Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

    ramai orng kenal penyanyi2...tapi x ramai orng kenal komposer atau penulis lirik...padahal merekalah orng yng paling penting yng bertungkus lumus dalam menyiapkan sesutu karya muzik hingga seterusnya menaikkan nama penyanyi2...tanpa mereka xkan wujud lagu....xkan wujud penyanyi....xkan wujud pemuzik....xkan wujud industri....mereka ibarat tulang belakang...

    so, ade baiknya meh kita kenal siapa mereka tersebut...

    `````````````````````````````````````````
    TOKOH MUZIK DI ZAMAN KEGEMILANGAN FILEM MELAYU


    ZUBIR SAID



    Spoiler:

    Zubir Said dilahirkan pada 22 Julai 1907 di Bukit Tinggi, sebuah daerah di Minagkabau Barat. Sumatera. Beliau merupakan anak sulung dalam keluarganya, mempunyai 2 adik lelaki dan 5 adik perempuan. Ayahnya adalah seorang penghulu bernama Mohamad Said bin Sanang. Ibu beliau merupakan isteri pertama ayahnya (Mohamad Said), meninggal ketika Zubir baru berusia tujuh tahun. Zubir mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Belanda dan lebih menunjukkan minat kepada bidang muzik berbanding matapelajaran akademik lain, walaupun mendapat tentangan ayahnya. Namun Zubir tetap dengan minatnya dan mula belajar mengenai Solmisasi iaitu sistem muzik solfa yang menggunakan sistem nota muzik bernombor daripada guru pengakapnya, sementara rakan sekelasnya di sekolah rendah mengajarnya cara bermain dan membuat flut. Sejurus sebelum masuk ke sekolah menengah, beliau belajar bermain gitar dan gendang daripada rakan-rakan dalam persatuan keroncong. Namun begitu, bakat dan keinginan beliau ditentang hebat oleh ayahnya. Ayahnya mengharapkan Zubir dapat menggantikan tempatnya sebagai penghulu kampung, tetapi hampa apabila Zubir menjadi ahli kumpulan keroncong kampung mereka. Menyedari beliau tidak dapat memenuhi hasrat ayahnya, ketika berusia 21 tahun Zubir meninggalkan kampung halamannya bersama kumpulan keroncong tersebut dan mengikuti persembahan di seluruh Sumatera. Ketika inilah Pak Zubir diberitahu tentang peluang mencari pekerjaan dalam bidang muzik di Kota Singapura oleh seorang kelasi dan mengambil keputusan untuk mencuba nasib sebagai seorang pemuzik di sana. Beliau kemudiannya menetap di Singapura.

    Setibanya beliau di Singapura pada tahun 1928, Zubir menjadi pemain biola dengan The City Opera, sebuah kumpulan Bangsawan yang masyhur. Pemain biola kumpulan tersebut yang sudah berumur meminjamkan Zubir biola dan mengajar Zubir membaca nota muzik baluk. Memandangkan Zubir seorang pelajar yang teliti dan tekun, beliau dapat menyalin semua skor muzik yang pernah dimainkan dengan kumpulan tersebut dalam nota bernombor dan nota baluk pada masa yang singkat. Beliau akhirnya menjadi ketua pancaragam Bangsawan City Opera sehingga tahun 1936. Setelah berhenti dari City Opera Pak Zubir menyertai Syarikat rakaman, His Master's Voice (HMV) sebagai penyelia rakaman. Pada tahun 1938 Pak Zubir berkahwin dengan penyanyi keroncong terkenal, Tarminah Kario Wikromo* yang juga berasal dari Indonesia. Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Pak Zubir dan isteri pulang ke Sumatera dan hanya kembali ke Singapura pada 1947.

    Itulah kisah awal pembabitan Pak Zubir yang memulakan karier muziknya di Singapura pada tahun 1928 dengan kumpulan Bangsawan City Opera. Setelah tamat perang dan kembali ke Singapura pada tahun 1947, Pak Zubir pernah menyertai Utusan Melayu menjadi jurugambar. Sebelum menyertai Shaw Brothers pada tahun 1949, Pak Zubir bekerja di Sandiwara Dardanela. Selepas itu, beliau bertugas di syarikat His Master's Voice (HMV). Tidak lama selepas beliau ditawarkan bekerja di Syarikat Shaw Brothers sebagai penyusun lagu-lagu filem MFP, Pak Zubir kemudiannya diberi kepercayaan menjadi pemimpin Orkestra Shaw Brothers’ Malay Film Production pada 1949, dan kemudiannya sebagai penggubah skor untuk filem Melayu di Cathay Keris Film Productions dari 1952 hingga 1964. Kerjaya sebagai pemimpin Orkestra Studio Malay Film Productions (MPO) millik Shaw Brothers bermula pada tahun 1949 dimana beliau banyak menghasilkan lagu-lagu untuk filem.

    Pak Zubir yang dianggap sebagai guru kepada ramai penggubah terkemuka di rantau ini, misalnya P. Ramlee dan Wandly Yazid, telah menerima banyak pujian dan anugerah daripada kerajaan dan badan-badan seni di Singapura. Mengenai ketokohan Pak Zubir, P.Ramlee pernah berkata "Pak Zubir berkeperibadian Melayu dan aku caca merba (cincai)". Pengiktirafan bagi Pak Zubir tercapai apabila kerajaan Singapura mengarahkan beliau menggubah lagu kebangsaan Republik itu, Majulah Singapura, dan beberapa lagi lagu-lagu rakyat yang bersifat patriotik, termasuklah Semoga Bahagia dan Orang Singapura yang menjadi lagu tema bagi Hari Kanak-Kanak dan Pesta Remaja Singapura. Pak Zubir juga telah diminta menggubah lagu kebangsaan Tanah Melayu yang baru sahaja mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957 tetapi ini tidak terlaksana kerana ketidaksefahaman yang timbul di antara beliau dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman. Namun beliau dikenali ramai sebagai seorang yang merendah diri dan tidak pernah megah dengan pencapaiannnya. Tidak diketahui bilangan sebenar lagu yang telah digubah oleh Pak Zubir sehingga kematiannya pada 16 November 1987 di Singapura dalam usia 80 tahun, namun ada yang menjangka bilangannya menjangkau 1,000 lagu, termasuk lagu-lagu terkenal seperti Sayang Disayang nyanyian asal Rubiah dari Filem Racun Dunia dan telah dirakamkan semula oleh Kartinah Dahari dan Perigi Biru. Pak Zubir meninggalkan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

    Sebagai penggubah yang penting dan disanjungi di zamannya, Pak Zubir dianggap oleh ramai orang sebagai penggubah jiwa Melayu yang sebenar. Beliau menggubah lagu bersifat tradisional, tetapi masih berunsur moden dan patriotik, diungkap dengan mesej sejarah dan erti kemelayuan. Wartawan A. Samad Ismail pernah berkata bahawa Pak Zubir dan rakan senimannya dari Minangkabau telah mengocakkan ombak kesedaran kebangsaan dalam dekad bersejarah 1950an. Zubir Said menerima anugerah Sijil Kemuliaan dari Yang Dipertuan Negara Singapura, Encik Yusof Ishak, pada 16 Mac 1963.

    Antara lagu-lagu terbaik beliau yang popular hingga ke hari ini ialah lagu Setangkai Kembang Melati (Nyanyian Abdullah Chik & Jamaliah Shariff), Nasib Malang (R Ismail - Filem Jula Juli Bintang Tujuh ), Anak Daro (Umi Kalthum - Filem Tunang Pak Dukun), Sang Rembulan ( P.Ramlee - Racun Dunia), Cinta - P. Ramlee & Asiah (Filem Chinta), Selamat Berjumpa Lagi - P. Ramlee & D. Harris (Filem Chinta), Mari Pancing Ikan ( P.Ramlee), Gelora Asmara (P. Ramlee & Momo Latiff), Kumbang Dan Rama-Rama - P. Ramlee & Asiah (Filem Chinta), Melodi Asmara ( P. Ramlee & Asiah), Kolam Mandi ( P. Ramlee & Asiah - Filem Racun Dunia), Jodoh (Ikan Di Laut Asam Di Darat - Nyanyian R Azmi & Rubiah - Filem Dewi Murni), Nada Merindu ( Asiah - Filem Cucu Dato' Merah) dan Sirih Pinang ( Asiah - Filem Bawang Puteh Banwang Merah).

    * Isteri Pak Zubir, Tarminah meninggal dunia pada 13 Mei 2007 di Johor Bahru.




    ```````````````````
    P.RAMLEE



    Spoiler:

    P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh lahir di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Beliau yang merupakan pelajar yang serdahana di Francis Light School dan Penang Free School, menyerlah sebagai seorang pemuzik dan penyanyi di zaman persekolahannya. Menggunakan nama pentas P. Ramlee, beliau menduduki tempat tiga teratas dalam pertandingan menyanyi Radio Pulau Pinang bagi tiga tahun berturut-turutsejak 1945, dan akhirnya muncul juara pada tahun 1947.

    Hanya pada tahun 1948 bakat P. Ramlee dicungkil oleh B.S. Rajihans, seorang pengarah filem dengan Shaw Brothers yang amat kagum dengan persembahan P. Ramlee yang telah mendendangkan lagu gubahannya Azizah di sebuah pesta di Bukit Mertajam. P. Ramlee ditwarakan kerja sebagai penyanyi latar di Malay Film Production Studios, Jalan Ampas dan ini menandakan permulaan karier gemilang dalam industri perfileman bagi penggubah ini.

    Sebagai seorang pelakon P. Ramlee telah muncul dalam lebih 60 buah filem dan mengarah hampir 40 buah filem yang kemudiannya menjadi filem Melayu klasik. Ini termasuklah Penarek Becha, Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Madu Tiga.

    Sebagai seorang penggubah, P. Ramlee dipercayai telah menggubah lebih 250 buah lagu , di mana lebih 60 lagunya dianggap lagu malar. Beliau cepat menyerap dan menyesuaikan pelbagai gaya muzik Barat untuk memenuhi citarasa pendengar muzik Melayu yang lebih konservatif. P. Ramlee telah memberi nafas baru kepada muzik Melayu dan juga dari segi peralatan muzik yang digunakan. Pihak Pihak-pihak yang telah mempengaruhi beliau termasuklah Zubir Said, Osman Ahmad dan Yusof B sementara gubahanya sendiri berkisar antara muzik bersifat tradisional dan moden.

