Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

    aslkum...
    nak minta pertolongan kawan2. Saya berhajat untuk menyewakan rumah malangnya tiada pengalaman untuk menulis surat perjanjian sewa tersebut. Ini bagi menjamin hak penyewa dan tuan punya rumah...nak tau juga apa yg patut dimasukkan dalam surat perjanjian tersebut... Bukanlah official sangat tapi nak ada black n white jer...
    Jadi kalau kawan2 ada contoh surat perjanjian tersebut atau ada idea bolehla kongsi dgn saya yer.... tq
    :tokmuda:

  • #2
    Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

    ada tu ader tapi kat mane dah letak dulu.. hehe.

    Comment


    • #3
      Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

      cubalah ingt balik mr orange kat mana letak.... tolong kami bantu kami....

      Comment


      • #4
        Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

        PERJANJIAN SEWA RUMAH




        PERJANJIAN ini dibuat pada ______________________________________________
        DIANTARA__________________________________(No.K/P____________________)
        Yang beralamat di _______________________________________________________



        (Kemudian ini dinamakan “Penyewa”)

        DAN

        Saya __________________________________________(No. K/P________________)
        Yang beralamat di ________________________________________________________



        (Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)


        BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewa rumah beralamat ________________________________________________________



        Bersetuju dengan harga sewa rumah sebanyak RM___________sebulan. Bayaran bulanan hendaklah dibuat pada _________________pada setiap bulan ke dalam akaun BANK ISLAM (no akaun)

        Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan adalah seperti berikut:

        1. Deposit air
        2. Deposit elektrik
        3. Notis sebulan untuk keluar dari rumah
        4. Apabila surat keluar atau menamatkan kontrak, rumah hendaklah dalam keadaan baik.
        5. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa.
        6. Jika menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan wallpluck.
        7. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman serta bertanggungjawab.
        8. Tidak dibenar memelihara sebarang binatang peliharaan.



        BAHAWANYA, saya ______________________________telah bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala syarat-syarat seperti yang dinytakan di atas.




        Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Rumah:


        .............................................. ............................................

        Nama:.................................... Nama:....................................
        No K/P:................................. No K/P:.................................


        ini adalah cth surat perjanjian yg saya ambik dr abg ipar...mungkin orang len ada cth yg lg baik kot......harap2 dpt membantu.......

        pandai2 la format balik erk.......
        Last edited by Humairah; 02-02-07, 02:42 PM.

        Comment


        • #5
          Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

          Perlu ke semua ni ?.. janji mulut aje udah laa... Sebagaimana kerbau di pegang pada tali.. manusia berpeganglah pada janji... Perlu wujud rasa percaya antara owner ngan penyewa.. kalau takde / tak percayakan orang baik tak payah terus sewakan pada orang... maaf cakap laa yea.. bagi aku.. tenancy agreement ni.. kalau sewa kedai ke office ke.. aku setuju laa.. kalau takat rumah tu.. seem cam ownernya tamak.. sebab rasa nak naikkan sewa tu menebal dalam diri dia.. kalau aku aku cari rumah lain aje..

          Comment


          • #6
            Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

            Thanx a lot humairah.... Hanya Allah jua yg dapat membalas kebaikan anda. Dreamlord, setiap org ada sebab kenapa melakukan sesuatu. asalkan tak bercanggah dgn undang2. Tak semestinya ia digunakan untuk menaikkan sewa rumah. Tambahan pula jika tuan punya perempuan, org suka nak ambl kesempatan... Terpulang pada pendapat anda la...

            Comment


            • #7
              Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

              ina pun dapat gak perjanjian itu... maklum la dah belajar balik... Master Education kat UTHM... maka rumah sewanya namanya RONA... erm..alkisah.. bila mohon nak masuk umah sewa tu.. kata owner dia nak buat perjanjian.. tak kisah la... tapi yang ina panas hati... tuan rumah buat rules.. tanpa taip dulu... tapi bagi ina tanda tangan dulu... mengenangkan dia orang tua.. malas nak panggil ibu datang bantu.. pak saudara datang bantu ke..

