Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Apa itu RON95 dan RON97

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Apa itu RON95 dan RON97

    Salam...

    Untuk elakkan kekeliruan...
    Tingkatkan pemahaman anda...

    Syukur aa keta korang dpt guna RON95...keta high compression dan performance tak dpt guna...sedih den...

    Sebelum itu maksud RON :

    RON ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ialah ketahan minyak tersebut sebelum ianya meletup.
    Dah paham...ok baca ape beza RON95 dan RON97...

    sumber ? dari majalah kereta...kalo korang search pun byk blog guna ayat yg lebih kurang sama...


    Bermula 1 September nanti, klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini akan diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dan RON 97. Sebagai pengetahuan, kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, Cuma melalui proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi. dua, bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.

    Apakah kesannya pada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beroperasi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.

    Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?. Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada disitu, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta ditulis dalam bentuk angka, sesetengahnya ditulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti etrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)

    Adakah RON97 lebih baik dari RON95?. Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?

    RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana.
    Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.

    Enjin selinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan sifat mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (knocking) berlaku. Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri.

    Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir. Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin.

    Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

    Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.

    Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.
    Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? sedekah kat anak yatim pun dapat pahala.




    Sooo...
    Gi try minyak di pam minyak yang berlainan...rase sendiri perbezaan dia...
    dah isi full tank...agak2 dah dekat half tank tu...gi bengkel atau kedai service anda biasa pergi...cuba retune balik engine...suruh pomen check timing guna timing light kasi optimum...mostly diaorg akan retard kan skit...bergantung...

    pastu tgk ada beza tak...
    Selamat mencuba dan selamat berpuasa...

  • #2
    Re: Apa itu RON95 dan RON97

    rasanya haritu pernah bincang bende nih. tapi kete chinozie takleh pakai. hehe.

    actually, kete2 biasa no hal je pakai ron95. kat jepun pun pakai ron 92 je. ron 97 diorang panggil high-octane gasoline, rega pun lagi mahal dalam 15 yen. cuma tu la, ada kete yang tak `ngam` memang tak `pegi` la.

    personally, aku no-hal kerajaan nak perkenalkan ron 95 nih, cuma setting harga tu agak hampeh skit. patutnya diorang kekalkan harga ron 97, dan untuk 95 ni kurangkan skit.

    Comment


    • #3
      Re: Apa itu RON95 dan RON97

      malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.
      adakah ini benar2 berlaku ataupon andaian semata mata..?
      logiknya...benda ni tak mustahil utk berlaku...tapi kes yg sgt terpencil la kot

      Comment


      • #4
        Re: Apa itu RON95 dan RON97

        squall_dx - maybe sbb Razzol ade paste sebelum nie kat sini :

        http://bincang.net/forum/showthread.php?t=102408&page=5

        hahaha tu laa keto den takleh...sedih nie...

        personally, aku no-hal kerajaan nak perkenalkan ron 95 nih, cuma setting harga tu agak hampeh skit. patutnya diorang kekalkan harga ron 97, dan untuk 95 ni kurangkan skit.
        apooo plak...kesian aaa kitaorg, RON97 users...

        MUfanz - ade...V-power, rasenyer cuma RON97 jeee...tp ade ape ntah additive diaorg...diaorg nyer formula jadi lg bagus...

        kaloo lebih rendah...maybe tu yg jenis kat kampung kot, stesen minyak persendirian, duk terpelusuk kat hujung kampug...tambah minyak tanah dlm petrol...nak tipu pengguna... ...maybe...

        Comment


        • #5
          Re: Apa itu RON95 dan RON97

          mupang, n0zie...
          V-P0wer tu mmg R0N97 pun...

          Comment


          • #6
            Re: Apa itu RON95 dan RON97

            Originally posted by r2d2 View Post
            mupang, n0zie...
            V-P0wer tu mmg R0N97 pun...
            yup...mmg 97...tp additive dia mcm stim lebih...soo anjakan paradigma dia terlebih...