    Antara gubahannya yang paling terkenal adalah Getaran Jiwa daripada filem Antara Dua Darjat. Lagu tersebut menarik perhatian Lobo, penyanyi country berbangsa Amerika, yang telah mengeluarkan versi Bahasa Inggeris lagu itu. Ada juga lagu-lagu beliau yang telah dirakam dalam Bahasa Jepun oleh Koko Shimada.

    Seorang bintang yang mempunyai bakat serba boleh yang mungkin tiada tandingannya sehingga kini – beliau merupakan artis pertama yang dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang DiPertuan Agong pada tahun 1962. P. Ramlee seorang pelakon, penyanyi, pelawak, penggubah lagu, penulis skrip dan pengarah filem lagenda telah meninggal dunia pada tahun 1973.



    ````````````````````````````
    AHMAD JAAFAR



    Spoiler:

    Ahmad Jaafar dilahirkan di Binjai,Sumatera Utara, Indonesia pada 30 hb Ogos 1919. Ibunya bernama Ulung Rajunah, sementara bapanya Jaafar, merupakan seorang ejen wayang gambar bisu sementara bapa saudaranya pula seorang tukang biola yang menjadi penghias lagu-lagu hiburan di era filem-filem bisu dan pentas bangsawan ditayangkan. Minat beliau terhadap bidang muzik berputik sejak muda lagi. Dibesarkan oleh neneknya, semasa beliau berumur enam tahun, beliau mula belajar bermain perkusi (dram) dan kemudiannya bermain dengan pancaragam panggung wayang yang mengiringi tayangan filem bisu.

    Didikan formal bagi Ahmad hanya bermula apabila beliau belajar bermain biola dengan bapa saudaranya. Kemudian ketika berusia 15 tahun, Ahmad menggunakan kemahiran baru yang diperolehinya untuk menyertai Pancaragam Medan Amateur di bawah naungan Sultan Langkat di awal tahun 1930-an yang dipimpin oleh Mohamad Darus Omar, Pengarah Band Tentera Sultan Langkat. Sambil berkhidmat dengan pancaragam tersebut, Ahmad mendapat didikan muzik yang lebih lanjut daripada ketua pancaragam. Pada tahun 1938, Ahmad berjaya menjadi pemain klarinet dengan pancaragam Simfoni Belanda, White Society, yang bertapak di Medan.

    Apabila peperangan dunia ke-2 meletus, Ahmad bersama-sama dengan rakan-rakan bekas kumpulan pancaragamnya menubuhkan kumpulan teater dibawah paksaan tentera Jepun menjelajahi Sumatera dan diarahkan membuat persembahan teater bagi memperkembangkan propaganda Jepun.

    Apabila perang berakhir, Ahmad berazam untuk meneruskan cita-citanya untuk berkhidmat di Radio Malaya. Pada tahun 1946, Ahmad bersama isterinya, Sutinah Enchu menaiki bot lebih empat jam dari Medan ke Singapura untuk mencuba nasib di Kota Singa itu. Tiba di Singapura tanpa pekerjaan hampir 2 bulan, beliau akhirnya diterima untuk menjadi peniup saxaphone dalam Kumpulan Muzik Cecil Wilson yang bermain di Great World Cabaret dimana beliau diperkenalkan dengan Osman Ahmad. Dengan kumpulan muzik ini, Ahmad mendapat bayaran S$250 sebulan.

    Pada tahun 1949, Ahmad Jaafar menyertai Kumpulan Muzik baru, Harry Hackmayer yang bertapak di Restauran Cathay. Dengan kumpulan muzik ini, gaji Ahmad meningkat S$400 sebulan. Kumpulan muzik ini mengadakan persembahan di hotel-hotel dengan lagu-lagu Melayu, Amerika Latin dan juga lagu-lagu tema bagi pertunjukkan Sarkas.

    Pada tahun 1950-an, Ahmad berjaya menjadi pemain muzik 'part-time' dengan Radio Malaya. Ketika inilah beliau mendapat kontrak dengan Shaw's Malay Film Productions dan juga Pertubuhan Cathay Keris untuk mengubah lagu-lagu latar dan nyanyian untuk filem. Di waktu inilah lahirnya lagu-lagu gubahan malar segar beliau seperti Ibu, Selamat Hari Raya dan Bunga Tanjong

    Pada tahun 1958, Ahmad berjaya mendapat pekerjaan tetap di Radio Malaya sebagai pemain klarinet, flute and tenor saxophone, ketika ini beliau berpeluang mengadakan persembahan secara professional dengan Kumpulan Muzik yang ditubuhkanya buat pertama kali, Malayannaires. Apabila Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, Ahmad telah dilantik sebagai timbalan pemimpin Orkestra yang baru ditubuhkan, Rayuan Kencana di bawah Radio dan Televisyen Singapore (RTS). Dua tahun selepas itu,Ahmad telah diberi kepercayayn menjadi pemimpin utama Orkestra tersebut sehinggalah beliau bersara pada tahun 1992. Dalam tahun 1970-an, Orkestra di bawah pimpinan Ahmad Jaafar bermain untuk mengiringi penyanyi-penyanyi berbakat dalam pertandingan muzik, Talentime.

    Ringkasnya, penglibatan serius Ahmad Jaafar dalam bidang muzik bermula setelah berhijrah ke Singapura pada tahun 1946. Perkenalannya dengan pemuzik Osman Ahmad memudahkan laluan beliau untuk menjadi pemuzik di Kota Singa itu. Pada tahun 1950, beliau diberi peluang mencipta lagu Ibu sebagai lagu tema filem yang sama tajukkan dan lagu itu dinyanyikan oleh P.Ramlee. Beliau kemudian diberi kepercayaan menhasilkan lagu-lagu untuk filem Penghidupan dan beberapa buah filem lagi. Antara lagu gubahannya yang masih segar ialah Selamat Hari Raya nyanyian biduanita Saloma. Lagu-lagu ciptaan beliau turut didendangkan oleh Nona Asiah, R.Azmi, Ahmad Daud dan ramai lagi. Ahmad Jaafar pernah mengasaskan Orkes Rayuan Kencana yang cukup popular di tahun 50-an kerana sering diundang oleh Radio Malaya di Singapura. Beliau juga turut memimpin Orkestra HMV untuk mengiringi rakaman lagu-lagu P.Ramlee ke piring hitam seperti lagu-lagu rakaman dari filem perjodohan iaitu Mengapakah Riang Ria nyanyian P.Ramlee & Normadiah dan juga lagu Sungguh Malangnya Nasibku nyanyian P.Ramlee, lagu-lagu dalam Filem Sedarah seperti Mesra Ibu dan Kalaulah Boleh Ku Lupa dalam Filem Aladin. Pada awal tahun 1990-an (1992) beliau bersara dari Perbadanan Penyiaran Singapura dan setelah itu beliau mengajar muzik.

    Ahmad telah menggubah beberapa lagu kegemaran ramai yang diminati hingga masa kini, misalnya Ibu (nyanyian P.Ramlee - Filem Ibu), Selamat Hari Raya (Nyanyian Saloma), Bunga Tajung (Rubiah),Hujan Lebat dan Tiada Berita. Dipercayai Ahmad hanya menggubah 80 buah lagu tetapi bilangan gubahan dan susunan muzik amat banyak, termasuk beberapa gubahan untuk orkestra simfoni yang dipersembahkan dalam rancangan Malam Irama Malaysia anjuran Radio Malaysia pada tahun 1960an.

    Ahmad Jaafar telah dianugerahkan beberapa pingat penghormatan sebagai menghargai sumbangan beliau dan ini termasuk Singapore Administrative Star (Bronze) dan Culture Medallion Award (Silver).



    `````````````
    YUSOFF B



    Spoiler:

    Yusof B atau nama penuhnya Yusof Blugok adalah anak jati Singapura berketurunan Bugis, ibu bapanya berasal dari Sulawesi dan menetap di Singapura pada awal tahun 1890an. Beliau adalah adik kepada Rahman B, ayah penyanyi popular Alina Rahman.

    Sejak kecil Yusoff tertarik dengan bidang muzik dan seterusnya menjadi seorang pemuzik yang serba boleh. Beliau boleh bermain saksofon, mandolin, trompet, serunai dan biola serta dengan mudah mendapat kerja di mana-mana kelab malam yang terkenal di Singapura.

    Beliau mula mengubah lagu sebelum pendudukan Jepun di Tanah Melayu lagi. Tuahnya menyerlah pada tahun 1948 apabila bertugas dengan Orkestra Malay Film Productions (MFP) bersama-sama dengan Osman Ahmad dan Ahmad Wan Yet yang dikatakan banyak mempengaruhi karya-karya beliau. Lagu-lagu karyanya yang masih dinyanyi dan dirakamkan termasuklah “Suka Sama Suka’, ‘Nona Zaman Sekarang’, dan lagu hari raya sepanjang zaman, ‘Nasib Miskin Kaya’. Perkembangan filem Hindi dan unsur-unsur filem Hindi dalam filem Melayu sekitar tahun 50an banyak mempengaruhi Yusoff yang kemudiannya menubuhkan kugiran Hindi bersama Wahid Satay dan Johari Salleh yang dipanggil Chandra Raat (Malam Terang Bulan).

    Antara anak murid beliau ialah Aziz Jaafar, Wahid Satay dan Johari Salleh sendiri. Lagu-lagunya banyak dinyanyikan oleh P.Ramlee, Saloma serta penyanyi-penyanyi terkenal dekad 50 dan 60-an. Lagu-lagu popular lain ciptaannya termasuklah Pahlawanku, Semarak Hati (Filem Juwita), Saya Suka Berkawan ( Filem Putus Harapan ), Bunga Kembang ( Filem Kerana Kau ), Tari Tualang Tiga ( Filem Sumpah Orang Minyak ), Senyum Tak Berbalas, dan Wanita Dan Teruna (Filem Iman ). Yusof B meninggal dunia pada 25 Disember 1968.

