Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Minta format rasmi surat kepada Sultan.

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Minta format rasmi surat kepada Sultan.

    Salam semua.

    Saya nak minta bantuan kawan-kawan semua berkenaan format surat rasmi kepada Sultan dan tatacara penggunaan bahasanya. Puas saya cari dalam google tak jumpa-jumpa, mungkin saya tak tahu keyword carian yang tepat.

    Kalau kawan-kawan tahu harap boleh tolong ajar saya yer... atau beri link mana-mana website berkaitan

    Terima kasih.

  • #2
    Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

    haduiii.. tak dapat carilah geng..

    ni nak membawa kabar apa kebawah duli tuanku?

    Comment


    • #3
      Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

      guna format surat rasmi biasa tu takleh eh?

      Comment


      • #4
        Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

        Aku pun rasa sama cam format surat rasmi biasa. Cuma katanama ganti diri tu lain le skit. Contoh cam patik atau hamba........

        Ni contoh surat rasmi bekas MB perak kpd Sultan Perak kut dpt membantu :


        Surat rayuan MB Nizar kepada Sultan

        Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah
        Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
        Ghafarullahu-Lah
        Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
        Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

        Assalamualaikum

        Ampun Tuanku,
        Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
        Ampun Tuanku,

        MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
        Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
        Sebahagian je tu ye.....

        (kopipes sekadar contoh tak berkait kpd isu tersebut)

        Kata nama ganti diri tu penting, samada patik atau hamba dan sultan disebut Tuanku dan setiap permulaan ayat mulakan dgn Ampun Tuanku.
        Last edited by ain07ik; 10-10-09, 06:35 PM.

        Comment


        • #5
          Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

          Ampun Tuanku.....nanti anakanda tanya ayahanda...

          Comment


          • #6
            Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

            Fuh... lenggok bahasanya kena guna bahasa lama gak tu... Adalah perkhabaran sedikit... hajat sikit...

            Comment


            • #7
              Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

              tulis english takleh ke?

              Comment


              • #8
                Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

                Originally posted by Morpheus View Post
                Fuh... lenggok bahasanya kena guna bahasa lama gak tu... Adalah perkhabaran sedikit... hajat sikit...
                Tak jugak. Bukan bahasa lama atau bahasa istana. Stret to the point pun boleh janji ada perkataan ampun tuanku, patik.......tu je......Tak semestinya kena berbunga-bunga lenggok bahasa tu........hihi.......

                Tengok le kat mana sesuai nak letak ampun tuanku tu, samada di awal atau dihujung ayat. Kira cam hormat le tuu.......


                Originally posted by slique View Post
                tulis english takleh ke?
                Boleh.......tak salah aku rasa......lagi mudah kut......I, you je.......tapi ampun tuanku kena ada. Jadi rojak le skit........

                Comment


                • #9
                  Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

                  Originally posted by Morpheus View Post
                  Fuh... lenggok bahasanya kena guna bahasa lama gak tu... Adalah perkhabaran sedikit... hajat sikit...
                  itulah...kena amik kire lenggok bahasa gak...selain format tu.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

                    saya ingin mengucapkat n ucapan tahniah diatas perlatikan sebagai sultan kelantan baru baru in> bagaiman contoh surat nak ucapan pada sultan tersebut dengan bahasa yang betul kepada sultan ??

                    Comment


                    • #11
                      Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

                      aaa.. baru nak reply.. naseb notice user yg dh lama tak post ada posting kat ateh..

                      rupenye mnde tahun lepas T_T

                      takpe2. smuge manfaat..

                      ini ada salah satu rujukan : http://dymm.perlis.gov.my/portal/ind...atan&Itemid=13

                      tahniah tengku faris.. sedap nama..

                      .
                      Last edited by chunli; 12-10-10, 09:38 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Minta format rasmi surat kepada Sultan.

                        Hamba pacal yang hina dina dengan hormat dan takzimnya merafa’kan sembah ke bawah duli tuanku yang bersemayam di atas takhta kerajaan Negeri XX dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya. Adalah hamba dengan sukacitanya membawa perkhabaran gumbira ke bawah duli tuanku akan.....

                        Isi tak banyak mana pun tp bunga2 ayat yg panjang berjela... berapa lama mau habis daa...

                        Comment

                        Working...
                        X