              jadi ina tanda tangan je la.. bila siap aggrement tu... baru la baca rules dia.. ikutkan adalah yang menghalang sikit.. tapi sabar je la... budak2 umah pun bt biasa aje la... sebab kami hidup pun bukan mengacau orang... itu pun kami sewa hanya 18 bulan... sampai tahun depn.. mula2 dia x mau ambik sebab sekejap.. koman2 nak 2 tahun.. itula... tapi kita pun tau... ramai yg hendak umah tu waktu tu.. nak x nak dia pun bagi ina and the gang sewa sbb nak senang la tu... tapi suruh cari yang baru lak kalu kami keluar umah tu... ai...

              ibu ina pun seorang penyewa... tapi x ade la tekan kan orang yg menyewa macam tu.. sampai lambat bayar sewa pun... ibu sabar je... ntah.. la... macam2 manusia... tak ingat akhirat kot... ini pandangan ina.. bersama pengalaman.. dulu ibu pakai agent kutip duit sewa... at the end agent yang tipu duit ibu... mujur ibu x report.. kami adik beradik la yang pegi sound agent tu... he! he! kami tau cakap cina.. pucat gak muka agent tu.. last2 nasihat kat ibu... jangan pakai agent lagi...

              kami lagi la x de perjanjian.. ikutkan umah sewa tu milik kami adik beradik setelah agihan harta arwah ayah ikut faraid... jadi kami hanya nak mudahkan ibu je...

              tu la.. rambut sama hitam, tapi hati lain-lain

              Comment


              • #8
                Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                Originally posted by DreamLord
                Perlu ke semua ni ?.. janji mulut aje udah laa... Sebagaimana kerbau di pegang pada tali.. manusia berpeganglah pada janji... Perlu wujud rasa percaya antara owner ngan penyewa.. kalau takde / tak percayakan orang baik tak payah terus sewakan pada orang... maaf cakap laa yea.. bagi aku.. tenancy agreement ni.. kalau sewa kedai ke office ke.. aku setuju laa.. kalau takat rumah tu.. seem cam ownernya tamak.. sebab rasa nak naikkan sewa tu menebal dalam diri dia.. kalau aku aku cari rumah lain aje..


                'Afwan, owner rumah yg buat mcm tu tak patut dituduh tamak. Tuntutan supaya kontrak dan perjanjian ditulis untuk urusniaga secara BUKAN tunai dan pembayaran tertangguh memang dituntut oleh Islam sendiri. Islam bukanlah agama yang jumud yang mengenepikan perkara-perkara seumpama itu.

                Janji mulut tu juga mungkin menyebabkan lebih banyak masalah dikemudian hari. Apa kata di kemudian hari didapati rumah yang disewa dijadikan pusat pengedaran dadah atau senjata haram, umpamanya. Semua ini mesti dijelaskan dengan terang di dalam kontrak kerana seorang Muslim itu tertakluk dengan syarat-syarat yang telah dipersetujuinya.

                Dalil Al-Quran berkenaan hal ini, ayat 282 Surah Al-Baqarah, maksudnya :

                "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

                Allahu'alam!

                Comment


                • #9
                  Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                  kepada sape2 yang nak perjanjian sewa rumah, lawat link ni
                  http://www.lelong.com.my/Auc/List/De...uctID=12324406

                  Comment


                  • #10
                    Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                    Originally posted by DreamLord View Post
                    Perlu ke semua ni ?.. janji mulut aje udah laa... Sebagaimana kerbau di pegang pada tali.. manusia berpeganglah pada janji... Perlu wujud rasa percaya antara owner ngan penyewa.. kalau takde / tak percayakan orang baik tak payah terus sewakan pada orang... maaf cakap laa yea.. bagi aku.. tenancy agreement ni.. kalau sewa kedai ke office ke.. aku setuju laa.. kalau takat rumah tu.. seem cam ownernya tamak.. sebab rasa nak naikkan sewa tu menebal dalam diri dia.. kalau aku aku cari rumah lain aje..
                    nnt nak buat loan senang..
                    ade prove kata income lain datang dari sewa..