    Sebagai seorang penggubah dan penyusun muzik, Yusoff amat tekun dan teliti. Beliau hanya akan memulakan gubahannya setelah membaca skrip dan mendalami jalan cerita dan mesej filem. Beliau sangat teliti dalam menyusun muzik bagi gubahannya dan dalam memilih artis untuk menyanyikan lagunya.

    Yusoff B juga merupakan seorang guru yang mejadi rebutan para pemuzik baru di Singapura misalnya penggubah / pemimpin orksetra Johari Salleh dan pelakon / penyanyi Aziz Jaafar. Johari Salleh menanggap beliau seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru dan komited dalam memperkayakan perkembangan muzik Melayu melalui penggunaannya dalam filem.

    Anak murid Yusoff B mengangapnya sebagai orang yang bertanggungjawab membangunkan lagu dan muzik Melayu zaman mereka melalui orkestra MFP. Artis popular tahun 50an, termasuk P. Ramlee dan Saloma turut merakamkan banyak lagu malar Yusoff B. Karya klasiknya termasuklah ‘Pahlawanku’, ‘Semarak Hati (dalam Juwitaku)’, ‘Senyum Tak Berbalas’, ‘Tari Tualang Tiga’ (dalam filem Sumpahan Orang Minyak) dan ‘Wanita dan Teruna’ (dalam filem Iman). Zaman kegimilangan filem Melayu mula pudar pada tahun 1968 dan secara kebetulan Yusoff meninggal dunia pada tahun yang sama.

    Lagu-lagunya dapat didengar menerusi filem-filem seperti "Juwita", "Derita", "Antara Senyum dan Tangis", "Anjuran Nasib", "Patah Hati", "Lupa Daratan", "Miskin", "Cemburu", "Putus Harapan", "Kerana Kau", "Sengsara", "Gelora Hidup", "Iman" dan lain-lain. Kebanyakan lagu ciptaannya dirakamkan oleh Jasni - seperti "Jangan Berlagak Sombong", "Tari Bunga Rampai", "Menari Calypso", "Semarak Hati", "Bahagia", "Cinta Sama Cinta", "Bisikan Padi", "Wanita dan Teruna", "Tari Selendang" dan lain-lain.

    Penyanyi pertama yang merakamkan lagu "Nona-nona Zaman Sekarang" ialah A. Rahman iringan Lincoln's Orchestra, dengan tajuk "Nona Zaman Sekarang". Rakaman itu dikatakan cukup popular pada awal tahun 40-an.

    Dari awal tahun 50-an hingga akhir 50-an Yusoff B bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP). Dari akhir 50-an hingga awal 60-an dia berhijrah ke Studio Cathay Keris, kemudian kembali semula ke MFP sehingga studio itu ditutup pada akhir tahun 60-an. Ketika di Studio Cathay Keris Yusoff B ditugaskan untuk menyusun muzik/mencipta lagu untuk filem Selendang Delima, Orang Licin, Orang Minyak, Raden Mas, Rasa Sayang Eh, Sumpitan Racun, Salah Sangka dan beberapa filem lain.

    Yusoff B ini ialah bapa saudara pelakon Aziz Jaafar, me'rekomen'kan Aziz kepada Shaw Brothers untuk diambil bekerja. Secara kebetulan, Aziz Jaafar juga pandai bermain trompet.

    "Dalam satu pertunjukan pentas di Kluang, Johor dalam tahun 1962 P. Ramlee memberitahu para penonton Yusof B adalah guru muziknya yang banyak berjasa kepadanya.

    Manakala Yusof B yang berdiri di sebelah P. Ramlee bersama saxophonenya dalam pertunjukan itu secara ikhlas pula menyatakan: "Memang Ramlee pernah menjadi anak murid saya, tapi sekarang saya pun belajar dengan dia pula ......."

    Pengakuan Yusof B itu telah menyebabkan P. Ramlee menitiskan air mata kerana tenggelam dalam perasaan terharu yang amat sangat."

    Sumber: Buku P. RAMLEE - INSAN PESONA SENI tulisan Aimi Jarr.

    Diantara murid-murid adalah P.Ramlee dan Aziz Jaafar.

    Almarhum pandai bermain seksafon, seruling, gitar dan biola. Beliau mahir menghasilkan seruling dari sebatang buluh dan beliau tahu memperbaiki alat muzik. Beliau tahu kalau seksafonnya rosak atau tidak dengan meniupkan asap rokok. Kalau asap keluar, bermakna alat perlu diperbaiki.

    Almarhum meninggal pada 25 Disember 1968. Kepergian beliau adalah di zaman industri perfileman Melayu Singapura pudar.

    Lagu "Tari Bunga Rampai" nyanyian Jasni adalah ciptaan Yusoff B dengan lirik oleh S. Sudarmaji. Rakaman semula lagu itu pernah dibuat oleh Gaya Zakry, juga Faridah M. Amin. Versi Jasni itu yang diiringi oleh Yusoff B Orchestra dan dirakamkan pada 1959. Sebuah lagi lagu pada rekod yang sama Pathe PTH 244 ialah Jangan Marah2 juga ciptaan Yusoff B tetapi lirik oleh Jamil Sulong.

    Antara lagu ciptaan Yusoff B:

    Nona-nona Zaman Sekarang - Sandra Reemer dengan orkestra pimpinan Frans Kerkhof

    Tari Selendang - Jasni/Momo & Yusoff B Orkestra

    Tari Selendang - Ismail Haron & Anita Sarawak

    Jefri Zain (lirik: Jamil Sulong) - Kartina Dahari & Orkes Puspawarna- filem: Gerak Kilat

    Budak Hitam (lirik: Noordin Arshad) - Saloma/Aziz Jaafar - filem: A Go Go 67

    Waspada (lirik: Noordin Arshad) - Saloma/Aziz Jaafar - filem: A Go Go 67

    Jangan Pilih Yang Cantik - Rosemaria. Lagu asal nyanyian Saloma dengan lirik berlainan susunan S. Sudarmaji.

    Satu lagi lagu ciptaan Yusoff B, OST dari filem Sengsara Lakonan Normadiah & Yusoff Latif ialah Selalu Di Hati versi filem dinyanyikan oleh R Azmi dan Lena.

    Untuk versi nyanyian kanak-kanak, ada tiga suara berpadu tapi tidak pasti suara siapa?

    Lagu itu bertajuk Selalu Di Hatiku - dinyanyikan dua kali dalam filem Sengsara (1953). Kali pertama dinyanyikan oleh Zaleha (Adik Rahmah - mungkin Rahmah Rahmat), Rosli (Adik Rahman - Rahman Rahmat) dan Sabaruddin (Daeng Idris). Saya kurang pasti suara siapa yang digunakan dalam nyanyian itu, tapi rasanya Rahman Rahmat menggunakan suara sendiri sebab suara nyanyian dan ketika menuturkan dialog ada persamaan. Kali kedua dinyanyikan di pentas pertunjukan sewaktu Zaleha (Normadiah) dan Rosli (Yusoff Latiff) sudah dewasa. Normadiah menggunakan suara Lena manakala Yusoff Latiff - suara R. Azmi. Normadiah waktu itu baru berhijrah ke MFP dari Studio Nusantara dan belum menggunakan suara sendiri untuk adegan menyanyi.

    Versi piring hitam dinyanyikan oleh Jasni dan Lena iringan Yusoff B Orchestra. Pada piring hitamnya, Pathe PTH 155 yang diterbitkan pada 1955, nama Yusoff B sebagai pencipta lagu dan S. Sudarmaji sebagai penulis lirik tidak dicatatkan, tetapi nama mereka tercatat pada filemnya.

    Lagu nyanyian Jasni iringan Yusof B Orkestra - Menari Calypso. Lagu ciptaan Yusof B dan lirik susunan Jamil Sulong.

    Beberapa lagu ciptaan Yusoff B nyanyian Jasni

    Jangan Berlagak Sombong
    Juitaku
    Cinta Sama Cinta - dengan Asiah
    Gelora Cinta - dengan Asiah

    Pada rekod Jangan Berlagak Sombong hanya nama Yusuf B yang dicatat, mungkin allahyarham mencipta lagu dan menulis liriknya sekali. Rekod Cinta Sama Cinta pula mencatatkan nama S. Sudarmaji sebagai penulis liriknya. Lirik lagu Menari Calypso ditulis oleh Jamil Sulong. Lagu2 lain tu tak tahu siapa penulis liriknya. Jalan terbaik untuk mengetahuinya adalah dengan bertanya pada anak allahyarham sendiri tentang lagu2 ayahnya.

    Nona-nona Zaman Sekarang (Yusoff B) - Orkes Ger van Leeuwen

    Semarak Hati (Yusoff B/S. Sudarmaji) - Jasni & Lena dgn Yusoff B Orchestra - Pathe PTH 156 (1955) Filem: Juwita (1951)

    Manis Budi Bahasa (Yusoff B/S. Sudarmaji) - Asiah & Aziz Jaafar dgn Yusoff B Orchestra - Pathe PTH 187 (1957)
    Filem: Chemburu (1953)



    `````````````````````````
    OSMAN AHMAD



    Spoiler:

    Osman Ahmad dilahirkan pada tahun 1910. Beliau mula bertugas di Studio Malay Film Productions selepas zaman pendudukan Jepun sekitar tahun 1948. Dengan orkestra Malay Film Productions, beliau mengukir nama dengan menghasilkan muzik dan mencipta lagu untuk 40 buah filem antaranya yang terkenal ialah Lela Manja dan Batu Belah Batu Bertangkup. Beliau banyak berkongsi ilmu dengan penggubah lagu terkenal pada zaman 50-an seperti Yusob B, Ahmad Jaafar dan P.Ramlee sendiri. Kebanyakkan lagu-lagu ciptaan beliau di rakamkan di Studio His Master’s Voice (HMV) yang kemudiannya dikenali sebagai Studio EMI. Antara lagu-lagu ciptaan Osman Ahmad ialah Gunung Payung, Rintihan Dijiwaku ( Filem Batu Belah Batu Bertangkup), Hidup Berdua ( Filem Bakti), Juwitaku Sayang (Filem Pembalasan), Mabuk Kepayang, Malam Ku Bermimpi ( Asmara Bergelora) (Filem Nasib) dan Merpati Dua Sejoli (Filem Bakti). Lagu-lagu ciptaannya banyak dinyanyikan oleh penyanyi seperti Saemah, Julia, Lena Abdullah dan A. Rahman ( Ayah R. Ismail). Sementara proses rakaman dijalankan di His Master’s Voice di MacDonald House. Di sanalah, beliau berganding bahu dengan para penggubah MFP seperti Yusoff B, Ahmad Jaafar, dan P. Ramlee. Antara lagu gubahan beliau ialah Berhati Lara, Gadis Teruna, Hati Gelisah dan Dayung Sampan (semuanya dalam filem Aloha pada tahun 1950), Juwitaku Sayang, dalam filem Pembalasan, Malamku Bermimpi, dan Seri Dewi Malam.


