Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

    Asmlkm kwn2..

    Saya nak cadangkan (jika belum ada), segment atau forum bagi yg berminat berkenaan menanam sayur atau berladang. Tak semestinya yg serious berladang sahaja, tetapi bagi yg nak membuat tanaman sayuran di rumah dan sebagai hobi. Perbincangan seperti asas yg diperlukan serta teknologi yg digunakan dan yg praktikal. Contohnya saya memang tak reti bercucuk tanam ni, tapi ingin nak memulai tanaman sayuran2 di rumah dan ingin juga nak tahu teknik2 lain spt fertigasi / hidroponik etc.

    Tq

  • #2
    Re: Forum menanam sayur/berladang

    masukkan la kat bincang hobi.. nice hobi tu...

    Comment


    • #3
      Re: Forum menanam sayur/berladang

      Ya betul... baru nak mula.. ok saya akan letak dlm "bincang hobi"... tq

      Comment


      • #4
        Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

        Asmlkm semua

        Saya ni tak pernah bercucuk tanam, skrg ni teringin nak bercucuk tanam, terutamanya nak bangunkan sayur2an di kawasan rumah. Lagipun ianya boleh beri hasil yg baik terutamanya tanaman tidak ada racun yg merbahaya, dan juga dapat bakar lemak badan, lagi dapat jimatkan kos sara hidup yg makin naik je (inflasi).

        Kepada yg dah terror tu, boleh lah upload gambar tanaman anda dan juga kongsi pengalaman anda dan bagi tips serta petunjuk kepada org2 yang baru spt saya ni.

        Buat permulaan, saya ingin nak tahu :
        1) sayuran apakah yg mudah ditanam, kurag perlu jagaan teruk
        2) sayuran yg dapat dituai hasilnya dalam jangkamasa pendek
        3) apakah perlu tapak yg luas, atau boleh cuma dalam pasu / polybag
        4) benih, adakah beli dari hypermarket (giant/tesco) yg dlm sampul kertas tu ok atau bagaimana?

        Sila beri tunjuk ajar..

        Tq

        Comment


        • #5
          Re: Forum menanam sayur/berladang

          bagus idea ni..

          dalam kita baru nak mula.. ada kawan kita telah maju jauh di hadapan..

          ingat tak geng bdn nama - gogsard? Dia dah jadi usahawan cendawan sekarang..

          tapi.. bagus laa kalau ada bilik khas utk minat bercucuk tanam ni..

          kadang tu.. tanam pokok cili pun fail..! pokok tu kt kampung .. ok aje gemuk! bawak balik ke bandar.. terus senyap tak membesar dah.. berbuah pun idak.!

          lama aku kaji.. baru tau.., kene letak bawah lindungan matahari rupanya..! manja pulak! walhal kt kampung.. elok aje..takde tutup..

          itu belum pokok2 lain lagi.!

          stakat ni.. pokok2 herba.. utk kegunaan harian tu aku berjaya lah tanam .. antaranya :

          1. serai (besar merimbun dah..
          2. Pokok kari..! (hahah.. , ini pokok wajib di mana2 pun aku pindah..! bila aku pindah dari rumah tu.. mesti pokok kari tu dah besar gila ! ..
          3. Pandan
          4. Daun Kesum
          5. Daun pudina.
          6. Kunyit hidup.
          7. Halia.

          abis dah..

          Gbum pun pekebun kecil-kecilan yg berjaya gak.. kalau nak segla jenis limau - pegi laa rumah dia.. banyak. .., limau kasturi, limau purut, limau nipis., dan apa lagi ntah pokok2 dia.. !

          dia tanam dgn harapan.. anak dara orang sebelah akan tegur dia.. utk mintak sikit buah limau kasturi atau limau lain.. .. hahaha..

          Comment


          • #6
            Re: Forum menanam sayur/berladang

            jgn tanam pakalolo udahler

            Comment


            • #7
              Re: Forum menanam sayur/berladang

              bole start kat bincang hobi.

              kalau ramai yang berminat, dan bole gather info byk2, bole dipertimbangkan untuk dapatkan sub-forum

              P/S : aku sokong korang ni. aku tgh usahakan tanaman jagung

              Comment


              • #8
                Re: Forum menanam sayur/berladang

                waah, aku pun suka nak membaca baca pasal bab tanaman nieh. hehe. menarik gak.

