Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kisah2 'Israiliyat'

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kisah2 'Israiliyat'

    Salam

    Baru2 ni saya baca majalah Al Islam yg dibeli, saya tertarik dgn isu 'Israiliyat'.

    sebelum ni tak banyak yg saya ambik tau pasal isu ni tapi mungkin ramai yg dh tahu atau

    yg masih belum tahu mengenai apa itu Israiliyat dan pengaruhnya kpd kita.

    Jadi saya gugel lebih lanjut dan nk share sama2 disini yg mana infonya

    saya petik dari blog BADAR UKM KL. Moga dpt manfaat bersama


    Sesiapa yg ada cerita2 Israiliyat yg nk dikongsi utk pengajaran kita semua, boleh la

    tepek kt sini.

    Selain daripada ancaman hadis-hadis palsu, umat kita juga terdedah dengan kisah-kisah Israiliyat yang sering dijadikan sebagai sumber teladan. Ketidakpedulian sesetengah pihak terhadap perkara ini (Khususnya di masa kini) menyebabkan cerita-cerita ini semakin tersebar sehingga memberika kesan yang negatif terhadap Islam.

    Mungkin ada yang tahu tetapi disebabkan takut dirinya dilabel sebagai “pembawa ajaran baru” atau semata-mata ingin menyampaikan perkara tertentu sahaja dalam rangka dirinya “diterima” maka dia berdiam sehinggakan umat lemas dalam cerita-cerita tersebut . Pemikiran ini harus diubah kerana dakwah bukanlah supaya diri kita diterima tetapi apa yang penting ialah sampainya mesej yang ingin disampaikan.

    Dalam rangka memberikan kefahaman asas tentang hal ini maka saya mengambil inisiatif untuk meringkaskan beberapa buku dan risalah para ustaz dan ulama. Semoga ringkasan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

    APA ITU ISRAILIYAT ?

    Menurut Syeikh Muhammad bin soleh al-uthaimin :

    لإسرائيليات : الأخبار المنقولة عن بني إسرائيل من اليهود وهو الأكثر ، أو من النصارى
    Maksud : al-Israiliyat ialah berita-berita yang dibawa daripada Bani Israil yang terdiri daripada Yahudi (lebih banyak) dan Nasrani. (Usul fi al-tafsir, Muhammad soleh al-uthaimin)

    PEMBAHAGIAN KISAH ISRAILIYAT

    Kisah Israiliyat dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

    1. Berita yang disahkan oleh Islam dan disahkan benar.

    Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa daripada Ibnu Mas’ud

    عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : جاء حبر من الأحبار إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا محمد ، إنا نجد أن الله يجعل السماوات على إصبع ، وسائر الخلائق على إصبع فيقول : أنا الملك ، فضحك النبي صلى الله عليه وسلم حتى بدت نواجذه تصديقا لقول الحبر ، ثم قرأ رسول الله صلى الله عليه وسلم : (وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعاً قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّمَاوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ) (الزمر:67)


    Maksud : “Telah datang seorang pendita Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:

    “Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab kami) bahawa Allah meletakkan tujuh petala langit atas satu jari, tujuh petala bumi atas satu jari, segala pokok atas satu jari, air dan tanah atas satu jari dan seluruh makhluk atas satu jari lalu berkata, “Akulah raja.”

    Mendengar itu, Nabi tergelak sehingga ternampak gusinya, membenarkan kata-kata pendita itu. Kemudian Baginda membaca (ayat 67 surah al-Zumar 39 yang bermaksud):

    “Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha suci Tuhan dan maha tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (H/R Bukhari)

    2. Berita yang ditolak oleh Islam dan disahkan bohong.

    Contohnya seperti

    Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.” (Disahkan palsu oleh Ibnul Qayyim dalam al-manar al-munif)

    3. Berita yang tidak diiktiraf dan tidak pula ditolak oleh Islam

    Dari Abu hurairah
    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان أهل الكتاب يقرؤون التوراة بالعبرانية ، ويفسرونها بالعربية لأهل الإسلام ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا تصدقوا أهل الكتاب ولا تكذبوهم ، وقولوا: ( آمَنَّا بِالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ)(العنكبوت: من الآية 46)


