Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

nama kena blacklist?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • nama kena blacklist?



    25 jan lalu keta aku kena tarik oleh bank CIMB, semuanya gara2 percaya kawan atas kawan.. tak sangka 4 bulan mamat tue tak bayo sewa kete hampir 4 bulan, untuk pengetahuan setiap bulan RM420 untuk kete wira.. 4 bln x RM420=RM1680 termasuk upah tarik serta charge yang lain, total RM2203.08. skang kete tue di simpan dalam stor kete kat jalan chan sow lin.. duit dah bayo tinggal amik jee.. sehari kena charge RM5, kalu simpan lama2 kena lelong ke kete aku??

    mmg tak sangka, harapkan member, member makan member!!! akibat terlalu tensen, sbb tue lah aku buka thread 'kaki pukul'.. tepon2 tak angkat2, hanto mesej tak jawabnye plak, rasa nak bunuh org je time tuh, gilo hape aku yang kena bayo.. (cket waktu lagi aku dah jadi gile kot, ehe..)

    so, persoalannye, kete aku dah kena tarik, nama aku mmg kena blacklist ke?? nak call bank time 0755am mmg tak bukak laa... kalu btol blacklist, brapa tahun nama aku sangkut??

    rumusan kat sini.. aku cuai, aku terlalu percaya sangat, main dengo kata member je, pusing2 balik salah aku! skang nih, aku ade 2 kete waja bulanan RM460 dan wira RM420, aku nak makan hape kalu ade 2 kete ??

    apa pandangan korang atas kes aku nih? camne aku nak settlekan kete wira aku tue, samada jual atau ?????? tenkiu atas keperihatinan korang,,,

  • #2
    Re: nama kena blacklist?

    rileks bro dah ramai orang terkena camtu......adik beradik pun boleh buat camtu...nie kan kengkawan.......bro boleh jual kete wira tu.....pada sapa yang sanggup lepas tu sambung bayar terus......dan tukar nama....tapi tengok gak tahun berapa boleh buat loan lagi ke tak......black list nie rasanya banyak kengkawan yang kat bank boleh tolong cuma kena cari je la........dan tengok apa loan nak buat...biasanya habis bayar dah takde black list kot....yang problem tu nama kat CTOS yang susah nak sattle....

    Comment


    • #3
      Re: nama kena blacklist?

      mcm member kena gak tp ni ngan sedara sendiri, 4 bulan tak bayor. Cuma dia call bank cepat, pastu settle paling minimum yg bleh.. tp tak kena blacklist sebab settle cepat, dlm masa seminggu siap keta dah kuar.

      Wira tuh jual jela, tp kali ni jual terus tuko nama awal.. sebab beban bayar keta 2 bijon pening woo tuh belum time bila nak barukan roadtax ngan insuran lagi.. tp kalu mampu go on je la..

      Comment


      • #4
        Re: nama kena blacklist?

        salam wufi..

        masalah yang saudara hadapi.. bukanlah asing di kalangan kita..

        ada yg antara kita di sini lagi teruk dari apa yg saudara harapi.

        atleast kereta tu ada depan mata! bayar pun... ada worth it nya juga. (ada sahabat yg ku kenali.. membayar buta-buta saja kereta yg dah hilang bertahun-tahun.. gara-gara terlalu percaya pada saudaranya.. konon nk tolong jualkan keretanya.. , lagi kesian.. installment nya mahal pulak tu.. 700lebih sebulan... , )

        1st thing 1st.. - nama blacklist - setelah membayar semua kos-kos ni.., nama takkan kekal di black list..! tapi ia akan mencacatkan rekod bersih anda lah.

        dan kalau nak buat pinjaman lain, bank mungkin akan minta ada sediakan guarantor.

        dari segi kelulusan.. rasanya takkan ada masalah.

        masalah kedua - kereta anda.. , berlebih satu. ada beberapa penyelesaian..

        1. kalau agak2 value jual.. boleh cover loan.., jual sajalah.

