Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

    Kelebihan Berpuasa

    Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:

    * Puasa mendekatkan diri dengan Allah:

    Allah berfirman :
    Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

    * Puasa mengawal syahawat:

    Nabi SAW bersabda:
    Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

    * Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:

    Nabi SAW bersabda:
    Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

    Nabi SAW bersabda:
    Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

    * Puasa menjanjikan syurga:

    Dari Abi Umamah, beliau berkata:
    Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]

    ——

    Kelebihan bulan Ramadhan akan menyusul dalam pos yang akan datang.

    wassalam.
    Last edited by trew; 19-08-09, 08:01 AM.

  • #2
    Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

    Kelebihan Bulan Ramadhan

    Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul SAW telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:

    * Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:

    Allah berfirman :
    Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]

    * Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:

    Allah berfirman:
    Maksudnya: “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr: 1-3]

    * Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka:

    Nabi SAW bersabda:
    Maksudnya: “Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079]

    —–

    Kelebihan bahagian akhir akan bersambung dengan Kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan.

    wassalam.

    Comment

    • #3
      Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

      Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadhan

      * Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa:

      Nabi SAW bersabda:
      Maksudnya: “Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

      * Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan syurga:

      Nabi SAW bersabda:
      Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga” [HR Al-Bukhari : 2637]

      ——

      waALLAHu’alam.

      wassalam.

      Comment

      • #4
        Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

        Originally posted by trew View Post
        Kelebihan Bulan Ramadhan

        Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul SAW telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:

        * Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:

        Allah berfirman :
        Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]

        * Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:

        Allah berfirman:
        Maksudnya: “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr: 1-3]

        * Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka:

        Nabi SAW bersabda:
        Maksudnya: “Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079]

        —–

        Kelebihan bahagian akhir akan bersambung dengan Kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan.

        wassalam.

        Persoalan dari saya.

        Betul ke ada tempat dimana waktu puasa nya agak pendek? Saya pernah dengar komen apabila musim puasa, kalangan muslim ada yang lebih suka keluar malaysia berpuasa tempat orang. Konon nya tak payah susah2 puasa di waktu yang panjang.

        Jadi, kalau ikut niat macam itu apa hukum nya? berdosa ke?

        Comment

        • #5
          Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

          Originally posted by NurKekal View Post

          musim panas siangnya lebih panjang... musim sejuk siang pendek. kalau kat US dgn eropah, nak masuk musim sejuk dah ni

          kalau bermusafir sepatutnya tak puasa pun boleh... tapi wajib diganti la.

          bila melibatkan niat ni hukumnya kita serah kat ALLAH.

          tapi cuba baca topik puasa yang satu lagi yg kak humairah buka... keikhlasan boleh dipertikaikan jika betul niat mcm tu... bila tak ikhlas, mcm mana nak harap puasa diterima ALLAH. kalau niat mcm tu, cuba tanya balik, dia puasa untuk apa?

          waALLAHu'alam.

          wassalam.

          Comment

          • #6
            Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

            Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

            Kak Humairah post tentang Cabang Iman ke?

            Comment

            • #7
              Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

              Pagi tadi saya dengar siaran al-zikrah, Ustaz Wan Sohor kata sampai hari ini maíz ada soalan tentang perbuatan apa yang akan membatal puasa. Jadi dia sempat kongsi 15 perbuatan yang tidak membatal puasa. Saya dah catit tetapi tak pandai susun ayat untuk terangkan. Jadi saya cari kat website dan jumpa ini. http://www.abuanasmadani.com/?p=401
              Seperti juga apa yang saya dengar, harap dapat membantu mana yang musykil.

              Perkara-perkara yang membatalkan puasa sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama’ berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara;
              1) Makan,
              2) Minum,
              3) Jima’.

              Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud: “…Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam…”. [Al-Baqarah:187].

              4) Haid dan Nifas.
              Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw: “Bukankah perempuan itu apabila mereka haid, tidak bersolat dan tidak berpuasa…”. [Bukhari: 304, Muslim: 79].

              Di bawah ini ialah ringkasan dan kesimpulan yang dibuat oleh penulis;
              1- Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.

