Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Geng Mari Berkebun! V2

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Geng Mari Berkebun! V2

    ye geng yang suka berkebun
    marilah kita sambung sini.

    anggur tu mmg jenis iklim khatulistiwa kan? bukan 4 musim?

  • #2
    Re: Geng Mari Berkebun! V2

    anggur sendayan?...tempat kat mana tu? kat seremban tu ker?

    Comment


    • #3
      Re: Geng Mari Berkebun! V2

      aku jumpa tip nak bg tanah subur...http://www.kkk.org.my/melayu/index.p...nah-subur.html

      dan juga ini....http://www.peatorganic.com/main.php?module=3

      Penggunaan media berasaskan gambut elak tanah jadi padat dan keras

      SESIAPA saja boleh menanam pokok. Bagaimanapun, ramai tidak tahu bagaimana mahu memastikan pokok yang ditanam terus hidup dan subur.

      Bagi kebanyakan kes, ramai yang tidak menjaga pokok yang ditanam, termasuk menyelenggara, memangkas dan menggalakkan pertumbuhan pokok dan menjejaskan pertumbuhannya.

      Tidak kurang yang beranggapan, memadailah untuk menyuburkan pokok dengan meletakkan baja yang bersesuaian, selain air dan sinaran matahari yang mencukupi mengikut kesesuaian pokok.

      Hakikatnya, ada banyak masalah lain yang menyebabkan pokok tidak subur atau mampu hidup lama. Kebiasaannya, masalah yang sering dihadapi pokok yang menyebabkannya tidak subur ialah kehadiran rumput rumpai yang tidak diingini, iaitu pokok terpaksa bersaing untuk mendapatkan nutrien dengan rumput berkenaan.

      Selain itu, timbul masalah penyusutan media tanaman menyebabkan akar kurang produktif dan seterusnya memberi kesan kepada pertumbuhan pokok.

      Dalam sesetengah kes pula, tanah menjadi terlalu padat dan menjadi keras. Ini menyebabkan berlaku takungan air serta masalah pengudaraan. Jika tanda-tanda berkenaan wujud, maka pokok akan kekurangan nutrien dan memerlukan proses membaikpulih tanah.

      Salah satu cara mudah membaik pulih tanah ialah dengan menggunakan penyubur tanah berasaskan gambut. Caranya adalah seperti berikut:

      1. Cabut rumput rampai pada sekeliling pokok. Seeloknya lakukan pemangkasan terlebih dulu. Pangkas dahan mati dan yang berpenyakit.

      2. Taburkan penyubur tanah berasaskan gambut setebal 2.54 hingga 5.08 sentimeter (satu hingga dua inci). Jangan bimbang jika ia terlebih kerana ia seratus peratus organik dan tidak mengandungi sebarang najis binatang.

      3. Gemburkan saja atau sekadar gaulkan. Pastikan tidak mencederakan akar. Seterusnya siram air secukupnya.


      Fakta Tanah Gambut

      # Di Malaysia, kebanyakan tanah gambut mengandungi 90 peratus bahan organik di dalamnya seperti sisa pereputan kayu, daun, akar dan batang pokok, selain mengandungi mineral yang biasa dijumpai dalam tanah lain.

      # Tanah gambut juga dikatakan mampu menyerap, menapis air dan ia dikatakan menjadi takungan karbon yang amat besar kuantitinya serta mempunyai kepentingan ekonomi untuk sektor pertanian dan penanaman pokok hiasan.

      # Dalam keadaan semula jadi, tanah gambut di negara ini mengandungi bahan pereputan kayu, dari akar, daun hingga ranting pokok. Ini menyebabkan air sentiasa bertakung di permukaan tanah dan melambatkan pereputan.

      # Bagi petani, tanah gambut digelar sebagai tanah hitam kerana warnanya lebih hitam dan berbeza dengan jenis tanah lainnya. Tanah gambut umumnya dalam bidang botani disebut peat, namun ia mempunyai pelbagai gelaran lain mengikut negara.

      # Di Amerika Utara, gambut disebut sebagai fen, manakala di Kanada dikenali sebagai musked. Di Russia dan Amerika Syarikat pula dirujuk sebagai bog, Finland (mire) dan di Jerman (moor).
      Last edited by Humairah; 22-10-10, 05:26 PM.

      Comment


      • #4
        Re: Geng Mari Berkebun! V2

        tanah gambut mmg terbaik.

        guna kompos pun okeh gak. kalau rajin buat la.

        Comment


        • #5
          Re: Geng Mari Berkebun! V2

          tanah gambut mana nak carilah.....
          peat moss yng kat kedai satu beg kecik ajer dah RM 8...

          nama kasar adalah tanah bakar....

          fakta seterusnya...

          tanah liat

          tanah liat nie adalah tanah yang tidak telap air dan mengandungi aluminimum yang tinggi.aluminium merencat pertumbuhan akar..jadi akar pendek tak meluas..dan pokok pon tak subur..
          caranya untuk suburkan adalah ambik tanah gambut tu gaulkan....jadi kepekatan aluminium direndah..
          rajin gemburkan tanah disekeliling pokok dgn tanah gambut insyaAllah naik dan subur...