    Kedua-dua orang tua Osman dipercayai berasal dari Semarang, kota pesisir di Jawa, berhijrah dan kemudian menetap di Arab Street, Singapura. Ayahnya pencanai emas, manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.

    Disebabkan hambatan kemiskinan, Osman belajar muzik dalam keadaan yang sukar. Semasa remaja, dia menggunakan buluh sebagai seruling dan kadbod pula sebagai gitar.

    Pada tahun 1935, Osman berkahwin dengan Annie Abdullah dan dikurniakan 12 anak, tetapi hanya 10 orang yang hidup.

    Dengan keluarga yang besar, beliau menjadi pemuzik untuk menambahkan pendapatannya. Pada sebelah siang, beliau bekerja sebagai pembaca meter dengan sebuah majlis tempatan, manakala sebelah malam sebagai pemuzik.

    Osman juga pernah membuka sebuah kumpulan bangsawan dikenali Madam Bangsawan tetapi tidak mendapat sambutan. Beliau kemudian menjadi pemuzik dengan Royal Star Opera. Disebabkan pendapatannya tidak besar, beliau menjadi pegawai dengan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

    Selepas era pendudukan Jepun (1942-1945), banyak kumpulan bangsawan tidak dapat bergerak dengan aktif. Sebaliknya, kegiatan perfileman mula berkembang. Dengan pengalaman yang dimilikinya, Ahmad ditawarkan bekerja dengan MFP.

    Bertugas dengan Orkestra MFP, mengubah nasibnya. Namanya terukir sebagai pemuzik handalan apabila beliau menghasilkan lagu untuk 40 filem. Beliau juga pernah memberi tunjuk ajar kepada P Ramlee mengenai teknik penyusunan lagu.

    Lagu ciptaannya yang terakhir berjudul Impian Suci untuk filem Bidasari (1964). Lagu yang liriknya ditulis oleh Zulkifli Ahmad (bekas suami pertama Sarimah) itu dinyanyikan oleh Rahimah Simin.

    Lagu Juwitaku Sayang (Nyanyian P.Ramlee & Lena - Filem Pembalasan -1950) dan Tanda Kasih (Nyanyian Ahmad Mahmud & Rahmah Rahmat - Filem Isi Neraka) adalah dua daripada lagu2 ciptaan Osman Ahmad yang popular. Sebuah lagi ciptaannya yang amat popular ialah Yale-Yale dalam filem Yatim Piatu, 1952 (Nyanyian Momok Latif suara ghaib untuk Saadiah ). Momok merakamkan lagu itu ke piring hitam pada tahun 1953. Kemudian penyanyi Indonesia Hasnah Tahar merakamkan semula lagu itu pada akhir tahun 50-an bersama Orkes Melayu Bukit Siguntang.

    Sebahagian besar lagu-lagu yang dinyayikan oleh Seniwati Normadiah terutamanya lagu-lagu filem adalah ciptaan Osman Ahmad. Antaranya ialah Penggodaan, Seloka, Jangan Merajuk, Sejiwa, Rayuan Berirama, Suratan Takdir, Melati Suci, Sumpah Tanda Setia, Di Alam Rimba, (Seri) Dewi Malam, Hasrat Rohani dan Tidurlah Nanda.

    Adalah dipercayai Osman Ahmad telah menggubah ratusan lagu disepanjang hayatnya. Namun hanya 36 lagu di bawah nama beliau. Lagu-lagu Osman Ahmad seperti “Pengantin Bersanding” dan “Kasih Ibu” telah diguna dalam buku teks “Rakyat Yang Baik”, sementara banyak lagi yang dirakamkan di bawah label HMV (His Master’s Voice). Sungguh pun zaman mudanya susah, Osman Ahmad telah berjaya mencapai kemuncak kerjayanya berkat keazaman yang kuat.

    Lagu-lagu lain gubahan Osman Ahmad adalah seperti berikut:-

    Gadis Melayu - Momo & Osman Ahmad Orchestra

    Janji Diikat (lirik: Jamil Sulong) - Normadiah & Osman Ahmad Orchestra - filem: Ribut. Sharifah Aini memilih lagu Janji Diikat untuk dimuatkan dalam EP keempatnya yang bertajuk Perasaanku keluaran 1972.

    Hasan Hasnah (lirik: Jamil Sulong) - Asiah/Ismail Kassim & Osman Ahmad Orchestra - filem Ayer Mata. Versi kitar semula oleh Uji Rashid & Hail Amir dengan tajuk Abdul dan Uji dan lirik berlainan.

    Pelita Hati (lirik: Zainal Abbas) - Kamariah & Osman Ahmad Orchestra

    Asmara Bergelora - P. Ramlee & Asiah - filem: Nasib. Pada tahun 1962 P. Ramlee dan Saloma merakamkan semula lagu ini tetapi dengan tajuk Malam Ku Bermimpi dengan liriknya diubah sedikit oleh S. Sudarmaji.

    Dewi Malam (lirik: Jamil Sulong) nyanyian Normadiah iringan Osman Ahmad Orchestra. Versi filem (Putera Bertopeng) nyanyian Saloma untuk Latiffah Omar. Rakaman semula oleh Sharifah Aini dengan tajuk Seri Dewi Malam pada 1970 menghiasi EP pertamanya yang juga diberi judul Seri Dewi Malam.

    Tasek Madu - Versi asal (rekod) nyanyian P. Ramlee & Lena. Versi filem (Aloha) nyanyian R. Azmi (untuk Osman Gumanti) dan Lena (untuk Mariam).

    Tasik Madu - Uji Rashid & Hail Amir.

    Betapa Riangnya (lirik: S. Sudarmaji) - P. Ramlee & P. Ramlee Orchestra - filem: Puteri Gunung Banang (versi filem nyanyian Aziz Jaafar untuk Ahmad Mahmud)

    Juwitaku Sayang - Ahmad Jais & Rafeah Buang. Versi asal: P. Ramlee & Lena. Filem: Pembalasan.


    Di Tanjong Katong Nyanyian Saloma iringan Ahmad Wan Yet's Orchestra ( Di Tanjong Katong) yang dikatakan ciptaan Ahmad Patek.
    Versi Kartina Dahari.

    Lagu berirama Melayu asli Embun Menitik juga ciptaan Ahmad Patek (Abang Osman Ahmad) (seperti yang tercatat pada pembukaan filem Seniman Bujang Lapok).


    Osman Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Geylang, Singapura pada 30 November 1964.



    ``````````````````````````````````````````````

    KASSIM MASDOR



    Spoiler:

    Anak kelahiran Singapura pada 19 September 1938 ini menerima pendidikan Sekolah Melayu, satu-satunya komposer veteran yang telah berkecimpung dalam industri muzik Singapura selama setengah abad, mulai tahun 1950an sehinggalah ke hari ini. Pemuzik Singapura ini berbangga dapat menuntut dengan P. Ramlee dan menjadi kawan kepada seniman tersebut yang beliau anggap sebagai abang. Kerana kemiskinan, beliau terpaksa bekerja pada usia remaja di Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas.

    Kassim mula berkhidmat dengan Shaw Brothers’ Malay Film Productions (MFP) sebagai seorang kerani pada tahun 1952. Beliau bertekad mengasah bakat dalam bidang muzik dan azam ini semakin menebal apabila beliau bertemu dengan P. Ramlee dan tokoh-tokoh lain di MFP. Anak muda ini berguru dengan P.Ramlee dan Osman Ahmad. Beliau pandai bermain gitar, piano dan zilofon dan menghargai keperihan bekerja dengan P. Ramlee dan bagaimana pengalaman tersebut telah menjadikan beliau seorang pemuzik yang baik.

    Kassim pernah berkata, " Abang Ramlee selalu memaksa saya bekerja hingga lewat malam untuk menyiapkan skor-skor muziknya, ia memang memenatkan tetapi satu pengalaman yang begitu berharga". Pada tahun sekitar 1956, Kassim sudah dianggap pengubah dan penyusun muzik yang berkebolehan.

    Beliau turut menjadi anggota perintis Panca Sitara, sebuah kumpulan padusuara yang diasaskan oleh P.Ramlee. Pada 1968, sebaik sahaja Shaw Brothers membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas, Kassim dipanggil EMI Singapura untuk menjadi penerbit, komposer dan penyusun muzik di situ. Sepanjang lima tahun bersama EMI, Kassim menerbitkan lebih 60 buah album dan dipandang tinggi sebagai salah seorang komposer ulung pada akhir tahun 60an hingga ke tahun 70an.

    Muzik Melayu sepanjang dekat 1960-an dan 1970-an dikuasai oleh karya Kassim Masdor yang menampilkan penyanyi seperti Kartinah Dahari, Ahmad Duad, Ahmad Jais, Alahyarham Rafeah Buang, Sanisah Huri, Sharifah Aini dan Fazedah Joned. Malah bersama Mr. Teo dan Yusnor Ef, Kassim pernah menubuhkan syarikat rakaman Senada pada awal tahun 70-an. Beliau pernah menjadi pengarah muzik bagi 18 buah filem terbitan Singapura dan Malaysia. Sehingga kini Kassim telah menggubah lebih dari 400 buah lagu yang kebanyakkan liriknya ditulis oleh sahabatnya, Yusnor Ef, anak murid P.Ramlee.

    Pada Oktober 2002, Kassim diberikan Anugerah Pencapaian Artis Sepanjang Hayat oleh Persatuan Pemuzik Melayu Profesional Singapura (PERKAMUS) sempena ulang tahun PERKAMUS yang ke 10.