            Comment


            • #7
              Re: Apa itu RON95 dan RON97

              malam tadi masa refuel di Shell Federal Highway, KL bound...selepas exit Padang Jawa/Seksyen 7 Shah Alam tu...aku ada nampak notis bahawa stesyen itu akan phase-out stock V-Power untuk beri ruang kepada stock RON95 dan RON97.

              erm...nampaknya, tak semua stesen Shell akan carry ketiga-tiga stok.
              nampaknya...stesen Shell yang carry stock V-Power makin terhadlah nampak gayanya.
              Shell Bandar Sri Permaisuri, Cheras bawa ketiga-tiga stock ini.

              beza 20sen je Shell RON97 biasa dengan RON97 V-Power.
              tank 60L baru beza RM12.

              Comment


              • #8
                Re: Apa itu RON95 dan RON97

                so v-power RM2.25 la ehh hmm balik johor ble isi la..

                pasal RON ni ehh..

                ok dari yg saya faham, bila RON kurang ni, enjin prone to knocking la kan, sebab minyak RON kurang ni lebih senang sket meletop dari minyak yang RON tinggi, bila mudah meletup eg. meletup sebelum piston smpi habis ke lejang mampatan(sistem enjin 4 lejang) - piston punya position smpi paling tinggi near plug - ini ialah keadaan knocking, so bila knock sensor detect knocking, dia akan retardkan api distributor agar bila dah meletop, plug pulak tak meletop lagi, dan kena pada timing utk meletup. Ini pula bila jadi akan menyebabkan enjin kurang power.

                So ok basically kalau depa retune balik mcm nozie kata, apa depa buat sebenarnya, ble kasi penerang bab teknikaliti sket tak....

                Saya pening ni, kalau enjin wira injection mitsubishi punya sistem, ble la adjust distributer dia kasi advance sket api dia ke, ini skrg ni guna wira se dia distributer mati(mechaniclely le), nak adjust pon kena pegi service center guna alat MUT tuh, tapi sekali keluar alat tuh je dah RM40-50. So kalau tau sket bab technical adjust2 ni senang sket, kalau tak silap2 burn je RM40-50.

                satu lagi nak cross ref, knocking ni mcm mana korang ble tau keta korang ada knocking?

                Comment


                • #9
                  Re: Apa itu RON95 dan RON97

                  Originally posted by r2d2 View Post
                  mupang, n0zie...
                  V-P0wer tu mmg R0N97 pun...

                  v-power tu lain beb......minyaknya biru......cmana kaler tu biru taktaulah..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Apa itu RON95 dan RON97

                    Originally posted by ekzos_pipe View Post
                    ...ini skrg ni guna wira se dia distributer mati(mechaniclely le),...
                    ini namanya Distributorless Ignition System (DIS).

                    distributor jenis konvensional (atau contact point system) seperti yang memerlukan adjustment menggunakan timing light itu akan mengawal spark ignition timing.
                    dalam distributor itu mengandungi sesondol contact point bagi current dari ignition coil sebelum mengalir ke spark plug.
                    akan berlaku kehausan pada contact point itu serta timingnya boleh lari dalam tempoh beberapa ribu km mileage.
                    sistem ini memerlukan maintenance sebab contact point itu akan wear in time.
                    inilah yang dimaksudkan oleh chinozie.


                    sistem distributorless pula dikawal sepenuhnya secara elektronik oleh ECU.
                    ini bagi enjin yang dilengkapi sistem pengawalan enjin (EMS) dengan sistem suntikan bahanapi (EFI).

                    oleh kerana enjin bersistem EFI dikawal sepenuhnya oleh ECU, kita tak dapat nak adjust spark timing secara manual dengan mengubah kedudukan distribution itu. lagipun sistem EFI takde distributor yang boleh diadjust.

                    sistem distributorless ini tidak memerlukan maintenance kerana tiada bahagian di dalamnya yang akan wear in time.

