Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kenali Asas-asas Agama Kristian

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kenali Asas-asas Agama Kristian

    Dikenali juga sebagai agama Nasrani. Dibawa oleh Jesus Christ (Nabi Isa) lebih kurang 2000 tahun yang lampau. Kitab suci Kristian adalah Bible yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).[FONT=&quot]

    Old Testament (Perjanjian Lama) ini juga berisi kitab Taurat dan Zabur, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Musa dan Nabi Daud. Kitab ini menjadi kitab suci bagi orang-orang Yahudi (Jew/ Jewish). Namun begitu orang-orang Yahudi menolak sama sekali New Testament (Perjanjian Baru).

    New Testament (Perjanjian Baru) turut mengandungi kitab Injil, yang asalnya diturunkan Tuhan kepada Nabi Isa (Jesus). Yahudi menolak New Testament kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai seorang nabi, sebagaimana orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Namun begitu Kristian menerima Old Testament dan menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali sebagai Bible pada hari ini.

    Orang-orang Kristian percaya yang Bible diturunkan secara ilham, bukannya secara bunyi huruf demi huruf sebagaimana ayat-ayat suci Al Quran. Sebab itulah Bible zaman dahulu tidak sama penulisannya dengan Bible yang ada hari ini malah berbeza-beza pula mengikut suasana dan tempat. Ini berbeza sekali dengan Al Quran yang masih sama penulisan dan isi kandungannya sejak 1400 tahun yang lalu.

    Di antara ajaran terpenting (paling asas) dalam Kristian yang mesti di terima secara mutlak- tidak boleh dipersoalkan lagi adalah konsep Triniti. Konsep Triniti ini bermaksud tiga Tuhan dalam satu iaitu Tuhan Bapa (God/ Father), Roh Kudus (Holy Spirit) dan Jesus Christ (Nabi Isa) bersatu dalam satu gabungan sebagai Tuhan. Ada juga yang memasukkan Maria (Mariam) ibu Jesus ke dalam Triniti.

    Jesus merupakan Anak Tuhan. Dia mempunyai dua keadaan iaitu badan kemanusiaan Jesus dan badan ketuhanan Jesus. Dia diutus ke dunia ini oleh Bapanya (Tuhan) untuk menebus segala dosa manusia. Untuk itu dia mesti dibunuh dan telah pun dibunuh dengan cara disalib. Maka dosa-dosa manusia pun tertebus.

    ‘Dosa waris’ juga menjadi ajaran asas, iaitu semua manusia mewarisi dosa daripada Nabi Adam dan Hawa (Eve) yang pernah melanggar perintah Tuhan. Dosa waris ini terhapus dengan penyaliban Jesus.

    Ajaran-ajaran asas atau persoalan-persoalan pokok dalam agama Kristian ini semuanya mesti diterima secara mutlak, iaitu tidak boleh dipersoalkan lagi sama ada benar atau tidak. Barang siapa yang mempersoalkan salah satu daripada persoalan-persoalan pokok ini (atau tidak percaya salah satu daripadanya) maka menurut kebanyakan pendeta, dia bukanlah seorang Kristian lagi.

    Dalam erti kata lain, semua inilah prinsip-prinsip asas aqidah agama Kristian. Sekiranya rosak salah satu sahaja daripada prinsip-prinsip kepercayaan ini maka rosaklah seluruh agama Kristian tersebut walau sebaik manapun umatnya. Sebaliknya, jika betullah semua prinsip-prinsip asas ini maka betullah seluruh agama Kristian itu walau serosak manapun umatnya. Ini kerana yang rosak adalah umat, bukan agama itu sendiri.

    Umat Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan aliran. Dua mazhab terbesar adalah Roman Khatolik dan Protestan yang saling bermusuhan hingga mengakibatkan pertumpahan darah sehinggalah ke hari ini. Ketua seluruh umat Kristian Roman Katholik bergelar Pope yang tinggal di bandaraya suci Kristian iaitu di Vatican City, negara terkecil di dunia yang terletak di Eropah.

