presint 5 di sini setelah berhempas pulas untuk menundukkan pasukan RMAF Blackhawk Junior.

                      Kedua-dua pasukan gergasi ini memperlihatkan kebolehan yang amat meyakinkan. Aksi serang menyerang mewarnai permainan selama 80 minit.


                      Separuh masa pertama; ATM JLJ menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan bekas pemain kebangsaan, Azuwar Hassan di posisi center untuk memungut bersih 13 mata awal melalui satu try minit ke-12’, dua tendangan penalti pada minit ke 34’ dan minit ke-38’ serta berjaya menyempurnakan satu tendangan konversi pada minit ke-16’.

                      RMAF Blackhawks Junior telah melakukan 6 percubaan untuk merobek kubu ATM JLJ namun usaha tersebut berjaya dipatahkan oleh pasukan dari tentera darat tersebut. Pada minit ke-40’, RMAF Blackhawks Junior mendapat satu peluang penalti dan berjaya disempurnakan oleh pemain full back, Azizan Abdul. Separuh masa kedua; ATM JLJ terus rakus membuat serangan dan berjaya melakukan tiga lagi try pada minit ke-43’, minit ke-52’ dan minit ke-70’ masing-masing oleh pemain full back Shafee Burhanalis, pemain no. 8 Muhammad Jamirullah Sazali dan pemain center Victor Galikin. Dua tendangan konversi turut berjaya disempurnakan oleh ATM JLJ.

                      RMAF Blackhawks Junior terus cuba mendapatkan peluang mata dan pada minit ke-48’, winger Redzuan Mohd Sharif berjaya melakukan try pertama RMAF Blackhawks Junior melalui satu percubaan larian solo yang amat berani. Redzuan Mohd Sharif berjaya melakukan try sekali lagi pada minit ke-59’. Pemain full back Azizan Abdul menyempurnakan tendangan konversi pada minit ke-60’.

                      Pengadil Firdaus Sani Shaari yang dibantu oleh dua AR (Assistant Referee); Saudara Ali Tahar dan Raja Saiful Malik Raja Aznan meniup wisel penamat pada minit ke-80’ dan menobatkan ATM JLJ sebagai juara baru Now Everyone Can Try Putrajaya, menewaskan RMAF Blackhawks Junior (32-15).

                      Dalam saingan Divisyen Perdana: Kelab Ragbi Kajang telah dinobat sebagai juara Divisyen Satu setelah menumpaskan MIAT Falcons 34-00. Pada tahun hadapan, Kelab Ragbi Kajang akan bertanding di Divisyen Elit Top 8 Super Club Putrajaya.

                      Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib. Turut hadir ialah Pengarah Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya Datuk Abdul Ghani bin Ahmad, Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia Mejar Khalid bin Hamzah TUDM dan Pengerusi Persatuan Ragbi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Kolonel Zulkifli bin Omar TUDM.


                      Datuk Hj Ahmad Phesal bin Hj Talib (merah), KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya semasa upacara penyampaian hadiah diiringi Sheikh Mohd Amin Abdullah (putih), Pengarah Now Everyone Can Try musim ke-2.

                      ATM JLJ membawa pulang hadiah wang tunai RM 2000.00 bersama Piala Pusingan Now Everyone Can Try Putrajaya dan medal iringan. Kelab Ragbi Kajang pula membawa pulang hadiah tunai RM 1000.00.

                      Now Everyone Can Try Putrajaya telah dijayakan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Putrajaya, JPA3, Hospital Putrajaya, Gilbert South East Asia, Kuckreja Sdn Bhd dan Sukandaily.com.my.


                      Keputusan Akhir Liga Ragbi Putrajaya 2011

                      DIVISYEN ELIT (TOP 8 SUPER CLUB)

                      Final CUP Elit (Rank 1-2)
                      ATM JLJ vs RMAF Blackhawks Junior (32-15)

                      Final PLATE Elit (Rank 3-4)
                      Sikamat Gunners Junior vs ASAS Fighters (48-05)

                      Final BOWL Elit (Rank 5-6)
                      JENOBA vs Black Wings (39-08)
                      Final SHIELD Elit (Rank 7-8)
                      Scorpion Putrajaya Junior vs Royal Stern (36-05)


                      DIVISYEN PERDANA (DIV 1 CLUB)
                      Final CUP Perdana (Rank 9-10)
                      Kelab Ragbi Kajang vs MIAT Falcons (34-00)
                      Final PLATE Perdana (Rank 11-12)
                      Kelab Ragbi Raccoon vs CUCMS (85-00)

                      Berita Sepenuhnya: http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13
                      Last edited by manjacat; 27-02-11, 09:19 AM. Reason: aku rajen terlebey