    ```````````````````````````
    AHMAD WAN YET

    Spoiler:

    Nama sebenar Ahmad Wan Yet ialah Syed Mohamad Wan Yet bin Angkap, dilahirkan pada tahun 1924. Banyak mencipta dan mengubah lagu-lagu untuk filem-filem Melayu terutamanya filem-filem terbitan Maria Menado Film Productions. Ahmad Wan Yet juga banyak mencipta lagu-lagu untuk iklan. Seorang pemuzik dan pencipta lagu yang baik hati, penyabar, tekun mengajar, ramah, suka bergurau, tidak sombong, tidak lokek, dan bersifat merendah diri dimana beliau sanggup sanggup untuk belajar dan bertanya sesuatu yang baru tentang muzik dari Dato' Johari Salleh sekembalinya ke tanah air setelah menamatkan pengajian muziknya dari luar negara. Menurut Dato' Johari Salleh beliau telah kenal rapat dengan penggubah lagu Ahmad Wan Yet sejak beliau berumur 17 tahun lagi.

    Ketika negara berada di ambang kemerdekaan Ahmad Wan Yet mencipta lagu-lagu bercorak patriotik, salah satu lagu tersebut, 'Merdeka' dicipta dan digubahnya dan lagu itu telah dihadiahkan kepada Tuanku Abdul Rahman.

    Dalam bidang perfileman, Ahmad Wan Yet adalah merupakan seorang kenalan rapat dengan Dato' Maria Menado dimana beliau banyak menggubah dan mencipta lagu-lagu untuk filem keluaran Syarikat Filem Maria Menado Film Production seperti Filem Korban Fitnah. Antara lagu-lagu gubahan dan ciptaan Ahmad Wan Yet untuk filem tersebut ialah lagu BAHAGIA nyanyian Maria Menado sendiri dan juga Lagu Burung Dalam Sangkar nyanyian Abdullah Chik.

    Ahmad Wan Yet juga menjadi komposer yang mengiringi lagu-lagu nyanyian Asiah Tuah, P.Ramlee dan Saloma dalam Rancangan Kalung Senandung yang diterbitkan dalam 6 episod. Lagu tema rancangan tersebut, Kalung Senandung dinyanyikan oleh Asiah Tuah dicipta dan digubah oleh Ahmad Wan Yet.

    Antara lagu lain ciptaan Ahmad Wan Yet yang dinyanyikan oleh Asiah ialah Lagu Sireh Pulang Ke Gagang dimana liriknya ditulis oleh Ismadi. Dengan orkestra yang ditubuhkan sendiri olehnya, Orkestra Kencana, Ahmad Wan Yet pernah mengiringi nyanyian Saloma dengan lagu gubahannya bertajuk Senyum Malam.

    Antara penyanyi-penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan dan gubahan Ahmad Wan Yet ialah Fazedah Joned, Abdullah Chik, Saloma, Maria Menado,Ahmad Daud, Siti Mariam dan Rosiah Chik. Lagu Malar Segar, Kenang Daku Dalam Doamu , yang dipopular dan dinyanyikan oleh M Bakri adalah hasil ciptaan dan gubahan Ahmad Wan Yet. Lagu nyanyaian duet Saloma & Ahmad Daud, Mambang Biru, dimana liriknya ditulis oleh S Sudarmaji adalah ciptaan Ahmad Wan Yet.

    Jika anda ingin mendengar kemerduan lagu-lagu ciptaan dan gubahan Ahmad Wan Yet, dengarkanlah satu lagu popular yang dinyanyikan oleh Saloma yang kemudiannya dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi terkemudian seperti Uji Rashid iaitu Lagu Mengapa Dirindu yang liriknya ditulis oleh Zain Mahmud.

    Ahmad Wan Yet meninggal pada 14 hb Jun 1980 dalam usia 56 tahun.



    ``````````````````````````````````````
    WANDLY YAZID



    Spoiler:

    Wandly Yazid dilahirkan di Bukit Tinggi Padang, Daerah Suliki, Sumatera Barat, pada 24 hb Februari 1925. Wandly mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Belanda di Indonesia dan lulus pengajian tinggi di Institut Latihan Guru di Sumatera Barat. Mula mengenali muzik ketika belajar di sekolah rendah tetapi mula belajar muzik pada usia 17 tahun ketika telah menjadi guru sekolah dimana beliau mengambil keputusan untuk belajar bermain biola dan klarinet dibawah pimpinan Pak Hamid dan En. I Bree. Wandly juga belajar melukis dan bermain piano dengan En. Wadiki.

    Setelah dua tahun Indonesia diiktiraf Negara merdeka, Wandly telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1947 dan seterusnya ke Singapura untuk mencari peluang bekerja sebagai pemuzik dalam industri filem yang kian berkembang pesat. Di Sngapura beliau berpeluang mendalami belajar membaca nota muzik dan bermain alat muzik seperti piano dibawah asuhan En Concordio Suliano, bermain biola dibawah asuhan En Raquiza dan Paul Suliano dan juga bermain Saxofon dan klarinet dibawah pimpinan En Paul Martinez. Mereka yang mengajar Wandly Yazid ini adalah guru muzik yang berasal dari Filiphina.

    Pada tahun 1948, Wandly mula berkhidmat dengan Syarikat Filem Nusantara. Ketika ini beliau berkebolehan dalam bermain piano, biola, klarinet dan meniup saxofon. Wandly telah mengubah lagu-lagu untuk Filem Angin Berpesan dan Pacar Putih. Pada tahun 1952, Wandly Yazid telah menubuhkan Orkestra Wandly Yazid, Orkestra Wandly 5 dan juga Orkestra Megawati dengan Radio Malaya. Pada tahun 1953, Wandly memenangi anugerah Hassan's Homecoming oleh Unit Filem Malaya. Beliau juga adalah ahli Singapore Symphony Orchestra sebagai pakar bermain biola.

    Wandly adalah pengasas Syarikat Rakaman Fajar pada tahun 1959 dimana belaiu mencipta dan mengubah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi seperti Julie Sudiro, Orchid Abdullah dan Rosiah Chik. Beliau juga adlah antara pengubah muzik dan guru yang mengasah bakat-bakat penyanyi terkemudian selepas itu seperti Ernie Djohan dan Rafeah Buang.

    Pada tahun 1964, Wandly berpindah ke Cathay Keris dan dilantik sebagai pengarah muzik di sana ketika berusia 39 tahun. Beliau menggubah lagu-lagu nyanyian dan muzik latar untuk filem blockbuster seperti ‘Hang Jebat’ arahan Hussain Hanif, ‘Ikan Emas’; ‘Dosa Wanita’, ‘Gurindam Jiwa’, ‘Panglima Besi’, ’Naga Tasek Chini’, ‘Jalak Lenteng’, Lancang Kuning, ‘Kasih Ibu’, ‘Wan Perkasa’, ‘Mata Dan Hati’, ‘Menunggu Kasih’, dan ‘Udang Di Sebalik Batu’.

    Lagu Gurindam Jiwa yang popular dinyanyikan oleh R Ismail dan Rafeah Buang dan diminati baik oleh golongan muda ataupun tua adalah ciptaan dan gubahan Wandly Yazid. Sebagai seorang komposer muzik yang berprofil dan serba boleh, Wandly telah diberi kepercayaan untuk menggubah muzik latar untuk rancangan televisyen Singapura seperti Pesta Pop dan juga muzik untuk beberapa rancangan terbitan Radio Singapura. Wandly juga merupakan pemain biola berkebolehan dan ahli Orkestra Singapore Broadcasting Corporation (SBC). Bersama En Ahmad Jarr dan Ahmad Sahab, Wandly menubuhkan kumpulan muziknya sendiri yang dinamakan Trio Kafe Vienna yang mempersembahkan muzik-muzik klasik dan kormesial. Belia juga mengadakan persembahan secara solo bermain piano di hotel-hotel utama yang diiktiraf.

    Wandly juga salah seorang yang bertanggungjawab menubuhkan Megawati Orkestra, yang menengahkan para pemuzik dan komposer berbakat seperti Zainal Abbas, Rahmat Ali, dan Jalil Nordin. Beliau dan kumpulan ini membuat persembahan unutuk Radio Televisyen Singapuura (RTS) di zamannya.

    Wandly Yazid adalah ahli jawatankuasa KOMPASS, PERKAMUS, APAD, NiniEk Mamak (Council of Advisors) SMA, dan NAtional Arts Council (NAC).

    Selepas bersara pada tahun 1992, selain meneruskan persembahan muziknya, Wandly juga menjadi guru mengajar muzik kepada generasi muda termasuklah artis-artis angkatan baru. Beliau juga melukis di pertunjukan-pertunjukan seni seperti:-

    2001: Contemporary 2001, tajaan Association of Artists of Various Resources (APAD), Singapore Calligraphy Centre

    2005: Lakaran Warisan, tajaan Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)


    Anugerah & Pengiktirafan

    1953: Anugerah Dokumentari Terbaik, oleh Malayan Film Unit untuk Hassan’s Homecoming. Kategori Muzik Latar Persembhan Terbaik Wandly Yazid.

    2001: Jasawan Agung Minang (Meritorious Minang Award), oleh Persatuan Minagkabau Singapura atau Singapore Minangkabau Association (SMA).

    2001: Anugerah Meritorious COMPASS, oleh Composers and Authors Society of Singapore (COMPASS).

    2002: 7 Magnificent Composers (7 Tokoh Muzik), oleh Association of Malay Singers, Composers and Professional Musicians (PERKAMUS). Pengiktiraf Tertinggi kepada Komposer-Komposer Wandly Yazid, Zubir Said, Osman Ahmad, Yusoff B., Ahmad Jaafar, P. Ramlee and Kassim Masdor.

    Wandly Yazid meninggal pada 5 hb Ogos 2005 pada usia 80 tahun di kediamannya di Jalan Aljunied Singapura, meninggalkan seorang balu, Hajjah Iswanar Wahid dan 5 orang anak - kesemua berkelulusan universiti..



    ``````````````````````````
    ACHMAD C.B.

    Spoiler:

    Achmad Awab Aziz, atau yang lebih dikenali sebagai Achmad C. B, dilahirkan pada 20 Ogos 1914 di Medan, Sumatera. Ketika berumur lima tahun, Achmad C. B telah mengikut bapanya ke Singapura dan kemudiannya ke Dungun, Terengganu. Sejak dari muda lagi Achmad C. B telah menonjolkan minat mendalam bidang nyanyian dan dalam hal ini beliau amat dipengaruhi oleh bapa saudaranya, Said Tripoli, seorang tokoh bangsawan.

