Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Senarai Tugas Pegawai Sistem Maklumat

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Senarai Tugas Pegawai Sistem Maklumat

    Assalamualaikum..

    Saya tengah buat kertas kerja perjawatan tetap..
    boleh tak nak mintak tolong..

    listkan tugas-tugas seorang pegawai sistem maklumat..
    apa yang perlu dia dilakukan dalam konteks kerja dia..

    huhuhu penting nih.. nih soal masa depan..

    sekian, bantuan diperlukan.. terima kasih.

  • #2
    Antara senarai tugas yg perlu/wajib ada:-

    1 .Menguruskan dan melaksanakan Projek Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Maklumat Berkomputer dan dipertanggungjawabkan kepada Pusat Komputer.
    2. Melaksanakan pembangunan dan penyenggaraan sistem maklumat.
    3. Menganalisa dan melaksanakan keperluan sistem maklumat dalam pentadbiran dan pengurusan universiti di Peringkat Pusat dan Fakulti /Pejabat
    4. Membantu merancang pembangunan sistem maklumat yang telah dikenalpasti oleh universiti/Pejabat
    5. Membantu merancang dan menguruskan keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan Sistem maklumat yang akan dibangunkan.
    6. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem maklumat.
    7. Membantu merancang program latihan kepada staf di dalam Bahagian Sistem Maklumat .
    8. Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian / pakej yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan Sistem Maklumat.
    9. Mengkaji semula sistem maklumat yang sedia ada bagi memperbaiki keupayaan sistem dan bagi menampung keperluan Pengguna yang bertambah/berubah dari masa ke semasa.


    Sekian.

    Comment


    • #3
      terima kasih en penta
      kalo sesapa ada tambahan.. sila kan yer..

      huhuhu.. doakan la, semoga kertas keja aku nih diterima oleh JPA.

      Comment


      • #4
        Meh la sini Cik Lilo... boleh aku usik ko hari2

        -= Obi-Wan =-

        Comment


        • #5
          cess ko nih... aku tanya pasal senarai tugas laa...
          cepat.. ko tolong la aku..
          senaraikan lah tugas tugas SA..
          aku kena submit sabtu nihh.. ish ish
          blank otak PK..

          Comment


          • #6
            yang paling power.. yang bawah sekali..

            pegawai sokongan kepada tugas2 lain..

            nih yang pegawai sistem maklumat pun buat tender.. wat benda2 lain yang tak related sebab termasukd alam bidang dia..
            hehehehe

            Comment


            • #7
              Tambahan:-

              Perkhidmatan Pegawai Sistem Maklumat (PSM) telah menjadi semakin penting berikutan dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan sistem komputer dan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam kini telah menjadi semakin meluas dan terus meningkat sejajar dengan pemodenan perkhidmatan awam dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kerajaan elektronik. Dalam hal ini, Pegawai Sistem Maklumat memainkan peranan utama sebagai pengurus, peneraju dan pakar runding dalam perlaksanaan dasar-dasar dan program pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi sektor awam.

              Antara bidang tugas utama Pegawai Sistem Maklumat adalah:

              Perancangan dan Pembangunan Sistem Maklumat;
              Pengurusan dan Pentadbiran ICT;
              Pengurusan pangkalan data dan rangkaian;
              Pengaturcaraan dan perisian komputer;
              Keselamatan sistem maklumat kerajaan;
              Pengurusan dan Pemantauan projek-projek ICT;
              Pembangunan Personel dan Pengurusan Program Latihan ICT;
              Pengwujudan jalinan strategik (Strategic linkages) dengan pembangunan ICT Sektor Swasta; dan
              Perkhidmatan Konsultansi/Pakar Perunding ICT.

              Comment


              • #8
                kalau semua senarai pentamaya masuk .... abih le mati siapa yang menjawat jawatan tu ..... apa ke idak nya semua sekali dia kena buat.
                Pegawai sistem maklumat terpecah kepada beberapa tugas dan selalunya tugas-tugas tersebut ditanggung oleh individu yang berbeza kerana terdapat perbezaan skill yang di perlukan

                1. Pegawai sistem maklumat - pengaturcara
                lebih kepada pengaturcaraan dan sistem enhancement

                2 Pegawai sistem maklumat - sistem
                yang nie selalu kena jaga server dan network

                3. Pegawai sistem maklumat - planning
                Yang nie juga di kenali sebagai system analyst.

                Berdasarkan penbahagian yang diberi tu, gunakan senarai yang penta bagi untuk segregate tugas dan tanggungjawab. Baru le orang-orang IT nie lambat kena darah tinggi.

                Comment


                • #9
                  ok, terima kasih atas info anda semua..
                  sukacita dimaklumkan.. kertas kerja saya dah siap sepenuhnya..

                  Comment


                  • #10
                    ko buat kertas keje apa tu lilo.. first time aku namapk ko begitu serius buat keje.. kalu tak asyik masuk bincang je..

                    Comment


                    • #11
                      Terima kasih antifanatik utk maklumat itu.

                      Comment


                      • #12
                        penta saya respek u

                        Comment


                        • #13
                          Cik Lilo nak ambil peksa khas jawatan ke?
                          keje ngan Kerajaan Negeri/Kerajaan patutnya kena ambil peksa tuk konpem kan ?

                          //aku nak mintak PTD,ada orang nak sokong? ke nak aku jadi engineer gak,cam boring je ngadap komputer

                          Comment


                          • #14
                            tuahayam
                            aku kena keja betul betul, nih soal masa depan aku...

                            mnajem
                            bukan nak amik peksa, tapi skang nih.. jawatan aku hanya kontrak selama 2 tahun,
                            bos aku cadangkan untuk wujudkan perjawatan tetap di tempat aku..
                            jadi aku di amanahkan untuk membuat kerja kertas pengwujudan jawatan tetap di Lembaga Biasiswa Negeri Kedah..
                            post sebagai Pegawai Sistem Maklumat...
                            kalo ada rezeki aku kat sana, insyaAllah aku akan bergelar pegawai
                            doakan lah kejayaan aku dan kejayaan kita bersama..

                            penta
                            aku pun respek ko jugak..

                            Comment


                            • #15
                              Posting asal oleh mnajem
                              //aku nak mintak PTD,ada orang nak sokong? ke nak aku jadi engineer gak,cam boring je ngadap komputer
                              aku sokongggg!!!!!!!!!!! leh kaya oooooooooo... glemer lagik... naik pangkat pun senang...

                              Comment

                              Working...
                              X