Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Jom Belajar Radio Amatur

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Jom Belajar Radio Amatur

    Ini salah satu hobi yang sangat hebat. Percayalah dalam masa beberapa hari sahaja hobi ini akan mengumpulkan sahabat karib seramai yang mungkin. Sahabat ini bakal membantu anda dalam apa jua permasalahan walaupun baru kenal sehari.
    Berminat boleh menyertai kelas kemahiran radio amatur yang akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun 2009 bertempat di Universiti Malaya. Bayaran yang ditetapkan adalah RM100(dewasa) dan RM40(pelajar sekolah).

    Maklumat lanjut boleh click .

    Jomlah kongsi pasal hobi ni..tentu ramai gang bincang yang ada callsign...9W2....

  • #2
    Re: Jom Belajar Radio Amatur

    mmg h0bi yg menarik utk di perbualkan...
    bagus radi0 amatur nih.. mempunyai ramai kenalan dimana jua sekali p0n..
    di al0r setar kelas bayaran cuma $50.00 shj.. buat di KOLEJ SULTAN ABD HAMID...
    setiap hari jumaat jam 9mlm... di ketuai 0leh 9W2AZE pak president KSARC...

    Comment


    • #3
      Re: Jom Belajar Radio Amatur

      kiuts,

      kalau jumpa pak halim 9w2hzb, pak marzuki 9w2mky, cakap tapa kirim salam.
      RAE dok terlepas lagi ni

      tq

      Comment


      • #4
        Re: Jom Belajar Radio Amatur

        aper motif dan objektif hobi nie aku tak berapa clear laaa masa aku tgk site dia pon aku dah blur

        Comment


        • #5
          Re: Jom Belajar Radio Amatur

          Originally posted by selipar View Post
          kiuts,

          kalau jumpa pak halim 9w2hzb, pak marzuki 9w2mky, cakap tapa kirim salam.
          RAE dok terlepas lagi ni

          tq
          selipar,

          insya'allah nti sy jpa mereka sy smpaikan salam anda bang selipar...

          awat RAE terlepas?.. bz dgn tugasan ka bang selipar?

          Comment


          • #6
            Re: Jom Belajar Radio Amatur

            BAGAIMANA HENDAK MENJADI OPERATOR RADIO AMATUR DI MALAYSIA

            Apakah itu Radio Amatur?
            Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
            (dipetik dari risalah MCMC)

            Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


            Bilakah Radio Amatur bermula?

            Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


            Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

            Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

            Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

            Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


            Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?

            Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

            Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

            Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


            Siapa yang boleh membantu saya?


            Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.

            Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

            Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

            * Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

            * Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


            Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

            Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


            Adakah saya perlu membayar yuran?

            Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.


            Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?


            Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

            Comment


            • #7
              Re: Jom Belajar Radio Amatur

              radio tuh mcmner rupa dia....mcm walkie talkie ker??

              Comment


              • #8
                Re: Jom Belajar Radio Amatur



                mcm ni le rupanya handy radio...

                utk dlm kereta punya lak seperti gambar yg dibawah nih..

                Comment


                • #9
                  Re: Jom Belajar Radio Amatur

                  oooo...mcm tuh.....macih macih.......baru tau...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Jom Belajar Radio Amatur



                    utk k0nvoi kereta mmg bes ler guna peralatan nih...
                    dikereta p0n ada antena utk Radio nih...

