Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Built-in Gas Hob

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Built-in Gas Hob

    Nak tanye pendapat/pengalaman korang utk jenama/model built-in gas hob, aku baru nak beli.

    Cadang nak yang medium price, glass surface untuk senang cuci.

    Dah cuba tengok pelbagai brand & model, cuma takleh nak decide sebab baca pelbagai komen.

    Dah survey: Elba, Faber, Rubine, Electrolux, Fagor, Rinnai, Hesstar, Bompani, Sakura, Bosch, Zanussi, Cornell.

    Short-listed Zanussi & Rubine. Dua2 ada komen positif & negatif. Pendapat korang?

  • #2
    Re: Built-in Gas Hob

    berapa bajet?

    meh aku citer pasal brand2 ni.! (er.. aku tak beli-beli pun lagi)

    Elba, Fagor,Zanussi - Ini brand yg dah lama ada kt malaysia.. ada kilang dan kualiti memang terjamin.. !harga pun tak mahal.. jalan2 merata Giant , Tesco & carefour pun ada.. - harga range dari 200++ - 800++
    Bosch, Electrolux - Ini brand imported - yg dah pasang kt malaysia - established - mahal sikit.! atau banyak..

    Rubine, Rinnai, Hesstar, Bompani, Sakura, Cornell, Faber - Ini semua jenama ntah hapa-hapa.. yang guna nama2 konon ala-ala itali tapi sebenarnya buatan Balakong..! dan cuba menipu pengguna atau orang yg buat renovation dapur untuk bayar beribu-ribu untuk bayar gas hob.

    taktik biasa brand2 yg tak terkenal sangat ni adalah dgn mem'pair'kan dapus gas kaca mereka dgn satu penyedut asap. Kemudian meletak harga 8-9,000 ringgit., kemudian bagi 50% off..! tinggal laa kononnya 4ribu lebih.. pergh murah tu! beli satu penyedut asap dapat satu dapur gas.. 2 penunu.. atau 3.

    Pada saya - semua tu bull.shit. >> kalau nak beli penyedut asap beli yg brand biasa aje - Elba, Fagor , Zanussi tu brand yg berpatutan harganya..! tempat nak cari murah ? cari kat Giant, Tesco, carre4, harveynorman.. ! tunggu warehouse sales pun takpe. ! (tapi kalau urgent beli lah)

    Kualiti2 Elba, Fagor, Zanussi tu lagi bagus dari brand2 lain tu tapi harga nya jauh lebih murah dari designer brand tu.

    tapi - itu hanya pendapat saya. saya mungkin salah. jadi tepuk poket tanya lah selera anda.. duit anda.. kehendak anda.. !

    ada orang suka nak bercerita tentang dapurnya yg mahal2.. so.. kene beli yg mahal lah.. contoh : Ini dapur rubine ni saya beli di itali.. bawak balik ke malaysia.. mahal.! tapi berbaloi dgn harganya bukan? . kt malaysia x der jual. (contoh saja)

    Comment


    • #3
      Re: Built-in Gas Hob

      aku beli yang jenama Amber.. tokey kedai sajes jenama ni sebab dia cakap api besar..
      ambik pakej dengan cooker hood cap panasonic.. campur dua tu RM470.

      Comment


      • #4
        Re: Built-in Gas Hob

        Thanx morph atas reply yang bagus (expect ko akan reply)

        Dari survey gitu-gitu smlm, most salesman cakap Elba, Faber & Rubine tu buatan satu company.
        Rasanya diorang silap sebab sebenarnya di market oleh satu company, Fiamma.

        Salesman pun ckp, Elba banyak complaint kaca pecah. Zanussi paling ok.
        Tapi jumpe website komen sket pasal Zanussi ni: olx Maybe komen ni semua kes terpencil.

        Zanussi dibuat oleh HataHoldings. Brand Electrolux kire mahal sket. Rinnai lagi mahal, tgk website macam gempak teknologi Jepun.

        Comment


        • #5
          Re: Built-in Gas Hob

          Ape kelebihan Built-in Gas Hob ngan dapur gas biase?

          Comment


          • #6
            Re: Built-in Gas Hob

            Just my opinion since dah 2 jenis tu yg dah bro shortlistkan. Zanussi insyaallah prestasi terbaik. Kat rumah mak saya ade sebiji oven+hob brand zanussi yg lagi tua dr umur saya (dah 31thn bende tu guna) dan still masih boleh gune dgn baik sampai skrg. Rubine tu tak silap brand Taiwan, tak tau la plak pasal ketahanan dia. Tapi skrg nampak mcm2 gak brg2 brand Rubine ni.

            Kat rumah saya pakai brand Linea. Brand under Teka, Linea ni dia buat utk harga yg lebih kompetatif dan ekonomi. Harga beli tu saya tak bape igt, tak silap hob + hood tu dlm rm1800 kot tgh promosi. Contohnye, in case kita tak sedar dah turn on gas tp api tak nyala sbb starter dia rosak ke, bateri hbs ke, dia akan auto tutup itu gas punye valve. Baru je setahun pakai, so far semua ok takde masalah.
            Last edited by ssangyong; 19-01-11, 03:56 PM.