    Maksud : “Dahulu Ahli Kitab membaca al-Taurat dalam bahasa Ibraniyah dan mentafsirkannya dalam bahasa Arab untuk orang Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan percaya Ahli Kitab dan jangan dustakan mereka. Katakanlah “Kami telah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu.” (al-Ankabut 29:46). (H/R Bukhari)

    Kebanyakan kisah Israiliyat tidak mempunyai manfaat kepada agama dan contoh kisah-kisah tersebut ialah warna anjing ashabul kahfi, bilangan mereka, tongkat nabi musa diperbuat daripada kayu apa ?, Nama burung yang dihidupkan Allah untuk Nabi Ibrahim, Jenis pohon yang digunakan oleh Allah untuk berkata dengan Nabi Musa dan banyak lagi masalah-masalah lain yang tidak disebutkan secara jelas dalam al-Quran kerana tidak ada faedahnya dalam urusan agama dan duniawiyah seorang mukallaf. (Muqaddimah Tafsir Quranil azim, Imam Ibnu Katsir)
    HUKUM MERIWAYATKAN (MENCERITAKAN) KISAH ISRAILIYAT

    Menurut para ulama menceritakan kisah Israiliyat khususnya yang jenis ketiga adalah HARUS jika tidak dikhuatiri membawa keburukan. Hujahnya ialah sabda nabi shallallahu alaihi wa sallam

    بلغوا عني ولو آية ، وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج ، ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده م النار

    Maksud : sampaikanlah dariku walau satu ayat. Riwayatkanlah daripada Bani Israil tiada salahnya. Dan barangsiapa yang berdusta atas namaku maka siap sediakanlah tempatnya di neraka (H/R Bukhari)

    SIKAP KITA ORANG AWAM DALAM MENANGANI ISU INI

    Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Najib Abdul Kadir, Ketua jabatan FPI UKM, terdapat 4 kaedah untuk mengecam riwayat Israiliyat iaitu pengamatan sanad, pengamatan matan, merujuk ulama dan melihat sumber yahudi dalam rangka membuat perbandingan warisan ulama muktabar Islam dalam soal yang berkaitan Israiliyat. Bagi saya, tidak semua diantara kita dapat mengecam sesuatu cerita itu adalah cerita Israiliyat. Lebih-lebih lagi kebanyakan kita tidak mempunyai ilmu dalam bidang ini dan masa untuk mengkaji amatlah terbatas.

    Bagi saya langkah yang terbaik dalam hal ini ialah mendiamkan diri kita terhadap cerita-cerita israiliyat yang kita tidak pasti tahap kesahihannya dan asal-usul cerita tersebut yang mana ianya kebanyakan menceritakan perincian penciptaan alam, paras rupa nabi dan orang-orang soleh, perincian-perincian kisah al-Quran seperti cerita harut dan marut, kisah Nabi yusuf dan Zulaika, kisah-kisah Nabi musa dan nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad, cerita awal penciptaan adam. Walaupun kisah-kisah tersebut ada yang bersifat “harus” untuk diceritakan, namun langkah berhati-hati perlu diterapkan dalam usaha memurnikan kembali ajaran agama kita yang bercampur baur dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Setiap kita tidak boleh memandang ringan terhadap hal ini kerana peremehan hal ini dapat membawa kepada impak yang negatif terhadap diri kita dan masyarakat.

    KESAN NEGATIF RIWAYAT ISRAILIYAT

    Riwayat israiliyat mempunyai banyak kesan negatif. Antaranya ialah

    1. Memberi gambaran bahawa Islam agama yang khurafat dan penuh pembohongan

    Contohnya seperti

    Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.” (Disahkan palsu oleh Ibnul Qayyim dalam al-manar al-munif)

    Riwayat ini agak bertentangan dengan HAKIKAT bumi terapung diangkasa dan gempa bumi adalah disebabkan pergerakan kerak bumi. Riwayat-riwayat seperti ini hanya membuat Islam itu rendah martabatnya disisi orang yang bukan Islam. Natijahnya keindahan agama ini semakin lama semakin terlindung dek kisah-kisah yang tidak masuk akal dan orang bukan Islam akan mempunyai tanggapan yang buruk terhadap Islam.