                    info lanjut mengenai perkara-perkara di atas boleh diperolehi dari artikel dan video youtube seperti di bawah ini.
                    http://auto.howstuffworks.com/ignition-system.htm
                    http://www.youtube.com/watch?v=kgHV5hipyPM

                    akan tetapi, enjin tidak berputar pada satu kelajuan tertentu.
                    ada masanya idling, ada masa cruising dan ada masa memecut atau revving atau redlining.
                    pada kelajuan enjin yang berubah-ubah ini, spark timing juga perlu berubah-ubah selari dengan kelajuan enjin supaya pengeluaran kuasa serta pembakaran dapat dioptimumkan.
                    di sini, enjin yang menggunakan distributor mempunyai sekali pengubahan sahaja iaitu semasa ianya dituning dengan timing light oleh mekanik.
                    maksudnya, enjin ini akan optimum pada kelajuan tertentu enjin tersebut serta tidak dapat memuaskan kehendak optimum pada julat kelajuan enjin itu dari idling (serendah 750RPM) hinggalah ke redlining (setinggi 7,000RPM).

                    tetapi, bagi enjin dengan DIS, spark timingnya boleh berubah-ubah mengikut kelajuan enjin.
                    ini kerana ianya dikawal oleh ECU dengan berbantukan input dari sensor2 pada enjin seperti crankshaft position sensor, knock sensor, MAP sensor dan sebagainya.
                    kita juga sedia maklum bahawa dalam ECU ada database bagi spark timing dan juga fuel mapping yang telah sedia diprogramkan di kilang.
                    mapping yang dimaksudkan adalah dalam bentuk seperti di bawah.
                    fuel mapping
                    spark timing mapping

                    inilah kelebihan enjin EFI.
                    nak cantik lagi...pakailah programmable ECU.
                    korang boleh modified database mapping tu atas mesin dyno.
                    adjust parameter dalam mapping itu dan terus dyno test to extract the most juice out of the motor!

                    disclaimer: semua ni based on pembacaan aku thru Googling. aku takde pengalaman hands-on mengenai semua yang aku tulis ni. jadi, maybe ada silap.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Apa itu RON95 dan RON97

                      Originally posted by luzirahs View Post
                      ini namanya Distributorless Ignition System (DIS).

                      distributor jenis konvensional (atau contact point system) seperti yang memerlukan adjustment menggunakan timing light itu akan mengawal spark ignition timing.
                      dalam distributor itu mengandungi sesondol contact point bagi current dari ignition coil sebelum mengalir ke spark plug.
                      akan berlaku kehausan pada contact point itu serta timingnya boleh lari dalam tempoh beberapa ribu km mileage.
                      sistem ini memerlukan maintenance sebab contact point itu akan wear in time.
                      inilah yang dimaksudkan oleh chinozie.


                      sistem distributorless pula dikawal sepenuhnya secara elektronik oleh ECU.
                      ini bagi enjin yang dilengkapi sistem pengawalan enjin (EMS) dengan sistem suntikan bahanapi (EFI).

                      oleh kerana enjin bersistem EFI dikawal sepenuhnya oleh ECU, kita tak dapat nak adjust spark timing secara manual dengan mengubah kedudukan distribution itu. lagipun sistem EFI takde distributor yang boleh diadjust.

                      sistem distributorless ini tidak memerlukan maintenance kerana tiada bahagian di dalamnya yang akan wear in time.

                      info lanjut mengenai perkara-perkara di atas boleh diperolehi dari artikel dan video youtube seperti di bawah ini.
                      http://auto.howstuffworks.com/ignition-system.htm
                      http://www.youtube.com/watch?v=kgHV5hipyPM

                      akan tetapi, enjin tidak berputar pada satu kelajuan tertentu.
                      ada masanya idling, ada masa cruising dan ada masa memecut atau revving atau redlining.
                      pada kelajuan enjin yang berubah-ubah ini, spark timing juga perlu berubah-ubah selari dengan kelajuan enjin supaya pengeluaran kuasa serta pembakaran dapat dioptimumkan.
                      di sini, enjin yang menggunakan distributor mempunyai sekali pengubahan sahaja iaitu semasa ianya dituning dengan timing light oleh mekanik.
                      maksudnya, enjin ini akan optimum pada kelajuan tertentu enjin tersebut serta tidak dapat memuaskan kehendak optimum pada julat kelajuan enjin itu dari idling (serendah 750RPM) hinggalah ke redlining (setinggi 7,000RPM).