    Umat Kristian dan Yahudi menolak Nabi Muhammad kerana bagi mereka para nabi (utusan Tuhan) itu mestilah lahir dalam kalangan Bani Israil sahaja. Nabi Muhammad lahir daripada keturunan Arab (bukan Bani Israil), maka langsung tidak layak menjadi utusan Tuhan melainkan seorang pembohong.

    TAJDIDSEGAR @ ABU ZULFIQAR @ ALEXANDERWATHERN
    Last edited by CupidOfLuv; 23-10-09, 08:42 AM. Reason: url removed

  • #2
    Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

    Tak semua mazhab dalam agama Kristian terima konsep triniti. Triniti adalah konsep dari mazhab Katholik (Vatican), dianggap konsep yang betul berdasarkan beberapa ayat dalam Bible yang menjadi klu tentang konsep ini. Triniti tak pernah disebut dalam Bible secara langsung, jadi apabila ia dicipta, menyumbang kepada perpecahan Kristianiti kepada Katholisism dan Protestant. Isaac Newton, contohnya, tidak percaya kepada konsep Triniti. Walaupun sebagai seorang Kristian dia percaya Jesus adalah Anak Tuhan (Tuhan Anak), beliau berpendapat baginda tidak layak disembah sebagaimana Tuhan Bapa.

    Banyak pecahan lain dibawah mazhab Protestant, seperti dalam Islam ada golongan Sunnah dan Shiah, dibawah Sunnah ada lagi sub-mazhabnya, bawah Shiah ada sub-mazhab; sama kepada Kristianiti terutamanya Protestant.

    Satu lagi aliran yang akidahnya sama dengan Kristianiti ialah Messianic Jew. Mereka adalah Yahudi yang percaya bahawa Nabi Isa adalah al-Masih, tetapi menolak sebahagian besar ajaran Kristian. Mereka juga menolak Triniti.

    Hanya golongan Katholik saja yang iktiraf Pope sebagai wakil Tuhan dibumi. Bagi mazhab - mazhab Protestant, Pope tiada makna.

    Berlainan dari apa yang ditulis diatas, sepengetahuan aku, ada golongan Kristian yang menganggap Bible tidak perlu diterima secara literal (biasanya golongan Protestant). Syarat asas menjadi seorang Kristian ialah mengakui Nabi Isa adalah anak Tuhan dan "penyelamat" (saviour). Beberapa mazhab mewajibkan baptism. Mempercayai Bible secara literal atau tidak bergantung kepada mazhab. Ada golongan yang percaya peristiwa Bahtera Nabi Nuh bukan benar - benar terjadi, tetapi sekadar cerita yang perlu untuk moral disebaliknya.

    Old Testament bukan sahaja terdiri daripada Zabur dan Taurat. Taurat sahaja mengandungi 5 buku. Banyak buku - buku lain turut dimasukkan, terutama yang pernah digunakan oleh Nabi Isa ketika mengajar. New Testament juga terdiri daripada pelbagai buku, merangkumi Injil (Gospel). Bagi kedua - dua Old dan New Testament, ada buku yang diterima masuk sebagai sebahagian Bible, ada yang tidak; mengikut mazhab. Senarai penuh.

    Bible tidak ditulis oleh seorang penulis, tetapi ramai, setiap seorang dianggap diberi ilham oleh ruhul-qudus.

    Dalam agama Kristian, Nabi Muhammad bukan ditolak atas dasar baginda bukan orang Yahudi (gentile). Penolakan atas sebab ini hanya dilakukan oleh golongan beragama Yahudi. Bagi orang Kristian, Nabi Muhammad ditolak hanya atas sebab, didalam Bible (melalui pemahaman mereka), tidak ada ramalan tentang kedatangan baginda. Hujahan balas mereka kepada golongan Muslim yang mengatakan wujudnya ramalan tersebut biasanya dibalas dengan mengatakan ramalan tersebut tidak merujuk kepada Nabi Muhammad, sebaliknya kepada Ruhul-Qudus.

    Kebanyakan penganut Kristian percaya undang - undang didalam Old Testament tidak lagi perlu untuk dipatuhi kerana dengan New Testament, semua perkara didalam Old Testament dianggap sudah dipenuhi (fulfilled). Tetapi menurut mereka, Nabi Isa pernah berkata jika mereka sayangkan baginda, mereka boleh mengikuti peraturan Old Testament.