                    Comment


                    • #11
                      Re: Jom Belajar Radio Amatur

                      aku pun baru nak belajar.. tu pun sejak join kelab kete ni.. amat berguna ketika konvoi.. (aku slalu terlepas sebab takde handy wohohoho)

                      **********************

                      sedikit info yang aku dapat dari pencarian aku dalam nak belajar pasal RA ni

                      Phonetics Alphabets (Sebutan Huruf)
                      ------------------------------------------

                      A - Alpha
                      B - Bravo
                      C - Charlie
                      D - Delta
                      E - Echo
                      F - Foxtrot
                      G - Golf
                      H - Hotel
                      I - India
                      J - Juliet
                      K - Kilo
                      L - Lima
                      M - Mike
                      N - November
                      O - Oscar
                      P - Papa
                      Q - Quebec
                      R - Romeo
                      S - Sierra
                      T - Tango
                      U - Uniform
                      V - Victor
                      W - Whiskey
                      X - X-Ray
                      Y - Yankee
                      Z - Zulu

                      Catatan: Ada sesetengah negara yang menggunakan phoenetic berbeza. Sebagai contoh; Indonesia tidak menggunakan Romeo untuk 'R', sebaliknya Radio. Selain itu, sebutan Golf di Indonesia ialah GO-LOF. Ada juga negara yang menyebut Hong Kong bagi menggantikan Hotel.

                      Q-Codes (Kod kependekan yang digunakan dalam QSO)
                      --------------------------------------------------------------------
                      QRL - Sibuk atau Frekuensi/Jaluran sedang sibuk
                      QRM - Gangguan buatan manusia
                      QRN - Gangguan statik
                      QRO - Tingkatkan kuasa (contoh dari 5 watt ke 15 watt)
                      QRT - Tamatkan perbualan
                      QRU - Ada apa-apa lagi??
                      QRX - Stop sebentar dan akan memanggil semula
                      QRZ - Adakah anda memanggil saya?
                      QSL - Faham/OK/Tahu/Orait! (memerlukan pengesahan penerima)
                      QSY - Pindah/tukar jaluran/frekuensi
                      QTH - Lokasi

                      Terdapat lebih dari 50 Q-codes yang termaktub, tetapi yang tersenarai di atas adalah antara yang paling kerap digunakan.

                      Slanga Di Dalam QSO

                      YL : Young Lady (Awek)
                      XYL: Isteri
                      Harmonic: Anak
                      Lima-Lima: Telefon (fixed line)
                      Loceng Terbang: Telefon bimbit
                      Rubber Duck: Antenna pendek (biasanya berwarna hitam, fleksibel) pada radio portable
                      Horizontal: Tidur
                      Fundamentals: Ibubapa
                      Oscar Tango: Orang Tua
                      Oscar Tango Mike: Orang Tua Mertua
                      Jellopy: Kereta
                      Round Table: Makan
                      Saltmine: Kerja


                      *****************

                      jom sama2 share ilmu..

                      cherio
                      7 3 untuk semua

                      8 8 untuk selipar...

                      Comment


                      • #12
                        Re: Jom Belajar Radio Amatur

                        thx gurl...
                        byk inf0rmasi yg dpt dik0ngsikan bersama2...
                        seksa gak nak mengingati alphabets tu eh..
                        king 0f h0bby...

                        Comment


                        • #13
                          Re: Jom Belajar Radio Amatur

                          Originally posted by kiuts View Post
                          selipar,

                          insya'allah nti sy jpa mereka sy smpaikan salam anda bang selipar...

                          awat RAE terlepas?.. bz dgn tugasan ka bang selipar?
                          bz bos tak bagi cuti gi amik exam. hehehe

                          for guidance,

                          http://www.skmm.gov.my/facts_figures...Guidelines.pdf

                          http://9w2sjg.blogspot.com/

                          Comment


                          • #14
                            Re: Jom Belajar Radio Amatur

                            QSL...






                            ni antenna aku.. hehehe tapi kabel ngan handy tak pasang lagi.. kabel on d way.. rig culik encik selipar punya.. leh ke?? wahahaa
                            Last edited by Chuy4 4ng3L; 15-05-09, 08:12 PM.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Jom Belajar Radio Amatur

                              Update lagi..

                              for guidance,

                              http://www.skmm.gov.my/facts_figures...Guidelines.pdf

                              http://9w2sjg.blogspot.com/

                              http://ashamradio.com

                              Comment

                              Working...
                              X