Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Back To Basic Bowling

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Back To Basic Bowling

    Ni notes yang saya tulis 4 years ago for one of the coaching clinic organised by me at Pertama Bowl at Pertama Complex.

    ==========================================
    Pengenalan

    Sukan Bowling semakin mendapat tempat dikalangan orang Malaysia. Semakin banyak pusat-pusat bowling yang di dirikan di seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Kelang dimana terdapat berpuluh pusat bowling yang di kunjungi ribuan bowlers setiap hari.

    Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membantu anda mengenali sukan bowling dengan lebih dekat. Adalah diharapakan dengan memahami maklumat-maklumat asas bowling ini akan menarik minat anda untuk lebih menceburi diri dalam sukan bowling

    Sukan Bowling

    Sukan bowling ini bukan lah sukar untuk dipelajari jika anda ada kawan-kawan ataupun jurulatih yang sudi menagajar anda. Dengan menggunakan kawan-kawan ataupun jurulatih anda akan cepat memahami teknik-teknik yang betul dalam bermain dalam bowling. Jika anda cuma belajar secara bersendirian tanpa bantuan dari kawan-kawan yang lebih mahir adalah dikuatiri anda akan cepat jemu apabila anda dapati markah anda asyik rendah dan bola yang anda baling asyik masuk ke longkang.

    Dalam sukan bowling, tujuan anda ialah untuk menjatuhkan kesemua sepuluh pin yang terletak dihujung lorong yang sepanjang 18.3 meter dengan menggunakan bola bowling yang mempunyai berat yang berbeza-beza.

    Setiap pemain mempunyai dua peluang untuk menjatuhkan kesepuluh pin tersebut dan ianya di panggil frame . Markah akan bergantung kepada jatuhan yang mungkin :-

    i) Strike – Jika anda dapat menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut dengan sekali balingan maka anda dikatakan telah membuat strike.

    ii) Spare – Jika anda cuma dapat menjatuhkan kesepuluh pin dengan dua balingan maka anda telah membuat spare.

    iii) Open – Jika setelah dua balingan masih ada lagi pin yang belum jatuh maka anda telah membuat open frame.

    Setiap game anda akan bermain sebanyak 10 frame. Bagaimanapun jika anda mendapat spare pada frame yang kesepuluh(frame terakhir) anda akan mendapat satu balingan bonus. Manakala jika anda mendapat strike pada frame kesepuluh maka anda akan diberi dua balingan bonus.Pemain yang dapat menjatuhkan jumlah pin yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

    Bola Bowling


    Kesemua bola bowling mempunyai diameter 29.6 cm dan mempunyai berat dari 6lb sehinggalah ke berat maksima yang dibenarkan iaitu 16lb.

    Terdapat pelbagai jenis Jenama bola bowling yang terdapat dipasaran dan kebanyakan nya dibuat di USA. Antara jenama bola yang terkemuka di Malaysia ialah:-

    i) Storm
    ii) Columbia
    iii) Brunswick
    iv) Ebonite
    v) Track
    vi) AMF
    vii) Dyno Thane
    viii) Morich


    Jenis-jenis bola yang terdapat dipasaran juga biasanya diklasifikasikan lagi mengikut jenis material yang digunakan dalam pembuatan bola tersebut:-



    i) Plastik/Polyester
    – Bola ini dibuat dari polyester dan biasanya di Malaysia dipanggil sebagai Bola Plastik dan mula diperkenalkan sejak tahun 1960’an. Bola jenis ini lebih kos efektif jika dibandingkan dengan jenis bola yang lain dan lebih tahan lama. Ianya lebih tahan lama oleh kerana permukaannya yang lebih keras dan kurang geseran. Sifat ‘kurang geseran’ bola ini menyebabkan bola ini kurang tergelincir(skid) dan bola ini akan pergi lebih lurus.

    Ianya sesuai untuk mereka yang baru menceburi sukan bowling oleh kerana harganya yang berpatutan. Bola polyester yang baru boleh dibeli pada harga sekitar RM180-RM220. Bola polyester ini juga digunakan oleh pemain ‘hook’ sebagai bola spare oleh kerana sifat bola itu yang kurang melencung (hook)



    ii) Urethane – Dalam usaha untuk menghasilkan bola yang lebih baik, pembuat bola bowling pada penghujung 1970’an telah mencuba untuk menghasilkan bola yang dibuat dari material polyurethane untuk menghasilkan lebih hook. Oleh kerana urethane ini lebih lembut dari polyester maka ia akan lebih tergelincir(skid) dan akan lebih hook.

