Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kenapa manusia perlukan tuhan ?

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kenapa manusia perlukan tuhan ?

    salam..

    mohon laluan perbincangan...sy perlukan sapa leh kembangkan topik ini atau ada panduan yang berguna utk memandu manusia agar bertuhan..

    kalau ikutkan kita tak dpt nak berkeseorangan kerana kita lemah dan perlukan perlindungan/kekuatan iaitu tuhan..

    dan perlukan panduan untuk hidup dan apakah tujuan kehidupan kita..iaitu agama...

    ok sila sama bincangkan kalau sapa2 ada tips lagi ok

  • #2
    Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

    manusia tu lemah dan perlukan yg maha kuasa utk memohon pertolongan..

    Comment

    • #3
      Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

      Manusia dicipta Tuhan. Mereka bernafas dan mendapat rezeki yang hanya dari Allah semua itu datang. Tiada pilihan untuk hidup melainkan taat dan perlu pada sang Pencipta. Kepada yang ingkar balasan akan disediakan.

      Comment

      • #4
        Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

        manusia itu kuat dgn potensinya sbb tu dipilih sbg khalifah untuk mentadbir bumi
        namun manusia boleh tewas dgn nafsu serta tipu daya syaitan, sbb itu mereka perlu taat pada peraturan tuhan.....

        sbg khalifah bumi kita sgt kuat dan hebat...tp dibanding dgn kekuasaan tuhan kita hanya hamba.....ibarat hamba abdi apa la sgt kan? jadi jgn la lawan tokey...kena la sedar diri......

        itu la kita semua...hebat tp Allah pula MAHA MAHA MAHA HEBAT.....

        p/s; kerana melaksanakan peranan yg besar dan berat la kita perlukan TUHAN....ALLAH cipta bumi , manusia dan segala kehidupan....pastilah ALLAH jua yg tahu peraturan yang terbaik buat makhluknya.

        Kita diberi pilihan- melaksanakan amanah yg diberi sebaiknya atau abaikan dengan mengikut hawa nafsu dibantu telunjuk syaitan

        Jika kita taat- ia tidak menambah kekuasan Allah...dan andai kita ingkar ia tidak pernah mengurangi kekuasaan Allah...sebaliknya kerana Maha ADIL Allah kita dibalas atas apa yg kita usahakan.....so pilihan ditgn kita....tiada paksaan pun.....sbb tu kita perlu memohon petunjuk kepada Allah supaya dapat melaksanakan amanah sebaiknya- berjaya:syurga , gagal; neraka, kalau ditanya pada sesiapa pun manusia yg waras tiada yang ingin gagal.....baik didunia mahupun akhirat.....itu la fitrah hati kita.....TAAT pada ALLAH...tapi kuatnya godaan duniawi menghanyutkan byk insan......

        WA
        Last edited by Humairah; 31-07-09, 10:29 AM.

        Comment

        • #5
          Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

          tu die, orang dari Cairo dah bukak topik..

          korang jawab betui2 ye... jangan memandai buat facts..
          karang die panggil ulama' cairo karang..

          pasal topik nieh (ekceli aku da slalu dengar da topik ni)..

          emmmm... sori r aku tak tau nak menyumbang ape pada diskusi ni..

          tanpa Tuhan, sapelah kite....

          Comment

          • #6
            Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

            Kenapa manusia perlukan Tuhan?... Adakah Tuhan memerlukan manusia?... dan adakah kedua˛nya saling memerlukan?...

            Byk persoalan yg boleh dikupas menerusi pertanyaan saudara nie... cuma acik fokus pada persoalan saudara yg bertaip "Kenapa manusia perlu kpd Tuhan?"...

            Pendapat acik menerusi apa yg pernah acik baca dan fahami... manusia memerlukan kpd petunjuk didlm hidupnya sebenarnyer... Seperti bak kata Humairah tadi,
            Originally posted by Humairah
            Jika kita taat- ia tidak menambah kekuasan Allah...dan andai kita ingkar ia tidak pernah mengurangi kekuasaan Allah...sebaliknya kerana Maha ADIL Allah kita dibalas atas apa yg kita usahakan.....so pilihan ditgn kita....
            Sewaktu kiter lahir didunia ini, sudah pasti kiter memerlukan petunjuk dari ibu bapa kiter utk menjaga kiter... mendidik kiter menjadi org yg berguna... tanpa kedua ibu bapa mungkin kiter akan jadi bukan manusia... sebaliknyer... hang pikiaq ler sendirik...

