Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?



    Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT? Kawan-kawan ada idea?

    Surat khabar hari ni quote kata-kata Pak Lah..antaranya:

    Originally posted by Berita Harian
    Sektor pertanian perlu diterap ICT, bioteknologi
    Oleh Abdul Halim Yusoff dan Nurul Farina Nazlan
    bhnews@bharian.com.my

    SERDANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu elemen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bioteknologi disepadukan dalam sektor pertanian bagi melonjak dan memperkasakan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara.

    Perdana Menteri berkata, penekanan dan tumpuan kepada sektor pertanian yang mempunyai potensi pertumbuhan besar dan mampu menjadi sektor ketiga penjana ekonomi negara dapat membantu negara menampung kesan buruk berikutan krisis ekonomi global.

    “Yakinlah dengan masa depan kita (sektor pertanian) sebab dengan gabungan ICT dan bioteknologi, sektor pertanian dan industri asas tani mempunyai potensi untuk membuat anjakan berganda dan berkembang lebih besar daripada industri elektronik,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 4,000 petani, penternak dan nelayan dari seluruh negara yang dikumpulkan pada Majlis Perhimpunan Warga Tani bersama Perdana Menteri di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, semalam.

    Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

    Abdullah berkata, ahli panel Penasihat Bioteknologi Antarabangsa pada mesyuarat mereka baru-baru ini, sependapat bahawa Malaysia sedang berada di landasan terbaik untuk menikmati pertumbuhan ekonomi mapan dan mengekang kesan krisis kewangan global apabila menggandingkan sektor pertanian dengan elemen bioteknologi dan ICT.

    Katanya, gandingan ICT dan bioteknologi serta ditokok pula dengan pembangunan modal insan secara berterusan di kalangan peserta sektor pertanian, akan mewujudkan amalan pertanian baik, penghasilan benih bermutu, baja dan pengeluaran makanan, ubat-ubatan dan barangan persolekan.

    Mengulas lanjut, Abdullah berkata, keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian bukanlah angan-angan kosong kerana keyakinan itu berlandaskan kepada usaha dan strategi kerajaan memajukan sektor itu.

    “Lupakanlah pemikiran bahawa hanya sektor perkilangan yang dapat memajukan ekonomi. Tanggapan sektor pertanian sebagai sektor lapuk dan tidak perlu dimajukan adalah satu kesilapan kerana ia mampu menjana pendapatan beribu-ribu ringgit.

    “Memajukan sektor pertanian bukan perkara baru kerana kementerian dan MAHA (Ekspo Pertanian dan Hortikultur Malaysia) sudah lama wujud. Kita cuma memberi tambah nilai,” katanya.

    Beliau berkata, petani sendiri mesti yakin dengan kemampuan sektor itu memberi pulangan besar kepada pengusaha, kerana beberapa pengusaha yang ditemui mampu memperoleh pendapatan RM3 juta setahun dengan menghasilkan sos buah-buahan dan ada juga yang meraih RM15 juta setahun dengan mengeluarkan kerepek ubi serta makanan sejuk beku.

    “Jangan anggap leceh, pertanian sebagai pilihan pekerjaan terakhir dan karut serta mimpi (usaha kerajaan) untuk menjayakan sektor pertanian,” katanya.

    Abdullah berkata, dengan peningkatan pendapatan peserta sektor pertanian membabitkan sebahagian besar mereka di luar bandar, sudah tentu ini dapat merealisasikan wawasan kerajaan untuk merapatkan jurang penduduk bandar dan luar bandar.

    Bagi memastikan usaha membangunkan sektor pertanian membuahkan hasil, Abdullah berkata, agensi pelaksana merangkumi kementerian, agensi dan institusi berkaitan seperti Fama dan (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) mesti memainkan peranan dengan berkesan.
    dan

    Originally posted by utusan malaysia
    ICT, biotek dalam pertanian

    Oleh HERMAN HAMID

    SERDANG 28 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bioteknologi diaplikasikan secara meluas dalam bidang pertanian bagi melonjakkan kemajuan sektor tersebut.

    Perdana Menteri berkata, langkah menggabungkan dua elemen itu amat mustahak kerana pertanian dikenal pasti sebagai salah satu cabang ekonomi yang dapat membantu kerajaan menangani impak krisis kewangan global kepada negara.

    "Saya amat yakin dengan masa depan bidang pertanian sekiranya elemen ICT dan bioteknologi dapat digabungkan kerana Malaysia boleh meraih manfaat yang sangat besar berikutan kelebihan yang telah ada pada kita dalam bidang tersebut.

