Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Pensyarah muda-kurang pengalaman?

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Pensyarah muda-kurang pengalaman?

    PENSYARAH MUDA MASIH DANGKAL ILMU

    oleh Siti Suriani Othman



    Aliran di negara kita pada masa sekarang menunjukkan ramai di kalangan pensyarah universiti tergolong daripada golongan muda.

    Hal ini secara tidak langsung memberi banyak petanda, sama ada baik atau sebaliknya. Antaranya, keadaan ini menunjukkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan tinggi di kalangan rakyat malaysia, sehingga ramai yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ijazah pertama (sama ada peringkat sarjana atau doktor falsafah) yang secara tidak langsung melambangkan pendemokrasian pendidikan semakin berkembang.

    Sebaliknya, keadaan ini pernah merisaukan seorang profesor dalam perbualan kami mengenai ‘watak muda’ yang mula membanjiri bidang akademik tanah air. Katanya, hal ini juga memberi isyarat negatif, menunjukkan ramai anak muda hari ini seolah-olah tidak mempunyai pilihan lain lalu menyambung pengajian selepas tamat ijazah pertama.



    Dalam hal ini, memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan, jadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran adalah pilihan terakhir dilakukan dengan ‘terpaksa’. Akhirnya, selepas tamat, mereka berjaya juga menjadi pensyarah universiti.

    Namun, golongan ini tidak mampu menunjukkan tahap intelektual yang tinggi. Perkara ini tidak berlaku pada zamannya. Mungkin hal ini ada benarnya, memandangkan ramai graduan hari ini boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana hanya dengan keputusan keseluruhan minimum 3.00. Namun, secara peribadinya, saya tidak begitu setuju dengan pandangan ini memandangkan seseorang yang berjaya menghabiskan pengajian pada peringkat sarjana pastinya mempunyai paling tidak, satu peringkat intelektual yang agak tinggi berbanding mereka yang tidak.



    Namun, perbualan dengan seorang rakan yang juga seorang pensyarah muda baru-baru ini membuatkan saya terfikir, mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh profesor itu.



    Memang benar, sesetengah daripada kita (golongan pensyarah muda) agak cetek ilmu. Namun, hal ini biasa memandangkan ilmu perlu diteguk perlahan-lahan dan ia memakan masa lama.



    Apa yang memburukkan keadaan ialah sesetengah pensyarah muda yang agak terbawa-bawa dengan perasaan, yang kadang kala berasakan diri banyak pengetahuan dan berasa kita lebih hebat daripada orang lain.



    Kami membicarakan mengenai penerbitan akademik, misalnya ialah buku penerbitan. Lalu, rakan saya ini memberikan satu tajuk buku kepada saya sebagai cadangan bacaan. Bukunya berbentuk motivasi, terbitan barat dan bukan buku ilmiah. Berbanding buku yang pernah saya tulis, membongkar rahsia penulisan berita objektif: pengenalan kepada semantik umum di malaysia: 2006, dia memberi pendapat buku yang dicadangkan itu jauh lebih baik berbanding buku tulisan saya, dan mempunyai ruang lingkup khalayak yang ramai.

    Pendapat ini pada saya amat kelakar! bukan tidak boleh dikritik, tetapi apa yang jelas, pensyarah muda ini kurang peka dan kurang faham mengenai maksud sebenar penulisan ilmiah. Tambahan lagi, perbezaan yang dilakukannya (antara sebuah buku motivasi dan buku ilmiah) adalah ibarat membezakan ayam dengan lembu. Memang kedua-duanya adalah buku, tetapi dalam genre yang amat berbeza. Sama sekali tidak akan boleh kita membezakan antara ayam dengan lembu. Ayam lebih baik atau lembu? masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan, tetapi sentiasa berada dalam ‘reban’ atau ‘ladang’ sama.

    Maksudnya, penerbitan buku apa sekalipun, walaupun dalam bentuk buku komersial atau buku ilmiah sentiasa dilingkungi kovensyen penulisan dan penerbitan buku dalam genre terbabit. Penulisan tidak boleh dilakukan sesuka hati, malah buku tidak akan boleh diterbitkan tanpa mengikut konvensyen penerbitan buku.

    Perbualan ini membuatkan saya terfikir, mungkinkah ada pensyarah muda harapan malaysia yang sedangkal ini fikirannya? sedangkan, perkara ini jarang berlaku di kalangan akademia yang agak berusia (hal ini mungkin mengiyakan kenyataan profesor tadi), yang kebanyakan saya kenali bersikap seperti resmi padi.