                    Comment


                    • #11
                      Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                      Originally posted by Humaira
                      Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan adalah seperti berikut:

                      1. Deposit air
                      2. Deposit elektrik
                      3. Notis sebulan untuk keluar dari rumah
                      4. Apabila surat keluar atau menamatkan kontrak, rumah hendaklah dalam keadaan baik.
                      5. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa.
                      6. Jika menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan drill penebuk dan dimasukkan wallpluck.
                      7. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman serta bertanggungjawab.
                      8. Tidak dibenar memelihara sebarang binatang peliharaan.
                      aku rasa syarat lain yg kena tambah:
                      1)deposit sewa rumah untuk 2 bulan.
                      2)penyewa hendaklah menanggung apa2 kos pembaikan atau kerosakkan rumah semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakkan tersebut adalah disebabkan kelalaian penyewa.
                      3)Tuan Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan 2 bulan notis kepada penyewa atau dengan membayar gantirugi yg sewajarnye.

                      tq...itu je tambahan aku..

                      Comment


                      • #12
                        Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                        -Deposit HANYA dipulangkan jika penyewa menyewa sekurang kurangnya 12 bulan.

                        Comment


                        • #13
                          Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                          penting gak perjanjian, aku dah dekat 10 tahun duduk menyewa, Alhamdulillah dpt tuan rumah yang baik2 belaka.

                          pernah dpt tuan rumah cina jugak, Alhamdulillah tuan rumah sporting

                          bagi aku sbg penyewa ptg ada aggrement, supaya penyewa tau apa hak2 dia, apa yg patut/tidak patut dia buat pada rumah tu, dlm aggrement jgk kita sbg penyewa boleh mintak sesuatu dr tuan rumah.

                          cth pasal kerosakan, kita boleh mintak tuan rmh nyatakan dgn jelas, kalau rosak mcm mana kira. dan lain2 hal. takkan paip tersumbat kita baiki sendiri, sedangkan tu problem rumah tu, bukan rosak kita buat. Mcm tuan rmh aku sebelum ni, rosak paip smua dia datang ganti.

                          masa duduk wangsa maju, sewa apartment cina, sebelum masuk dia bgtau smua dah cuci, tadak ****, dapur/peti ais/langsir semua dia tinggal, anak kunci dia bagi 2 salinan. masa nak pindah, dia datang check rumah, kotor2 skt dia tak suruh cuci pun, deposit pulang on time.

                          kalau takde perjanjian, katakan paip rosak, call tuan rumah, tuan rumah takmau tanggungjawab, apa hujah kita ada utk mintak tuan rumah tanggungjawab? perjanjian tiada.

                          kalau dari sudut kita sebagai tuan rumah plk.. kalau menyewakan rmh kita pada org2 kita kenal it's ok... tp mcm mana kalau kat tgh2 kotaraya, bandar... blh kita letakkan 90% kepercayaan pada penyewa? tanpa aggrement, butir2 peribadi spt no i/c, alamat asal penyewa? bukan sikit kes penyewa lesap mcm tu jer, sewa tak bayar, rumah rosak, barang2 tuan rumah tinggal lesap. tak kurang yg buat masalah dlm rmh, apa hujah tuan rumah blh buat utk halau penyewa mcm ni.

                          bila ada perjanjian, ia satu kemudahan utk penyewa dan tuan rumah sebenarnya. jelaskan butir2 perjanjian, takdelah penyewa tiba2 je tuan rumah kata bulan depan makcik nak guna rumah ni, so bulan depan kosongkan rumah ni, tentu susahkan penyewa, tp kalau dlm perjanjian dh tulis, tuan rumah/penyewa kena bagi notis sebulan/2bulan sebelum pindah/di arahkan pindah bukankah memudahkan penyewa @ tuan rumah.

                          Comment


                          • #14
                            Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                            Originally posted by MUfanz View Post
                            -Deposit HANYA dipulangkan jika penyewa menyewa sekurang kurangnya 12 bulan.
                            zalim sangat tu ooiii!
                            ader ke org buat agreement camtu?
                            selama aku hdup ni takde plak aku cross agreement camtu..

                            Comment


                            • #15
                              Re: surat perjanjian sewa rumah (tenancy agreement)

                              Kalau sesiapa yang sanggup keluar sikit modal, tak payah pening kepala pikir dan tak mahu penat menaip boleh dapat template perjanjian di sewa-rumah.tripod.com. Dokumen dalam MS Words. Muat turun - Edit - Sain - Stamping dan Selesai. Lengkap dengan surat menyurat dan borang yang berkaitan.

                              Comment

                              Working...
                              X