Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

kediaman Ahadiat Akashah

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • kediaman Ahadiat Akashah



    ... ... ... apa mimpi tah aku buka topik camni kat cni...
    teruje sket kot sb byk bangunan len skalik...

    Ahadiat pilih konsep hutan semula jadi dengan tanam tumbuhan liar tumbuh di keliling rumah

    INI rumah ke resort? Begitulah tanggapan pertama ketika menjejak kaki di persekitaran kediaman agam milik penulis novel, Ahadiat Akashah Khairuddin Akashah di Gombak, Selangor.

    Perjalanan merentas kota batu Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan hingar-bingar kemudian bagaikan memasuki dunia asing sebaik kaki melangkah menuruni tangga curam ke ruang kediaman penulis itu di pinggir ibu kota.

    Hati yang sedikit kepanasan akibat dibakar pelbagai kerenah pemandu sepanjang perjalanan tiba-tiba saja tenang dan sejuk disirami panorama hijau yang indah mengelilingi banglo berkenaan.

    Terik panas tengah hari tidak sampai ke kawasan tanah tinggi itu, udara segar dan nyaman semula jadi hasil janaan tumbuhan menghijau yang subur terus menyapa menyambut kehadiran tetamu yang bertandang.

    Menyusuri laluan simen di sekeliling kawasan rumah seluas kira-kira 0.6 hektar itu, sukar untuk mempercayai yang di tengah kota batu sesak dengan pembangunan ini masih ada sebuah rumah di tengah hutan mini milik Ahadiat.

    Ketika itulah hati berdetik - ini rumah atau resort? Tertanya-tanya pada minda ketika melihat yang kediaman milik Ahadiat ini tidak seperti kediaman penduduk lain. Ia lebih menyerupai kawasan resort berbanding rumah, fikir saya.

    Hutan di kaki bukit itu tidak saja menempatkan sebuah rumah untuk istirahat keluarga penulis itu tetapi lengkap dengan pelbagai kemudahan bak taman percutian.

    Tidak seperti kediaman lain yang mana pemiliknya menempatkan segala-galanya di dalam rumah, Ahadiat mengatur segala kemudahan keluarganya di sekeliling kawasan kediaman itu.

    Justeru, tidak hairanlah jika di tepi rumahnya didirikan bangunan surau khusus untuk bersolat; mini zoo; padang; studio latihan muzik dan karaoke; gimnasium; garaj letak kenderaan; tandas dan bilik mandi; air terjun; kolam renang dan sauna; bar; stor; pejabat; tempat makan dan barbeku selain chalet kecil untuk kunjungan taulan dan saudara.

    Begitulah keadaannya di laman luas banglo Ahadiat. Tidak hanya rumah, tetapi banyak ruang dan bangunan dibina khusus untuk tujuan tertentu manakala kawasan kosong antara bangunan itu dihiasi taman dan kolam kecil.

    Lebih memberikan kepuasan kepada dirinya adalah arkitek, tukang kebun dan tukang rumah bagi banglo digelar ‘Pesta Taman’ itu adalah dirinya sendiri selain dibantu ahli keluarga terdekat.

    “Memang saya memilih untuk membina rumah yang dikelilingi taman kerana ia bersesuaian dengan jiwa saya yang cintakan alam semula jadi dan minat berkebun,” katanya yang diiktiraf Malaysia Book of Record sebagai penulis yang paling banyak menghasilkan novel.

    Beliau berkata, ketika mula bercadang untuk membina rumah di tanah bukit berkenaan, dia sememangnya sudah merancang untuk mengagihkan kawasan luas itu dengan pelbagai bangunan dan kemudahan.

    Kemudian, dimulai bangunan rumah ala kotej Eropah yang berkeluasan 6,500 kaki persegi, Ahadiat bersama saudara terdekatnya mula membina bangunan lain seperti surau, bilik mandi, studio sehinggalah chalet.

    Mengenai landskap taman yang mengelilingi rumah itu pula, Ahadiat memilih konsep ‘hutan semula jadi’ dengan menanam pokok hutan asal yang liar tumbuh di bukit itu dan bukannya bunga-bungaan seperti kebanyakan pemilik rumah lain.

    “Saya juga mewujudkan mini zoo dengan membela burung, ayam, itik, ular, kura-kura, musang, monyet, kambing dan anjing untuk menjaga keselamatan.