              2- Ulama’ semasa berbeza pendapat tentang “Bakhkhah ar-Rabwu” (penyembur gas untuk penyakit lelah). Pendapat yang paling hampir dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.

              3- Pil yang diletakkan di bawah lidah bagi pesakit jantung, yang dihisap secara terus dan tidak masuk ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa.

              4- Alat yang dimasukkan ke dalam ma’idah (usus) untuk mengesan penyakit juga tidak membatalkan puasa. Kecuali jika diletak ubat/minyak pada alat tersebut maka ia boleh membatalkan puasa.

              5- Ulama’ semasa juga berbeza pendapat tentang ubat titis ke dalam hidung. Ada yang mengatakan tidak batal, tetapi majoriti mengatakan batal. Pendapat yang paling hampir dekat dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.

              6- Gas oksigen tidak membatalkan puasa kerana ia hanyalah angin/udara yang tidak terdapat anasir lain di dalamnya.

              7- Begitu juga gas yang disedut melalui hidung, hukumnya sama dengan penyembur lelah (no. 2).

              8- Bius setempat tidak membatalkan puasa. Manakala bius penuh sepanjang hari membatalkan puasa tetapi sekiranya pesakit tersedar dan masih berbaki waktu puasa hari tersebut tidak batal puasanya.

              9- Ubat titis ke dalam telinga juga tidak membatalkan puasa kerana rongganya tidak bersambung dengan “Jauf”.

              10- Ubat titis mata, mengikut majoriti ulama’ semasa, tidak membatalkan puasa.

              11- Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa.

              12- Memasukkan air dan benda yang boleh mengenyangkan seperti glukos ke dalam urat, mengikut majoriti ulama’ semasa adalah membatalkan puasa.

              13- Melumur minyak, losyen dan sebagainya pada kulit, tidak membatalkan puasa.

              14- Memasukkan alat seperti kamera, untuk mengesan penyakit ke dalam urat/saluran jantung adalah tidak membatalkan puasa.

              15- Begitu juga memasukkan alat ke dalam perut untuk mengesan penyakit, tidak membatalkan puasa. Tetapi sekiranya sampai kepada “Ma’idah” (usus), boleh membatalkan puasa.

              16- Dialisis (mencuci darah) yang mengandungi ubat-ubat yang boleh mengenyangkan atau memberi kekuatan boleh membatalkan puasa, sebaliknya kalau setakat membersihkan darah tanpa ubat-ubatan tidak membatalkan.

              17- Menggunakan cecair/sabun pencuci alat sulit wanita tidak membatalkan puasa.

              18- Memasukkan ubat ke dalam dubur untuk penyakit bawasir atau mengurangkan kepanasan suhu badan tidak membatalkan puasa, kerana ia tidak sampai kepada ma’idah.

              19- Memasukkan alat pengesan penyakit atau ubat melalui lubang zakar tidak membatalkan puasa.

              20- Menderma (mengambil) darah. Terdapat khilaf yang begitu besar dikalangan ulama’, tetapi pendapat yang lebih kuatnya tidak batal kerana dikiaskan kepada berbekam.

              21- Begitu juga mengambil sedikit darah untuk ujian pemeriksaan tidak membatalkan puasa.

              Comment

              • #8
                Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

                Perkara di bawah kalau dibuat pada bulan puasa akan menjadi Makruh....berlain pendapat saya dapat dari kalangan teman.

                Korek hidung dan telinga, gosok gigi dan berkumur dengan air atau listerine ...i wonder why?

                Comment

                • #9
                  Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

                  korek hidung dan telinga tu karut la... gosok gigi dan berkumur mungkin boleh berdalilkan dengan suruhan nabi SAW supaya berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan bersungguh2 kecuali ketika berpuasa.

                  Makruh adalah penetapan dlm syariah, maka memerlukan sama ada dalil drpd al-Quran, as-Sunnah, ijma' atau sekurang2nya ijtihad atau qias daripada ulama'.

                  kalau berdasarkan logik akal, tak boleh menetapkan sesuatu makruh.

                  waALLAHu'alam.

                  wassalam.