    Achmad C. B yang giat dalam bidang politik sejak muda menjadi ahli beberapa parti politik Indonesia termasuklah Gerakan Rakyat Indonesia (GERINDO) di mana beliau mengetuai bahagian kebudayaan. Di sini Achmad C. B menggunakan bakatnya untuk membangkitkan propaganda anti-penjajah dan menyemarakan semangat nasionalisme melalui lagu-lagu dan lain-lain persembahan pentasnya.

    Pada tahun 1935, Acmad C. B melancarkan kariernya sebagai seorang penyanyi dan beliau membuat rakaman pertama dangan HMV (His Master’s Voice) pada tahun 1963. sajak dari itu, Achmad menanbahkan nama singkat ”C. B.” kepada namanya. C.B. adalah singkatan bagi Cas Bara (panas baran) iaitu nama julukan yang diberikan oleh rakan-rakannya serasi dengan semangat nasionalistiknya yang membara. Penglibatan Achmad C. B yang lain termasuklah kumpulan teater, Seri Pentas Rayuan Asmara, yang membuat kunjungan ke merata Sumatera dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Singapura, sebelum dan selepas pendudukan Jepun.

    Beliau juga menjadi juara berturut-turut sebanyak tiga kali dalam pertandingan keroncong tahunan di Singapura sejak tahun 1939. Walaupun dikenali ramai sebagai penyanyi dan penggubah bagi banyak lagu patriotik yang mashur seperti Bangun Anakku, dan Melayu Raya, Achmad C.B juga menggubah lagu cinta, misalnya Bulan Mengambang dan lagu kanak-kanak sepertii Belalang dan Kupu-Kupu. Lagu-lagu kegemaran ramai termasuklah Enjit-Enjit Semut, Belo-Belo, Rentak 106, Cincin Belah Rotan dan 31 Ogos.



    ````````````````````````````
    AHMAD KHAN BIN NAWAB KHAN (DATUK)



    Spoiler:

    Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang dan masih aktif sebagai penggubah muzik sehinga ke hari ini. Selain dari P.Ramlee, beliau merupakan penggubah dan pencipta sebahagian besar lagu-lagu filem keluaran Studio Merdeka Ulu Kelang ( sekarang ini tapak studio tersebut di jadikan tapak FINAS). Ahmad Nawab telah munggubah muzik untuk filem Si Tora Harimau Jadian dan lagu-lagu Taman Firdausi dan Ilham Tiba nyanyian P.Ramlee & Saloma untuk Filem Nasib Do Re Mi. Beliau mahir bermain alat muzik saxaphone dan telah menghasilkan gubahan lagu untuk ramai penyanyi popular tanah air dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti Hetty Koes Endang, Khatijah Ibrahim, Sudirman Hj. Arshad, Uji Rashid, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi.

    Dato’ Dr. Ahmad Nawab merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini. Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album.

    Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di mana beliau masih mampu mengekalkan serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer muda yang serba berkebolehan.



    ````````````````````

    PENULIS LIRIK DI ZAMAN KEGEMILANGAN FILEM MELAYU



    SYED SUDARMAJI BIN SYED ABDULLAH ( S SUDARMAJI )



    Spoiler:

    Syed Sudarmaji lebih dikenali sebagai S Sudarmaji dilahirkan pada tahun 1942 disebuah daerah di Jogjakarta, Indonesia. Beliau memulakan kerjayanya dengan Malay Film Productions pada tahun 1948 sebagai kerani kontinuiti. Beliau mempunyai latar belakang seni – boleh menulis lirik, berlakon, menyanyi lagu-lagu keroncong dan menari tarian Jawa dan Bali. Pernah berlakon bersama P.Ramlee dalam Filem Chinta, Seniman Bujang Lapok dan Nasib Si Labu-Labi. P.Ramlee kerap mengambil beliau sebagai penolong pengarah dan membantu menulis skrip semasa di Malay Film Productions, Jalan Ampas Singapura. Pada tahun 1952, beliau menulis lirik untuk lagu-lagu filem Anjuran Nasib yang dihasilkan oleh P.Ramlee. Keakraban S Sudarmaji dengan P.Ramlee membolehkan beliau menghasilkan lirik lagu-lagu yang meluahkan atau menggambarkan perasaan P.Ramlee seperti dalam Filem Ibu Mertuaku – Jangan Tinggal daku, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku dan Putus Sudah Kasih Sayang yang mungkin menceritakan sebahagian daripada kisah hidup P.Ramlee. Selepas penutupan Studio Malay Film Production di Jalan Ampas pada 16 September 1968, S Sudarmaji mengarah Filem Ibulah Syurga yang kesemua pelakon-pelakonnya adalah bekas-bekas bintang filem MFP seperti Aziz Jaafar, Normadiah, Saadiah, Saamah, Omar Suwita, Rahmah Rahmat, Aziz Sattar dan Sharif Dol yang berkongsi modal menubuhkan Syarikat Perfileman GAFICO. Namun kerana ketiadaan modal GAFICO tidak dapat bertahan lama. Bekas-bekas pelakon MFP ini akhirnya ada yang menyertai Cathay Keris Filem dan ada yang berhijrah ke Studio Merdeka Kuala Lumpur. S Sudarmaji meninggal dunia pada tahun 1989.



    ```````````````````````````````
    JAMIL SULONG



    Spoiler:

    Beliau merupakan aktivis seni yang bergiat aktif sejak penubuhan ASAS 50. Dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat pada 6 Ogos 1926. Beliau mula bekerja sebagai penterjemah dan kemudian sebagai penolong pengarah di Syarikat Malay Film Production pada tahun 1951. Pernah berlakon bersama P.Ramlee diawal pembabitan seniman itu di tahun 50-an seperti Filem Patah Hati (1952) dan Miskin (1952). Filem arahannya yang pertama berjudul Batu Belah Batu Bertangkup dan Filem Raja Melewar merupakan filem arahannya yang terakhir. Antar filem lakonan dan arahan P.Ramlee dimana beliau bertugas menulis lirik lagu untuk filem ialah filem Hujan Panan (1953), Siapa Salah (1953), Panggilan Pulau (1954), Hang Tuah (1955), Anakku Sazali (1956), Penarik Beca (1955) dan Semerah Padi (1956). Pernah menjadi penulis tamu ( Ahli Cipta ) di Universiti Sains Malaysia (USM), Ketua Panel Penilai Skrip di FINAS dan menjadi AJK Akedemi Filem di FINAS. Buku karangannya, Kaca Permata telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka pada tahun 1987?. Sepanjang penglibatannya dalam bidang perfileman, beliau telah berjaya meraih anugrah di Festival Filem Asia Fasifik untuk filem arahan dan terbitan syarikatnya, R.J. Filem Sdn. Bhd.



    ``````````````````````````````````
    H M ROHAIZAD



    Spoiler:

    Nama sebenar H M Rohaizad ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad Al-Sagoff dan dilahirkan pada tahun 1926. Beliau mula berkhidmat dengan menggunakan nama samaran H.M.Rohaizad. Sebelum memasuki dunia perfileman, beliau terlibat dalam dunia lakonan sendiwara. Di Malay Fil Production (MFP) Shaw Brothers, beliau pernah menjadi penolong pengarah untuk filem-filem seperti Kerana Kau dan Iman. Antara pengarah-pengarah filem dimana beliau menjadi penolong pengarahnya ialah B N Rao, S Ramanathan, Rolf Bayer, Bert A. Avellana, Kidar Sharma dan Ramon A Estalla. H M Rohaizad merupakan salah seorang dari penaja PERSAMA dan pernah menjadi presiden Kesatuan Pekerja Pekerja di Studio Malay Film Productions. Bekas suami pelakon Mariani ini adalah salah sorang pekerja Shaw Brothers, selain dari Omar Rojik, S. Kadarisman, Syed Hassan Sahab dan Musalmah yang pernah disingkir dari MFP ketika berlaku pemogokan pekerja-pekerja sekitar tahun 1957 tetapi atas rundingan pihak Shaw Brothers dengan Tuanku Abdul Rahman, mereka semuanya diterima semula bekerja. Dalam bidang muzik pula, P.Ramlee sering meminta beliau mencipta dan menulis senikata dan gurindam lagu-lagu filem dan nyanyian P.Ramlee yang digubah dan dinyanyikan sendiri oleh P.Ramlee seperti Hujan di Tengah Hari, Selamat Berbahagia Wahai Kekasih dan Zuraidah. Pernah berlakon bersama P.Ramlee seperti dalam filem Merana dan Anakku Sazali. H M Rohaizad meninggal pada tahun 1961.



    ````````````````````````
    YUSNOR EF



    Spoiler:

    Nama sebenarnya ialah Mohd Nor bin Mohd. Yusofe, dilahirkan pada 12 September 1937. Beliau merupakan seorang guru di Singapura dan kemudian beralih tugas sebagai penulis buku teks di Kementerian Pendidikan Singapura. Sebelum bersara Yusnor Ef pernah menjawat jawatan sebagai Penerbit TV Pendidikan ( Educational Television Programme) Kementerian Pendidikan Singapura. Beliau aktif menulis lirik lagu sejak tahun 1959 dan telah menghasilkan lebih 350 buah lirik lagu sehingga kini. Semasa P.Ramlee berpindah ke Studio Merdeka Kuala Lumpur, Yusnor Ef berulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk belajar menulis skrip filem. Filem pertama Yusnor Ef menulis lirik lagu ialah filem ‘TUNGGAL’ arahan S Kadrisman bagi lagu-lagu yang dicipta oleh P.Ramlee. Antaranya ialah Joget Istana, Tari Panglima dan Bermandi Manda semuanya nyanyian Norli Ismail. Antara lagu-lagu rakaman piring hitam nyanyian P.Ramlee yang liriknya ditulis oleh Yusnor Ef ialah Senjakala dan Ting Tara Tilala. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah COMPASS, Presiden PERKAMUS (Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura) selain memikul jawatan penting di Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Development of The Malay Movie Committee . Pernah menghasilkan beberapa buku tentang P.Ramlee dan muzik melayu antaranya ialah P.Ramlee Yang Saya Kenal, 7 Tokoh Muzik dan Perkembangan Muzik Melayu sejak 40-an. Selain dari itu beliau juga menerbitkan program dokumentari televisyen, antaranya Melodi P.Ramlee, Gemilang Filem Melayu, Muzik Sepanjang Zaman dan Rentra (Rentasan Muzik Nusantara).



    rujukan;

    1. Tajuk buku : 7 tokoh muzik = 7 magnificient composers(Zubir Said, Osman Ahmad, Yusoff B., Ahmad Jaafar, Wandly Yazid, P. Ramlee and Kassim Masdor.)