    Permukaan bola ini boleh di licinkan(sanded) dan dikilatkan(polished) untuk menambah atau mengurangkan hook. Bola urethane lebih disukai oleh mereka yang baru belajar main hook. Ianya juga sesuai untuk digunakan di lorong yang kurang berminyak(light-oiled lane)

    iii) Reactive – Pada awal 1990’an pengeluar bola bowling mula menambah resin particle kepada bola urethane.Resin ini membuat bola ini lebih hook dari bola urethane. Bagaimanapun bola jenis ini akan lebih tergelincir dalam minyak jka dibandingkan dengan bola urethane.Kombinasi faktor bola ini lebih tergelincir dan lebih geseran membuatkan bola jenis ini lebih hook dan lebih impak keatas pin jika dibanding dengan bola2 jenis lain sebelumnya.Oleh itu resin reactive ini disukai oleh pemain yang sudah mahir untuk digunakan dalam semua jenis keadaan lorong.

    iv) Particle
    – Oleh kerana bola urethane mendapat sambutan, pengeluar bola membuat keputusan untuk menambah partikel seperti seramik dan kaca untuk menambah kemampuan bola.Penambahan partikel telah menambah geseran bola dan memberi lebih cengkaman bola dalam minyak untuk memberi hook yang lebih mudah dikawal dan lebih sempurna. Potensi hook (hook potential) untuk bola partikel adalah lebih tinggi dari bola-bola jenis lain. Oleh kerana bola jenis particle adalah lebih agresif kebanyakan bola particle digunakan dalam keadaan lorong yang berminyak sahaja.<br><br>Post edited by: abangsopi, at: 2006/02/28 09:09

  • #2
    Re: Back To Basic Bowling

    Hook - Bagaimana nak adjust game #1

    Untuk mereka yang main hook berikut adalah beberapa teknik yang saya pelajari untuk menukarkan game kita supaya dapat strike or bola masuk pocket:-

    i) Ubah tempat berdiri - Untuk memastikan yang teknik ini berkesan pastikan anda berdiri ditempat yang sama semasa mula2 membaling bola. Kalau macam saya kaki sebelah kanan saya akan berada di sebelah kiri dot tengah.Mana2 bowling alley yang saya pergi saya akan mulakan ditempat yang sama. Setelah berdiri di tempat yang betul saya akan baling ikut target biasa saya iaitu arrow 3 dari kanan.Semasa membuat balingan saya akan pastikan yang saya membaling tepat ke arrow tersebut dan kemudian melihat bagaimana bola itu hook ke pin.Jika bola saya pergi kearah pocket kiri iaitu pocket 1-2 (brooklyn) maka saya akan ubahkan tempat saya satu board ke kiri.

    Sebaliknya jika saya lihat bola saya kurang masuk pocket atau agak light pocket maka saya akan ubahkan tempat saya berdiri satu board ke kanan.Jika banyak sangat x masuk saya akan ubah kan dua board ke kanan.

    Anda perlu ingat yang kadang2 lane akan berubah dan anda perlu mengubah semula kedudukan tempat anda berdiri.Kelewatan anda menukar tempat berdiri akan membuatkan pencapaian anda merosot.

    Kadang2 saya sendiri agak lambat dan degil nak menukar posisi saya walaupun keadaan lane sudah berubah sebab kadang2 kita pikirkan ianya disebabkan cara balingan kita dan bukan disebabkan perubahan dalam lane.

    Oleh itu amat penting anda selalu melihat bagaimana bola anda bergerak diatas lane setelah anda membuat balingan.Anda perlu ingat bahawa bermain secara hook amat teknikal dan anda perlu senantiasa peka dengan perubahan kepada lane dan bola anda.Disamping anda melihat reaksi bola anda, anda juga boleh melihat reaksi bola org lain yang main hook di lane yang sama untuk anda cepat2 membuat perubahan kepada tempat berdiri anda.

    Menukar tempat anda berdiri adalah perubahan yang paling mudah untuk meningkat kan tahap permainan anda.Bagaimanapun ini bukan lah satu2nya cara untuk meningkat kan permainanan sebab kadang2 anda akan berhadapan dengan situasi dimana anda masih tidak dapat mencari pocket walaupun sudah menukar posisi tempat anda berdiri.Bila ini berlaku maka anda kenalah melakukan perubahan dalam faktor2 lain pula.

