Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

    hello otai2 semua,
    aku nak tanye korang ape beza enjin campro iafm yang digunakan pada proton persona dengan enjin campro biasacth pada gen2, boleh tunjukkan bentuk fizikalnya tak, sbb aku nak cari kete waja campro thun 2006 agak2 korang die guna enjin campro iafm ke tak, ok tak kete waja campro ni

  • #2
    Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

    Campro Waja 2006 basic tak guna iafm mahupun cps.

    Utk maklumat lanjut rujuk thread ini

    http://bincang.net/forum/showthread....M)-IAFM-vs-CPS

    Comment


    • #3
      Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

      waja campro 2006 yg ekon bulat tu ok tak

      Comment


      • #4
        Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

        campro biasa...klau tune bagus2..mmg mantop.........

        Comment


        • #5
          Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

          cuba tgk graf dia nie.. campro biasa mmg kekurangan power/torque pada 2500~4000 rpm..
          kalu bukan jenis kaki merembat dan selalu bawak dalam bandar aje.. elok la ambik campro IAFM tu..

          09e320572d20cab0427527c16ca12b9a.jpg

          Comment


          • #6
            Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

            Enjin Campro Asas


            Enjin jenis ini dikeluarkan dalam 2 keluaran iaitu berlainan sesaran.S4PH untuk sesaran 1600cc manakala S4PE untuk sesaran 1300cc.Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.
            S4PH (1.6 L)

            • Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
            • Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
            • Lubang x lejang: 76 x 88 mm
            • Sesaran enjin: 1598 cc
            S4PE (1.3 L)
            • Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
            • Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
            • Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
            • Sesaran enjin: 1332 cc
            IAFM

            Enjin Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.
            Enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-
            1. IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
            2. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.
            Enjin Campro IAFM digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani.
            Versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.

            Note: Ehsan dari forum JKNJ

            Sy penguna campro asas yg mula2.. ahha.. memang lembab sikit ar, tapi dgn sikit bantuan toyol.. kelemahan berjaya diatasi..

            Comment


            • #7
              Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

              oris apakah contoh toyol2 yg anda gunakan?
              sy pun pakai campro asas yg x de cps atau iafm.
              kalo naik bukit yg ada bumper terpaksa guna gear 1.
              kalo x mmg x terdaki.

              1 info yg sy tau antara campro biasa, iafm dan cps, campro biasa paling menjimatkan minyak.

              Comment


              • #8
                Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

                Originally posted by otai_g View Post
                oris apakah contoh toyol2 yg anda gunakan?
                sy pun pakai campro asas yg x de cps atau iafm.
                kalo naik bukit yg ada bumper terpaksa guna gear 1.
                kalo x mmg x terdaki.


                1 info yg sy tau antara campro biasa, iafm dan cps, campro biasa paling menjimatkan minyak.
                eyk..tak terdaki? clutch sudah slip kot?? bukit berpa degree? kalo lebih tujuh 7 .. memang disarankan guna gear satu ler.. pergerakan kereta dah hampir statik..

                ermm.. 'toyol'? sila baca blog sy okeyy.. ahha.. ada yg tersorok..(sengaja..hik2.)

                Comment


                • #9
                  Re: Apa beza enjin campro iafm dengan enjin campro sahaja

                  Originally posted by Oris View Post
                  eyk..tak terdaki? clutch sudah slip kot?? bukit berpa degree? kalo lebih tujuh 7 .. memang disarankan guna gear satu ler.. pergerakan kereta dah hampir statik..

                  ermm.. 'toyol'? sila baca blog sy okeyy.. ahha.. ada yg tersorok..(sengaja..hik2.)

                  betul tu?adakah kes otai_g baru pertama kali guna kereta?......
                  ikut cara oris...masukkan toyol baru perfect......

                  Comment

                  Working...
                  X