    Misalnya, dalam satu persidangan peringkat kebangsaan awal tahun ini di johor bahru, saya membentangkan satu kertas kerja yang bukan dalam bidang kepakaran (kewartawanan), tetapi mengenai penulisan ilmiah di malaysia. Selepas pembentangan itu, saya disapa oleh seorang profesor emeritus yang turut mendengar pembentangan sesi itu. Beliau menegur satu perkara mengenai kertas kerja itu yang pada saya, jika beliau mahu menunjukkan kehebatan dan statusnya, beliau boleh berbuat demikian di khalayak ramai dan saya dimalukan. Tetapi, itu bukan sifat orang yang bijak serta pandai membawa diri. Biarpun teguran itu berfakta, ia tetap dilakukan dengan berhemah. Berbeza dengan rakan tadi, sudahlah tidak berfakta, tidak pula berhemah. Sekali lagi, kenyataan profesor tadi semakin benar dalam hati saya. Perkara ini bukan kecil kepada semua pensyarah muda. Sebelum mengkritik apa saja, perlulah penuhkan ilmu di dada.



    Misalnya, penerbitan ilmiah dalam bentuk piawaiannya terdiri daripada esei, kertas kajian, tesis, kertas persidangan, artikel kajian, abstrak, bab dalam buku, buku serta hasil terjemahan. Itu adalah antara bentuk penerbitan ilmiah yang biasa di kalangan ahli akademik. Berbanding buku komersial, pastinya ruang lingkup perbincangan adalah lebih fokus kepada bidang ilmu yang dibincangkan, sekali gus mengurangkan jumlah sasaran khalayak.

    Hal ini dimaklumi semua ahli akademik, bahkan hal ini pernah dibincangkan dalam satu bengkel penerbitan ilmiah yang dibawakan prof madya dr hamedi dari universiti malaya mengenai betapa buku ilmiah kurang mendapat sambutan. Bahkan, untuk mencapai jualan sehingga 500 naskhah pun belum tentu.

    Pastinya, jika perbandingan dibuat antara prospek buku ilmiah dan buku komersial, ia bukan perbandingan setara. Sifat kurang ilmu, tetapi suka bercakap tanpa asas sepatutnya dielakkan pensyarah muda. Perbuatan sebegini bukan hanya merosak imej peribadi pensyarah, malah secara tidak langsung tahap ilmunya dipersoal serta mencalar imej organisasi.

    Malah, satu penulisan saya (dalam berita harian 2007) mengenai kebanyakan kita yang begitu payah untuk beratur di tandas awam juga pernah ditegur sinis ahli akademik. Buat apalah pensyarah tulis mengenai tandas! pada saya, sikap beratur di tandas awam membawa implikasi falsafah etika penting. Ia penting, namun agak susah untuk diterangkan kepada masyarakat umum mengenai kepentingannya. Ia juga tidak dijadikan satu amalan yang dilihat penting kebanyakan kita.

    Namun, di sebalik persoalan yang nampak mudah ini, tersirat falsafah amat tinggi. Misalnya, kenapa hal ini tidak berlaku di negara barat? pemerhatian sepanjang beberapa bulan di united kingdom menunjukkan, setiap individu beratur di kaunter walaupun hanya ada seorang lain di hadapannya. Hal ini boleh dikaji dalam bentuk lebih mendalam dan menjurus kepada bidang ilmu tertentu seperti melihat kepada falsafah di sebalik ketidakakuran ini, misalnya dalam konteks falsafah timur dan barat atau mengkajinya dalam kajian bidang sosiologi atau psikologi. Tetapi, hasil kajian ini nanti terbatas dan istilahnya kurang difahami masyarakat massa.

    Justeru, akhbarlah satu-satunya ruang untuk menyalurkan idea itu dengan cepat, sasaran yang tepat dan dengan bahasa difahami semua. Sekali lagi, bercakaplah apabila berilmu, tidak perlu mengaku semua tahu.



    Moga tulisan ringkas ini boleh membuka mata dan pastinya tidak semua pensyarah muda begini. penulis ialah pensyarah di fakulti kepimpinan dan pengurusan, universiti sains islam malaysia yang kini melanjutkan pelajaran pada peringkat phd di united kingdom.




