Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kahwin sepupu

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kahwin sepupu

    Salam,

    Dalam islam kahwin dengan sepupu boleh ke?
    banyak baca article online yang kahwin dengan sepupu ni boleh buat kecacatan genetik..
    and setengah negara2 barat, kahwin sepupu ni taboo.. sama macam kahwin adik beradik..
    lagi satu kahwin dengan sepupu ni dia kira incest ke?

  • #2
    Re: Kahwin sepupu

    halal kawin sepupu,
    sebab dia bukan mahram kita...
    dalam keadaan berwuduk kalu tersentuh laki pompuan batal wuduk...

    i think yg genetik tuh more towards adik beradik...(kompom la haram)
    actually zaman dulu kala pon royal famili kawen adikbadik... royal family hawaii... mesir... etc...

    Comment


    • #3
      Re: Kahwin sepupu

      Kawin sepupu boleh tapi tak digalakkan - sbb kelak baka tak berkembang.

      Mmg, kalau dgn izin Allah, akan ada genetik defect kalau kawin sepupu ni. Ada kes yg agak rapat dgn aku, anak2 yg dilahirkan bisu.

      Tapi ada guideline pasal kawin sepupu ni. Bukan asal sepupu je, ko boleh kawin. Kalau aku nak explain payah sikit - mmg pening .

      Try dgr ceramah Ustaz Kazim (kalau tak silap aku).

      Comment


      • #4
        Re: Kahwin sepupu

        Originally posted by gbum View Post
        halal kawin sepupu,
        sebab dia bukan mahram kita...
        dalam keadaan berwuduk kalu tersentuh laki pompuan batal wuduk...

        i think yg genetik tuh more towards adik beradik...(kompom la haram)
        actually zaman dulu kala pon royal famili kawen adikbadik... royal family hawaii... mesir... etc...
        aah mmg royals dulu2 slalu inline breeding sbb konon2 nye nak jaga purity royal line depa tuh
        padahal hakikatnye lahirlah borderline psychotic princes/kings

        Comment


        • #5
          Re: Kahwin sepupu

          untuk rujukan boleh tengok pada senarai mahram di bawah.....selain dari mahram boleh kawen la..yang ditunjukkan dalam ni ialah mahram bagi wanita...so kalau yg lelaki tu korang tukar sendiri la...contoh sepupu lelaki tukar la jadik sepupu perempuan

          Comment


          • #6
            Re: Kahwin sepupu

            Inbreeding nama dia, kawin dari satu family yang sama,
            Trait yang bersifat setentang dengan yang normal akan jadi dominan,

            Effect dia akan nampak pada generasi yang akan lahir,
            Benda yang sama apply pada pokok dan haiwan,
            Sebab tu orang yang ternak kambing taknak kacukkan kambeng2 diorang dengan kambeng dari baka/induk yang sama,
            Nanti akan ada kemungkinan lambat besar, daging kurang, susu tak keluar,

            Orang yang buat breeding ikan, ayam, lembu, pokok durian, padi etc,
            Diorang takkan kacuk dari induk yang sama,
            Lagi jauh lagi bagus.

            Pernah ada kat kampung aku, orang kawen ngan kezen, hasilnya anak2 lambat matang,
            Rendah, gelap, lembab akademik, bukan nak mengata, cuma nak bagi contoh,
            sebab tu kalau kita tengok orang pan-asian @ mak bapak jauh/tak ada hubungan genetik ni,
            Trait/sifat pada anak adalah yang baik dari segi fizikal/mental.

            Apa-apa pon Islam tak halang kawen sepupu,
            Cuma tak digalakkan, ada siket komen dari sebelah,



            Hukum bernikah antara sepupu itu adalah sah disisi syarak dan tidak ada larangannya dalam agama.

            Perkataan yang mengatakan hukumnya tidak sah atau dilarang dalam agama adalah salah.

            Cuma Nabi saw menganjurkan berkahwin dengan bukan sepupu dengan tujuan untuk meluaskan lagi kekeluargaan bukannya maksud nabi itu dengan tidak sah.

            Ini adalah disebabkan jika kahwin dengan sepupu, kekeluargaan menjadi tidak luas dengan kerana keluarga kedua belah pihak sudah memangnya ada pertalian. Dengan mengahwini orang yang bukan sepupu maka kekeluargaan menjadi semakin berkembang dari kerana dua keluarga yang asalnya tiada pertalian jadi wujudnya pertalian dengan sebab kahwin tersebut.

            wallahua'lam

            Comment


            • #7
              Re: Kahwin sepupu

              yg tak elok kalau sekilang kata orang..

              camni maksud sekilang tu...

              abu bin ahmad...
              munah binti aziz...
              aminah binti kasim + latipah

              ahmad dan aziz dan latipah adik beradik...

              abu + munah = tak berapa elok.. sebab sekilang.. bapa depa adik beradik.. so depa share genetik sperma yang sama dari atuk budak2 ni...

              abu + aminah = ok.. sebab depa tak sekilang.. abu dari air mani ahmad.. dan aminah dari air mani kasim yang mana depa bukan sekilang...

              tu orang tua2 cerita kat aku la...

              Comment


              • #8
                Re: Kahwin sepupu

                inbreeding between cousins halal tp tak digalakkan

                sepupu share 1/8 common genetics

                kalo adek beradek 1/2

                Comment


                • #9
                  Re: Kahwin sepupu

                  carik la bakal bini bangsa lain...mesti anak pandai...

                  Comment


                  • #10
                    Carik yg bolywood ker ye tak?

                    Sent from my GT-P1000 using Rimautalk

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kahwin sepupu

                      sepupu ni rapat sangat..
                      pergaulan pon dah mcm adik badik..
                      takde nafsu langsung

                      kalo second cousin logik sikit la kot

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kahwin sepupu

                        slm,

                        sbb ni tread di BMM, jadi saya copy penjelasan dari Majlis ulama' ISMA;

                        Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…”

                        Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-

                        anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan

                        bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

                        Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang

                        mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab

                        Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

                        Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:

                        1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

                        2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

                        Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

                        Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal

                        dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini

                        menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri

                        yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada

                        keluarga terdekat. Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan

                        keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan

                        perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga

                        terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga

                        seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan

                        orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.

                        Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang

                        berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum

                        terhadap manusia.

                        Wallahu a’lam.

                        Disediakan oleh:
                        Ustaz Anwar Fakhri Omar
                        Sekretariat Majlis Ulama ISMA
                        sos:http://muis.ismaweb.net/2010/03/kahwin-sepupu/

                        Comment


                        • #13
                          Re: Kahwin sepupu

                          walau macam mana kita tolak.kalau dah jodoh tak boleh lari jugak kan.
                          sebelum kawin better buat medical check up
                          untuk tahu kalau ada yang tak sesuai dari segi genetik..
                          so dari situ buatlah keputusan

                          Comment


                          • #14
                            Re: Kahwin sepupu

                            "Soon it will be a sin for parents to have a child that carries the heavy burden of genetic disease. We are entering a world where we have to consider the quality of our children".
                            So said Bob Edwards


                            Jez quoting brah

                            Comment


                            • #15
                              Re: Kahwin sepupu

                              tu belom orang nismilan....kawen sama suku pon xboleh...tu yg oyis prust dulu tu

                              Comment

                              Working...
                              X