    "Malah dunia menyifatkan Malaysia sebagai berada di landasan yang tepat untuk memajukan bidang pertanian kerana kelebihan-kelebihan yang kita miliki ini," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Tani Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

    Majlis yang dihadiri kira-kira 4,000 warga tani seluruh negara itu diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.

    Hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui.

    Abdullah kemudian melancarkan varieti baru cili padi yang dikenali sebagai 'Semerah'. Antara kelebihan varieti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu adalah sifatnya yang cepat matang dan berhasil tinggi.

    Sementara itu, Abdullah berkata, keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian bukanlah hanya impian kosong atau angan-angan Mat Jenin, sebaliknya ia berlandaskan usaha dan strategi bagi memajukan sektor itu.

    Kata beliau, Bank Negara sendiri turut mengakui kemampuan sektor pertanian untuk muncul sebagai sektor ketiga terpenting dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

    Sehubungan itu, tambahnya, tanggapan sektor pertanian sebagai sektor lapuk dan tidak perlu dimajukan adalah satu kesilapan kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka yang terlibat.

    "Jangan anggap leceh, karut dan mimpi untuk menjayakan sektor pertanian. Pertanian bukanlah perkara baru, Kementerian Pertanian dan MAHA (Ekspo Pertanian dan Hortikultur Malaysia) sudah lama wujud. Kita cuma memberi tambah nilai pada perkara-perkara itu.

    "Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, saya memang yakin pertanian dan industri asas tani punya masa depan yang cerah

    "Macam MAHA yang lalu, ada usahawan asas tani kita seperti pengusaha kuah rojak beritahu dia mampu raih RM3 juta setahun, pengusaha makanan beku RM15 juta," ujarnya.

    Abdullah berkata, atas sebab itu mereka yang terlibat dalam bidang pertanian harus mempunyai kualiti modal insan kerana dengan ilmu yang terkini barulah hasil pertanian mampu ditingkatkan.

    Katanya, memandangkan industri pertanian sentiasa berkembang, ia menuntut mereka yang terlibat dengannya sentiasa menambah pengetahuan terhadap kaedah dan teknologi baru.

    "Untuk menambah nilai kerja kita supaya memperoleh hasil yang lebih dan berkualiti, maka tidak ada jalan lain kecuali mendalami ilmu pertanian.

    "Sebab itu saya minta warga tani kita supaya jangan anggap masa untuk belajar telah berlalu. Sebaliknya pelajaran adalah untuk sepanjang hayat," jelasnya.
    Segala cadangan, saya dahului dengan ribuan terima kasih.
    Last edited by el-lail; 29-10-08, 01:39 PM.

  • #2
    Re: Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

    sesuatu yg tak mustahil....lagipun kat eropah sendiri teknik pertanian dia da macam kilang....cara ni da dipraktikkan pun.....menggabungkan pertanian ngan ICT....sume dia buat secara automasi......ICT jugak ble dijadikan medium promosi.....mineral pada tanah juga boleh diukur menggunakan sensor khas dan dikumpul ke dalam komputer....
    nak nmpk lebih jelas menggabungkan teknik fertigasi dan ICT sbb kawasan dia lebih kecik...mengawal pengairan dan pembekalan mineral secara elektronik atau timer ke ...nak monitor guna sensor khas yg boleh ukur kadar mineral pada tanah dia...dan sume tu perlukan ICT tuk menukar bacaan secara digital...
    Last edited by equinox; 29-10-08, 01:53 PM.

    Comment


    • #3
      Re: Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

      Penanaman secara hidroponik dulu tak berapo baek untuk kesihatan.

      Kalau biotek nie ok pada aku. Sebab gune sumber semulajadi.

      Persoalaannye macam mana nak gabungkan ict ngan pertanian? setakat cadangan sume orang pandai cakap.

      Mungkin dari segi marketing kot.

      Comment


      • #4
        Re: Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

        equinox, memang tak mustahil. Apa yang equinox cadangkan tu sangat menarik dan mantop. Saya akan masukkan dalam list cadangan. Terima kasih.

        Lang, banyak cara boleh difikirkan. Sebelum saya listkan cadangan saya, saya nak collect dulu cadangan kawan-kawan lain.

        Satu lagi perkongsian daripada kawan lain di forum sebelah, ialah Precision agriculture, infonya: http://en.wikipedia.org/wiki/Precision_agriculture

        Comment


        • #5
          Re: Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

          hahaha., nak abis jawatan pun.. nak sibuk buat slogan baru lagi?

          pak lah.. pm yg paling terrer buat benda2 yg ada banner.. ada slogan.. !

          dia mmg terrer ni!

          pelaksanaan.. belum tau lagi!

