Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hutan Lipur

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hutan Lipur

    LOKASI :
    Terletak 17km dari Bandar Mersing dan 22km dari Pekan Endau, Johor melalui Jalanraya Mersing-Endau, 141km dari Bandaraya Johor Baharu.

    HUTAN LIPUR GUNUNG ARONG mempunyai keindahan semulajadi hutan Dipterokap Pamah dengan suasana yang segar dan nyaman. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berehat disamping dapat menikmati kesejukan dan kejernihan air sungai yang mengalir. Terdapat berbagai kemudahan disediakan bagi memenuhi citarasa pengunjung di sini.

    BAGI mereka yang gemar menerokai kawasan hutan, denai hutan telah disediakan di sekitar kawasan ini. Di samping menikmati keindahan alam semulajadi, pengunjung juga dapat mengenali pokok-pokok hutan tropika yang terdapat di sepanjang denai tersebut. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat kepelbagaian spesis burung di kawasan ini.

    SEBUAH Galeri Informasi yang mengandungi pelbagai koleksi hasil hutan dan kegunaannya serta bahan-bahan sejarah yang berkaitan Jabatab Perhutanan turut dibina di sini. Bagi mereka yang gemar berkhemah, tapak perkhemahan telah sedia menanti. Terdapat juga sebuah medan perbincangan yang disediakan bagi menjalankan berbagai aktiviti berkumpulan.

    UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi.

    RUJUKAN :
    Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 6).

  • #2
    hutan lipur mmg mendamaikan... tapi aku masih takut nk masuk utan kerana penduduk buminya yg begitu meriah skali (pacat)

    Comment


    • #3
      LOKASI:
      Baling, Kedah. Terletak 45km dari Pekan Baling, 42km dari Bandar Kulim, 45km dari Bandar Sungai Petani dan 110km dari Bandar Alor Setar.

      HUTAN LIPUR BUKIT HIJAU terletak dalam Hutan Simpan Bukit Hijau berjenis Hutan Dipterokap Pamah mempunyai ketinggian 150-200 meter dari aras laut. Hutan lipur ini mempunyai keunikan air terjun 5 tingkat yang mempersonakan serta menambat hati pengunjung. Terdapat denai hutan menuju ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Bukit Baubak dan Bukit Hijau.

      BEBERAPA kemudahan asas yang disediakan adalah untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Selain daripada itu kemudahan seperti chalet, gerai makanan serta surau juga disediakan. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan "arboretum", selain itu, padang juga disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung.

      PELBAGAI flora dan fauna boleh ditemui dalam hutan di sini. Tumbuhan utama yang terdapat di sini adalan meranti seraya, meranti tembaga serta meranti melantai. Di antara fauna yang terdapat di kawasan ini ialah gajah, tapir, rusa kijang, lotong kekabu, tupai serta pelbagai spesis burung dan unggas.

      UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Ketil atau dari Bandar Kulim.

      RUJUKAN :
      Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 15).

      Comment


      • #4
        Salam...

        Dekat2 KL ni takde ker?

        Comment


        • #5
          LOKASI:
          Rawang, Selangor. Terletak 7km dari Pekan Rawang, 23km dari Kuala Lumpur dengan melalui jalan Kuala Lumpur - Rawang.

          HUTAN LIPUR KANCHING terletak di Hutan Simpan Kanching yang mempunyai jenis Hutan Diterokarp Pamah dan Bukit. Hutan lipur ini terletak lebih kurang 2km dari Templer Park. Keunikan kawasan ini ialah mempunyai 7 strata air terjun yang cantik. Pada setiap strata air terjun terdapat kolam yang cantik dan sangat sesuai untuk mandi-manda. Pengunjung-pengunjung boleh juga berkhemah dan menyusuri denai hutan sambil menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.

          KEMUDAHAN awam turut disediakan seperti tempat letak kereta, tandas awam dan surau. Di samping itu juga kawasan mandi yang disediakan sesuai untuk aktiviti perkhelahan secara berkumpulan. Plot demontrasi juga disediakan untuk tujuan pembelajaran.

          UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengnkutan awam seperti bas dan teksi dari Pekan Rawang ke Kuala Lumpur.

          RUJUKAN :
          Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 112).

          Comment


          • #6
            info yg diberi sungguh menarik..insyallah saya akan cieritakan info mengenai gunung kinabalu pulak nanti

            Comment


            • #7
              LOKASI:
              Bentong, Pahang. Terletak 9 km dari Bandar Bentong di laluan utama Bentong - Raub menuju ke Kampung Perting. Boleh di hubungi melalui jalan raya.