    Biasanya di lane2 yang agak kering seperti di Mines dan South City Plaza anda akan lihat bola anda akan hook terlalu banyak dan selalu tersasar ke pin 2 atau 4 dan kadang2 ke pin 7.Lebih mengecewakan kalau bola terus kelongkang.Jika di Mines saya akan mengubahkan posisi saya berdiri 4/5 board ke kiri dan masih menggunakan arrow 3 dari kanan sebagai target.Bagaimanapun oleh kerana anda sekarang berdiri jauh dari target anda maka ada ketikanya anda dapati tangan anda terbuka(mengepak) dan bola terlalu kekanan dan ada juga terus ke longkang disebelah kanan. Ini bermakna ruang untuk kesilapan adalah amat kecil(small margin of error) dan anda kena menumpukan sepenuh perhatian supaya anda tidak tersasar dari target anda.Tumpukan sepenuh perhatian anda pada arrow target anda dan untuk lebih accurate gunakan dot yang lebih hampir dengan foul line.Saya selalunya gunakan board diatas dot yg sama sebagai target saya untuk lebih accurate.Jangan gunakan pin sebagai target oleh kerana pin adalah jauh dari foul line dan tidak sesuai digunakan sebagai target.

    Pastikan juga setelah selepas setiap balingan anda tengok dimana bola anda jatuh untuk memastikan targeting anda itu tepat dan tangan anda tidak mengepak.Jangan campak bola anda kerana walaupun bola jatuh atas arrow/dot target anda kemungkinan bola akan lari dari target.Untuk tidak menghempas/mencampak bola tundukkan dan rendah kan badan anda semasa anda membuat balingan (delivery)

    Comment


    • #3
      Re: Back To Basic Bowling

      Hook - Bagaimana nak adjust game #2

      Walaupun permainan secara hook telah secara saintifiknya telah dibuktikan sebagai cara yang paling efektif untuk mendapatkan strike tapi ianya satu teknik yang senantiasa memerlukan perubahan dalam teknik kita.Bowler yang cepat membuat perubahan dan membuat perubahan yang tepat akan dapat memastikan permainan mereka senantiasa mantap dan dapat mengatasi pemain2 lain yang lambat atau tidak lansung membuat perubahan.

      Pemain bowling yang baik akan menerima hakikat bahawa permainan bowling ialah KESEMUANYA adalah perubahan.Bila anda boleh menerima hakikat ini maka anda akan membuat perubahan yang sepatutnya dan anda akan lebih enjoy dalam permainan anda dan anda bukan sahaja sedar yang anda perlu membuat perubahan tapi dapat membuat perubahan lebih cepat dari lawan anda.

      Jika anda cuma bermain dalam liga di tempat yang sama setiap minggu maka anda mungkin bermain dalam keadaan lane yang sama.Tak perlu buat banyak perubahan dan anda boleh menggunakan line yang sama dan bola yang sama.Bagaimanapun jika anda selalu bermain di tempat yang berbeza-beza dalam kejohanan bowling maka anda ada dua pilihan iaitu cuba melawan lane dengan menggunakan cara biasa anda ataupun membuat perubahan supaya anda dapat membuat balingan yang optimum.Jika pilihan anda ialah membuat perubahan dalam game maka teruskan membaca artikel ini.

      Minyak digunakan pada lane untuk melindungi lane tersebut tapi semasa permainan minyak tersebut akan berubah2 tempat dan akan berlaku perubahan pada lane tersebut.Jadi apa yang anda akan buat?Anda mungkin boleh merungut2 tentang keadaan lane yang teruk tapi jika anda sedang bermain dalam liga atau satu2 kejohanan ianya tidak akan membawa apa2 faedah..Keadaan minyak sudah berubah dan lawan anda akan dapat melihat yang anda sudah merasa tertekan dan kekuatan mental anda makin berkurangan. Jika anda sedang bermain dalam sesuatu liga ataupun kejohanan maka lawan anda juga akan bermain dalam keadaan lane yang sama maka ianya adil pada semua;Jadi apa yang anda perlu buat?Jangan merungut;sebaliknya anda kenalah menggunakan pengetahuan anda untuk membuat perubahan;.

