Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat



    Kerosakan akidah tak disedari dan terus ada dalam masyarakat, setuju atau tidak?

    Mari kita listkan..kalau ada yang tak setuju dengan senarainya, minta hujjahkan.
    1. Nak kerja kerajaan kerana pendapatan terjamin.
    2. Penyakit sembuh kerana ubat ini.
    3. Nama anak panjang sangat, dia berat bawa nama tu, sebab tu sakit saja, kena bagi gelaran pendek baru dia sihat selalu.
    4. Masa kenduri kahwin kena pastikan ada pinggan pecah walaupun satu, kalau tak, pengantin yang akan pecah bercerai.
    5. Kedai makan ini tak laku sebab tak gantung ayat seribu dinar.
    6. Jika parti yang itu menang, negara akan jatuh miskin.
    7. Meh bergambar dengan pengantin atas pelamin supaya dapat berkat cepat kamu kawin nanti.
    8. Anak kamu masuk sekolah tahfiz ye? Besar nanti dia nak makan ape?
    9. Pelaku maksiat: Tak guna aku bertaubat, dosa banyak sangat, biarlah aku terus macam ni. (Menidakkan sifat Allah Maha Pengampun)
    10. Orang yang memandang: Jangan pedulikan 'anak-anak ayam' tu, mereka dah confirm ahli neraka. (Menidakkan sifat Allah Maha Pengampun)
    11. SMS ke 10 orang, akan ada keajaiban berlaku
    12. Jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
    13. Campak baju pengantin atas bumbung supaya masa kenduri hujan tak turun.
    14. Isteri lagi tinggi dari suami, murah rezeki.
    15. Ada ular melintas jalan, akan ada musibah di depan.
    16. kalau pensel ko lagi pendek dari jari kelingking ko, tak lama lagi mak ko mati.
    17. Gatal di telapak tangan kanan tanda nak dapat duit dan gatal di telapak kiri tanda duit nak keluar.
    18. Tersedak bila makan dan minum tanda sesorang tengah mengata.
    19. bila meniarap tak boleh goyang kaki, nanti mak ayah mati cepat.
    20. Kupu-kupu masuk rumah, ada tetamu akan datang berkunjung.
    21. Jalan lalu bawah tetap sidai baju nanti hafalan hilang.
    22. Tengah mengandung, jangan bunuh binatang walaupun seekor nyamuk nanti bayi akan cacat.
    23. Orang bertunang darah tengah manis, jangan buat itu-ini, kena hati-hati selalu.


    Lagi? Sila sambung dan fikir-fikirkan..
    Last edited by el-lail; 20-03-10, 12:10 PM.

  • #2
    Re: Krosakan Akidah Tak Dsedari & Terus Ada Dlm Masykt

    24. Bunyi burung hantu, ada orang nak mati.
    25. Kalao anak dara blajar tinggi duit hantaran kena up, baru kena ngan class.

    nak komen no 8...
    adek aku 4 orang blajar kat pondok (tahfiz)...tu atas kehendak diorang sendiri, kami tak paksa...
    pastu mak2 sedare datang la kat umah tanya soalan macam no 8...
    aku tolong la jawab...dunia lening senang je nok kaya...aku sendiri buleh ajo adik2 aku berniaga...
    kadang2 fedap jugak bila ada yang sound gitu...

    Comment


    • #3
      Re: Krosakan Akidah Tak Dsedari & Terus Ada Dlm Masykt

      inilah ajaran tahyul masyarakat melayu.

      Comment


      • #4
        Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

        yg numbo satu tu mmg aku sangat lah saspek
        x kene ada kat situ

        Comment


        • #5
          Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

          "login facebook sehari dpt RM100"




          .

          Comment


          • #6
            Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

            Originally posted by chunli View Post
            "login facebook sehari dpt RM100"




            .
            hehe
            tp ekceli mende ni valid
            member wife aku penah join, n dapat
            tp hukum? sendiri mao ingat

            Comment


            • #7
              Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

              24. kalau langit senja warna merah... tanda ada anak haram lahir hari tuh...
              25. jangan tunjuk jari kat pelangi... nanti tangan kudung...