                      Comment


                      • #12
                        Re: Berita Ragbi Tempatan

                        ASTRO ARENA BUAT RAKAMAN KRM LIGA SUPER BERMULA 9 APRIL 2011 DI PUTRAJAYA


                        NS Wanderers berjersi merah kuning hitam merupakan juara MRU Super League 2010

                        PUTRAJAYA, 2 April 2011 - Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) harus diberi pujian di atas kelancaran aktiviti dan kejohanan yang melibatkan aturcara kebangsaan. Sejak awal tahun 2011, KRM telah melaksanakan kejohanan-kejohanan mengikut Kalendar Aktiviti KRM 2011 bermula MRU Super 10s pada Februari, NICC 2011 pada Mac dan KRM Liga Super yang akan bermula 9 April ini. Momentum ini perlu dikekalkan demi pembangunan ragbi di Malaysia.

                        Enam pasukan kelab super yang berjaya mengekalkan kedudukan mengikut ranking 6 teratas tahun lalu adalah seperti berikut:

                        1. NS WANDERERS
                        2. KERIS CONLAY
                        3. COBRA
                        4. ATM ARMY
                        5. ASAS
                        6. BANDARAYA DRAGONS
                        7. ATM JLJ ( JOHAN NICC 2011 )
                        8. ATM RAMD ( NAIB JOHAN NICC 2011)

                        Astro Arena telah mengesahkan untuk membuat liputan terus menerus secara Delayed Telecast bermula 9 April 2011 hingga 24 April 2011. Live Telecast akan dijalankan pada 30 April dan 8 Mei 2011 untuk perlawanan separuh akhir dan akhir KRM Liga Super 2011.

                        Padang Ragbi Perbadanan Putrajaya di Presint 5 akan menjadi venue rasmi KRM Liga Super 2011. Orang ramai sekitar Lembah klang, Cyberjaya dan Putrajaya di jemput setiap Sabtu dan Ahad mulai jam 3pm hingga 7pm untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan yang hebat ini.

                        Kelab-kelab yang dijangka akan menggunakan khidmat pemain import ialah NS Wanderers, Keris Conlay, Cobra dan Asas rc.

                        Kredit: http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

                        Comment


                        • #13
                          Re: Berita Ragbi Tempatan

                          nice info bro..

                          keep it up

                          Comment


                          • #14
                            Re: Berita Ragbi Tempatan

                            Originally posted by MUfanz View Post
                            nice info bro..

                            keep it up
                            Terima kasih, ini semua adalah demi perkembangan sukan ragbi tempatan yang kurang diambil perhatian di media arus perdana. Jadi, hanya yang termampu utk kita kongsi bersama peminat lain di sini.

                            Comment


                            • #15
                              Re: SCORPION WOMEN IN TOUCH (SWiT) SERTAI 6TH UPM TWELVE COLLEGE TOUCH FOOTIE 2011

                              Originally posted by xdefconx View Post
                              SCORPION WOMEN IN TOUCH (SWiT) SERTAI 6TH UPM TWELVE COLLEGE TOUCH FOOTIE 2011


                              Dummy Half, Habibie Al Wanie bakal buat penampilan sulung bersama pasukan Scorpion SWiT di 6th UPM Twelve College Touch Footie 2011

                              PUTRAJAYA 26 Januari 2011 - PASUKAN RAGBI WANITA KELAB RAGBI SCORPION PUTRAJAYA yang dikenali sebagai SCORPION SWiT bakal beraksi di 6th UPM Twelve College Touch Footie 2011 pada 12 Februari 2011 di Padang Ragbi B Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

                              Ketua Program Ragbi Sentuh Wanita Scorpion DR Zalina Abd Razak berkata pasukan ragbi wanita Putrajaya ini bakal membuat penampilan kali pertama di luar Putrajaya. Dua pasukan tersebut ialah RED SCORPION dan BLACK SCORPION.


                              DR Puteri Noor Liyana Zainal (kanan) berjaya membuat sentuhan ke atas Habibie (kiri)

                              "Kita tidak meletakkan sasaran yang tinggi bagi penampilan kali pertama di UPM Touch Footie ini namun kita amat mengambil serius kejohanan jemputan ini bagi menimba pengalaman untuk mengembangkan lagi permainan sukan ragbi sentuh dari kalangan remaja wanita di Putrajaya, " Ujar DR Zalina Abd Razak, Ketua Program Ragbi Sentuh Wanita Scorpion Putrajaya.


                              Paridah Ab Wahab (kiri) cuba melakukan sentuhan ke atas Khairul Bazlina (kanan)

                              "Para pemain kami adalah dari kalangan doktor wanita, jururawat wanita dari Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita sudah berlatih bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi kejohanan ini." DR Zalina Abd Razak.

                              Berita & gambar sepenuhnya di - http://www.sukandaily.com.my/v3.1/in...atan&Itemid=13

                              sure otot derang ni keras2 belaka

                              Comment

                              Working...
                              X