                Comment


                • #9
                  Re: Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

                  aku try jawab

                  1) paling senang, serai. kekeke.
                  secara relatifnye, semua senang. melainkan ko nak tanam anggur , epal, stoberi etc.
                  tanaman pokok renek (cth : cili) lagi mudah dijaga dari sayur berdaun (cth : sawi)

                  2) aku tak berape sure. so aku skip ni. hehe.

                  3) takyah luas sgt. kalau tanam cili, satu pokok 1 pasu/bag. <<< mcm tak menjawap soalan je ni. haha.

                  4. elok. even tanah kebun Tesco tu pun ok.

                  aku tak pro. tapi mungkin dalam minggu ni aku start tanam jagung.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

                    waalaikumsalam...aku pun cuba try jawab..bab penanaman ala ala kg ni aku dah lama dah menceburi..ok bab nak tanam sayur ni..rasa yang senang seperti kawan kita cakap cili dan serai..aku 1st masa pindah umah mesti nak tanam cili..x tau ler memang habbit..pastu sekarang sambung serai,ulam raja dan beli jugak pokok kat nuserry mcm limau kasturi ngan limau purut sbb senang nak guna petik jer..

                    1..yang senang cili,serai dan berkaitan dgn nya..kalu sayur mcm sawi bayam kangkung kene jaga skit sbb bnyak serangga minat...tp aku pokok mcm tu aku tanam kaedah hidroponik
                    2..kebangyakkan sayur akan hasil dalam 1bulan tengok sayur apa yang di tanam dan tahap baja kesuburan..dan kalau depan rumah pastikan tiada siput b**i..sbb pokok aku semai hritu habis di serang aku pelik gak..siang nengok ok jer bngun pg hilang dah pokoknya..sampai aku siasat kul 630 pg rupenyer siput ni makan benih pokok..so aku g nursery brli racun..sekarang dah selamat..
                    3..x yah tapak luas..kalu rajin dan nak jimat gali tanah jer..kalu nak cantik beli pasu rm5 tanah rm3(kat nusery tempat aku ler)..pakai pasu cantik skit boleh alih dan senang nak jaga..
                    4..benih beli ler kat mana pun kalau mcm cili aku amik jer sebiji dari bini aku beli kat pasar..keringkan dan tabur jer kat pasu..nanti tumbuh..kalau sawi dll aku beli kat pasaraya..cuma tanah dan pasu lbih baik beli kat nusery murah skit...hehe..nanti aku snap gambar aku ltak sini...

                    Comment


                    • #11
                      Re: Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

                      Buat permulaan, saya ingin nak tahu :
                      1) sayuran apakah yg mudah ditanam, kurag perlu jagaan teruk

                      sayuran ke? kalau pokok2 herba aku tau lah.! cili ke., limau ke.., kari ke., kunyit ke.... pandan ke.! ini semua senang jaga.

                      dlm polibag saja dah ok!


                      2) sayuran yg dapat dituai hasilnya dalam jangkamasa pendek

                      Ni aku tgk jiran aku - dia selang 2 rumah aje dari aku .

                      dia tanam pokok2 ni.. dan dah dapat hasil dah..

                      1. terung
                      2. Bendi
                      3. pokok turi - daun turi - india suka guna utk gulai.
                      4. kunyit - abis daun nya dia belasah! dan dah 2-3 kali cycle dah.
                      5. pokok lain tak tau nama.. ! ada yg aku tak pernah tgk..


                      3) apakah perlu tapak yg luas, atau boleh cuma dalam pasu / polybag

                      tapak kecik pun dah cukup..! even skang ni.. kaau takde tapak.. boleh buat projek atas gelegar - jadikan dia airoponik atau hidroponik..

                      atau vertical gardening! (konsep baru.. - pernah tgk kt midvalley / the garden saja)

                      yg bawah ni canggih sangat..