          Comment


          • #6
            Re: Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

            Aaa..tak payahla sebut-sebut pasal dia. Tajuk topik ni sebenarnya ialah perkara pertama saya fikir-fikirkan bila start kerja penyelidikan ICT untuk institut pembangunan pertanian. Tak lama lepas tu, kerajaan sebut tentang Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. Minggu ni pulak, PM sebut pasal memajukan pertanian dengan ICT dan biotek.

            Kami mahukan percambahan idea daripada semua. Selain idea yang kami dah ada. Sila-sila..tambah cadangan.

            Ini adalah salah satu pelan kami buat masa ni:
            1. Memindahkan kandungan informasi secara tradisional seperti buku-buku dan majalah ke bentuk digital.
            2. Membangunkan aplikasi multimedia interaktif dan sistem aplikasi bagi membantu pembelajaran, perancangan, pemantauan dan pelaksanaan kerja para Pegawai Penyelidik bidang pertanian dan para petani moden.
            3. Menyediakan kemudahan kepada para petani moden serta para Pegawai Penyelidik bidang pertanian untuk berinteraksi antara satu sama lain secara dalam talian atau “on-line” melalui teknologi “web portal”, e-forum, sidang video dan sebagainya.
            4. Menyampaikan kandungan informasi digital kepada para pegawai penyelidik pertanian dan para petani moden secara “on-line” dengan teknologi “web portal”, SMS, MMS, “video streaming”, e-dagang serta secara salinan cakera padat (CD).
            5. Membangunkan pusat-pusat capaian ilmu secara interaktif di dalam komuniti-komuniti petani terpilih yang mengandungi kiosk maklumat dan komputer-komputer. Ia termasuk juga pusat-pusat komuniti ICT bergerak iaitu bas-bas yang telah diubahsuai dengan kemudahan komputer di dalamnya.
            6. Melancarkan program promosi dan latihan penggunaan aplikasi-aplikasi yang dibangunkan secara berkesan dengan memperkenalkannya di bawah satu jenama di media massa dan program-program promosi bergerak ke kawasan-kawasan pedalaman.

            Yang ini nampak lebih berbaloi, kerana sasarannya ialah untuk semua yang terlibat dalam pertanian, walaupun di ceruk pedalaman. Kalau projek precision agriculture, saya nampak ia hanya mampu dibangunkan dan digunakan oleh mereka yang mempunyai sumber kewangan yang baik saja.

            Ada tambahan tak? Atau pengembangan idea daripada list di atas.

            Terima kasih..
            Last edited by el-lail; 30-10-08, 07:53 AM.

            Comment


            • #7
              Re: Bagaimana Memajukan Pertanian dengan ICT?

              Salam.

              Idea2 tu not bad. Semuanya berkisar utk create awareness, dan mendapatkan collective effort dpd pakcik makcik yg bertani di kampung2 pedalaman. Kira, ICT is "the enabler"... mcm moto IT kat opis aku je ni ;-)

              Okay, tentang Precision Engineering ni, mmg sangat2 menarik, dan kalau la boleh dikomersilkan dgn fund2 yg ada, sgtlah bagus. Satu contoh, ni tak lah menjurus kpd precision engineering sebenar, tapi cume saya dok terfikir ttg ni:

              Dlm penanaman cendawan, kita kena mengawal suhu dan kelembapan rumah2 cendawan supaya cocok mengikut sukatan optimum. Kalau suhu lebih or kelembapan kurang, kena sembur mist utk memastikan suhu/kelembapan di tahap optimum.
              Skg ni, ada device nama Hidrometer, yg boleh dptkan reading suhu/moist dlm sesatu perimeter. So, let say kita program a sensor utk dptkan reading dari hidrometer ni, dan hantar ke sistem aplikasi. Kat aplikasi ni, kite leh parameterize kan a lot of things. So, bile perlu, applikasi ni akan hantar signal ke water mist system utk sembur...

              Tu contoh je la ye..

              CUma yg penting, data... data byk, mcm2 boleh di buat dgn data yg banyak.. Nak data byk, kena la ada mcm2 sensor, mcm a forumer tadi ckp, sensor mineral, sensor pH.. sensor mcm2 lagi... semua sensor2 ni, di-digitizekan dan di hantar ke sistem applikasi. From there, sistem applikasi pun intelligent utk buat next action yg dah diprogramkan.

              Kos mahal ? Economies-of-scale. Ni la masa kerajaan nak bantu rakyat. Jgn pikiaq poket sendiri je...

              Comment

              Working...
              X