Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

bowling equiptments...

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • bowling equiptments...

    nak tanya korang sikit...
    kalau kat kl tu, kat mana yg jual bola & kasut bowling yg murah?

  • #2
    erk....kalau kat kl tuh ....besar...tuh.....
    area maner ko nak....kalau subang ..kat summit usj,kalau ampang kat ampang point.......kalau kat tgh kl ,,,,kat federal bowl...kalau sunway pun ader gak......byk ler....kalu nak murah lagie tanyer redline....

    Comment


    • #3
      sugarush: ko nih straight bowler ke.. hook ke spinner?
      kalau straight ngan hook bowler.. tempat yg paling sesuai sekarang ialah.. ko gi kat cheras leisure mall. kata sana tengah offer.. gerenti tak menyesal nyer.
      lagi satu ko nak equip yg jenis mana? plastic ball ka? medium range ka? high end? memana pon boleh. ko gi la usha kat sana. pi beli storm big hit tuh. baru rm280.
      kalau ko pakai bola y g berat 13 ke atas.. tersangat2 la sesuai...
      so.. selamat membeli la ek..

      Comment


      • #4
        sugarush : utk lebih detail ko bole tanya terus pd masterČ bincang nih spt red_line, aragonz, ajim, boyot, magewar, ayoi dll...

        selamat bershopping... bila dah dpt nanti rajinČ la menjoinkan diri ngan masterČ semua tu... terutama sekali ngan rizalman (cfu aku...)

        Comment


        • #5
          hemm hari tu aku gi kat leisure mall nye proshop... boleh tahan gak harganya... so sugarusah ko pegi le jejalan kat leisure mall tu untuk dapt maklumat lebih sikit..
          p/s: malam ni aku gi sana nak tebuk lubang bola aku... mao follow?

          Comment


          • #6
            Sugar,

            Dalam membeli bola dan kasut bowling saya rasa ada dua perkara yang perlu diambil kira iaitu :-

            1) Budget - Berapakah budget yang anda ada untuk membeli kedua-dua peralatan tersebut?

            2) Jenis balingan anda iaitu :-

            i) Straight ball/balingan lurus - Untuk straight ball anda untuk permulaan anda boleh membeli bola plastik yang dibuat dari Polyester.kebaikan bola ini ialah ianya murah dan harga di Leisure Mall utk bola Plastik ialah :-

            a) Storm Plastic - RM159
            b) Coca Cola - RM349
            c) Zone(Glow in the dark) - RM179
            d) Sports Tech - RM169
            e) Ebonite Plastic(Rainbow Colour) - RM149

            Bagaimanapun kelemahan bola plastic ini ialah ianya kosong didalam dan oleh itu kebiasaanya apabila bola itu menghentam pin bola itu akan terpesong ke arah lain.

            Oleh itu adalah dicadangakan kepada anda untuk membeli bola Reactive dimana rasanya kebiasaanya dibuat dari urethane dan mempunyai "isi" didalam bola itu atau pun dipanggil core.jenis core atau bentuk core bergantung kepada jenis bola.Bola ini lebih solid dan dapat membantu anda dalam permainan anda dan membantu utk mendapatkan strike bila line anda betul dan memberi 'pin reaction' yang lebih mantap.

            Antara bola2 Reactive yang terdapat di Leisure Mall,Cheras ialah:-

            1) Columbia Scout Reactive -RM199 (Berat 10lb).Dijual di Pyramid pada harga RM380.

