Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

bolehkah orang kafir baca al-quran?

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • bolehkah orang kafir baca al-quran?

    apakah hukum orang kafir membaca al-quran? mufti perak kata haram sebab ia menghina al-quran. betul ke?

    kalau haram, macam mana nak dakwah orang kafir masuk islam? ramai orang kafir yang masuk islam apabila membaca al-quran.

  • #2
    Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

    ni masalah kat malaysia jer...org melayu ni rasa diorg lebih islam dari org lain....

    sepatutnya non muslim yang membaca al quran....diberi galakan....kalau salah buat teguran.....bukannya buat report polis...patut la laporan metro ramai muallaf rasa diri ditindas dan hampir kembali jadi murtad....bukankan islam itu indah...dan tiada paksaan dalam islam....

    memalukan!
    Last edited by Teletubbies; 06-04-09, 12:17 PM.

    Comment


    • #3
      Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

      aku setuju ngan teletubbies..
      patut kite semakin galakkan diorg baca quran..

      mudah˛an bila baca,
      mereka tertarik dgn ajaran islam yg indah..
      dan semoga beroleh taufiq & hidayah utk peluk agama islam.

      Comment


      • #4
        Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

        Ada some cases ramai revert pada Islam bermula dgn mendengar atau membaca Al-Quran atau tafsirannya.

        Aku kurang setuju dgn pendapat yg mengatakan non-Muslim haram membaca Al-Quran atas alasan menghina. Bukan aku menolak pendapat ulama, tapi ia seolah macam kita berburuk sangka kepada non-Muslim. Just sebab mereka membaca Al-Quran atau bertanya pasal Islam, kita dah tuduh mereka menghina Islam.
        Macam selam31 mentioned, macam mana nak berdakwah kalau kita tak benarkan mereka mengkaji Islam.

        Terdapat juga saintis2 Barat yg revert pada Islam apabila mereka mengkaji Al-Quran dan mendapati isinya amat menakjubkan.

        Comment


        • #5
          Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

          hmmmm.....ini macam la...melayu dan Islam....arab dan Islam...very sinonim kata orang...tapi mengapa ada arab Islam sanggup guna Quran jadi bahan bakar untuk memanaskan badan?

          bagi saya la...since Quran membawa kebenaran...apa salah nya mereka baca? Saya pun ada bible kat rumah, terjemahan Quran ada 2 versi....english dan bahasa melayu...mengapa? sebab saya nak baca dan tunjuk pada ahli keluarga ku yang masih "kafir"...dengan harapan semoga mereka kembali ke Islam.

          Comment


          • #6
            Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

            aku tak pasti hukum sebenar bg non muslim utk membaca Alquran..kalau mmg confirm hukumnya haram maka, siapalah kita utk menolak arahan Ilahi.Tetapi jika persoalan ini ada khilaf antara ulamak, maka tak salah di pihak kita sendiri utk memberi kelonggaran utk mereka membacanya...

            pada aku, membaca Alquran bg non muslim ini bukanlah membaca Alquran sebenarnya tetapi tafsir Alquran yg boleh mereka fahami ayat dan maksud. Maka, apabila mrk sudah fahami dptlah mrk mengenali ajaran dan kandungan Alquran itu sendiri..

            seperti mana yg kita tahu ,sbg org Islam nak membaca Alquran bukan sesuka hati boleh ambil dan baca..ada adab dan tatatertib yg digariskan untuk membaca Alquran... bacalah di dalam keadaan yg suci (bukan dlm hadas besar)..berwuduk dan berpakaian yg sopan...cuba kalau bukan Islam menyentuh Alquran tanpa mengikut adab dan peraturan yg sepatutnya, apa perasaan anda?bangga sebab ada org Islam buka Alquran?

            sedangkan nak masuk masjid pon disediakan org bukan Islam jubah/pakaian yg menutup aurat, inikan pula untuk membaca Alquran..apabila kita diberitahu hukum dan peraturan ini, jangan cepat melatah nanti org ckp kita jumud..sebenarnya Islam ini indah dan mudah..kalau sungguh kita mahu berdakwah dan memberikan non muslim kefahaman yg betul ttg Islam apa salahnya berikan mreka Alquran tafsir yg kita sendiri bleh pegang tanpa berwuduk..terangkan sebab mengapa Islam melarang membaca Alquran di kalangan bukan Islam dan beritahu juga di kalangan org Islam sendiri ada masa/keadaan tertentu yg diharamkan membacanya..Insya Allah penerangan yg betul dan bijaksana pasti mrk tidak salah anggap kepada kita, malah lebih kagum pd Islam itu sendiri..