    Kebanyakan hujahan dari golongan Muslim dan lain - lain yang cuba membuktikan golongan Kristian salah dalam pelbagai hal, biasanya menggunakan ayat - ayat dari Old Testament, yang mana mereka biasanya ketepikan dengan sekadar berkata "itu cerita lama".

    Kerana itu mereka contohnya, tidak lagi merejam penzina, pada mereka Nabi Isa membatalkan hukuman tersebut dengan berkata, barangsiapa yang tiada dosa, jadilah orang pertama untuk merejam; sedangkan apa yang baginda maksudkan disitu hanyalah sebagai cabaran kepada Yahudi ketika itu yang begitu ghairah menghukum. Ironinya, orang Kristian tidak pula membunuh mereka yang berkasar terhadap ibu-bapa sedangkan Nabi Isa ada berkata demikian. Seperti biasa juga, hujahan balas mereka ialah jika diajukan perkara ini ialah "ia dipetik diluar konteks".

    Lambakan maklumat didalam agama Kristian, pada aku, adalah cubaan untuk mengaburi mata khalayak yang berusaha mengenal pasti kebenaran hakiki. Dalam hal Bible sahaja, kita mula mempertikai kenapa buku ini ada dalam mazhab ini, tetapi tidak yang lain? Kenapa mazhab ini percaya Trinity, tetapi tidak yang lain? Kenapa mazhab ini mengambil Mariam sebagai sebahagian dari Trinity dan bukan Ruhul Qudus? Kenapa berbeza pula dengan mazhab lain? Kenapa ada mazhab yang tiada triniti?

    Semua lambakan maklumat ini mengelirukan, sedangkan, kebenaran yang mutlak tidak sepatutnya mengelirukan! Yang anehnya, ada juga yang tak faham dengan kenyataan mudah ni.

    Comment


    • #3
      Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

      Originally posted by Pendeta View Post

      Dalam agama Kristian, Nabi Muhammad bukan ditolak atas dasar baginda bukan orang Yahudi (gentile). Penolakan atas sebab ini hanya dilakukan oleh golongan beragama Yahudi. Bagi orang Kristian, Nabi Muhammad ditolak hanya atas sebab, didalam Bible (melalui pemahaman mereka), tidak ada ramalan tentang kedatangan baginda. Hujahan balas mereka kepada golongan Muslim yang mengatakan wujudnya ramalan tersebut biasanya dibalas dengan mengatakan ramalan tersebut tidak merujuk kepada Nabi Muhammad, sebaliknya kepada Ruhul-Qudus.

      aku nk tambah sket skadar info...

      dalam bible ada menyebut perkataan "muhammad" secara jelas ttp dikelirukan semasa mengubah bahasa dari Hebrew ke Inggeris...

      Dalam Old Testament...Song Of Solomon 5:16 ada menyebut perkataan "muhammadim" dalam bahasa Hebrew...muhammadim=im refer to plural of respect...tetapi perkataan "muhammadim" ni ditukar kepada "lovely together" dalam bahasa Inggeris...

      skadar info...

      Comment


      • #4
        Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

        SINI pun ada gak.....


        aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah
        dan
        aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah

        Comment


        • #5
          Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

          Terima kasih Kav3330 atas maklumat tersebut. : )

          Comment


          • #6
            Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

            Bagus artikel tu Razzol. Saya memang minat dengan perbandingan agama ni, dapat mengukuhkan keimanan sendiri dan kawan-kawan. Saya ada sebuah blog ilmu perbandingan agama di -url deleted- Jika ada kelapangan jemput-jemputlah sesekali berziarah.
            Last edited by CupidOfLuv; 23-10-09, 08:40 AM. Reason: outside linkage removed

            Comment


            • #7
              Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

              Seperkara lagi, Bible bukan Kitab Suci, tetapi Bible adalah satu buku untuk membentuk Kerohanian pengikut Jesus agar sentiasa beriman kepada ajaran Jesus dan mengenali penciptanya iaitu Allah. Kerana itu,ia telah ditulis oleh orang yang benar-benar telah diurapi oleh Ruhul Kudus.