      Perubahan: Anda boleh ubah posisi semasa mula2 berdiri ke kiri atau kanan sebanyak setengah board hingga 10 board,tukar target anda(arrow/dot),tukar kelajuan bola,tukar bola anda..Banyak nya nak tukar..Bila nak berhenti buat perubahan2 ini?Kali ini saya akan menulis tentang 4 perubahan utama yang anda boleh gunakan dengan lebih berkesan&amp;#8230;Kita gunakan akronim ARSE untuk mewakili 4 perubahan tersebut iaitu:-

      i) Angle - Sudut
      ii) Rotation - Kadar putaran bola
      iii) Speed - kelajuan bola
      iv) Equipment - Bola yang digunakan

      Oleh itu jika anda rasakan bola anda asyik tak masuk poket dan susah nak dapat strike jika dibandingkan semasa anda mula2 main maka jangan cepat panik&amp;Anda kena sedar bahawa keadaan lane sudah berubah dan anda perlu membuat perubahan yang sewajarnya.Senantiasa ingat ARSE anda dan anda ada 4 jenis perubahan yang anda boleh buat dengan serta merta untuk membuat balingan yang baik.4 perubahan itu mampu membantu anda dalam apa jua keadaan lane..

      ANGLE - Selalunya semasa permainan bola akan menyerap minyak ataupun menolak minyak kebelakang lane(push it further down). Ini bermakna bahagian lane yang berdekatan dengan pin akan kering dan akan membuat bola anda akan hook lebih cepat(ada lebih geseran antara lane dan bola). Cara yang paling mudah ialah mengubah posisi berdiri anda kekiri (kekanan utk yg kidal) untuk mendapatkan lebih swing (ie bola akan keluar sikit).Ini bermakna anda telah ubah angle(sudut) bola anda ke poket pin.Ini akan mewujudkan line ke poket yang baru untuk anda.Bagaimanapun kdg2 anda akan menggunakan line yang turut digunakan oleh lawan anda yang turut telah kering..Oleh itu dalam keadaan begini anda kena bergearak kekiri dengan mengubah posisi berdiri sebanyak 5-10 board.

      Tapi bagaimana pula jika anda dah mengubah posisi anda kekiri(kanan untuk kidal) sebanyak yang mungkin?Senang sahaja..ingat ARSE anda..Anda ada 3 lagi perubahan yang anda boleh gunakan..




      Sistem 534

      Satu lagi sistem yang anda boleh gunakan untuk menukar line strike anda sekiranya line yang sedia ada kurang berkesan anda boleh ubahkan target 3 board ke kanan dan tukarkan posisi tempat anda berdiri 5 board ke kanan dan angle anda baling bola tu 4 board kekanan..

      Lebihkan axis rotation(kedudukan ibu jari anda lebih tinggi,ie dari pukul 10 ke pukul 11) anda mewujudkan lebih geseran untuk bola pergi lebih jauh dan hook yang lebih kuat.Dalam situasi lane yang banyak minyak(heavy oil) anda kena turunkan kedudukan ibu jari anda(ibu jari ke pukul 10 atau 9) untuk mengurangkan rotation bola.

      SPEED Untuk lane yang kering dengan meningkatkan kelajuan bola anda dapat membuatkan bola anda pergi lebih kebelakang lane sebelum bola itu hook.Perhatikan pemandu kereta lumba yang memperlahankan kereta mereka dalam hujan oleh kerana dalam hujan agak kurang grip dan kurang geseran antara tayar dan permukaan jalan.Bola anda memerlukan geseran untuk hook.Oleh itu jika di lane yang mempunyai banyak minyak(heavy oil) bola yang lebih perlahan akan membantu geseran yang lebih awal dan akan mewujudkan hook yang lebih awal yang anda perlukan.

      EQUIPMENT Untuk mengubah rotation dan speed memerlukan kemahiran dan latihan.Serupa juga dengan permainan golf adalah lebih mudah untuk menukar alat permainan anda.Untuk lane yang banyak minyak anda memerlukan lebih geseran so pilihlah bola yang mempunyai permukaan yang pudar(dull surface) dan bila lane semakin kering gunakan bola yang mempunyai permukaan yang berkilat.

      Sekarang lebih mudah oleh kerana pengeluar bola biasa nya akan memberi statistic bola tersebut dan bola itu lebih sesuai untuk keadaan lane yang macam mana.

      Comment


      • #4
        Re: Back To Basic Bowling

        pertanyaan..

        macam saya main hook..

        biasa saya akan berdiri di dot 2 dari kanan (10) (kaki kanan di dok 2..kaki kiri di dot 3) & baling di arrow 2 dari kanan..

        jika bola la brooklyn pd masa tu.. ke mana saya kena ubah.. ke kanan lagi ke kiri lagi??

        tq tuan..