    Bagaimanapun, banyak haiwan berkenaan sudah dilepaskan,” katanya.

    Ahadiat kemudian menamakan taman kediamannya itu sebagai ‘Pesta Taman’ bagi menggambarkan kegembiraannya menerima kunjungan tetamu untuk berpesta di taman yang dibinanya.






    ... best... cam haunted house pom ade...
    sb brick n mortar wall kot... tak pom illusi optik... ... zzz...

    .

  • #2
    Re: kediaman Ahadiat Akashah

    owh, penah bace dlm magz.., mmg dasat umah dia tp cam besh..sesuai kot dgn penulis cam dia.. kine tmpt ala-ala cam gitu.. tenang je.. agak2 tensen.. terjun dlm swimming pool.. huhuh..

    Comment


    • #3
      Re: kediaman Ahadiat Akashah

      uhh.. a'ah.. ade mcm umah hantu lak.. hhuuhu..

      Comment


      • #4
        Re: kediaman Ahadiat Akashah

        tgk kemudahan yg dia sediakan.. perrgghh..marvelos sungguh
        tabik

        Comment


        • #5
          Re: kediaman Ahadiat Akashah

          cam umah tak siap jer

          Comment


          • #6
            Re: kediaman Ahadiat Akashah

            umah tak siap satu...
            ni nak jimat duit nih..tak beli cat...

            cat kan mahal..setin pun dah ratus2..

            Comment


            • #7
              Re: kediaman Ahadiat Akashah

              cam takut ah nak pegi umah dia...
              cam lalu kat hutan belantara....
              erkkk

              Comment


              • #8
                Re: kediaman Ahadiat Akashah

                pelik r umah die.
                aku rase umah wall cam tu ok,
                tp die nye lantai pakai simen camtu je????

                Comment


                • #9
                  Re: kediaman Ahadiat Akashah

                  whoaaa... macam best je ek.. kalo wat asing2 kemudahan.. tak letak skalik dlm umah
                  surau kat luar umah.. bilik sauna pon luar umah.. kalo garaj tu mmg la lua umah kan..

                  tpkan.. ekceli umah dia.. nampak scary jek.. yg gamba 3rd tu nampak mcm umah tinggal plak
                  maybe sudut camera x cantik kot.. sbb yg lelain nampak ok jek..

                  --
                  eh chopp!! dia ni da kawen ke blom? umah stail umah pemeli.. tp tak dgr lak dia ni da kawen ke idak
                  aku x ikuti sgt perkembangan dia ni..

                  Comment


                  • #10
                    Re: kediaman Ahadiat Akashah

                    kontraktor dier tak sempat siapkan rumah tue..
                    tak sempat nak plaster..

                    Comment


                    • #11
                      Re: kediaman Ahadiat Akashah

                      penulis novel budak setan kan nie???
                      teringat aku novel katerina aku yg dah ilang...
                      aku beli 2 pun bole ilang... cuai tul.

                      kaya ek bole buat umah cam nie...

                      Comment


                      • #12
                        Re: kediaman Ahadiat Akashah

                        tak silap saya dia dah kawin la. penah masuk satu rancangan masakan kat umah dia tapi tak ingat bila.

                        Comment


                        • #13
                          Re: kediaman Ahadiat Akashah

                          dia mmg dh kawin..bini dia lawa giler..
                          xsalah aku bini dia tu peminat dia ...

                          umah dia aku tau...area gombak..
                          selalula jugak lalu..mmg pelik sikit ar umah dia..

                          Comment


                          • #14
                            Re: kediaman Ahadiat Akashah

                            Aloh.. tak lawanya umah!
                            Aku pon takut nak duduk kalao mcmgitu!
                            Buat la lawa2 skit.. tak serabut pale otak ke ahadiat akashah ni? Huhu!

                            Comment


                            • #15
                              Re: kediaman Ahadiat Akashah



                              Originally posted by MaszMelati
                              dia mmg dh kawin..bini dia lawa giler..
                              xsalah aku bini dia tu peminat dia ...
                              oo yeah tatau plak...



                              hehe.. jumpa pom... comel ungguh bini dia...
                              aku ni cam da nak off topik la plak...



                              .

                              Comment

                              Working...
                              X