            Sebab itu manusia ini memerlukan petunjuk dlm hidupnyer... mcm kenderaan yg memerlukan dirinyer utk diservis selalu oleh tuannyer... maka begitu jugaklah dgn diri kiter ini... tanpa petunjuk ke arah mana kiter akan pergi dan kepada siapa kiter akan kembali akan menyebabkan hidup jadi tak tenteram... jadi lintang pukang dan seakan ada yg tak kena...

            Itulah sebabnyer kiter memerlukan Allah yg menurunkan Al-Qur'an utk kiter baca sebagai panduan dan menurunkan pulak seorang kekasih yg begitu amat belas kasihan terhadap umatnyer yg masih lagi alpa dan leka... Siapa berani mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan petunjuk dan panduan dari Allah?

            Wallahu a'lam bisshawab.

            Comment

            • #7
              Kenapa manusia perlukan tuhan ?

              Originally posted by manjacat View Post
              tu die, orang dari Cairo dah bukak topik..

              korang jawab betui2 ye... jangan memandai buat facts..
              karang die panggil ulama' cairo karang..

              pasal topik nieh (ekceli aku da slalu dengar da topik ni)..

              emmmm... sori r aku tak tau nak menyumbang ape pada diskusi ni..

              tanpa Tuhan, sapelah kite....
              ini sekadar untuk perbincangan utk mencari idea...tade tembok pemisah bg sy..cuma bagi memandu mereka untuk mendekat diri dengan bertuhan.

              Ramai masyarakat hari ini dirundung masalah, banyak tekanan hidup, kecewa dengan hidup dan mereka merasakan hidup keseorangan dan Tuhan tidak mengambil endah diri mereka. Namun sebaliknya Allah maha pengampun Maha penyayang dan sentiasa sayang kepada hambanya.

              luahkan apa yg terbuku..mungkin kita pernah ada pengalaman atau berkawan dengan mereka yang sedang mencari hidup bertuhan...skrg ni macam2 ada..

              ada yang bertuhan tanpa agama...mungkin sbb belum ketermui agama yang sempurna..sbb itulah ribuan agama ada atas dunia ni..kita perlukan penghujahan yang logik bagi nak hadapi situasi ini..

              ada juga yang tidak bertuhan dan menganggap semua itu semulajadi dan tiada qada` dan qadar..

              takpe jawab jerk apa2 tak kisah..kita dianugerahi fikiran..bila disatukan akan jadi kesempurnaan..

              Originally posted by fosilmitra View Post

              Kenapa manusia perlukan Tuhan?... Adakah Tuhan memerlukan manusia?... dan adakah kedua˛nya saling memerlukan?...

              Byk persoalan yg boleh dikupas menerusi pertanyaan saudara nie... cuma acik fokus pada persoalan saudara yg bertaip "Kenapa manusia perlu kpd Tuhan?"...

              Pendapat acik menerusi apa yg pernah acik baca dan fahami... manusia memerlukan kpd petunjuk didlm hidupnya sebenarnyer... Seperti bak kata Humairah tadi,

              Sewaktu kiter lahir didunia ini, sudah pasti kiter memerlukan petunjuk dari ibu bapa kiter utk menjaga kiter... mendidik kiter menjadi org yg berguna... tanpa kedua ibu bapa mungkin kiter akan jadi bukan manusia... sebaliknyer... hang pikiaq ler sendirik...

              Sebab itu manusia ini memerlukan petunjuk dlm hidupnyer... mcm kenderaan yg memerlukan dirinyer utk diservis selalu oleh tuannyer... maka begitu jugaklah dgn diri kiter ini... tanpa petunjuk ke arah mana kiter akan pergi dan kepada siapa kiter akan kembali akan menyebabkan hidup jadi tak tenteram... jadi lintang pukang dan seakan ada yg tak kena...

              Itulah sebabnyer kiter memerlukan Allah yg menurunkan Al-Qur'an utk kiter baca sebagai panduan dan menurunkan pulak seorang kekasih yg begitu amat belas kasihan terhadap umatnyer yg masih lagi alpa dan leka... Siapa berani mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan petunjuk dan panduan dari Allah?