            2) Brunswick Zone Mr - RM 189 (Harga asal RM299)

            3) Storm Trauma - RM299 (Berat 11lb 2 oz)

            4) Ebonite Predator - RM319(Asal RM539) Berat 13/14/15lb

            5) Columbia Chaos - RM499(asal RM629) berat 14lb

            6) Storm Eraser PBT -RM379 (Asal RM499) berat 13/15lb Dijual pada harga RM600+ di Pyramid

            7) Columbia Rev-RM499 (asal RM629) berat 13lb 4 oz

            8) Columbia Icon 300 - RM599 15/16lb

            9) Storm Elnino -RM399(RM629) 16lb

            10) Storm Tour Power - RM449 (RM579) 13/15lb

            11) Storm Pearl - RM399 (Asal RM499) 13lb

            12) Columbia Rock On-RM499(RM679) 15lb 4 oz

            13) Storm Shock Trauma - RM499 (RM599)

            sebenarnya banyak lagi bola di kedai itu(master Bowl) dan mereka mengadakan jualan besar-besaran oleh kerana merekan akan berpindah ke 14, Jalan SS 15/4B Subang Jaya pada Jun 03.

            Sila lihat review bola-bola diatas di www.ballreviews.com ataupun di www.bowlingballreviews.com

            Perlu diingatkan terdapat pelbagai jenis keadaan lane yang hanya sesuai untuk bola-bola bowling yg dijual.Biasanya ianya dibahagikan kepada tiga jenis lane condition :-

            1) Dry/light oil - Lane yg kering dan sedikit minyak

            2) Medium oil - lane yang mempunyai minyak yg sederhana

            3) Heavy Oil - Lane yang mempunyai banyak minyak - Selalunya selepas lane itu baru di oiled.

            Sebagai contoh bola yang saya pakai iaitu Bola Storm Trauma Shock amat sesuai digunakan di Pyramid oelh kerana keadaan lanenya medium/heavy oil dan amat kurang berkesan apabila digunakan di Pandan Strikers dimana lane agak kering.(Tu yg asyik kalah JP aje)Ini amat tepat untuk yang bermain hook seperti saya.Pada yang bermain straight ball seperti Ayoi tidak mempunyai banyak masalah dengan keadaan lane.Tentang spinner seperti Red,Ajim dan Magewar itu kena tanya mereka.

            Kasut juga agak penting untuk membuat approach yang baik dan membolehkan anda releasekan bola dengan lebih selesa.
            Budget sekitar RM150 membolehkan anda membeli kasut Master yang agak baik di Leisure Mall.Brand yg elok ialah brand Dexter dan Linds tapi harga agak mahal utk kasut yg baik iaitu sekitar RM300 keatas.


            Cara yang termudah ialah anda ajak Sifoo di Bincang.Net ini seperti Redline yang suka tolong and advise orang.ajak aje dia and then bawak dia pergi makan KFC ke MC D ok mesti setlle nya.Dia org tak kedekut ilmu.

            Harap maaf jika ada sebarang kesilapan dalam advise saya diatas.Saya pun baru2 nak belajar main hook.
            Last edited by yusoff; 29-05-03, 08:46 AM.

            Comment


            • #7
              hush pokcik.. ni seminar nak beli bola apa

              Comment


              • #8
                haaaaa tu dia... panjang lebar advise dr pakcik ucop...
                terima kasih pakcik ucop... bertambah skit pengetahuan aku...
                terutama pasal bola boling...

                Comment


                • #9
                  pakcik berapa rega satu set pin...oonnggg
                  ingat nak beli ler bloh training kat blakang umah....ngeeeeee

                  Comment


                  • #10
                    hem putra katak.. kalao ko nak beli set pin kan aku boleh tlong carikkan.. dalam 5-6 ratus aje itu pun yg 3.4 pound aje....so ko kena la korek lubang kat belakang umah nak wat lane nye lak

                    Comment


                    • #11
                      Bila lah gua nak dapek angkek kasut SSH6 nie.....??

                      Comment


                      • #12
                        banyak la ko training belakang rumah.. wah complete list bola nyer rege

                        Comment


                        • #13
                          Nah..Ambik lagi..Jangan tak beli udah.Ni dipetik dari posting pakcik di malaysianbowlers.

                          **********************

                          Dear bowlers,

                          Assalamualikum dan salam sejahtera.

                          Seperti yang anda semua sedia maklum Leisure Bowl di Leisure Mall Cheras
                          akan beroperasi sehingga 8hb Jun ini sahaja.Pada hari terakhir ada offer
                          RM1.50 segame sepanjang hari.