              Comment


              • #8
                Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                Originally posted by Anis02 View Post
                Seperkara lagi, Bible bukan Kitab Suci, tetapi Bible adalah satu buku untuk membentuk Kerohanian pengikut Jesus agar sentiasa beriman kepada ajaran Jesus dan mengenali penciptanya iaitu Allah. Kerana itu,ia telah ditulis oleh orang yang benar-benar telah diurapi oleh Ruhul Kudus.
                Ini di kalangan orang kristian sendiri berbeza pendapat sama ada bible kitab suci atau sekadar satu buku "sufi" dan panduan kerohanian. Tetapi kebanyakan mereka berpandangan (esp dari roman khatolik) bahawa bible adalah kitab suci (dinamakan holy bible) sebagai panduan untuk mereka.

                Tetapi apa pun pandangan mereka, kita berpengan ajaran nabi Isa adalah ajaran Tauhid (Mengesakan) Allah sebagaimana nabi-nabi yang terdahulu.

                wallahualam
                tj

                Comment


                • #9
                  Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                  Saya diberitahu oleh rakan yg ada mengambil pengajian Bible, ada sebuah kitab Bible yg digelar Bernaba/Barnaba masih disimpan di Vatican. Diberitakan Bernaba adalah salinan Injil yg asal, yg mengandungi nama Rasulullulah SAW tapi telah dihitamkan. Harap dapat diulas mengenainya.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                    Saya tidak sempat cari semula bahan rujukan. Ringkasnya, Injil Barnabas bukanlah Injil sebenar tapi salah satu Gospel yang diberi nafas Islami ketika Islam memerintah Sepanyol. Samalah macam hikayat-hikayat Melayu zaman HIndu-BUddha dulu, apabila Islam datang, beberapa bahagian isinya diselitkan unsur-unsur Islam. Panjang cerita tentang Injil Barnabas ni.

                    Ringkas cerita- jangan jadika Injil Barnabas sebagai hujah apabila berdepan dengan orang kristian, mereka ada hujah2 yang baik untuk menolaknya. Ini pengalaman saya berhujah dengan mereka.

                    Wallahualam.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                      setahu aku kitab bible tu sesuai tuk mengubat hati(mcm kitab2 tasauf kite lah)...tp x bleh nk dijadikan panduan tuk menjdi khalifah dimukabumi ni(psl x de hukum hakam)...so Al-Quran adalah kitab yg merangkumi semua kitab2 terdahulu malah lebih agung sbb dijanji oleh Allah akan dipelihara hingga kiamat..(slh betulkan ye)

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                        islam menerima nabi isa dan nabi sblumnya sebagai nabi DAN RASUL. TETAPI kristian tidak mengiktiraf muhammmad sbg rasul kerana kesombongan mereka enggan menerima rasul selain dari kaum mereka (iaitu bani israil). Yesus anda (kristian) bukan Isa kami.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                          sini Bincang Muslimin dan Muslimah bukan Bincang kristian.

                          sebarang kemusykilan tentang agama kristian, tak sesuai diajukan disini.

                          wassalam.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                            Ini semua jawapan yg menyesatkan..

                            harap mod segera padamkan.. sebelum ramai yg terkeliru.. menyangkakan ianya jawapan sebenar.

                            mengapa tidak di 'ban' user anis ni? sudah nyata dia ni menyesatkan.. dan cuba nak menyesatkan ramai lagi.. bersamanya.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Kenali Asas-asas Agama Kristian

                              Salam,

                              Kepada Morpheuzneo, jgn la melenting mcm kucing ditarik ekornya.
                              Nagaku tu yg bertanya..abis dia yg tidak fhm apa yg berjela-jela ditulis,
                              jd saya cuma terangkan je....abis tu, dah macam tu faktanya. Saya pun
                              tak de masa nak promote agama lain disini la...

                              Lg pun saya pun mmg tak tau apa tu Nur Muhamamd,dan saya pun tidak berikan apa-apa komen pun pasal perkara yg di luar pengetahuan saya.

                              Heran juga kalau jawapan macam itu pun awk nak rasa gegorrr sgtt....


                              apa daaa.....maaf la yea kalau awk dah rasa saya ni pengegor
                              arena islam dlm diri awk tu...






                              Comment

                              Working...
                              X