Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

    Saja nak buat pemerhatian, bagi peminat cerpen, anda suka cerpen yang bagaimana? Cerpen cintakah? Ataupun cerpen fiksyen mahupun lawak? Saya lebih suka cerpen lawak diikuti cerpen fiksyen dan cinta.

    Sebab saya suka cerpen lawak ialah kerana penghabisan yang tak sedih. Sebab anda?
    Last edited by Penakluk; 22-01-12, 11:10 PM.

  • #2
    Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

    Cerpen2 x berapa minat.
    Prefer novel fiksyen terus.
    Novel detektif Agatha Christie bisa membuatkan saya klimaks sehingga ke
    penghujung cerita.
    Kenapa dengan cerpen wahai saudara penakluk?
    Adakah sebab cerita pendek? Ringkas? etc..

    Comment

    • #3
      Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

      Originally posted by Ahn View Post

      Bagi saya, cerpen ni mudah nak baca dan senang habis otai Ahn. Klimaks nya dihujung halaman sahaja, tapi novel tetap saya baca. Otai Ahn, sekali baca novel fiksyen tu ambik masa berapa lama? Mesti otai Ahn terbayang-bayang akan suasananya kalau penulis tu betul-betul hebat.

      Saya pernah baca novel bertajuk Korban Keretapi Maut yang dah lama berada di pasaran, memang dua tiga kali saya mengulangnya, terbayang kesengsaraan si watak. Novel tu pun dah lunyai.

      Dulu zaman sisipan Minda Pelajar masih berharga Rm0.70 sen dan diterbitkan setiap hujung minggu, rajin jugak saya baca cerpen kat hujung muka surat. Sekarang baca cerpen Apo, cerpen si penulis Cerpelai, lawak jugak otai Ahn, silalah baca, lucu jugak sikit-sikit.

      Comment

      • #4
        Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

        cerpen senang.. cepat habes... settled. layan kat majalah 'remaja' dulu-dulu dah la..

        Comment

        • #5
          Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

          Kenapakah saudara memanggil-manggil saya Otai Ahn? Nama saya bukan Otai Ahn wahai saudara.
          Tidak mengapa jika kamu berasa senang, teruskan memanggil saya dengan panggilan itu.

          Oh! Begitu rupanya. Memang cerpen itu bisa dibaca sampai habis dengan cepat. Saya peminat cerpen hantu sahaja saudara Penakluk. Tetapi saya tidak membeli buku Mastika.

          Novel fiksyen Agatha Christie itu saya boleh habis membacanya dalam masa 1 hari (biasanya di hujung minggu) sahaja. Novel pembunuhan ABC juga menarik. Anda akan berasa diri anda berada di dalam cerita tersebut semasa membacanya. Menarik bukan?

          .

          Comment

          • #6
            Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

            banyak benda boleh dibuat dalam satu hari berbanding melayan perasaan untok berimaginasi bukan?? tapi appadahal... hari engkau dengan hari aku tak sama... hari aku lagi best tidor satu hari

            Comment

            • #7
              Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

              Originally posted by perangai View Post
              cerpen senang.. cepat habes... settled. layan kat majalah 'remaja' dulu-dulu dah la..
              Cerpen bro baca tu cerpen apa bro? Cuba ceritakan di sini untuk dikongsikan bersama-sama hadirin

              ---------- kemaskini 23-01-12 12:36 AM ----------

              Originally posted by Ahn View Post
              Kenapakah saudara memanggil-manggil saya Otai Ahn? Nama saya bukan Otai Ahn wahai saudara.
              Tidak mengapa jika kamu berasa senang, teruskan memanggil saya dengan panggilan itu.

              Oh! Begitu rupanya. Memang cerpen itu bisa dibaca sampai habis dengan cepat. Saya peminat cerpen hantu sahaja saudara Penakluk. Tetapi saya tidak membeli buku Mastika.

