Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Penggunaan Conversion Lenses

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Penggunaan Conversion Lenses

    Salam,

    tumpang bertanya kepada rakan2 semua.
    1. Apa dan bila baru kita gunakan conversion lense?
    2. Apa pula wide converter, tele-converter dan close-up lenses?

    dr.
    saya budak baru belajar

  • #2
    Re: Penggunaan Conversion Lenses

    wide converter ni setakat yg aku pernah jumpa ialah lens pendek yg dipasang pada hujung lens utama. dia akan kasi tambah viewing angle. kalau x0.5 converter tu pasang kat lens 50mm, nanti field of view jadi lebih kurang 25mm.

    con: kualiti imej akan drop, ada distortion, mungkin juga vignetting dan ghost image.

    tele converter dipasang antara lens dan body. dia akan tambahkan focal length. kalau bubuh x2.0 converter pada lens 200mm, nanti jadi la 400mm.

    con: kualiti imej drop sikit, biasanya sebab sharpness akan berkurangan. cahaya yg masuk pun kurang- hilang 1 stop untuk x1.4 dan 2 stop untuk x2.0.

    close up lens (aka dioptre) ialah lens yg dipasang kat depan main lens dgn tujuan untuk memendekkan minimum focusing distance. kesannya ialah kira boleh rapat pada subjek yg membolehkan kesan seperti makro. boleh gi kedai kamera dan beli yg sekeping tu, skru je kat filter thread. rupa dia pun cam filter dgn rating +2, +4 etc. boleh stack banyak2 untuk kasi magnification yg lebih. kalau ada duit, beli je Raynox terus pasal dalam tu dah ada beberapa elemen dioptre yg disusun dgn lebih rapi. aku pernah pakai dioptre +4 hoya kejap, lepas tu terus beli makro lens sebab susah nak dapat AF.

    con: imej jadi kurang sharp. mungkin menyukarkan autofocus (jadi hunting). cahaya drop dlm 1/3 stop.

    aku x bape minat guna converter sebab kualiti imej akan drop. namun converter ni ada kelebihan dari segi ekonomi dan saiz. kalau nak travel light, bawak je 1 lens dan 3-4 converter je dah boleh function cam 3-4 lens. tapi pasal semua lens aku dah memang compact dan ringan, tu aku x pandang sangat nak guna converter ni semua.

    Comment


    • #3
      Re: Penggunaan Conversion Lenses

      aku penah gune close up filter jer kat 50mm aku.. terai ler..

      Comment


      • #4
        Re: Penggunaan Conversion Lenses

        serra dah explain in details... its an option lah if ko takde budget or takde source nak pinjam telephoto lens.. and/or if ko guna dslr like compact camera cam finepix s5000 and above..

        Comment


        • #5
          Re: Penggunaan Conversion Lenses

          terima kasih untuk penerangan terperinci. aku terbaca dlm manual powershot pasal convertor ni. tp tak paham.

          kiranya kalau dah ada lens.. tak perlu lagi semua converter ni kan?

          Comment


          • #6
            Re: Penggunaan Conversion Lenses

            kelebihan converter ialah price and mobility. converter biasanya lebih murah dan ringan drp lens. not necessarily though as zuiko 35mm macro aku cuma rm750 dan 165g yg mana tak banyak beza dengan harga dan saiz raynox 3250 pro.

            kekurangannya ialah kualiti imej drop dan susah sikit nak ambik gambar sebab mengundang beberapa masalah optikal dan susah nak autofokus. terpulang pada selera anda.

            Comment


            • #7
              Re: Penggunaan Conversion Lenses

              ambo pun ado cuba guna close up lens tapi punya susah nak fokus kalau auto...guna manual ok skit...tapi cam buat sakit mata jer...

              Comment

              Working...
              X