                      tetapi, bagi enjin dengan DIS, spark timingnya boleh berubah-ubah mengikut kelajuan enjin.
                      ini kerana ianya dikawal oleh ECU dengan berbantukan input dari sensor2 pada enjin seperti crankshaft position sensor, knock sensor, MAP sensor dan sebagainya.
                      kita juga sedia maklum bahawa dalam ECU ada database bagi spark timing dan juga fuel mapping yang telah sedia diprogramkan di kilang.
                      mapping yang dimaksudkan adalah dalam bentuk seperti di bawah.
                      fuel mapping
                      spark timing mapping

                      inilah kelebihan enjin EFI.
                      nak cantik lagi...pakailah programmable ECU.
                      korang boleh modified database mapping tu atas mesin dyno.
                      adjust parameter dalam mapping itu dan terus dyno test to extract the most juice out of the motor!

                      disclaimer: semua ni based on pembacaan aku thru Googling. aku takde pengalaman hands-on mengenai semua yang aku tulis ni. jadi, maybe ada silap.

                      ade kesilapan tu....ttg highlight merah tu..ade sistemnya lagi..
                      distributor pakai platinum contek tu hanya keter2 tertentu aje pakai..kbnyakkan keter tahun80 an spt datsun 120y..skg ade keter pakai lagi iaitu kancil...
                      distributor wira adalah jenis aruhan magnet...dan jenis2 nie dipakai oleh keter2 enjin mistubishi spt proton saga dan mazda pon dah lama pakai sistem nie gak....adjust timing nyalaan spark hanya gerakkan distributor tu ajer..

                      ttg distributor less tu dia pakai aruhan magnet gak...sensornya ade.dekat pulley alternator-airkon power stering..aruhan dikawal oleh salah satu gigi spoket....
                      jadi adjusment manual timing takder...kena pakai komputer...
                      Last edited by zamreda; 11-09-09, 09:20 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Apa itu RON95 dan RON97

                        dah agak dah...tentu ada silap...hehe.
                        sebab aku tak pernah tengok benda2 tu secara hands-on...semuanya melalui pembacaan di internet.
                        kene berguru juga nak belajar pasal kereta ni...ye tak.

                        zamreda...tq for the correction and explanation.
                        now i get better and clearer picture about the distribution system...tq.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Apa itu RON95 dan RON97

                          Originally posted by luzirahs View Post
                          dah agak dah...tentu ada silap...hehe.
                          sebab aku tak pernah tengok benda2 tu secara hands-on...semuanya melalui pembacaan di internet.
                          kene berguru juga nak belajar pasal kereta ni...ye tak.

                          zamreda...tq for the correction and explanation.
                          now i get better and clearer picture about the distribution system...tq.

                          sama2 luzirah......klau nak berguru tu bnyak bengkel ko boleh buat parttime...dari ctu dah dapat dah ilmu auto...takyah gi mna2 kursus pon..

                          Comment


                          • #14
                            Re: Apa itu RON95 dan RON97

                            sekarang sume dah tau ron95 mempunyai ketahanan anti-knocking yang kurang berbanding ron97.. yg aku masih tertanya lagi sekarang nie camne plak ngan energi yang terhasil drpd pembakaran dia tu? rendah gak ke dan antara faktor yg menyumbang kepada kurang pikap nie?

                            Comment


                            • #15
                              Re: Apa itu RON95 dan RON97

                              teruja tul aku baca info yg korang beri nie aku nak cari sendiri payah lah jugak .aku test kat motor aku memang ade beza lah .kat sini pun boleh bace mengenai beza ron 95 dan 97 nie bace sini

                              Comment

                              Working...
                              X