                  Comment

                  • #10

                    a..ah...itu la...tapi dont be surprise....selama saya Islam, saya dinasihati sebegitu and ramai juga berpendapat korek telinga is makruh. Bila saya tanya pasal ape, mereka tak boleh jawab.

                    Saya refer quran hanya sebut menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh je.

                    p/s: kenapa merokok tak boleh? bukan sumber makanan kan? bila saya tanya....jawapan saya dapat "kerana memasuk sesuatu ke dalam rongga?"

                    Comment

                    • #11

                      Apa yang trew kata tu betul. Cuma bila bab merokok, sebba mmg dah haram. jadi puasa atau tidak mmg tak boleh hisap.

                      tj

                      Comment

                      • #12
                        Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

                        http://www.jais.net.my/ramadhan/batalpuasa.php

                        Tolong terangkan definasi yang sebenarnya tentang - Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

                        Mengapa saya dapat berbeza pendapat? saya keliru yang amat la...

                        p/s: maaf la kalau tidak berkenaan dengan topik.
                        Last edited by NurKekal; 15-09-09, 04:03 PM.

                        Comment

                        • #13
                          Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

                          Originally posted by NurKekal View Post
                          http://www.jais.net.my/ramadhan/batalpuasa.php

                          Tolong terangkan definasi yang sebenarnya tentang - Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.

                          Mengapa saya dapat berbeza pendapat? saya keliru yang amat la...

                          p/s: maaf la kalau tidak berkenaan dengan topik.
                          Apa yang awak faham dalam "Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.". Explain kat sini mungkin kita boleh betulkan

                          tj

                          Comment

                          • #14
                            Re: Kelebihan: berpuasa, bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Ramadhan

                            Originally posted by Tok Janggut View Post
                            Apa yang awak faham dalam "Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.". Explain kat sini mungkin kita boleh betulkan

                            tj
                            Thanks TJ for your time.

                            Ini saya punya kefahaman....

                            Rongga = lubang

                            So, selama ini saya faham apa2 yang masuk "lubang" akan batal puasa....tetapi tahun ini, berbagai informasi saya dapat berlainan dengan kefahaman saya pulak...semakin saya bincang...semakin keliru...semalam saya tanya ustazah saya, dan dia pun kata korek hidung tak batal kalau kat luar sahaja sebab kat luar tu is "isi" bukan tulang....tetapi korek telinga memang akan batal....dia sebut something pasal mana yang lebih "berat" ikut supaya selamat...saya fikir saya faham kot.

                            then, saya jumpa ini pulak semalam..........................................

                            http://www.zaharuddin.net/content/view/595/72/

                            2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
                            Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
                            Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

                            p/s: persoalan saya sekarang pulak....kenapa perkara yang begitu mudah boleh ada 2 pendapat?

                            Comment

                            • #15

                              Perkara yang sebegitu mudah memang akan dapat banyak pendapat kerana kadang-kadang syarak tidak mengkhususkan sesuatu perkara itu untuk ia diperbincangkan lanjut. kadang kita nak balik raya pun berbeza pendapat antara suami dan isteri kan.

                              Ok berbalik kepada persoalan, awak pegang kepada pendapat ni secara mudahnya: Apa sahaja yang boleh masuk ke dalam badan dan menyebabkan kenyang atau boleh menjadikan kenyang, maka batallah puasa dari mana-mana rongga sekalipun.

                              Jadi masuk ke dalam perut dari mulut untuk makan adalah obvious.
                              tapi sekarang ni ada teknologi lain untuk memasukkan makanan ke dalam anggota badan. Contohnya drip di hospital, atau ubatan ikut dubur kaedah2 lain. Kalau semua perkara ini boleh sampai ke perut sehingga MUNGKIN boleh memberi kenyang atau makan kepada si yang puasa, maka batallah puasanya.

                              Otherwise, tak menjadi masalah. sebab tu kalau setakat korek hidung, telinga, ataupun beristinjak (air kencing atau besar) atau injection yang tidak sampai ke perut dll tidak lah menjadi puasa itu batal.

                              TETAPI, kalau dah sakit tu, tak perlula puasa.

                              Wallahualam
                              tj

                              Comment

                              Working...
                              X