            Waallahu aklam..
            Last edited by aina; 06-04-09, 12:48 PM.

            Comment


            • #7
              Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

              AlQuran, Terjemahan AlQuran dan Tafsir AlQuran tu berbeza kan?

              Kalau sebut AlQuran itu sendiri pun org yg berjunub haram baca Quran kan? Setahu saya kalau nak tanggung AlQuran pun kena ada wuduk kan? Kena tutup Aurat kan?

              Jika seseorang tu bukan Islam, maka tak mandi junub kan? So haram la baca Quran kan?

              p/s; Kalau nak kenal Islam rasanya banyak buku2/kitab2 alim ulama` yg mendedahkan tentang Islam. Yg ringkas mahupun detail. Ada keratan ayat Quran dan ada penjelasan yg detail. -tapi itu bukan AlQuran. Sefaham saya AlQuran adalah dalam versi Arab semata2 tanpa ada sebarang tambahan dalam bentuk rumi mahupun tulisan jawi yang lain
              Last edited by Humairah; 06-04-09, 01:10 PM.

              Comment


              • #8
                Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                Terfikir Humairah penjelasan Humairah ada betulnya...

                Comment


                • #9
                  Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                  rasanye ade 2 pmasalahan disini. membaca & memegang al-quran. kalau membaca tak plu bwudhuk pun kita bleh, tapi kalau nak mmegang al-quran tu,plulh kite bwudhuk dahulu. bagi non muslim yg nak membaca al-quran bleh...kita bagilah dia baca terjemahan punya. InsyAllah, pas baca mudah2an Allah memberikan hidayah pd dia & membuka hatinya utk memeluk agama Islam...

                  Comment


                  • #10
                    Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                    fakir vote humairah la...hehehe...
                    al-quran itu kitab yg suci....nak pegangnya pun mestilah bersih suci....
                    tp isunya mungkin...macam mane plak kalo membaca potongan ayat dr al-quran...macam baca yaasin k....erm...

                    Comment


                    • #11
                      Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                      lumrahnye..org kafir lg kenal islam daripada kite kenal islam..even hukum nye haram..tp faktanye lebih ramai org kafir belaja n kenal islam daripada islam

                      Comment


                      • #12
                        Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                        akhbar kadang-kala mengarut jugak.
                        paparkan komen mufti tak sampai habis.

                        setahu saya...al-quran asli memang diharamkan hukumnya untuk bukan islam memegang dan membaca. TETAPI...diharuskan untuk al-quran terjemahan.

                        berlainan kedudukannya untuk kita...orang islam yang tidak ada wuduk...diharuskan memegang..menyentuh dan membaca al-quran yang asli tue. tapi adalah lebih baik ada wuduk. tapi....tak ada masalah kalau al-quran terjemahan.

                        Allahu'alam.

                        Comment


                        • #13
                          Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                          time haid pompuan ISLAM pun haram baca Quran kan? selain tawaf, solat, puasa dan jima` ngan somi kan? melainkan sebahagian ayat yg telah menjadi kelaziman sebagai doa dan zikir.
                          Last edited by Humairah; 06-04-09, 01:59 PM.

                          Comment


                          • #14
                            Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                            akhbar kadang-kala mengarut jugak,paparkan komen mufti tak sampai habis
                            erm...bahaya jugak yea..bila xbebetul maksudnya...lain plak jadinya...bile lain jadinya...macam2 persepsi la timbul....erm...

                            Comment


                            • #15
                              Re: bolehkah orang kafir baca al-quran?

                              dia bukan kata haram an menghina bila org kafir membaca Al-quran.. Dia kata jangan mempersendakan Ayat Ayat Allah dari Al-quran untuk tujuan politik.. Apatah lagi bila yg mentafsir dan manipulate kata kata Allah itu ialah org kafir yg dilaknat.. dengan tujuan untuk menarik minat orang orang Islam supaya menyokongnya.. dia juga kata adalah satu penghinaan bagi umat Islam apabila mereka yg bukan Islam memanipulate tafsiran dari ayat dari Al-quran ke atas org Islam.. yangmana secara tidak lansung menunjukkan si pendengar (org islam) itu sendiri tidak arif berkenaan maksud tersirat didalam Al-quran

                              Comment

                              Working...
                              X