    --->apa komen forumers semua?artikel dipetik dari berita harian 19 januari 2008.
    Last edited by Adreen; 03-02-08, 02:55 PM. Reason: roughly edited sampai mataku joleng ngggg @_@

  • #2
    Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

    bab kelulusan tu kalau nak tau,orang-orang dulu pergi ke oversea pangkat TIGA SPM pun ada!!! tak macam sekarang.

    of course la makin tua makin banyak pengalaman,takkan pula sebaliknya.

    cuma yang jadi isu sepatutnya bakal sarjana/intelektual muda kena pandai menyantuni keilmuan orang yang lagi tua(walaupun kadang2 tak semestinya orang lagi tua lebih pemerhati/observant) berbanding yang lebih muda.

    Comment


    • #3
      Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

      komen pertama:

      paragraphing tu penting... tulis tesis pun kena ada paragraph... begitu juga posting... pensyarah muda kurang pengalaman kot..


      komen kedua:

      sebenarnya komen dari Zulkifli Harun masa aku join Philips Young Inventors Challange, dia kata lecturer sekarang ni tahu ikut buku jer... atau tahu teori jer... praktikal nyer tak tahu...

      aku sokong gak pendapat tu... mana tak nyer.. abis belajar... CGPA power giler... lepas tu terus mengajar... working experience? tak der...

      aku tengok contoh lecturer aku kat Uniten dulu... dah 10 tahun jadi engineer, baru tukar bidang jadi lecturer...

      Comment


      • #4
        Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

        gaji lecturer ciput hehe.. keje enginer gaji almost rm10k-15k lepas tu jadi lecturer almost 1/3 gaji asal.. IR ke PHD ke doesn't count much.

        Comment


        • #5
          Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

          ah... tu la maknanya dia memang passion nak jadi lecturer.. nak curahkan ilmu pengetahuan... gaji kecik pun tak per... janji puas hati...

          tapi yang menjadi persoalan, kenapa yang muda ni nak jadi lecturer yang bergaji ciput... sedangkan kalau kerja kat swasta gaji riban-riban... takut cabaran ke?

          aku musykil kat situ...

          Comment


          • #6
            Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

            Keje lecturing ni bukan pot-pet kat rostrum saja.. ada chance untuk jadi researcher,apply grant-FRGS/IRPA dan lain-lain.

            Kalau researcher kat normal institution, dia hanya buat research saja,takde lecture (i.e MIMOS, MARDI,SIRIM). Paling-paling pun knowledge share dalam seminar, juga dilakukan oleh lecturer. Geran yang tak fruitful,atau ada lackness kena bayar balik i.e potong gaji ke camne.

            Muda-muda ni satu reason ialah boleh sambung study awal (i.e phd) tanpa perlu nak fikir pasal mana nak sekolahkan anak,duit elaun cukup ke tak,etc .

            Bab takut tu.. aku berpendapat cabaran dalam nak sambung belajar tu pun risky juga(i.e melibatkan financial guarantor,lagi2 kalau pursue ke oversea yang guna pound sterling,kantui kena ganti balik).

            Dan tak jarang bila dah jawat,naik seniority dipertanggungjawabkan dengan keje administrative.. jadi nak kata boleh lari dari keje2 non-akademik tu tak boleh juga

            Tapi aku setuju sangatlah bab nak hantar lecturer sabbatical kat industry tu.. biar dapat industrial exposure.
            Last edited by mnajem; 02-02-08, 12:17 PM.

            Comment


            • #7
              Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

              Originally posted by sharuzzaman View Post


              komen kedua:

              sebenarnya komen dari Zulkifli Harun masa aku join Philips Young Inventors Challange, dia kata lecturer sekarang ni tahu ikut buku jer... atau tahu teori jer... praktikal nyer tak tahu...

              aku sokong gak pendapat tu... mana tak nyer.. abis belajar... CGPA power giler... lepas tu terus mengajar... working experience? tak der...

              aku tengok contoh lecturer aku kat Uniten dulu... dah 10 tahun jadi engineer, baru tukar bidang jadi lecturer...
              hiks pernahla jadi kes ada sorang lecturer tu masuk lab pastu bila dia masuk
              lab dia pi ajar student guna osiloskop, tapi bak kata ketam ngajar anak dia
              jalan lurus, diri sendiri tak tau guna pastu ajar ajaran salah kat student. Bila
              ada JP tegur terus dia pi adu kat dekan
              Mmg adala lecturer yg hanya tau teori semata2 tu pasal bila suh turun lab
              mesti byk alasan taknak turun, yerla kalu turun kantoila kalu tak tau
              Skang ni pun banyak lecturer baru yg jenis sambung terus lepas degree tapi
              kalu yg jenis amik by research mmg ok tapi kalu jenis amik by course tu yg
              byk masalah.