    2. http://pramlee.freetzi.com/biografi.html


    bersambung....

  • #2
    Re: Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

    thanks lah
    kalo ade mende ni zaman aku stadi dulu tayah le susah2 aku slongkar arkib negara

    Comment


    • #3
      Re: Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

      yng aku kagum sekali adalah p ramlee....

      kerana suma lagu lagunya rentak keroncong,kelakar,pop rock,jazz ...dan apa lagi yer...

      dan juga pelakon dan penyanyi lak tu....

      Comment


      • #4
        Re: Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

        Originally posted by Adreen View Post
        thanks lah
        kalo ade mende ni zaman aku stadi dulu tayah le susah2 aku slongkar arkib negara
        terharunya...so, hug me...

        Originally posted by zamreda View Post
        yng aku kagum sekali adalah p ramlee....

        kerana suma lagu lagunya rentak keroncong,kelakar,pop rock,jazz ...dan apa lagi yer...

        dan juga pelakon dan penyanyi lak tu....
        aku tambah...pengarah,pelawak,pencipta lagu,pemuzik...dan apa lagi yer..


        ``````````````````````

        TOKOH MUZIK KELAHIRAN ORKESTRA RTM


        Tan Sri Ahmad Merican



        Spoiler:

        Ahmad Merican diberi gelaran 'Grand Old Man of Television' oleh pihak media tempatan. Tan Sri Ahmad Othman Merican telah mempelopori pelbagai bidang dalam hidupnya. Beliau merupakan orang pertama diberi tanggungjawab merakamkan lagu kebangsaan Malaysia, pencetus idea-idea bernas program hiburan dan pentadbir Orkestra Malaya sekitar tahun 50an.

        Kesungguhan beliau dalam bidang muzik teruji apabila beliau menerbitkan dengan jayanya program muzikal bersiri seperti Bakat TV, Juara Kugiran dan Pesta Dendang Rakyat di kaca TV. Tokoh Penyiar 1994 itu juga merupakan pengasas Pertandingan Bintang RTM, program menguji bakat yang mampu bertahan sehingga kini. Bukan itu sahaja beliau adalah pencetus konsep rancangan hiburan seranta seperti Malam Irama Malaysia dan Pertandingan Mencipta Lagu yang menjadi hits di era kerjaya beliau. Beliau juga merupakan pencipta lagu klasik evergreen, Tanah Pusaka disamping Tan Sri Dol Ramli sebagai penulis lirik.

        Di bidang akademik, Ahmad merupakan pelajar Malaysia pertama melanjutkan pelajaran ke Berklee School of Music di Boston, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam penerbit perintis RTM yang dipertanggungjawab untuk memperkenalkan media elektronik terbaru pada masa itu, iaitu televisyen, kepada para penonton di Malaysia.

        Walaupun setelah meninggalkan RTM, Tokoh Muzik Tanahair, Tan Sri Ahmad Merican terus aktif mengikuti perkembangan televisyen Malaysia. Beliau juga adalah ahli lembaga Kolej Muzik Antarabangsa (International College of Music) dan panel penasihat Akademi Seni Kebangsaan. Ahmad Merican kini diusia emas bahagia disamping isteri Puan Sri Mahani Abdullah dan 6 anak serta cucu-cucu tersayang.



        ````````````````````

        Alfonso soliano

        Spoiler:



        Alfonzo Soliano, conductor of the Radio Television Malaysia orchestra from 1957 to 1965, was commissioned to write a work, Asli Abadi, based on local folk dances, for the first symphony orchestra in Malaysia. His work uses Malay folk rhythms called the asli, ronggeng and inang.

        With the imminent release of "pusaka" and the 50th anniversary of RTM orchestra in april, it is the right time we highlight the man who inspired the "pusaka" album : alfonso soliano.

        Alfonso was ahead of his time, the music he played has influenced many.He is a revered name in many circles and many still speak of him fondly and passionately.Last week was his birthday and what better present to give than "pusaka".To the young generation, this is bona fide made-in-malaysia jazz music.

        ```
        Pada generasi muda hari ini, nama Alfonso Soliano sudah pasti begitu asing pada pendengaran mereka.

        Tetapi, bagi generasi yang hidup sezaman dengan figura muzik unggul itu, sudah tentu menyedari pengaruh Alfonso dalam mengetengahkan muzik jazz Melayu ketika itu.

        Antara lagu-lagu ciptaan pengasas dan penggubah untuk Orkes Radio Malaya itu ialah Gadis Idamanku dan Air Mata Berderai yang terus menjadi siulan dan mekar sehingga hari ini.





        ``````````````````````````

        Jimmy Boyle



        Spoiler:

        Seorang pemuzik Jazz Malaysia yang terkenal, James W. Boyle lahir pada tahun 1922 di Pulau Pinang dan menerima pengajian awal di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang dan serterunya di Raffles Collage, Singapura, di mana beliau kemudian menjadi tenaga pangajar dari tahun 1946.

        Jimmy Boyle kemudian menjadi komposer dan penggubah muzik untuk Classical Saxophone Quartet of N.W. University Brass Ensemble. Hasil gubahan beliau telah dimainkan di seluruh dunia melalui rancangan radio BBC dan Voice of America, dan diberi pujian oleh pengkritik Jazz terkenal seperti Jerry Muchigan dan pemuzik Jazz antarabangsa saperti Charles Lloyd dan Jack Teagarden.

        Saat yang paling membangggakan bagi Jimmy Boyle tiba apabila lagu ciptaan beliau dipilih mengiringi pengibaran bendera Malaysia buat pertama kali pada 31 Ogos 1957, semasa pengistiharan kemerdekaan Malaysia, memandangkan lagu ‘Negara Ku’ masih dalam persiapan. Beliau juga menulis lagu jambori Malaysia yang pertama, Kemegahan Nagara Ku, yang telah dimainkan pada pengishtiharan Malaysia pada tahun 1963.

        Di antara gubahan lagu-lagunya yang terkenal adalah Putera Puteri, Ingat Ingat, Jauh Jauh, Sungai Pahang, Rayuan Mesra, Bunga Negara dan Chendering. Berbangga sebagai rakyat Malaysia, beliau telah berusaha melahirkan perasaan jiwa bangsa dan negaranya melalui karyanya sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1971, ketika berusia 49 tahun.



        ``````````````````````
        Datuk Johari Salleh



        Spoiler:

        Johari Salleh, adalah satu nama besar dalam arena industri muzik. Kerjayanya bermula sebagai pemuzik "sessionist" untuk beberapa sesi rakaman semenjak zaman remaja lagi. bermula 1961, usianya dihabiskan untuk berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Penglibatannya dilihat sebagai penggubah lagu terserlah, di samping mengetuai pelbagai persembahan Orkestra RTM dan menjalankan tugas Ketua Hiburan dan Muzik di RTM. Perkhidmatannya yang berpusar di RTM amat bermakna dan meluas kerana di situlah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan dalam bidang muzik dan pentadbiran.

        Selaku produser, beliau banyak menggubah pelbagai genre dan melodi termasuk pop, korporat dan muzik iklan. Pengalaman ini menjadi perangsang bagi bekas Pengarah Muzik RTM ini untuk terus berkarya demi mengingkatkan koleksi muzik simfonik melayu untuk dijadikan warisan kepada generasi masa depan. Kerjayanya semakin menyerlah kerana berjaya menerbitkan banyak album. Beliau kemudiannya menyambung perkhidmatan sebagai Pengarah Muzik Orkestra Kuala Lumpur (1988-2000) dan Perunding Muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (2001-2004) yang memberi beliau peluang bernaung di bawah tiga Datuk Bandar Kuala Lumpur.

        Biarpun sudah lama meninggalkan RTM, namun di situlah namanya terus terpahat dalam industri muzik. Revolusi seni muzik tanah air banyak menerima sentuhan dan gubahannya. johari diberi penghormatan mencipta lagu Bersatu, Bersetia, Berkhidmat dan lagu ini diterima sebagai lagu rasmi UMNO. Johari juga diberi mandat sebagai Pengarah Muzik dan Eksekutif Produser bagi mengendalikan persembahan besar produksi muzik PATA Conferenc di Kuala Lumpur dan produksi pentas Malaysiaku yang bercorak ala Broadway Musical di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

        Kemuncak kejayaan beliau dalam bidang muzik diiktiraf pada peringkat dalam dan luar negara sebagai perunding, pensyarah dan hakim pertandingan pelbagai pertandingan lagu. Segala curahan ilmu dan pengalaman luas yang ada pada diri beliau menjadikannya tegar dalam meladeni perkembangan muzik tanah air.



        ```````````````
        Ooi Eow Jin

        Spoiler:

        OOI Eow Jin merupakan antara pemuzik dan penggubah awal yang terbabit dalam Orkestra RTM dari tahun 1963 hingga 1967.

        Kariernya sebagai pemuzik dan penggubah lagu dalam orkestra memang sukar dipisahkan daripada stesen penyiaran kerajaan itu.

        Buktinya, selepas beberapa tahun meninggalkan RTM, anak kelahiran Pulau Pinang ini berkhidmat sekali lagi dengan Orkestra RTM dari tahun 1975 hingga 1984.

        Bagaimanapun, pemuzik dan komposer yang berusia 67 tahun ini berasa terkilan apabila bakatnya dipersia-siakan selepas bersara sebagai pemuzik dan komposer sepenuh masa di sebuah stesen televisyen swasta beberapa tahun lalu.

        Suatu ketika dulu Eow Jin pernah mencipta nama sebagai komposer yang disegani ramai. Banyak lagu ciptaan beliau menjadi siulan para peminat muzik.