              Novel fiksyen Agatha Christie itu saya boleh habis membacanya dalam masa 1 hari (biasanya di hujung minggu) sahaja. Novel pembunuhan ABC juga menarik. Anda akan berasa diri anda berada di dalam cerita tersebut semasa membacanya. Menarik bukan?

              .
              Menarik!

              Otai untuk orang perempuan, bro untuk orang lelaki. Malas nak panggil akak, adik, abang, kekanda, pakcik dan makcik serta lain-lainnya otai Ahn.

              Sehari dah habis baca? Memang buku tu hebat la dapat tarik otai Ahn sampai bagi habis baca. Cerpen baca 2 minit dah habis kalau ikut gaya membaca otai Ahn. Cerpen lawak otai Ahn tak minat?

              Comment

              • #8
                Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

                aku suka baca majalah playboy
                Isinya mantap
                sikitpun x merosakkan nafsu pembaca
                wakakakaka

                Comment

                • #9
                  Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

                  Originally posted by perangai View Post
                  banyak benda boleh dibuat dalam satu hari berbanding melayan perasaan untok berimaginasi bukan?? tapi appadahal... hari engkau dengan hari aku tak sama... hari aku lagi best tidor satu hari
                  Tido satu hari suntuk kah bro? Bro macam kawan saya, tido sehari suntuk tanpa makan dan minum. Tapi sekarang dah tak buat dah sebab sibuk kerja. Baca novel ok jugak buat bro hilangkan bosan.

                  ---------- kemaskini 23-01-12 12:40 AM ----------

                  Originally posted by pablo_the_don View Post
                  aku suka baca majalah playboy
                  Isinya mantap
                  sikitpun x merosakkan nafsu pembaca
                  wakakakaka
                  Edisi bulan bila tu bro? kahkahkah..

                  Comment

                  • #10
                    Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

                    tu berhibernasi dikala susah... jimat sikit kurang tenaga kurang perbelanjaan.. simpan tenaga untok hari mendatang yang lebeh cerah

                    Comment

                    • #11
                      Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

                      Oh, begitu rupanya maksud panggilan otai itu. Panggilan mak cik masih belum sesuai untuk saya ini ya saudara.

                      Cerpen lawak? Untuk lawak saya lebih kepada bacaan komik sebab lawak itu dapat dirasakan dengan ekspresi muka kartun berbanding dengan membaca tulisan sahaja.

                      Pembacaan dengan penghayatan membuatkan masa untuk membaca lebih pendek daripada membaca dengan gangguan-gangguan kecil serta bisikan-bisikan manja di sekeliling. Lebih-lebih lagi jika buku itu memang menarik untuk dibaca.

                      Walaubagaimanapun, sudahkah Encik Pablo The Don membeli Playboy edisi Lindsay Lohan untuk bulan Januari? Boleh kongsi-kongsikan pengalaman Encik di sini mengenai edisi itu.

                      Comment

                      • #12
                        Re: Anda Minat Cerpen Cinta/Fiksyen/Lawak?

                        I always like to read any books related to the following topic:

                        1) Science

                        2) Science Fiction

                        3) Unexplained Phenomenon

                        4) Thriller / Horror

                        Comment

                        • #13

                          Lohan? Cantik muka dia, fiiwiit..

                          ---------- kemaskini 23-01-12 01:01 AM ----------

                          Originally posted by Neo5 View Post
                          I always like to read any books related to the following topic:

                          1) Science

                          2) Science Fiction

                          3) Unexplained Phenomenon

                          4) Thriller / Horror
                          Bro, bro punya senarai lebih kurang macam saya. Saya minat jugak sains fiksyen, sains, dan thriller. horror tak kot. Sebab macam terlalu kejam lah pulak bagi saya bro.

                          Cerpen bro? Bro minat cerpen macam manakah?
                          Last edited by Penakluk; 23-01-12, 01:03 AM.

                          Comment

                          Working...
                          X