        2. kalau loan masih berbaki lagi setelah tolak harga jual dgn harga pasaran semasa.., simpan aje dulu.. ,. tapi mana nak cekau duit nk bayar 1 lagi kereta ektra ni kan?
        penyelesaian yg saya nampak. mungkin cari kawan2 yg buat bisnes sewa kereta utk student2.. kat mana2 uni.. dan pajakkan kereta saudara pada kawan tu. (tapi kene ada agreement semua laa!) jangan bagi kosong saja.. !

        itu laa solution jangka pendek yg saya nampak.

        moga dapat membantu.

        pada kawan yg berhutang dan tak bayar tu.., cuba bersemuka dgn elok dulu.. tanyakan betul-betul.. apa dia ada masalah kewangan yg benar2 menyesakkan dia.. sehingga dia tak mampu nak bayar sampai 4 bulan tu.

        kadang2 kawan-kawan ni pelik.. mereka malu nak mengakui mereka ada masalah kewangan pada kawan2 mereka.. mereka lagi rela hilang kawan kerana wang dan harta..

        bawak bincang elok2.. mesti jumpa kat mana puncanya tu..! kadang kereta ni.. kalau sebuan sangkut.. bulan kedua dah terasa berat.. tangguh lagi. masuk bulan ketiga.. bank dah ugut2.. dah.. dan terus kene tarik!

        kalau tak boleh settle cara baik. baru laa bawak kawan-kawan..
        Last edited by morpheuzneo; 31-01-08, 09:40 AM.

        Comment


        • #5
          Re: nama kena blacklist?

          wupi.. nama ko akan di buang dari CTOS tatkala ko bayar abeh semua ongkos.. and ko akan continue bayar instalment..

          aku syorkan ko letgo jer salah satu kereta tu... buat apa simpan.. unless ko mampu bayar

          sekian

          Comment


          • #6
            Re: nama kena blacklist?

            susah betul kalau guna nama ni...

            kes lebih kureng cam oghe umah, abg ipar guna nama buat loan kete kelisa, pastu pas kat member dia.. bayo pun tangguh but luckily still bayo...

            kes guna nama ni kena monitor selalu, org yg guna nama kita tu buat spoil ke tak..

            Comment


            • #7
              Re: nama kena blacklist?

              amik balik kete tu dr bank, mintak la byr bln2 kat bank... lps tu jual sendiri kete tu... kalau tunggu lg, mungkin bank akan lelong kete tu dan ko kena bayar baki harga kete tu... lelong biasanya murah sgt, byk ko nak kena bayar...

              wassalam.

              Comment


              • #8
                Re: nama kena blacklist?

                Salam,

                Nama kalau dah blacklisted then lepas kau bayar balik kesemua hutang dengan bank untuk clear nama...biasanya lepas 1 tahun baru bank clearkan nama kita.

                So dalam tempoh tu everytime kalau nak pinjam loan umah atau keta, kena bawak release letter yang mengatakan kita dah settlekan hutang kita tu.

                Ini mengikut pengalaman aku masa nak beli keta last year, aku pernah sangkut 2 credit card (hasil zaman gawat dulu la) tapi dah settle so aku ingat no problem tapi loan aku sangkut jadi Ambank suruh aku bawak release letter as a support untuk application loan aku, alhamdulillah loan lepas. Diaorang cakap kalau pernah blacklist tapi dah settle, 1 tahun nama tak clear.

                gud luck

                Comment


                • #9
                  Re: nama kena blacklist?

                  takde la blacklist aku rasa.. cuma transaction record seem kurang cantik aje..

                  Comment


                  • #10
                    Re: nama kena blacklist?

                    jual benda la kan, kalo ble elak org tgh nih, elak laa.. lagi satu main beli guna nama org lain nih.. jgn le.. sedara pun kekadang bila dah tercepit nak lepas diri, lupa dah suma janji sendiri lepas.. tp tuh la, tak tolong karang kena chop sedara/adik beradik tak kenang darah daging.. dilemma dilemma.....

                    Comment


                    • #11
                      Re: nama kena blacklist?

                      Originally posted by DreamLord View Post
                      takde la blacklist aku rasa.. cuma transaction record seem kurang cantik aje..
                      aku setuju dengan DL, nama ko belum BL la... BL nih kiranya ko biarkan keter ko dilelong tanpa ko tak buat ape2...

                      Skrg nih ko dah bayar bank... jadinya, rekod bayaran jerlah ko tak cantik. Tapi untuk tidak menampakkan rekod bayaran yg teruk kat bank2 lain, aku cadangkan ko jual atau refinance jerk keter wira tuh, dengan itu bank lain akan nampak pinjaman CIMB ko tuh dah setled, dia tak akan tengok history. Kat skrin hanya tulis CIMB setled. Dan bila kat bank baru nanti, buat la akaun tuh cantik... dan nak buat loan aper2 pun takde diorang nak mintak gerentor.


