Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

    Jika baby anda suka menghisap jari adakah anda fikir wajar untuk diberi puting??

    Seperi bayi saya yang baru berusia 4 bulan. Memang tak banyak ragam. Dia akan hanya khayal dengan hanya menghisap jari. Tapi ada yang kata kalau hisap jari nanti jari jadi runcing...(tak elok).. tapi bagi puting pulak tak elok jugak untuk pertumbuhan gigi..

    Sesiapa ada pengalaman mempunyai bayi yang suka menghisap jari?? Sila bagi pendapat ....

  • #2
    Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

    sama la dengan anak aku..suka sangat hisap jari..
    aku tak bagi dia hisap puting plastik.. takut jadi tabiat..

    ada masa aku jentik tangan dia masa dia tgh hisap.. pun tak jadi jugak..
    sekarang aku nak cuba letak sirap kat jari dia.. biar dia takut nak hisap.

    Comment


    • #3
      Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

      ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

      Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

      Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

      Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.
      Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

      Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

      Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.

      Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

      "Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

      Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

      Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

      Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

      Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

      Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

      Gejala-gejalanya ialah:
      * Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

      * Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

      * Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

      * Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

      * Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun.

      Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.
      http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...n&pg=ke_01.htm

      normal je baby isap jari
      bukan takat jari tangan jari kaki pon dia balon
      aku dulu bg teething ring
      lelama tebiat tu ilang

      kalo nk bg jugak puting bg yg ortodontik punye
      tp kalo bole elakkan la
      Last edited by DatukM; 27-09-11, 12:43 PM.

      Comment


      • #4
        Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

        Originally posted by cannondale View Post
        sama la dengan anak aku..suka sangat hisap jari..
        aku tak bagi dia hisap puting plastik.. takut jadi tabiat..

        ada masa aku jentik tangan dia masa dia tgh hisap.. pun tak jadi jugak..
        sekarang aku nak cuba letak sirap kat jari dia.. biar dia takut nak hisap.

        Boleh jalan ke taktik tu.. huhuhu
        Kalau boleh nak jugak saya cuba....

        Comment


        • #5
          Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

          letak cili je kat jari dia tu

          Comment


          • #6
            Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

            Originally posted by DatukM View Post
            letak cili je kat jari dia tu
            wAHhh .. Melampau.. Tak pasal esok masuk akhbar ibu kejam mencilikan anak..

            Comment


            • #7
              Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

              Anak saya isap jari... puting pun dia isap jugak.Umo seminggu dah bagi puting sebab masa tu dia tak nak tido malam dan dia senyap bila dibagi puting.
              Ye saya bagi puting yang ortodontik certified jenama apa tah dah lupa.

              Alhamdulillah, buat masa sekarang pertumbuhan gigi dia ok.
              Insyallah biar la sampai bila-bila

              Comment


              • #8
                Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                anak saya pon susah nk tdo mlm...
                bg puting plastik teros senyap...
                suka isap ibu jari kalo x de puting...

                after raya nih dia x mo puting dah...
                bagi je dia luah balik...
                now isap jari kadang2 je...
                tu pon bila dah boring ngan mainan dia...

                Comment


                • #9
                  Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                  haa, elok la jgn dibiasakan bagi puting sbb memang dah terbukti kat anak sedara saya yg gigi dia jadi jongang sbb makan tido berputing memanjang.

                  Info dari en meor tu memang terbukti tau..

                  tapi masalahnya ramai parent ni yg tak mau pening2 kepala, bila anak merengek sikit, disumbat puting dan budak tu diam, emm.. abih cerita..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                    Originally posted by DarkEmpress View Post
                    anak saya pon susah nk tdo mlm...
                    bg puting plastik teros senyap...
                    suka isap ibu jari kalo x de puting...

                    after raya nih dia x mo puting dah...
                    bagi je dia luah balik...
                    now isap jari kadang2 je...
                    tu pon bila dah boring ngan mainan dia...
                    Sekurangnya boleh jugak berenti memuting , buat nya sampai besar..

                    Comment


                    • #11
                      Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                      mcm mana kalau bagi puting hidup setiap kali baby nak...adekah menjejaskan pertumbuhan gigi baby, ataupun menjejaskan ibu? Saya tak kawin lagi, sbg ilmu mase akan dtg...

                      Comment


                      • #12
                        Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                        penah baca kat mane ekk..kalo bg guna mase bawah umur 2 thun InsyaALLAH tak menganggu pertumbuhan gigi.

                        guna puting mcm brand pigeon lah..yg ikut umor tuh supaya xmganggu proses pertumbuhan gg.

                        tp saya pun x suka anak pakai puting..payah plak nanti asik nak bergantung kat puting jerk, igt lagi anak sepupu melalak2 dalam feri sbb puting ntah tercicir kat mane. puas lah nak pujukkkk

                        Comment


                        • #13
                          Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                          Originally posted by murguzz View Post
                          mcm mana kalau bagi puting hidup setiap kali baby nak...adekah menjejaskan pertumbuhan gigi baby, ataupun menjejaskan ibu? Saya tak kawin lagi, sbg ilmu mase akan dtg...
                          en/cik murguzz, ni cerita puting (pacifier) silikon/getah lah.

                          satu lagi perkara, puting jenis 'orthodontic' juga tak mencegah dari berlaku masalah dental dikalangan bayi.
                          apa2 pun alhamdulillah krn anak2 saya tak hisap puting tiruan tu.

                          jadi pendapat saya jawapan kpd persoalan tajuk tread ni

                          ialah; tidak wajar diberi puting krn hisap jari lebih banyak kelebihan dari hisap puting. tq

                          cth orthodontic pacifier spt dibawah;

                          2f10d10bce8cca7404fcf8d9d5bc794f.jpg

                          Comment


                          • #14
                            Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                            My eldest & youngest kuat hisap jari tapi aku biarkan je.

                            Taknak biasakan puting ni sbb bagi aku, puting ni mcm temporary measure utk 'memudahkan' parents menenangkan anak. Tappi in the end, anak semcm ketagih lak. Takde benda tu takleh nak tido, dduk diam, etc. So, pacifier is a big no-no dlm family aku.

                            Buaian pun sama.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Wajarkah diberikan puting bagi baby yang suka hisap jari???

                              Originally posted by xamel2001 View Post
                              My eldest & youngest kuat hisap jari tapi aku biarkan je.

                              Taknak biasakan puting ni sbb bagi aku, puting ni mcm temporary measure utk 'memudahkan' parents menenangkan anak. Tappi in the end, anak semcm ketagih lak. Takde benda tu takleh nak tido, dduk diam, etc. So, pacifier is a big no-no dlm family aku.

                              Buaian pun sama.
                              Anak saya setakat ni tidur buaian hanya di rumah pengasuh.. tapi kat rumah tido dalam katil dia.. huhu ok lar setakat ni belum lagi mendatangkan masalah....

                              Comment

                              Working...
                              X