                          Ni saya nak updatekan harga2 bola bowling yg tgh on sale di kedai Pro Shop
                          disitu iaitu Master Bowling Supplies Sdn. Bhd.Mereka akan dibuka sehingga
                          7hb June sahaja dan akan berpindah ke 14,jalan SS 15/4B,Subang Jaya.Sila
                          hubungi mereka di 03-91333985 012-2720278(Muszaidy).Sila call mereka dulu
                          sebelum kesana sebab kadang2 kedai tak dibuka pada masa2 tertentu.

                          Bola2 Storm

                          Line Harga Asal Offer Jenis Berat yg ada(lb) Di tpt lain(RM)

                          N/A n/a 159 Plastic 10-13

                          Big Hit 299 229 Reactive 14 350-380

                          Trauma n/a 299 Reactive 11 2oz

                          EraserPBT 499 379 Reactive 13/15 580-600++

                          El Nino 629 399 Reactive 16 580-600++

                          Tour Power 579 449 Reactive 13/15

                          Pearl 499 399 Reactive 13


                          ElNino Gold 599 499 Reactive 15 3oz

                          La Nina 699 349 Reactive 16

                          Shock Trauma 599 499 Reactive 14/15 600++

                          Charge n/a 499 Reactive n/a 600++


                          Core Power n/a 499 Reactive n/a



                          Saya rasa ini lah peluang anda untuk membeli bola2 Storm pada harga yang
                          amat berpatutan.Jika saudar dilihat banyak pilihan yang terdapat di kedai
                          ini dengan harga yang cukup murah.

                          Untuk lihat review bola-bola diatas sila layari www.ballreviews.com ataupun
                          www.bowlingballreviews.com

                          Ini amat penting oleh kerana bola bowling hanya sesuai untuk salah satu
                          condition seperti berikut :-

                          1) Dry/Light Oil - Seperti di Pandan Strikers,Endah Parade,Pertama Bowl

                          2) Medium - Ampang Superbowl,Ampang Point. Mines

                          3) Medium/Heavy - Pyramid

                          Berat bola pulak bergantung kepada jenis balingan anda samaada Straight,Hook
                          ataupun Spinner/Helicopter.Secara amnya untuk Spinner mereka menggunakan
                          bola yang ringan dengan berat maksima sekitar 11/12 lb oleh kerana mereka
                          lebih mementingkan 'ball revolution' ataupun putaran bola.

                          Untuk pemain hook mereka menggunakan bola yang berat utk mendapatkan
                          'impact' dan 'pin reaction' yang baik.yang main straight ball pun biasanya
                          menggunakan bola yg berat utk tujuan impact yang mantap dan pin reaction
                          yang baik.

                          Secara amnya berat bola hendaklah sekitar 10% berat badan anda.Sebagai cth
                          jika berat badan anda 70kg.10% ialah 7kg.Oleh itu anda boleh menggunakan
                          bola yang beratnya sekitar 13-14pound(ie 1kg=2lb)

                          Kepada mereka yang pernah menggunakan bola-bola Storm diatas komen-komen
                          anda amat dihargai.

                          Saya akan updatekan anda harga2 bola jenama lain tidak lama lagi.

                          Harap maklum

                          Yusoff

                          Comment


                          • #14
                            hah.. tunggu apa lagi.. sebelum abih offer baik hang pi sana sugarush... kalau tak kang rugi aje ko beli kat kedai lain.. semue memahal..

                            boyot: hang pau kate aa boyot...macam tak besa plak... kekekke

                            Comment


                            • #15
                              Putra : kalau nak buat lane tu buat bebanyak sikit buleh aku tumpang practice kat blakang umah ko tu .. tak yah bayar ekkk... heheh

                              Kite ingat nak tambah bola satu lagi ler tapi berat cuma 11lb je.. hmm
                              Last edited by cupid; 29-05-03, 12:52 PM.

                              Comment

                              Working...
                              X