Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Android- Kriteria membeli telefon bimbit Android yang baik

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Android- Kriteria membeli telefon bimbit Android yang baik

    Salam'k semua, mohon tunjur ajar bagi orang yg baru macam saya, ini adalah rumusan yg saya mahu kongsikan

    Kriteria membeli telefon bimbit Android yang baik

    Pergi membeli telefon mudah alih sangat mudah tetapi nak memilih memerlukan masa & perancangan yang betul. Ada pembeli sedar kesilapan memilih model berlaku selepas pembayaran setelah melihat model lain yang mungkin lebih menarik. Saya ringkaskan apakah kriteria yang penting untuk memilih telefon Android yang sesuai dan menarik Membeli telefon tak macam membeli nasi lemak yang boleh kita beli dengan mudah. Membelinya umpama pelaburan agak panjang

    Model Pengeluar
    Belilah pengeluar yang rajin memberi sokongan perisian yang baik atau yang berpengalaman dalam produk Android. Buat analisa spesikasi dan perbandingan dengan harga yg sepadan dengan bajet. Soal pilihan model agak subjektif, tunggu nanti saya akan bincangkan

    Saiz & Resolusi skrin
    Telefon Android yang dipilih mestilah sesuai dengan saiz tapak tangan & poket semasa. Saiz yang ideal ialah dengan skrin 3.8'. Saiz minimum adalah lebih baik dengan skrin 3.5', lebih besar lebih baik dan nisbah % melakukan spelling error kurang dari pengguna skrin kecil disebabkan saiz papan kekunci besar dan mudah dipilih. Model telefon Android berskrin kecil mengkin mengalami masalah menekan kekunci maya pada skrin. Saiz paparan kekunci mengikut resolusi dan saiz skrin, papan kekunci yg mengecil menjadi masalah utama untuk menaip mesej atau teks.

    Kamera
    Pilih sekurangnya 5 mega piksel jikalau ia datang dengan fungsi flash lampu led, kalau takde pun tak apa. Lainlah jika menggunakan xenon yang memang terang flashnya. Kamera dari Samsung & Sony mempunyai sensor yang baik dari yang lain. Jangan melihat saiz megapiksel semata-mata, baca dulu reviu dari web popular seperti gsmarena atau phonearena bagi melihat contoh gambar yang diambil. Ramai pembeli telefon mengutamakan kepentingan kamera dari yang lain, pendapat saya ; ini bukan kriteria pertama bagi memilih smartphone. Apakah berbaloi jika mempunyai telefon berkamera baik tetapi perisian UI yang kurang mesra pengguna ?

    Belian tanpa telco /carrier
    Sekarang ni banyak telco (celcom, mxis, digi) menjual pakej telefon Android yang murah-murah belaka. Sebenarnya kalau nak dikatakan murah pun tidak jugak kerana, pembelian ini terikat dengan kontrak panjang. Beli secara tanpa kontrak adalah lebih baik kerana anda tak terikat dengan hutang ! Agak tension bila model baru keluar semakin murah , tapi henset lama tak habis kontrak bayar lagi


    Harga
    Belilah telefon mengikut kemampuan gaji anda. Elakkan membeli semasa model baru keluar, harganya masih panas & agak tinggi. Tunggu dalam 2-3 bulan harganya akan menurun. Elakkan berhutang besar semata untuk Android idaman anda.

    Kualiti Binaan & Skrin
    Ada 2 model Android yang mempunyai binaan yang padat dan solid. Motorola dan HTC, kualiti badan pada housing HTC One contohnya mempunyai ketahanan tinggi dari model Samsung Galaxy S2. Motorola Defy pula mempunyai ketahanan yang agak luar biasa dengan fungsi kalis hentak dan kalis air. Sony juga mengikut jejak Motorola Defy dengan model Xperia Active. Model tahan lasak sesuai kepada ibu bapa yg gemar membiarkan anak-anak menggunakan telefon sebagai "permainan" melontar peluru. Kaji dulu Android yg dibeli untuk siapa.

    Sokongan Perisian OS
    Android mempunyai pelbagai versi. Versi ini dinamakan
    1.5 - Cupcake
    1.6 - Donut
    2.0 - Eclair
    2.2 - Froyo
    2.3 - Gingerbread (2010)
    3.0 - Honeycomb (2010) tablet sahaja
    4.1 - Ice Cream Sandwich (2011)
    4.2 - Jelly Bean (2012)

    Bagi tahun 2012 Pilih sekurang-kurangnya Gingerbread (2.3) , walaubagaimanapun pilihan yang terkini adalah lebih baik. Kaji dahulu mana syarikat yang rajin memberi updates sokongan software atau software yg diolah (custom firmware). Jika anda mahu sokongan update software pada masa hadapan pilihlah jenama yang berwibawa

    Masa
    Apa pulak kena mengena dengan masa ? maksud saya timing membeli. Tak perlulah tergesa2 membeli Android yg baru keluar macam pisang goreng. Mengapa ? harganya akan turun dalam 6 bulan. Kadang2 keluaran pertama ada flaw atau masalah hardware yg tak diketahui.

    Contoh masalah seperti signal tak kuat macam Iphone4 , masalah BURN pada skrin Nexus 7, bug pada skrin sentuh Archos. Selepas pengguna dan pengeluar menyadi masalah ini, biasanya produk akan di keluarkan semula dengan produksi kedua (macam cetakan kedua buku) bagi penambah baikan kerosakan yang dilaporkan. Masa inilah sesuai untuk membeli model pilihan anda kerana kurang risiko masalah yg sama

    Walaubagaimanapun terdapat pengeluar seperti Samsung Galaxy S (kod I9000) memasarkan spesifikasi yg lebih baik semasa atau pengeluaran yg terawal. Spesifikasi Galaxy S berubah menjadi tambahan kod G menjadi kan kod baru I9000G. Bukan setakat kod nama, spesifikasi GPU pun berubah. Model SG I9000 datang dengan GPU Mali400, manakala SG I9000G menggunakan Power VR540. Dari segi kelajuan I9000G agak kureng sedikit, isu ni saya bangkit kemudian.

    Rancang dan jangan terus beli
    Ini kesilapan yang paling banyak dan kerap. Membeli tanpa perancangan, contohnya Android dibeli secara tiba2 semasa promosi murah , cheap sale ...kononnya. Tapi bila datang kerja officemate menjeling2 sibut tanya harga, macam jeles rupanya dia lebih tahu ada kedai yg jual lebih murah

    Jaminan Ori atau AP
    Sebenarnya semua Android berjenama adalah original, yang buat jadi AP ialah cara edaran pasaran. Belian yg asli/ Original membolehkan Android dituntut pada mana pusat servis bagi tujuan pemulihan dan pembaikan. Tetapi tuntutan kerosakan set AP hanya boleh dibuat pada kedai yang dibeli. Dari segi kualiti komponen ianya sama, tapi segi sokongan jaminan belian set asli lebih menyenangkan.

    Nukilan ini dari blog saya sendiri
    http://android-dan-saya.blogspot.com...t-android.html
Working...
X