Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

[Engine & Performance] Mengetahui keadaan enjin melalui asap ekzos

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • [Engine & Performance] Mengetahui keadaan enjin melalui asap ekzos

    ASAP EKZOS BERTUKAR WARNA...


    Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

    Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

    1. Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

    2. Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

    3. Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

    Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk

    I. penapis udara tersumbat,
    II. injap udara (choke) tertutup dAN
    III. karburator rosak.

    Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

    Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

    Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

    4. Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana :

    - omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

    Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

    Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.


    :mc:

  • #2
    Re: Ghaplah ni......asap ekzos kereta bertukar warna...

    3. Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

    Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk

    I. penapis udara tersumbat,
    II. injap udara (choke) tertutup dAN
    III. karburator rosak. <<--- gi anta serbis...atau cuci ngan Carb cleaner...atau cari kat kedai potong
    IV. muffler sudah terlalu banyak carbon <<---- tambah skit...
    V. setting kat AFM dah lari...balancekn campurang angin... <<--- sorry lambat tambah

    Comment


    • #3
      Re: Ghaplah ni......asap ekzos kereta bertukar warna...

      aku baca tajuk memula tadi
      ezoz keluar asap warna warni
      hahaha

      asap ezoz aku warna putih...(time sejuk la)..time normal....takdak warna...
      memang boleh lega...

      tq for the tips

      Comment


      • #4
        Re: Ghaplah ni......asap ekzos kereta bertukar warna...

        Originally posted by Ezza
        aku baca tajuk memula tadi
        ezoz keluar asap warna warni
        hahaha

        asap ezoz aku warna putih...(time sejuk la)..time normal....takdak warna...
        memang boleh lega...

        tq for the tips
        tu bkn asap...tu wap air...kalooo start keta masa awal2 pagi n lepas hujan lebat...

        Comment


        • #5
          Re: Ghaplah ni......asap ekzos kereta bertukar warna...

          Originally posted by Chinozie

          Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk

          I. penapis udara tersumbat,
          II. injap udara (choke) tertutup dAN
          III. karburator rosak. <<--- gi anta serbis...atau cuci ngan Carb cleaner...atau cari kat kedai potong
          IV. muffler sudah terlalu banyak carbon <<---- tambah skit...
          V. setting kat AFM dah lari...balancekn campurang angin... <<--- sorry lambat tambah
          tambah sket lagi, nak kongsi pengalaman dah pernah kena

          VI. valve seal dah out pun ble menyebabkan asap kuar tapi bukan berterusan.

          pesakit
          1. 4G15p dan 4G1X variant punya enjin
          2. Mungkin enjin lain2 pun ade pernah kena

          simptom
          masa enjin sejuk atau belum betul2 panas mesti kuar asap putih punya(bukan wap air), bila dah lelama jalan dalam 20-45minit asap tu berenti kuar.

          Punca
          1. Enjin yang dimamah usia
          2. Gatal2 tangan sebab dulu ade 'buat' benda2 kat head enjin

          rawatan
          1. angkat head, ganti vavle seal baru
          2. tukar balik head standerd, kalau tak walau dah ganti lelama mesti makan balik
          3. tukar enjin baru
          4. tukar kereta baru

          selamat mencuba..

          Comment


          • #6
            Re: ** ENJIN ** - Mengetahui Keadaan Enjin Anda Melalui Asap Ekzos

            kete aku lak masalah mcm ni....
            time pagi/baru start... x ada asap tp air/wap air kuar - enjin tipt0p.... heheheee....

            Comment

            Working...
            X