            Comment


            • #7
              Re: Built-in Gas Hob

              ^^ En Ssangyong punya hob dilengkapi safety valve features. Boleh tahan gak harga 1800 tu, bajet aku tak sampai mcm tu.

              Elba boleh dipilih semula sebab yang ckp ada problem kaca pecah tu pun hanyalah sorang salesman. Maybe dia nak jual produk lain lebih mahal.

              Kakak ipar aku pakai Elba dah lama ok je. Maybe boleh consider Elba middle range kut. Zanussi kire masuk dalam list gak.

              Comment


              • #8
                Re: Built-in Gas Hob

                Kakak saya beli dapur dan hud sekali brand rubine, build in terus masa buat dapur, cantik dan bagus kualitinya. mungkin bergantung pada tahap penggunaan dapur la kot, heavy atau tak

                Comment


                • #9
                  Re: Built-in Gas Hob

                  itu ler.. Rubine lawa.. tapi harganya aku tak berkenan..! Teka sama gak.. brand jerman tapi made in balakong jugak..!

                  yg kata kaca elba slalu pecaah.. - pembohong..! aku kt rumah lama pakai semua elba..! elok saja.. takde apa2 pun..! masak ganas gak..

                  Pada aku - dapur gas.. masa nak beli paling penting - tgk dia punya hob dia tu kepala yg lubang2 kelaur gas tu - se-eloknya cari yg brass.. tembaga..! mahal ke murah terpulang korang! aku tgk brand pensonic pun ok..! Tapi aku lagi prefe elba.. faber.. sebab.. warranty senang beb.. call aje datang rumah.

                  Hood.. aku suka slanted hood.. pada aku praktikal.. brand ni bagus gak- tapi mahal jugak! so beli hood dia saja..!



                  bentuk cam ni bagus.. asap lagi cepat di sedut..! tak banyak asap akan terlepas. sesuai utk asian cooking.

                  bawah ni laa yg aku maksudkan..



                  Takde keje aku nak bayar beribu gitu.. walhal ada option yg lagi murah.!

                  ---------- kemaskini 19-01-11 07:45 PM ----------

                  Kat bawah ni contoh baik jugak hob and hood siap ada splash screen kt belakang tu! di perbuat dari brushed metal.. senang nak cuci.. lap saja..



                  tgk poll kt lyn , Elba / Rubine yg ramai orang pilih. : http://forum.lowyat.net/index.php?ac...=1091380&st=60
                  Last edited by morpheuzneo; 19-01-11, 07:50 PM.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Built-in Gas Hob

                    ^^ mungkin ada org yg mementingkan jenama, cam kakak saya, bangga la dia tuh, bila kata dapur dia suma pakai rubine brand, tak jelous punnn.

                    Saya juga ada plan nak beli hob ni, cuma pening nak pilih yg mana, elok sangat ada tread nih, boleh gak pikir2( sbb sekarang pakai zanussi)

                    Comment


                    • #11
                      Re: Built-in Gas Hob

                      Setelah 3 hari berturut-turut pusing lembah klang mencari built-in hob yang berkenan,
                      akhirnya berjaya beli petang semalam. Brand Zanussi menjadi pilihan, sebab pakej ni:





                      Zanussi Table Top Oven (Model: ZTO-103KX) - Boleh panggang ayam golek, yummy!
                      5 Cooking Programmes (30 Ltr)
                      Top – bottom / Top – bottom + fan / Grill + fan / Turnspit + top heat / turnspit + top + bottom + fan
                      Mechanical on knobs, 90 min & Minute Minder, Temperature 100 – 230’C
                      Cavity finishing – Food safe galvanized steel, Heating Element – Stainless Steel
                      1 Dripping pan black, 1 Chromed Shelf, 1 Crumb tray, Turnspit kit, 1500W – UK 3pin plug

                      Offer ni dah tamat akhir tahun 2010, tapi tuan kedai bagus still nak continue offer.
                      And yes, salesman yang baik menjadi pilihan aku. Most kedai aku pegi, salesman hampeh.
                      Dahla takde pengetahuan pasal produk, cakap putar belit. Bagi harga kejap turun, kejap naik.

                      Kedai ni rezeki aku nak jumpe, satu family baik orangnya. Eng Tin Electrical. Lokasi: wikimapia
                      Dekat ngan Cheras Perdana. Kedai nampak simple, tak canggih mcm electrical chain-store lain.
                      Satu family berpengetahuan pasal produk. Awalnya nak beli hob je, tapi angkut pakej tu sebab best.