              HUTAN LIPUR SUNGAI CHAMANG terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Keunikan hutan lipur ini ialah deruan air terjun dan jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terdapat di sini. Kawasan hutan lipur ini juga terdapat pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan, serangga, burung, reptilia yang unik lagi mengkagumkan.

              PELBAGAI aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkhelah, berkhemah, trekking dan jogging. Pengunjung juga boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

              UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Bentong.

              RUJUKAN:
              Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 79).

              Comment


              • #8
                perghh..........lamer bebonar tak masuk hutan nii....bulan lepas member ofis hajak pi....tak dpt laks nak join....hehehe...
                per2 pong info yg amat bagus....mekasih....

                Comment


                • #9
                  LOKASI:
                  Machang, Kelantan. Terletak 7km dari Bandar Machang melalui Jalanraya Machang - Kota Bahru, 63km dari Kota Bahru.

                  HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR merupakan kawasan rekreasi di jajahan Machang yang terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Pemandangan disekeliling sungai dan anak sungai yang mengalir ke kawasan ini menjadikan tempat ini sesuai untuk berehat dan menikmati alam semulajadi. Beberapa kemudahan disediakan seperti pondok rehat gerai makan, kolam air tempat berkelah disamping tanah lapang yang dinaungi oleh pokok-pokok sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

                  PENGUNJUNG boleh menuju ke tempat ini dengan berbagai kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Machang, kerana ianya terletak di tepi jalan saya.

                  RUJUKAN:
                  Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 40).

                  Comment


                  • #10
                    Kiriman asal oleh adiey21
                    perghh..........lamer bebonar tak masuk hutan nii....bulan lepas member ofis hajak pi....tak dpt laks nak join....hehehe...
                    per2 pong info yg amat bagus....mekasih....

                    adiey jom masuk hutan di gua musang pada12-15/10 nak ker

                    Comment


                    • #11
                      Kiriman asal oleh Danial7
                      adiey jom masuk hutan di gua musang pada12-15/10 nak ker

                      haku takleh janjii danial7...kene tgk jadual kije haku dulu...kalu ok...haku on jerk....

                      Comment


                      • #12
                        LOKASI:
                        Gopeng, Perak. Terletak 7km dari Pekan Gopeng melalui Jalanraya Ipoh ke Gopeng, 32km dari Bandaraya Ipoh.

                        HUTAN LIPUR SUNGAI SALU terletak dalam Hutan Simpan Bujang Melaka dan mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Tarikan utama di kawasan ini ialah keindahan kawasan hutan asli, sungai dan air terjun bertingkat. Air sungai yang sejuk dengan jeram-jeram yang kecil mengalir di celah batu-batuan amat sesuai untuk mandi dan berendam bagi menyegarkan badan.

                        KAWASAN ini telah dimajukan sebagai tempat perkelahan dan berehat terutamanya kepada penduduk-penduduk tempatan. Lorong kaki disediakan untuk kemudahan pengunjung menikmati keindahan hutan serta merasai kesegaran udaranya. Di antara kemudahan asas lain yang disediakan ialah pondik rehat, tandas awam dan gerai makan.

                        UNTUK sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Gopeng atau Pekan Kampar ataupun Bandar Ipoh.

                        RUJUKAN:
                        Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 98).

                        Comment


                        • #13
                          Rindu nye kat kedamaian alam semulajadi....

                          Comment


                          • #14
                            LOKASI
                            Jelebu/Kuala Kelawang, N. Sembilan. Terletak 10km dari Pekan Jelebu/K. Kelawang ke Serting, 28km dari Bandar Seremban.

                            HUTAN LIPUR JERAM TOI terletak di Hutan Simpan Berembun adalah terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai fauna dan flora. Sungai Batang Toi yang mengalir melalui bongkahan-bongkahan batuan besar membentuk beberapa jeram dan kolam yang sesuai untuk mandi-manda. Beberapa kemudahan asas seperti chalet, surau dan pondok rehat disediakan untuk kemudahan pengunjung.

                            SUASANA berkabus di sebelah pagi dan awal senja merupakan satu ciri istimewa di Hutan Lipur ini. Air terjun yang bertingkat-tingkat turut mewujudkan suasana tiupan bayu yang dingin. Laluan merentas denai hutan menuju ke Gunung Telapak Buruk cukup mencabar bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak.

                            UNTUK sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengankutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Jelebu.

                            RUJUKAN
                            Buku Panduan Hutan Lipur Semenanjung Malaysia. Terbitan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (m/s 55).

                            Comment


                            • #15
                              Kiriman asal oleh adiey21
                              haku takleh janjii danial7...kene tgk jadual kije haku dulu...kalu ok...haku on jerk....
                              akak u gie tau

                              Comment

                              Working...
                              X