          Comment


          • #6
            Re: Geng Mari Berkebun! V2

            klaau kau duduk kt felda.. kau akan dapat tgk macam2 magic orang buat utk betulkan keasidan tanah..!

            sesetengah pokok.. perlukan tanah payau ..! sesetengah perlukan tanah masam..

            semua ni orang kampung pandai.. ada yg campur kapur lah., ada yg campur..apa eh? aku pun tak ingat lah.. bapak aku yg buat.. aku tgk aje..!

            semua problem ada cara penyelesaian.. rajin dgn tak rajin aje..

            Comment


            • #7
              Re: Geng Mari Berkebun! V2

              Originally posted by morpheuzneo
              klaau kau duduk kt felda.. kau akan dapat tgk macam2 magic orang buat utk betulkan keasidan tanah..!

              sesetengah pokok.. perlukan tanah payau ..! sesetengah perlukan tanah masam..

              semua ni orang kampung pandai.. ada yg campur kapur lah., ada yg campur..apa eh? aku pun tak ingat lah.. bapak aku yg buat.. aku tgk aje..!

              semua problem ada cara penyelesaian.. rajin dgn tak rajin aje..
              saudara aku lagi hebat.....

              bela ayam...tahinya cmpur dgn garam makan tu dan dikomposkan...

              perghh naik2 subur pokok....


              hasil sisa buangan kilang sawit mmg bernutrien tinggi....yng abu tandan dengan tempurung sawit tu.
              lagi satu baja amonium sulfat...

              Comment


              • #8
                Re: Geng Mari Berkebun! V2

                taik ayam + garam

                hmmm..... bole try.

                Comment


                • #9
                  Re: Geng Mari Berkebun! V2

                  Originally posted by AbdullahCheng View Post
                  taik ayam + garam

                  hmmm..... bole try.
                  ok cheng.. supply kami baja taik ayam organic.. ! campur pulak abu sawit..

                  ~~~~~~~~

                  OK.. aku di cameron ni.. , telah berjaya mendapatkan baja jenis cucuk aje kt tanah..! ada 3 jenih baja aku beli.

                  1. warna purple - utk nk paksa pokok2 vanilla kt rumah mak aku berbunga! apa barang dah 3 tahun.. tak berbunga-bunga lagi..!

                  2. wana hijau - utk pembesaran pokok..

                  3. Kuning - utk pokok2 palma dan fern..



                  itu laa rupa spike ni..! kt ace hardware bukan main mahal baja ni!

                  ~~~~~~~~``

                  Tapi baja cecair utk hydroponik tu.. takde laa yg jual 2 botol tu... !

                  kedai mana eh jual ni??
                  Last edited by morpheuzneo; 24-10-10, 12:52 AM.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Geng Mari Berkebun! V2

                    dude,bape ringgo?

                    Comment


                    • #11
                      Re: Geng Mari Berkebun! V2

                      satu paket RM5 ringgit saja Gbum..! utk ko extra 1ringgit aje utk cover tol dan minyak !..

                      hahha.. kalau nak... sms gua. !

                      baja yg hidroponik tu.. (campur air tu) jenis elok.. mahal ! rm30 lebih.. (itu pun kedekut.. ) aku nk pakai sikit aje..!


                      pastu utk yg tanam cili tu.. tak nak dia ada putih2 tu.. kene beli spray fungicide.. supaya dia tak kerinting..! mahal gak.. rm50 lebih tadi pek besar..!

                      sini semua brand yg bagus2.. behn meyer., bayer... monsanto.. dan yg dari netherland..

                      Comment


                      • #12
                        Re: Geng Mari Berkebun! V2

                        kat depan umah aku... tanah berasid... so dapat petua dari jiran2 korek lobang pastu bakar daun2 kering biar tanah tu kena bakar sekali... lepas tu baru campurkan tanah merah & tanah hitam... pastu bleh tanam pokok...dan letak baja...bla..bla...

                        hahhaha macam laa aku yg tanam... bapak aku yg tanam.. sekarang kat depan rumah ade 43 anak poko buah.. termasuk laa petai, jering.. bla..bla

                        Comment


                        • #13
                          Re: Geng Mari Berkebun! V2

                          Originally posted by ChEf_N|3aM View Post
                          kat depan umah aku... tanah berasid... so dapat petua dari jiran2 korek lobang pastu bakar daun2 kering biar tanah tu kena bakar sekali... lepas tu baru campurkan tanah merah & tanah hitam... pastu bleh tanam pokok...dan letak baja...bla..bla...

                          hahhaha macam laa aku yg tanam... bapak aku yg tanam.. sekarang kat depan rumah ade 43 anak poko buah.. termasuk laa petai, jering.. bla..bla
                          abu mengandungi alkali...jadi meneutralkan keasidan...tu paling lambat..

                          klau guna baja kapur lagi cepat...

                          Comment


                          • #14
                            Re: Geng Mari Berkebun! V2

                            wah ni dah mcm pahlawan cangkul. 2 in 1. hasil dpt, badan pon sihat. ekonomi lagi

                            Comment


                            • #15
                              Re: Geng Mari Berkebun! V2

                              Kalau kat kg dulu daun kering, semak yg ditebas, rumput yg dicangkul akan dibakar.....dijadikan baja bakar.....tahi lembu n tahi ayam pun std jdkan baja.......tp untuk pokok buah ah cam pokok manggis, duku n durian kat tepi umah....sayur biasanya jarang guna baja dari najis.....

                              p/s; baja urea putih tu mmg korang tak guna langsung ke? utk sayur atau pokok buah? ayah aku kadang2 guna gak utk pokok duku.....

                              Comment

                              Working...
                              X