        Antara lagu-lagu ciptaan beliau ialah Gerimis Di Lautan yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman, Serunai Perindu (Rafeah Buang), Hilangmu Tiada Ganti (Gigi Villa) dan Dengan Senyum Ku Rahsiakan Hati (Flora Santos).

        Bekas guru bahasa Inggeris ini tidak menafikan bakatnya sebagai komposer mula berkembang sewaktu bersama Orkestra RTM pada tahun 1960-an.

        Perkara itu dapat dilihat apabila Eow Jin banyak didedahkan dengan pelbagai genre muzik sepanjang bersama orkestra tertua di Malaysia itu.




        ``````````````````````````````````

        Datuk Mokhzani Ismail



        Spoiler:

        Dato Mokhzani Ismail , a Perlis native is a celebrated composer, arranger, conductor and a jazz pianist in Malaysia. He studied classical music at a very young age until he finished his Licentiate in Piano performance from the Royal School of Music (London). He graduated from the prestigous Berklee College of Music Boston majoring in Jazz Piano and Orchestration in 1990 . Currently he is pursuing his Masters of Music in Jazz Studies from University of Central Oklahoma . He is the Music Director of Radio Television of Malaysia Orchestra since 1999.Started career in RTM since 1990 as a orchestra pianist, arranger and the orchestral manager he was promoted as the Music Director until today.

        He conducted RTM Orchestra at various prestigous royal and gala concert in Asean exchange programme alongside with Singapore Broadcasting Orchestra,Jakarta TV Orchestra in Indonesia, Thailand, Vietnam,Singapore, Philippines and Brunei. He conducted 76 piece orchestra for the Malaysian Record’s Putrajaya Symphony and produced finest overtures such as Tuah and Jebat Overture, Makan Sirih Overture, Di atas Runtuhan Kota Melaka and composed theme songs for National Day from 1994 till today, corporate songs and writing jingles.

        Apart from the success of Symphony Putrajaya, he is main key behind the Malam simfoni Irama Malaysia 2006 and Jazz Tribute To Malaysian songs concert. He is well known for the setting up of the RTM Jazz Orchestra.He wrote commercial songs for top Malaysian artists such as Jamal Abdillah, Saleem, Azharina ,Adibah Noor and Mawi.He lectures and supervises music students at various universities and colleges . In 2002 he presented a paper in ethnic music at a Music Seminar in Lyon, France. In 2006, he wrote the fim scoring of ‘Embun’ and awarded the best music scoring in the 16th Malaysian Film Festival. At the age of 37 , his success and contribution towards the nation has brought him to receive several numerous awards from the Government of Malaysia such as the 2 highest ranking title of Dato’ from Perlis and Pahang( DPPJ -1999, DIMP-2001) and also other awards such as J.S.M (2004 - Johan Setia Mahkota) and KSD (1999- Kesatria Setia di Raja) and Tokoh Budaya Perlis 2008.

        His musical journey including leading the RTM Jazz Orchestra in prestigous Jazz Festival such as Bangkok World Jazz Festival and Asian Music workshops. He is widely involved as juries in national and regional festivals such as Hanoi Asean Golden Song in 1998, ABU Theme song, Sea Games, Asean Theme Song, Commonwealth Theme song and the Asean 2008 Golden Melodies Festival in Ho Chin Minh.

        Currently, Mokhzani is still actively involved as a pianist in jazz clubs and functions . He has produced more than 20 albums of the orchestral music from traditional to contemporary and Mokhzani also has cut his first jazz trio album plus orchestra, one of its kind in Malaysia – Mjazz Trio and also the CD of RTM Jazz Orchetra – Jazz Tribute to Malaysian Music with the music score . His website is available at www.orkestrartm.com. and also in you tube under Mokhzani Ismail.


        ````````````````````````
        PENULIS LIRIK

        Dol Ibrahim

        Spoiler:

        Haji Abdullah Bin Bahrim, atau lebih mesra dengan panggilan Dol Bahrim, dilahirkan pada 4 Mei 1971 di Kampung Limbungan, Melaka dan telah menerima pendidikan di Sekolah Inggeris Tengkera dan High School di Bukit St. Paul, Melaka. Dol Bahrim memulakan zaman pekerjaannya sebagai seorang Operator “Wireless” dengan Angkatan Laut British. Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau telah dipilih menjadi juruhebah Radio Jepun, Nippon Hoso Kyokai, memandangkan pengalaman beliau sewaktu berkhidmat dengan pihak British. Di sini Dol menjadi juruhebah yang pertama sekali yang menyampaikan propaganda Jepun melalui radio. Dol terus berkhidmat dalam bidang radio selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Beliau bekerja dengan Radio Malaya (Malaysia) dari tahun 1944 hingga beliau bersara dari Jabatan Penyiaran Malaysia pada 1972. Semasa beliau berkhidmat dengan Jabatan Penyiaran, Dol telah diberi peluang untuk mengikuti kursus dengan BBC London pada 1965. Sebagai seorang penulis lirik, Dol telah banyak menulis lagu-lagu terkenal Jimmy Boyle seperti ‘Putera Puteri’, ‘Kemegahan Negaraku’, ‘Idaman Kalbu’ dan ‘Sang Bayu’. Dol pernah menceritakan pengalamannya dengan komposer terkenal tersebut, di mana Jimmy Boyle sering memainkan lagu –lagu yang beru digubahnya melalui telefon, kadang-kadang di tengah malam, untuk memujuk Dol menulis liriknya. Dalam menulis lagu, Dol lebih gemar senikata bercorak patriotik, memandangkan sentimen masyarakat pada waktu itu menunjukkan kesedaran politik yang lebih tinggi dan semangat cintakan tanahair yang berkobar-kobar. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 3 November 2002, ketika 85 tahun.



        ``````````````````
        rujukan;

        http://zonfiniti.blogspot.com/2010/0...d-merican.html
        http://www.ujanailmu.com.my
        http://komposer-muzik.blogspot.com
        www.kakiseni.com
        www.orkestrartm.com

        bersambung...
        Last edited by mixo; 03-03-11, 01:27 AM.

        Comment


        • #5
          Re: Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

          Teruskan memberi info lagi Mixo.., aku dah baca sebelum2 ni kt satu blog yg menghimpunkan banyak karyawan dan sejarah muzik di malaya , malaysia singapura.. serta indonesia.

          Satu pasca zaman malaya yg aku sangat minat adalah zaman Jimmy Boyle.., di pulau pinang.., betapa zaman tu banyak betul menghasilkan pemuzik2 jazz yg bagus2.

          Aku kadang tak faham kenapa penang yg di pilih pemuzik bagus2 ni.. , sekarang pun masih ada lah beberapa tempat di penang yg masih ada live music yg bagus.. satu masa ingin aku pegi layan live band kt sana.. yg kini di main kan oleh cucu2 pemuzik2 zaman jimmy boyle ni.

          ~~~

          Selain tokoh2 pemuzik orkestra.. jgn lupa masukkan pemuzik yg bermain live.. di club scene seluruh negara yg boleh kita banggakan ..

          antaranya - Alleycat, Heavy Machine, Freedom..,

          Juga penggubah dan konduktor muzik konsert2 besar di malaysia - Ramli MS.. dan Wah Idris.

          Comment


          • #6
            Re: Komposer/tokoh muzik dan penulis lirik di Malaysia dulu dan kini

            ^
            Jimmy boyle tu mmng legend...bnyk lagu dia yng best2...artis2 indon pun ramai nk guna khidmat dia...anak dia James boyle tu bekas mentor aku...dia punya permainan piano memang dahsyat..hehe..

            Penang?..ia subjektif kut uncle...negeri2 lain pun ramai juga melahirkan bakat2 hebat mcm Singapore,Negeri Sembilan dan lain2...maybe jazz sngt popular di Penang mase penjajahan British sbb di katakan kuat dipengaruhi budaya barat dan tempatnya pengruh koloni britsh di situ.....kut.

            aah..Ramli Ms, Alleycats semua tu nnti la aku letak kalau ade mase...aku saje nk fokus yng lame2 ni, sbb ramai yng dh lupa jasa2 beliau...aku ade satu buku ni tapi nk kena tulis dan hurai balik plak... hehe...sape2 yng ade information pun boleh je kongsi kat sini......why not?...ape orang kata tu, sharing is caring eh..haha


            ```````````````````````
            ade lagi tokoh dari orkestra RTM...aku lupa letak aritu...beliau adalah "Ruslan Imam" iatu salah satu antara mentor aku yng lain...


            Ruslan Imam



            Spoiler:

            Ruslan Imam, satu nama yang cukup dikenali dalam industri muzik Malaysia, seperti abangnya juga, Hanafie Imam dan adiknya Ramlan Imam – 3 beradik yang sememangnya sinonim dalam industri muzik negara.

            Anak kelahiran Kuala Lumpur ini pernah berkhidmat sebagai Pemuzik RTM selama 5 tahun (1980 – 1985) dan telah memimpin Okestra RTM selaku Konduktor pada tahun 1989 – 1993. Bakat serta kebolehannya telah menarik minat Unit Persembahan Kesenian dan Kebudayaan PETRONAS untuk melamar beliau sebagai Pengarah Muzik pada tahun 2000 – 2002.

            Pengalaman beliau dalam bidang muzik yang cukup diminati ini turut dikongsi bersama
            apabila beliau dilantik sebagai Pensyarah untuk kursus Electric Music & Upright Bass Tenor Advice for Concert (Composition & Arranger) di Akademi Seni Kebangsaan pada tahun 2003.

            Sepanjang penglbatan Ruslan dalam bidang muzik, beliau pernah diundang sebagai Konduktor Jemputan oleh Okestra Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC), Jakarta BigBand Orchestra, Manila Pop Orchestra, Bangkok Broadcasting Orchestra, Surabaya Pop Orchestra dan Orkestra Radio Televisyen Brunei (RTB).

            Kini, Ruslan terus aktif dalam memperjuangkan seni muzik ciptaan dan sentuhannya sebagai Penerbit, Komposer, dan Penyusun Lagu untuk artis-artis tempatan, RTM dan beberapa syarikat rakaman di Malaysia.

            Last edited by mixo; 04-03-11, 07:13 PM.

            Comment

            Working...
            X