                      Zanussi ni rupanya allocate satu pengedar untuk satu kawasan. Susah nak jumpe kalo pegi kedai lain.
                      Ada pakej zanussi lebih murah. Built-in hob + safety cut-off valve, tapi takde spiral flame.
                      Pekedai tu bagitau if nak safety cut-off, leh guna gas regulator yang ada feature tu, even ada meter.



                      Ni baseline harga dengan features setiap model built-in hob yang aku consider (Medium range price)

                      Zanussi (ZGB)
                      ZGB-726K (RM400) - 2 Brass Burner, 4kW Wok Burner
                      ZGB-728K (RM480) - 2 Brass Burner, 4kW Wok Burner, Safety cut-off valve
                      ZGB-723K (RM525) - 2 Brass Burner, 4kW Spiral Flame

                      Rubine
                      Crystal 2B-BL (RM300) - 2 brass plated burner, 4.5kW heat output
                      Crystal 3B-BL (RM400) - 3 brass plated burner, 4.5kW heat output*
                      Olive 2B-90BL (RM600) - 2 solid brass burner, cast-iron stand, safety cut-off valve, 4.5kW heat output
                      Olive 2B-90BL (RM700) - 2 solid brass burner, cast-iron stand, safety cut-off valve, 4.5kW heat output*
                      *1.4kW for middle

                      Elba (ELB)
                      EGH 8802 (RM270) - 2 burner, 3.8kW heat output
                      EGH 8803 (RM330) - 3 burner, 3.8kW heat output*
                      EGH 8902 (RM500) - 2 burner, safety cut off valve, 3.8kW heat output
                      EGH 8903 (RM600) - 3 burner, safety cut off valve, 3.8kW heat output*
                      *1.4kW for middle

                      Faber (FGH)
                      222-78BK (RM280) - 2 brass burner, 3.8 kW heat output
                      223-78BK (RM360) - 3 brass burner, 3.8 kW heat output, 1.4kW for middle
                      153-78BK (RM360) - 3 brass burner, 4.8 kW heat output
                      Last edited by farcruise; 21-01-11, 12:12 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Built-in Gas Hob

                        salam farcruise,

                        masa beli tuu.. kena pasang sendiri ke?

                        Comment


                        • #13
                          Re: Built-in Gas Hob

                          thread zombie...
                          amcam farcruise....
                          dah 2 taun lebey.... any feedback?
                          telema kacey

                          Comment


                          • #14
                            Re: Built-in Gas Hob

                            hi... macam mana u blh review tanpa u pernah beli. u dah pernah try semua band ni?

                            i mmg nak cari hob baru to replace my old hob. i punya brand Aerogaz...you/ramai yg tak pernah dengar kan... i pun tak tahu why i beli brand ni. yg i tahu Aerogaz ni buat peralatan gaz untuk commercial use, not domestic. i bought yg tampered glass hob with glass hob. hob dia pun ok cuma after many years tmpat collect minyak tu jd lose. tp mmg senang cuci n dapur still looks new slps dibersihkan. another reason i beli waktu tu... the hob comes with safety feature so i tak risau if dapur terpadam sb gas akan tertutup secara automatic. so far, it's still working. harga rm2.5k waktu beli-9 years ago.

                            i dah pakai hob aerogaz ni dah lama, 9 tahun. hari2 masak. apa yg i suka sangat psl hob dia api dia mmg sgt panas. even slepas 8 tahun api dia still panas compared tu dapur baru yg brand biasa (my sis baru beli), jauh lbh baik. api dia masih bir dan panas. sekejap aje memasak cuma sejak 2 tahun lps api dia tak nak naik. i panggil customer service dia then bayar rm200 utk tukar tungku sebelah tu. kata orang tu the dapur punya pencucuh dah patah n maybe tersumbat (before this many times we cleaned it ourselves) i tukar sebelah je sb i fikir rather than spending another rm200 on replacing the tungku (the whole thing) baik i beli hob baru. then bila fikir kualiti apinya yg sangat best i fikir nak tukar the tungku untuk sebelah lagi.

                            my questions- 1) patut ke i tukar the tungku tu or beli hob baru- klu beli hob baru i tak nak yg mahal tapi nak api yg panas mcm yg i sedang pakai sekarang.

                            2) i nak survey hood n hob bagus utk rumah baru i.... yg api kuat/panas, tahan lasak, sesuai utk heavy duty kitchen. ada orang suggest rinnai...walaupun mahal tp ada semua ciri2 yg i sebutkan td. they said rinnai is originally from italy...tp u ckp ia dibuat di balakang?

                            if bukan rinnai, i tgh consider fagor... tp still lg tgh survey. rubeni...i tak sure.
                            elba, zanusi tak masuk list coz i dgr feedback biasa2 aje.

                            boleh tak sesiapa kasi review sikit pasal kemusykilan i ni.

                            tqvm.
                            Last edited by mistyQue; 04-03-14, 03:46 AM.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Built-in Gas Hob

                              i nak edit post i tp x tau cam mana... actually the tungku that i said i replaced tu is actually the burner.

                              Comment

                              Working...
                              X