    2. Merendah-rendahkan martabat Nabi yang diutus Allah

    Kalau kita perhatikan dalam al-Quran cerita-cerita nabi kebanyakannya diterangkan/diceritakan secara umum sahaja. Contohnya kisah Nabi Ayub yang ditimpa sakit. Memang Nabi ayub diceritakan dalam al-Quran bahawa dia diuji oleh Allah dengan penyakit (Lihat surah sod ayat 41) tetapi perincian Baginda alaihi salam sakit apa tidak pula diceritakan dengan lanjut. Sesetengah buku “murahan” memperincikan lagi bahawa Nabi ayub ditimpa sakit sehingga badan beliau berulat. Tfsiran yang melampau-lampau pula mengatakan bahawa daging beliau berguguran sehingga tingall tulang sahaja. Menurut para ulama kisah ini adalah kisah Israiliyyat yang cuba merendah-rendahkan martabat para Nabi yang diutus oleh Allah.

    Antara kisah yang lain ialah kisah Nabi Sulaiman yang tertinggal solat asar kerana mengira kuda untuk berjihad, cerita nabi sulaiman membina istana kaca untuk melihat betis balqis dan banyak lagi cerita yang berbentuk perincian apa yang umum di dalam al-Quran.

    3. memalingkan umat Islam terhadap tujuan asal al-Quran itu diturunkan dan melalaikan mereka daripada meneliti maksud sebenar ayat al-Quran

    Contohnya masyarakat kita hari ini sibuk memikirkan rupa bentuk luqman yang diceritakan dalam al-Quran sebagai orang yang mempunyai hikmah. Konon-kononnya dia ini seorang hamba habsyi, kulit hitam, bibir lebar, hidung pendek dan macam-macam lagi. Selain itu ada juga yang sibuk dengan memikirkan di mana lokasi sebenar bahtera Nabi nuh terdampar, kayu yang dijadikan tongkat nabi musa dan banyak lagi. Al-Quran diturunkan SEBAGAI PANDUAN DAN UNTUK MEMBERIKAN PENGAJARAN. Adapun kisah-kisah perincian yang tidak ada kaitan dengan pengajaran maka ianya tidak ada motif lain melainkan untuk memalingkan kita daripada tujuan asal al-Quran diturunkan. Namun yang demikian, walaupun kisah-kisah ini tidak memberi manfaat dan berlawanan dengan fakta al-Quran dan as-sunnah yang sahih serta logic akal, ada juga kita yang masih lemas dalam membongkar “misteri-misteri” tersebut.

    4. Merosakkan akidah umat Islam

    Kisah-kisah israiliyat juga dapat merosakkan akidah umat ini dengan mengikis ketulenan agama Islam yang sebenar sehingga membuat seseorang itu ragu terhadap Islam. Selain daripada it, pencemaran kisah-kisah al-Quran juga dapat membuat seseorang itu mempunyai iqtiqad yang berlawan dengan al-Quran dan as-sunnah yang sahih. Contohnya seperti kepercayaan harut dan marut adalah malaikat yang diazab Allah. Menurut Dr Muhammad bin Abu syahbah

    أن من اعتقد في هاروت وماروت أنهما ملكان يعذبان على خطيئتهما : فهو كافر بالله.


    Maksud : "Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.". (al-Israiliyyat al-maudhuat fi kutub al-tafsir, Muhammad abu syahbah)

    Dan ini juga adalah pendapat ulama seperti Ibnu Katsir. Untuk melihat kisah sebenar ayat 102 surah al-baqarah ini perlu bagi kita merujuk sumber yang asal supaya kita tidak tersilap faham dan merujuk ulama-ulama tafsir untuk memastikan keabsahan suatu kisah yang disandarkan dengan kisah-kisah al-Quran.