              Comment


              • #8
                Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                Originally posted by meor View Post
                yg numbo satu tu mmg aku sangat lah saspek
                x kene ada kat situ

                ini berdasarkan pemahaman aku la. maksud el-lail kat sini pendapatan as in context of rezeki.

                kita dok percaya keja gomen, pendapatan dah terjamin. keja swasta tak terjamin, bila-bila masa kena tendang.
                seolah-olah KERAJAAN yang tentukan rezeki kita.
                padahal Allah SWT yang tentukan rezeki kita. hatta kalau kita kerja gomen sekalipun, kalau Dia nak sempitkan rezeki kita, tetap gak kita susah nak idup.

                begitulah pemahaman saya tentang ini.

                Comment


                • #9
                  Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                  Originally posted by AbdullahCheng View Post
                  ini berdasarkan pemahaman aku la. maksud el-lail kat sini pendapatan as in context of rezeki.

                  kita dok percaya keja gomen, pendapatan dah terjamin. keja swasta tak terjamin, bila-bila masa kena tendang.
                  seolah-olah KERAJAAN yang tentukan rezeki kita.
                  padahal Allah SWT yang tentukan rezeki kita. hatta kalau kita kerja gomen sekalipun, kalau Dia nak sempitkan rezeki kita, tetap gak kita susah nak idup.

                  begitulah pemahaman saya tentang ini.

                  yup... aku pun bersetuju sangat dengan pendapat ko tuh...

                  tapi realitinya skang aku selalu sangat dengar perkataan tuh...

                  kerja la dengan kerajaan.... lebih terjamin dan secure...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                    26. kalau hujan panas pada hari jumaat.. ada org bujang mati..

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                      aku rase statement tu macam dah melebih2 la kot (exaggeration)
                      mmg betol rezeki tu ditentukan oleh Allah

                      tp sebab gomen susah nk buang staf, so pendapatan sentiasa tetap (kalo tak nak guna perkataan terjamin)
                      bank pon kompiden, kalo tak, takkan senang2 approve loan gomen staf

                      ada pola / pattern nya - cause n effect
                      ini bukan kes meramal nasib

                      sama macam makan ubat lah
                      aku makan ubat ni hanyalah sebagai usaha, tp Allah yg menyembuhkan
                      yg jadi salah bila yakin ubat tu yg menyembuhkan

                      n dalam konteks ni, keje dgn kerajaan sebagai usaha
                      in the end, Allah yg menentukan

                      kalo macam tu janganlah cakap, aku masok bdn tiap2 hari utk hilangkan boring
                      seolah2 bdn yg hilangkan boring, bukan Allah
                      (tapi boring jugak kahkah)

                      kalo nk ikot logik yg sama,
                      ayat ni adalah salah "utk elakkan kemalangan, pandulah berhati2"

                      so aku tak berapa nmpk kaitan nya dalam "kerosakan akidah"

                      tp numbor2 lain tu aku setuju 100% lah
                      Last edited by DatukM; 22-03-10, 09:04 AM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat



                        Mungkin ada baiknyer jugak kiter bincangkan bagaimana nak menangani permasalahan yg disenaraikan... Antara cadangan acik, banyakkan menghadiri ceramah˛ disurau˛ sekitar anda...

                        Wallahu a'lam bisshawab.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                          27, jika sedang berkasih.. diberi hadiah baju ke, kain ke.. jodoh putus ditengah jln..

                          Comment


                          • #14
                            Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                            28. kantoi SPM, kantoi masa depan.
                            29. kita beribadat kerana ganjaran, fadhilat, pahala dan syurga.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Kerosakan Akidah Tidak Disedari & Terus Ada Dalam Masyarakat

                              30, keje kilang, bakal mertua kurang yakin dgn kita..
                              31, anak peneroka felda=jahat..isap dadah..

                              Comment

                              Working...
                              X