              Wallahu a'lam bisshawab.
              ok sebenarnya saya ucapkan ribuan terima kasih diatas respond dari anda semua..

              apa yg diperkatakan oleh acik tu benar dan setuju begitu juga pada yang lain2.

              cuma saya lebih fokus kepada manusia perlukan tuhan....so tuhan tak perlukan manusia..seperti kita perlukan air...air tetap air...so sy berpendapat soal ini manusia yang perlukan tuhan sbg tempat berlindungan atau bergantung.

              kadang2 basic utk mengenal tuhan tu tiada..org tidak percaya tentang kewujudannya..

              mungkinkah di situ memerlukan keyakinan dan diperkenalkan dengan jelas..
              Last edited by ain07ik; 31-07-09, 07:05 PM. Reason: merge posts

              Comment

              • #8
                Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                Sume mende ade pencipta.. termasuk manusia.. Tuhan mencipta kita utk menyembahNya.. tuhan yg menganugerahkan segalanya pada kita supaya kita dapat hidup... tuhan boleh sesuka hati menarik semua anugerah tersebut dengan kehendakNya..

                sebab itu kita memerlukanNya... utk kebaikan didunia dan diakhirat....

                Comment

                • #9
                  Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                  Originally posted by 4ng3L View Post
                  Sume mende ade pencipta.. termasuk manusia.. Tuhan mencipta kita utk menyembahNya.. tuhan yg menganugerahkan segalanya pada kita supaya kita dapat hidup... tuhan boleh sesuka hati menarik semua anugerah tersebut dengan kehendakNya..

                  sebab itu kita memerlukanNya... utk kebaikan didunia dan diakhirat....
                  ok tq juga atas respond...

                  hakikatnya,bg manusia yang menggunakan akal secara maksimum yang dianugerahi oleh Allah..dia akan mengkaji tentang diri dia berasal dan alam ini..siapakah mencipta..? jadi mereka mencari tuhan..so manual/panduan/perlembangaan hidup diperlukan..so terdapat dalam agama...

                  bagi yang sudah secara warisi Islam mereka akan meneruskan panduan tersebut.

                  mungkinkah dikatakan..agama itu sebagai tempat berlindung dan siapakah tuhan pastinya yang menyediakan atau mencipta tempat perlindungan tersebut !

                  Jelas,tuhan dan agama juga tidak dapat dipisahkan..

                  Apa yang dikatakan manusia juga lemah perlukan satu daya kekuatan..mungkin kita katakan..masa kecil kita bercita2 untuk ubah dunia ini..masa berlalu...hingga akhirnya tak dpt nak ubah dunia juga..dia rasa aku kena ubah negara dulu...pastu tak mampu...masa telah berlalu..dia akan bercita2.aku kena ubah masyarakat pula...masa berlalu lagi..tak dpt juga..maka akhirnya dia bercita2 nak ubah keluarga..tak tercapai juga..so,umur dah lanjut,kini dia bercita2 nak ubah diri...itu pun kalau sempat..itulah sy rasa antara kelemahan kita secara jelas...ok teruskan kita berbincang...

                  sambungan...

                  Apa yang saya nampak juga...

                  Manusia akan membentuk jalan dunianya mengikut peraturan jalan tuhannya.

                  Siapakah yang sebenarnya memiliki jalan kebenaran itu.?

                  Hanya yang empunya hak kebenaran boleh menentukan kerana plan atau kod berada pada pencipta yang mempunyai perbezaan yang amat ketara,

                  sebagai contoh pencipta televisyen ada plan atau kod tertentu untuk diberikan kepada kilang yang bakal mencipta dengan kod berbeza kerana bahan-bahan yang akan diadunkan dan di satukan yang mempunyai nama atau kod yang berbeza juga sehingga sampailah ke kedai menjual televisyen dan dipromosikan dengan kaedah atau plan tertentu bagi menceritakan kebaikan untuk menarik hati pelanggan sekiranya pelanggan itu setuju dan membeli televisyen tersebut setelah mendapat maklumat samada kebaikan model, harga, kualiti dan sebagainya.

                  Setelah itu status pelanggan tadi sudah menjadi pengguna televisyen yang mengikut aturan setelah mendapat ‘user manual’ yang di sediakan oleh pihak pengilang bagi pengguna mengikuti arahan dan mengetahui cara mengguna dengan betul dan selamat.

                  Apabila suatu hari nanti televisyen itu rosak kita terpaksa baikpulih dan di sini pula kita akan temui mekanik untuk membaiki televisyen dengan kaedah pembacaan plan atau kod tertentu bagi mengetahui kerosakan yang terjadi.

                  Penting bagi pelanggan sebelum dia membeli dan menggunakan sesuatu barangan terlebih dahulu dia mesti mendapatkan maklumat yang betul tentang barangan yang dingini itu.

                  Contoh tersebut menunjukkan hubungan antara pencipta ( Allah) , Rasul dan Nabi (Penyampai) , Kitab Suci dan Hadis Dan lain-lain (Panduan dan Perlembagaan). Penganut (Umat Islam).