        Comment


        • #5
          Re: Back To Basic Bowling

          Ilhaam,

          Kalau ko right handed ko kena ke kiri bang..Berapa board nak adjust ko kena tengok berapa banyak bola tu lari dari pocket 1-3.. Kalau kalau kena head pin biasanya aku lari satu board je ke kiri..Kalau brooklyn aku lari dua board ke kiri..Kalau kena ke pin 2 aku lari 3 board ke kiri..

          KAlau ke kanan tu kalau ko nak bola pergi kekiri lagi ie bila bola x masuk macam semalam aku main kat Alamanda..Bola bola x masuk aku gerek kekanan dua board baru bola masuk pocket..

          Comment


          • #6
            Re: Back To Basic Bowling

            Selain dari ubah board kalau bola brooklyn ko jugak leh:-

            1. Lajukan bola jadi dia x break cepat sangat
            2. Jangan grip sangat finger
            3. TUkar bola kalau disebabkan lane dah kering

            Comment


            • #7
              Re: Back To Basic Bowling

              1 bot tu maknanye 1 papan kan??
              dah lari bot..arrow tetap same erk..

              Comment


              • #8
                Re: Back To Basic Bowling

                wah info yg sangat bagus.... nie 1st time aku nak main nie.... itu pon gara2 opis buat pertandingan.....

                Comment


                • #9
                  Re: Back To Basic Bowling

                  Ilhaam,

                  Yup..One board tu satu papan..Kalau style aku aku ubah board tempat aku berdiri je..Ada gak yg style ubah target ie arrow on the lane or board on the lane tapi yg ni aku dah lupa..Nanti aku carik balik nota2..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Back To Basic Bowling

                    Kenapa main straight payah nak strike?

                    Ni antara sebab yang saya boleh identify:-

                    1. Bola ringan sangat - Pin tu sebenarnya besar n berat. So kalau bola tu ringan bila kena pin bola tu boleh melencung dari pocket dan payah nak strike.

                    2. Pakai bola plastic - BUkan x boleh pakai bola plastic tapi impact dia kurang. Kurang2 pakai bola macam Scout reactive sebab impact lebih baik

                    3. Tak ada follow through - Main straight balingan kena straight ke pocket so kalau tangan tu dah habis buat hayunan bola tu maybe x lurus pergi ke pocket.

                    4. Main baling aje - Walaupun anda main straight jangan main baling aje..lepas baling tengok bola tu..Kemana bola tu pergi..Adakah x cukup masuk ke pocket atau terlebih lajak..Adjust sepatutnya dari segi target atau dari segi tempat berdiri..

                    Comment


                    • #11
                      Re: Back To Basic Bowling

                      tq abe ucop.....

                      Comment


                      • #12
                        Re: Back To Basic Bowling

                        Sapa2 yg nak main hook tu pastikan anda tahu cara2 nak adjust game kita.Maybe kita x pro macam National bowlers tapi cara2 nak adjust ni memang banyak boleh membantu..Lagi satu kalau mampu, kalau nak main hook pastikan ada 3 bola iaitu:-

                        1. Bola untuk medium heavy oil - Ni untuk lane yg masih banyak oiling n biasanya bola2 ni mmg mahal cam bola Black Widow ajak RM700. Bola au tu Dynothane Returns RM650 walaupun dah lama..

                        2. Bola dry lane - Ni untuk lane yg dah kering minyak dia or mmg lane yg x banyak oil pun cam UE3 or SCP..

                        3. Bola plastik - Wajib untuk ambik spare esp yg satu-dua pin je..KAlau pin banyak lagi advisable pakai bola 1st ball. PIn yg duduk depan belakang ie sleeper pin pun x leh pakai plastic..

                        Comment


                        • #13
                          Re: Back To Basic Bowling

                          lum ada dana lagi tuk angkta spare ball..
                          kalo ada pun..terpikir beg 2 bol takde lak..
                          jenuh nak angakt 15lbs X2..

                          Comment


                          • #14
                            Re: Back To Basic Bowling

                            good info...mekasih bro...

                            errr...err...boleh tak ajar saya main boling dgn betul...letih arr layan spare jerk...biasa saya main area shah alam dengan summit...so kalo turun saner...roger2 eh...

                            Comment


                            • #15
                              Re: Back To Basic Bowling

                              Sapa2 nak belajar ngan saya boleh je saya ajar sikit2 sebab saya pun x terror2 lagi tapi kenalah sanggup ditegur n kdg2 kena marah..Kalau x sanggup saya pun x sanggup nak ajar.. he he

                              Comment

                              Working...
                              X