                      ---------------------------
                      mgtf.org.my

                      Comment


                      • #12
                        salam.....
                        sabarlah. tapi jangan duduk diam. Ambil lawyer. Saya baru aje terlepas blacklist itupun terpaksa bayar kat bank rm 26,000.00 . saya punya kes bila trade in keta used car tak settle kat bank pada tahun 2002. Surat dari bank untuk mengatakan saya tak bayar pun tak sampai yang sampai surat ialah untuk ke mahkamah. Rupa-rupanya orang bank dan used car ada counting. Terus terang saya cakap bank paling teruk dalam Malaysia ialah BBMB sekarang CIMB. Bila saya buat laporan polis, polis cakap tiada satu akta yang boleh dakwa used car. Itulah sebab used car semua boleh buat apa suka. Bank akan salahkan penama, bila nak runding orang bank cakap tengking-tengking. Bila saya dah settle semua tak pula bagi resit, bank bgtau cuma KL yang boleh keluarkan inilah dasar yang mereka amalkan. Saya cadangkan kita pulaukan CIMB. Biar kita guna khidmat bank Hong leong, Public.
                        Untuk saudara saya syorkan saudara berjumpa dengan orang bank dan berbincang bagaimana nak settle sementara hutang saudara tertangguh tah sampai 2000 jangan bagi bank makan bunga banyak-banyak.

                        untuk pengetahuan saudara. jika saudara ada masalah kewangan sila buat pinjaman dengan Bank Rakyat, cuma Bank Rakyat sahaja yang boleh bg pinjam. saya tahu sebab saya baru pinjam aje untuk settlekan kereta saya. Bayar buta kereta tak nampak............
                        Last edited by Chinozie; 31-01-08, 06:52 PM. Reason: Sila guna fungsi "EDIT"...jangan double posting...terima kasih

                        Comment


                        • #13
                          Re: nama kena blacklist?

                          try nasihat2 kata atas tu...dah settlekan keta, jgn kasi terlelong what so ever...

                          pastu kumpul maklumat...cari kata mane mamat tu...org camnie takleh kasi lepas...nnt dah sedap dia buat kat orang lain...

                          dah dpt info cari dia...cuba settlekan masalah...ade brother aku kenal nie leh tolong...insyallah...

                          Comment


                          • #14
                            Re: nama kena blacklist?

                            Pdgan aku bro...
                            1. Buleh cari adik-beradik atau sedara-mara terdekat kasi sambung bayor itu instalment. Tapi yg tertunggak sume + duit tarik + parking + others memang kena bayo gak.

                            2. Buleh biorkan aje tunggu bank lelong. Ko nyer utang buleh kurang skit. Biasanye tak bnyak potong pun. Cari loyar bukak kes bayo baki tertunggak tu ateh perintah mahkamah. Mkn masa skit dan kena keluor modal gak tapi ada peluang bayo rendah dr instalment asal.

                            3. Cari modal, ambil balik keta tu dan terus cari buyer. Kasi lepas terus itu utang.

                            4. Masih ade skit peluang kautim ngan bank pasal jumlah kena bayo tu.

                            Kalo keta tu nama bro, lambat-laun bro akan diblacklist. Susah gitu bro. Cari jln bg selesai. Byak nak guna nama nanti.

                            Comment


                            • #15
                              Re: nama kena blacklist?

                              satu nasihat aku pada korang2 yg kene harras dgn bank berkenaan kad kredit dan loan2 lain..! dan rasa interest yg di kenakan oleh bank tu .. agak melampau.., korang buatlah aduan ke AKPK..! agensi ni bawah BSN.., ! diaorang akan tgk kes kau! dan bagi nasihat.. berapa korang kene buat surat utk propose settlement!

                              jgn layan call2.. dari 'agensi2 pengutip hutang' yg ugut korang macam2..!

                              aku pernah gunakan akpk ni.. sekali! alhamdulillah.. dah terlepas satu..

                              dan simpan elok 2 surat settlement tu.. mmg banyak gunanya nanti!
                              Last edited by morpheuzneo; 04-02-08, 10:49 AM.

                              Comment

                              Working...
                              X