                  ...
                  Last edited by ain07ik; 31-07-09, 07:06 PM. Reason: merge posts

                  Comment

                  • #10
                    Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                    Originally posted by Humairah View Post
                    manusia itu kuat dgn potensinya sbb tu dipilih sbg khalifah untuk mentadbir bumi
                    namun manusia boleh tewas dgn nafsu serta tipu daya syaitan, sbb itu mereka perlu taat pada peraturan tuhan.....

                    sbg khalifah bumi kita sgt kuat dan hebat...tp dibanding dgn kekuasaan tuhan kita hanya hamba.....ibarat hamba abdi apa la sgt kan? jadi jgn la lawan tokey...kena la sedar diri......

                    itu la kita semua...hebat tp Allah pula MAHA MAHA MAHA HEBAT.....
                    terima kasih menulis..dan serta pandangan anda...

                    Pada asal manusia pada potensinya..sy bersetuju secara dasarnya sbb itulah manusia dipilih oleh Allah utk memikul amanah kerana semua menolak setelah diberikan kepada gunung ganang dsb..

                    Memang diakui bahawa kehebatannya tidak dpt nak atasi kehebatan Allah..secara saikologi manusia hebat ! manusia itu menjadi seorang pemimpin hebat ! saudagar hebat ! pelajar hebat ! hacker hebat ! mendaki gunung everest ! hebat membuat duit ! hebat cari duit ! segala2nya macam kehebatan manusia adalah terselah jua..

                    Manusia adalah HEBAT ! walaupun tahap kedudukan manusia adalah neural antara baik dan buruk..sekiranya ia ke arah kebaikkan mereka juga boleh mengatasi alam malaikat dan sekiranya mereka itu ke arah kejahatan mereka lebih sesat dan teruk dari binatang !

                    Peristiwa Isra` dan Mikraj cuba antara bukti kebesaran bahawa Nabi s.a.w mengatasi Malaikat saidina Jibril A.s dimana malaikat Jibril tidak dapat meneruskan perjalanannya semasa dilangit sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Jibril a.s “sekiranya kamu mendahului aku kamu akan terbakar” kerana kekuatan Nur-Allah tidak dapat ditangkis oleh nur malaikat…[sedangkan malaikat dijadikan daripada nur..]

                    Comment

                    • #11
                      Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                      Originally posted by highlander07 View Post
                      salam..

                      mohon laluan perbincangan...sy perlukan sapa leh kembangkan topik ini atau ada panduan yang berguna utk memandu manusia agar bertuhan..

                      kalau ikutkan kita tak dpt nak berkeseorangan kerana kita lemah dan perlukan perlindungan/kekuatan iaitu tuhan..

                      dan perlukan panduan untuk hidup dan apakah tujuan kehidupan kita..iaitu agama...

                      ok sila sama bincangkan kalau sapa2 ada tips lagi ok
                      Secara dasarnya manusia diciptakan oleh Allah swt tidak seperti makhluk lain. Manusia dianugerahkan kebolehan untuk MEMILIH (freewill). Jadi manusia boleh memilih sama ada mereka memerlukan Tuhan atau tidak di dalam hidup mereka.

                      Manusia boleh hidup TANPA memerlukan Tuhan di dalam hidup mereka. Manusia boleh meneruskan hidup seperti biasa dengan tidak perlu mengingati Tuhan sepanjang hidup mereka pun. Tidak seperti makhluk yang lain. Sekiranya sesaat mereka tidak mengingati Tuhan, mereka akan hancur binasa.

                      Tetapi, kelebihan Allah swt sebagai Tuhan manusia ialah Allah tidak melupakan hambaNya walaupun hambaNya lupa kepada Allah. Walaupun setiap detik dalam hidupnya dia melupakan Allah swt, Allah tidak pernah lupa menyalurkan oksigen dan darah ke jantungnya, atau membuka rezeki kepadanya, memberi keselamatan di dalam kehidupannya, membolehkan dirinya bercakap, melihat mendengar dan sebagainya. Inilah sifat Pemurah Allah swt yang di berikan pada setiap hambanya bernama Manusia walaupun dia itu lupa dan tidak merasakan bahawa dia memerlukan Allah swt.

                      Sedikit dari saya dari perspektif yang berbeza

                      wallahualam
                      tj

                      Comment

                      • #12
                        Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                        Originally posted by Tok Janggut View Post

                        ok terima kasih atas pandangan..