                      Tapi yg biasa kt rumah2 melayu - maybe macam bawah ni :


                      sempoi saja..

                      nk yg pakai polibag -


                      Idea ni nampak pelik eh? tapi cuba korang pegi Cameron Highland.! macam mana diaorang maksima kan tanah yg kecil tu utk tanam pokok2 high value - mereka guna konsep vertical garden ni lah..! tgk pokok strawberry mereka- bertingkat-tingkat kan?

                      Ini utk orang yg punya tanah terhad..! di bandar2 besar ni manaa laa ada rumah yg punya tanah luas..


                      4) benih, adakah beli dari hypermarket (giant/tesco) yg dlm sampul kertas tu ok atau bagaimana?


                      ko nak tanam dari biji benih ke? er.. aku pun tak se advance ni.! sebab aku ni pemalas! semua projek penanaman aku yg bermula dari biji benih mesti out punya lah!

                      so.. aku sarankan utk elak bazir duit - kau beli kt nursery aje.... mesti ada.

                      cam aku - aku bawak balik benih yg best2 ni.. soh mak aku semai.., then dah elok segar sihat.., aku balik laa kampung utk angkut bawak balik..! cari ni lebih bagus..

                      Comment


                      • #12
                        Re: Forum menanam sayur/berladang

                        Originally posted by morpheuzneo View Post
                        bagus idea ni..



                        Gbum pun pekebun kecil-kecilan yg berjaya gak.. kalau nak segla jenis limau - pegi laa rumah dia.. banyak. .., limau kasturi, limau purut, limau nipis., dan apa lagi ntah pokok2 dia.. !

                        dia tanam dgn harapan.. anak dara orang sebelah akan tegur dia.. utk mintak sikit buah limau kasturi atau limau lain.. .. hahaha..
                        ngahaha siot jer... dia tak mitak limau la.. cili jer...

                        aku mmg suka becucuk tanam..cuma bila datang malasnya..tuhan ajer yang tahu...

                        skang kat umah ada..
                        limau nipis
                        limau purut
                        limau kasturi
                        cili
                        serai
                        kari
                        pandan
                        buah naga
                        inai...

                        tak temasuk pokok hiasan yang aku tatau namanya ngehehe....

                        loking forward utk tanam lengkuas...halia... bunga kantan...dll.. kalu sayo..ingat nak layan hidroponik...tapi sapolak nak makan sayo bebanyak nih... limau ngan cili pon asik kasik jiran jer...

                        Comment


                        • #13
                          Re: Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

                          Feedback yang menggalakkan :-)

                          Er.. sori ye, aku ingat semua cili, terung tu semua dalam kategori sayur juga.. ianya herba ke?

                          Saya kira ada jugak kawasan tanah dibelakang dapur, boleh buat batas. Ingat nak tanam yg berikut, benda2 yang sekeluarga suka makan/guna:

                          1) cili
                          2) bendi
                          3) kacang panjang
                          4) terung
                          5) bayam

                          Macam cili ni aku tau le dia jenis pokok je, tak perlu "pancang" ke apa ke (support kayu ke seumpamanya kat batas tu)... kalau sayur2 yang lain yang di sebut diatas tu perlu apa2 penjagaan khas atau seumpamanya ?

                          Lagi satu soalan darjah 1 ialah, tanam ni main pakai benih dari sayur tu ke?

                          Comment


                          • #14
                            Re: Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

                            untuk cili nie mudah sgt kena serang kutu...dan mudah kerinting...

                            klau senang ditanam adalah kacang botor ke panjang ker....

                            seeloknya tanah tu kasi gaul dgn tanah bakar dulu...baru ade zat...

                            Comment


                            • #15
                              Re: Hobi Hijau : Menanam sayuran di kawasan rumah

                              mak aku tanam benda2 yg di gunakan harian tuk memasak...
                              baja takde sgt...just siram dgn air ikan sahaja...
                              alhamdulillah semua menjadi...
                              tanam biar penuh ikhlas dan niat baik...insyallah menjadi...

                              kaloo tanam sendiri...kurangkan aaa guna chemical...organic sudahhhh...
                              kaloo guna sgt chemical baik beli kat kedai...

                              Comment

                              Working...
                              X