    KESIMPULAN

    Dunia masa kini telah melabelkan Islam sebagai agama yang jumud, ganas, ketinggalan zaman dan banyak lagi label-label yang yang negatif walhal Islam yang sebenar bukanlah sepertimana yang dikatakan orang-orang yang jahil mengenainya. Oleh itu, janganlah kita menambahkan derita agama ini dengan menambahkan sesuatu yang tidak ada padanya. Dalam penulisan ini, apa yang saya cuba maksudkan ialah supaya kita TIDAK MENAMBAH-NAMBAH CERITA-CERITA ISRAILIYAT SEBAGAI PENAMBAH PERISA KISAH-KISAH YANG BERASAL DARIPADA AL-QURAN.
    sos utk info lanjutan: http://iluvbadar.blogspot.com/2011/0...rang-awam.html (harap perkongsian info ni dibenarkan)

    disertakan vid utk lebih jelas:




  • #2
    Re: Kisah2 'Israiliyat'

    yg asal usul solat tu termasuk tak?

    Comment


    • #3
      Re: Kisah2 'Israiliyat'

      Originally posted by sLumsCum View Post
      yg asal usul solat tu termasuk tak?
      salam

      yang mana satu?

      tj

      Comment


      • #4
        Re: Kisah2 'Israiliyat'

        Originally posted by sLumsCum View Post
        yg asal usul solat tu termasuk tak?
        rasanya yg kisah nabi turun naik ke langit pastu mintak dikurangkan jumlah waktu solat tu ye? peristiwa besar isra' mi'raj tu rasanya.

        saya pun x arif pasal tu, nanti Tok Janggut bulih jelaskan kot. saya pun nk tau gak ni

        Comment


        • #5
          Re: Kisah2 'Israiliyat'

          bukan yg tu
          yg kononnye solat subuh nabi pertama yg solat adalah nabi adam masa diturunkan ke bumi
          pastu waktu zohor pulak ada la nabi mana pulak yg first solat. sampai la isya ada nabi - nabi yg pertama solat.
          cari kat internet semua copy paste text yg sama sebiji sebiji. dari blog persendirian sampai ke blog islamik.
          tak jumpa yg keluarkan dalil dan nas. mintak perjelasan tok janggut. kat surau - surau pun ada yg tampal.

          Comment


          • #6
            Re: Kisah2 'Israiliyat'

            Originally posted by sLumsCum View Post
            bukan yg tu
            yg kononnye solat subuh nabi pertama yg solat adalah nabi adam masa diturunkan ke bumi
            pastu waktu zohor pulak ada la nabi mana pulak yg first solat. sampai la isya ada nabi - nabi yg pertama solat.
            cari kat internet semua copy paste text yg sama sebiji sebiji. dari blog persendirian sampai ke blog islamik.
            tak jumpa yg keluarkan dalil dan nas. mintak perjelasan tok janggut. kat surau - surau pun ada yg tampal.
            salam

            copy pastekan kt sni

            tj

            Comment


            • #7
              Re: Kisah2 'Israiliyat'

              Bismillahirrahmanirrahim,
              Asal Usul Solat

              Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

              Subuh:

              Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

              Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
              Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

              Zohor:

              Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

              Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
              Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
              Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
              Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

              Asar:

              Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

              Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
              Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
              Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
              Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

              Maghrib:

              Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

              Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
              Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
              Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

              Isyak:

              Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

              Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
              Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
              Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
              Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

              Comment


              • #8
                Re: Kisah2 'Israiliyat'

                salam

                Kita kena tahu bezakan di antara kisah israilliyat dan juga hadis palsu/dhaif dan tidak berasal. Nak bezakan mudah sahaja. Biasanya kisah isralliyat nie berkenaan dengan cerita bani Israel ataupun kisah yang tidak berlaku pada zaman nabi saw. Hadis yang tidak sahih pula adalah yang dikatakan berasal dari nabi muhammad saw. Contohnya seperti di atas.

                Yang ditulis di atas bukanlah kisah israilliyat dan berkemungkinan hadis atau riwayat. tapi kalau tengok sepintas lalu kita tahu ia tidak sahih

                wallahualam
                tj

                Comment


                • #9
                  Re: Kisah2 'Israiliyat'

                  betul kata TJ , bagi sesiapa yg biasa menitik beratkan kesahihan hadis, sekali pandang saje dah tahu ini cerita tidak sahih ... lihat pada ayat dan penceritaannya pun terasa ganjil...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Kisah2 'Israiliyat'

                    aku tak fahamlah..pe maksudnye?