                        ada berpendapat : "aku percaya kepada kebebasan, maka aku tidak boleh percaya kepada Tuhan, kerana jika aku percaya kepada Tuhan, maka aku harus akan menerima konsep ketentuan, dan jika aku menerima ketentuan, maka aku akan harus meninggalkan kebebasan. Kerana aku tertarik pada kebebasan, maka aku tidak percaya Tuhan."

                        apa pandangan tentang qada` dan qadar dlm permasalahan ini ?

                        Comment

                        • #13

                          Saya faham maksud saudara dan setelah bnyk membaca kenyataan2 dan pendapat2 pelbagai manusia daripada pelbagai latarbelakang ini pendapat mereka.

                          Jawapannya amat mudah dan ringkas, terima Islam seadanya, buat seperti yg disuruh atau atau pergi ke Neraka, ini jawapan yg paling common. Dan seperti semua elemen yg ada dalam dunia ni yg bersifat terhad dan sementara begitu juga dgn kebebasan.

                          Cerdik pandai mengatakan apa saja yg dicipta contoh manusia, kereta, tumbuh-tumbuhan, air, besi, api apa saja ciptaan ada permulaan dan pasti berakhir.

                          Kebebasan juga adalah ciptaan Tuhan, kebebasan ada hadnya seperti yg telah ditetapkan. Kebebasan ada permulaan dan ada akhirnya. Sebab itu Tuhan benci org yg melampaui batas.

                          Kenapa kebebasan adalah terhad? Siapakah kita untuk bertanya soalan ini? Kita tahu He's The Almighty, we can't do nothing without HIM, we are here because of HIM.

                          Antara sifat Allah adalah Harus (Boleh), terpulang padaNYA apa yg DIA hendak buat dengan alam ini dan dengan isi alam ini.Allah berupaya membolak-balikan hati manusia, HE does not bound to anything, HE can do whatever HE desires and thats the fact.

                          Kita lihat saja dalam kisah-kisah dahulu, bagaimana org2 yg berdosa besar sekalipun Allah boleh ampunkan dan masukkan ke syurga dan bagaimana pula ada org yg beribadat siang malam dihumban ke neraka.

                          Qada' dan Qadar whether we like it or not, thats the road we must go through and we need HIS help and blessing to go through successfully.
                          Last edited by Neo5; 03-08-09, 08:52 PM.

                          Comment

                          • #14
                            Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                            neo5...bebas dan tunduk adalah 2 hal yg kontradik.....

                            itu yg berlaku kepada kebanyakan penganut ISLAM sendiri...islam itu bermakna tunduk@ taat...tp ramai yg liar dan ingin bebas dari peraturan agama...walaupun tidak secara total...kerana mereka masih ada kepercayaan pada tuhan...

                            tp bg atheist- percaya pd tuhan adalah konkongan....tidak bebas....hipokrit....i want to do what i want...who cares? i don`t want any limitation...padahal tau diri tu ada limit....bukan tak tgk betapa ramai manusia yg telah mati......hidup dan mati itu sendiri hakikatnya satu ketentuan......
                            Last edited by Humairah; 03-08-09, 09:27 PM.

                            Comment

                            • #15
                              Re: Kenapa manusia perlukan tuhan ?

                              Ok terima kasih skali lagi atas perbincangan ini..

                              Berbalik kepada itu..seharusnya kembali kepada 2 khazanah al-quran dan sunnah..

                              Saya juga perlukan alan penyelesaian untuk umat Islam skrg yang dikatakan dirundung masalah, banyak tekanan hidup, kecewa dengan hidup dan mereka merasakan hidup keseorangan dan Tuhan tidak mengambil endah diri mereka. Namun sebaliknya Allah maha pengampun Maha penyayang dan sentiasa sayang kepada hambanya.

                              Apakah keperluan untuk mengukuhkan kembali umat Islam dengan kesedaran tentang ketuhanan,keyakinan,berbicara hati positif dan sebagainya..atau dengan kata lain kembali kepada tuhan..ramai yang mengeluh walaupun berkali-kali taubat tapi seolah2 masih kosong..

                              Ada yang mengatakan :

                              Untuk mengenali pencipta haruslah melalui 3 jalan:

                              1. Menggunakan dalil-dalil wahyu/ kitab suci (jalan ahli fiqih)

                              2. Menggunakan akal fikiran (jalan ahli kalam dan sains)

                              3. Dengan jalan melalui / mengalami sendiri (jalan para sufi)

                              Mungkin sdr/sdri ada pandangan tersendiri...

                              Comment

                              Working...
                              X