              Comment


              • #8
                Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                patut kena ambik mixed mode,sekurang-kurangnya.
                USM dah start mixed program setau aku.

                yang sekarang popular coursework+research project.. tak cukup tough lagi. kalau mixed mode ni kurang-kurang setahun setengah ke 2 tahun....

                Comment


                • #9
                  Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                  Originally posted by mnajem View Post
                  patut kena ambik mixed mode,sekurang-kurangnya.
                  USM dah start mixed program setau aku.

                  yang sekarang popular coursework+research project.. tak cukup tough lagi. kalau mixed mode ni kurang-kurang setahun setengah ke 2 tahun....
                  a'ah ...mixed mode tu mmg bagus. Kalau amik course work pun hanya setahun,
                  kira cam advance dari degree tapi utk pratical punyer aku rasa takde
                  berkembang sangat hanya teori yg berkembang

                  Comment


                  • #10
                    Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                    aku nak baca posting TS pun pening
                    apetah lagi nak komen

                    Comment


                    • #11
                      Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                      woooooo

                      apa ini

                      ujian mata juleng ka

                      Comment


                      • #12
                        Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?




                        alamak aku pun penin sikit baca artikel tu.. boleh bgtau apa point nya? klau nak kata pensyarah muda kurang pengalamn, mmg la yg muda kurang pengalamn.. nama pun muda..

                        lagi satu kes klau yg dah keje di luar dgn gaji riban2 tu.. betul ke sanggup nak keje pensyarah/tutor dgn gaji yg jauh lebih ciput? betul ke mmg nak curah kn ilmu? atau mungkin ada masalah dgn kerja tu.. klau aku lah, ada gaji dah besar dgn keje yg selesa, kenapa nak tukar keje? nak curahkn ilmu, hmm byk lagi cara yg lain..

                        Comment


                        • #13
                          Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                          Originally posted by hanamichi View Post



                          alamak aku pun penin sikit baca artikel tu.. boleh bgtau apa point nya? klau nak kata pensyarah muda kurang pengalamn, mmg la yg muda kurang pengalamn.. nama pun muda..

                          lagi satu kes klau yg dah keje di luar dgn gaji riban2 tu.. betul ke sanggup nak keje pensyarah/tutor dgn gaji yg jauh lebih ciput? betul ke mmg nak curah kn ilmu? atau mungkin ada masalah dgn kerja tu.. klau aku lah, ada gaji dah besar dgn keje yg selesa, kenapa nak tukar keje? nak curahkn ilmu, hmm byk lagi cara yg lain..

                          tempat aku berlambak per engineer masuk kalu kira gaji ada yg kat 4-5
                          riban bila masuk sini paling banyak pun 5 kenaikan jer dia kasi, takkan sampai
                          4-5 riban pun. Opss yg masuk ni kebanyakkan jadi JP bukan lecturer

                          Adala member aku dia pernah keje Kenwood 4 tahun pastu kuar keje Motorola
                          , masa kat Motorola 1st year pun dia dah dapat kenaikan gaji kat RM800 sbb
                          bleh design transformer yg kos rendah. Pastu adala satu hari dia kene
                          interview engineer baru, dia kata masa interview tu budak yg pi tu basic pun
                          teruk, kira macam tak tau apa2 walaupun ada degree engineering. So lepas
                          tu dia jumpa boss dia dan kata nak berenti dan keje kat sini sbb nak ajar
                          kaum Bumiputera kat Uni. kalu kira kat Motorola basic dia pun dah RM4K
                          tapi kat sini starting pun baru RM2.5K (lepas 5 kenaikan)
                          2 tahun lepas dia dapat offer dari MIMOS gaji kat RM6k, mmg dia pun keliru,
                          tak pi rugi tapi bila pikir2 balik tujuan dia masuk sini tak jadi pi MIMOS.

                          Skang dia tetap jadi JP dan dalam proses siapkan Master

                          Comment


                          • #14
                            Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                            even nak berkongsi..plz la amalkan paragraph...or preview dulu sebelum post...semak nak baca

                            Comment


                            • #15
                              Re: Pensyarah muda-kurang pengalaman?

                              sori la...xdpt nak edit sbb ada prob, so kalo sesaper leh tlong paragraph kan...asalnya mmg da ada tp bler nak paste artikel tu (ada acknowledge tau hehee) tetiba jd mcmni, so mod leh tulun x?huhu

                              Comment

                              Working...
                              X