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kisah2 'Israiliyat'

                      antara kisah2 israiliat yg saya dapati dlm blog ni petikan dari buku " Israiliat dlm tafsir dan hadis"


                      Contoh cerita mengarut 1:


                      Dalam fasal 2 kitab Sifrut-Takwin,kononnya lepas Allah selesai cipta dunia,Ia beristirehat pada hari ke-7 untuk melepaskan penat lelah.


                      Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan;


                      "Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit & bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam 6 hari (masa),dan Kami sedikit pun tidak ditimpa kelelahan"


                      (Qaf : 38)



                      Contoh cerita mengarut 2:


                      Dalam fasal 18 pulak,menceritakan tentang penghancuran kaum Luth & kononnya Allah

                      serta 2 malaikat datang kepada Nabi Ibrahim dalam bentuk 3 laki-laki untuk

                      berbicara tentang urusan Sarah & penghancuran kaum Luth.
                      -
                      Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan yang datang berjumpa dengan Nabi Ibrahim

                      adalah malaikat (yang diutus oleh Allah), bukannya Allah!




                      Contoh cerita mengarut 3:



                      Dalam bab 19 pulak,kononnya kedua-dua puteri Nabi Luth memberinya khamr,lalu Nabi

                      Luth mabuk & menzinahi kedua-duanya kemudian mereka hamil.Anak yang dilahirkan dari

                      puterinya yang pertama dinamakan Abdul Mawabin sementara dari puterinya yang ke-2


                      dinamakan Abu Amun.





                      -
                      Tak boleh kita bayangkan,seorang Nabi melakukan perzinaan pada tingkat yang paling

                      buruk & keji.Sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan Nabi Luth sangat benci

                      terhadap perbuatan kaumnya iaitu masalah perzinaan dan segala bentuknya;



                      "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia.Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas"




                      (asy-Syu'ara : 165-166)





                      [QUOTE]

                      Contoh cerita mengarut 1:
                      diriwayatkan tentang sifat Nabi Adam,kepalanya sampai ke awan ataupun
                      langit & sampai menyondolnya hingga botaklah kepalanya.

                      Masa dia turun ke bumi,maka menangislah dia kerana akan tinggalkan syurga hingga air matanya bagaikan lautan & diantaranya kapal boleh belayar.




                      Contoh cerita mengarut 2:

                      Diriwayatkan kononnya Nabi Daud sujud kepada Allah selama 40 malam &

                      menangis terus menerus sampai tumbuh rumput sebab air matanya yang

                      mengalir.Kemudian dia melengking dengan keras & dengan itu tumbuh pula tumbuh-tumbuhan.






                      Contoh cerita mengarut 3:

                      Riwayat dari Ka'ab al-Abhar:
                      "Ketika Allah cipta 'Arsy, ia berkata: Allah tak akan cipta makhluk yang


                      lebih besar daripadaKu,kemudian jadi kuatlah
                      'Arsy itu.



                      Allah kelilingkan pada 'Arsy tu 70 ekor ular.
                      Setiap ular ada 70,000 sayap.
                      Setiap sayap ada 70,000 bulu.
                      Setiap bulu ada 70,000 muka.
                      Setiap muka ada 70,000 mulut.
                      Setiap mulut ada 70,000 lidah.

                      Setiap hari, keluar dari mulutnya bacaan tasbih sebanyak titisan air hujan sebanyak hitungan pohon & daunnya, sebanyak hitungan hari-hari didunia & sebanyak hitungan malaikat seluruhnya.
                      Maka melingkarlah ular itu pada 'Arsy, sedangkan 'Arsy itu adalah separuh tubuh ular & ia dililitkan padanya."[/QUOTE]

                      sos: blog Jom baca buku best


                      Last edited by Atmi_Raniya; 06-12-12, 04:27 PM. Reason: sorry, font dh tukar lain macam..

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kisah2 'Israiliyat'

                        Antara kisah Israilliyat yg baru aku dapat tau ialah kisah "Percintaan Nabi Yusuf dan Zulaikha".

                        Nama "Zulaikha" tidak disebut dalam al-Quran atau hadis.

                        Comment

                        Working...
                        X