Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

    Walaupun dah lepas 2-3 hari, tapi sebab ramai dah mula buat bubur asyura. Jadi aku pun masa dok kat kampung dulu memang tak pernah 'miss' kacau bubur asyura nih, kalo kat kg aku warna dia hitam, tapi kalo kat perak lebih macam warna kuning puding.

    Persoalan kat sini, siapa tahu peristiwa disebalik bubur asyura? dan kenapa Hari Asyura adalah pada 10 Muharram?

    pst : skrg dah susah nak jumpa orang kacau bubur asyura

  • #2
    Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

    ya tuhann
    aku teringin sgt makan bubur asyura tu
    uwhh!
    mane nak dapat.
    skarang pun dah x ramai buat.
    rase yang orang hantar je la
    tu pun kalau ade.
    skang pun dah jarang ade.
    extra telur hancur kat atas tu.
    pehhh!
    mantap!
    aku terliur!

    Comment

    • #3
      Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

      http://www.geocities.com/afadhlis/ilmiah18.htm

      Comment

      • #4
        Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

        Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram
        http://www.geocities.com/afadhlis/ilmiah18.htm
        setelah aku baca kat sini, dan aku hadiri satu ceramah maal hijrah minggu lepas, ada bertentangan faktanya.

        Dalam ceramah Maal Hijrah tersebut, ustaz tu bagitau, 10 Muharram adalah tarikh bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi, yakni air dah surut.

        Peristiwa bubur asyura pulak berlaku, bilamana mendarat, didapati makanan yang ada dalam kapal hanya tinggal sedikit-sedikit, tetapi yang nak makannya ramai, maka dicatukan semua makanan dan dimasak sekali. Maka dari situ lah bermulanya bubur asyura.

        Itu aku dapat info dr tazkirah tuh. Wallahua'lam.

        Comment

        • #5
          Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

          Originally posted by piyuun View Post

          yerp..aku pun dpt gak info yang sama macam ko nih , masa aku kecil ...mmg teruja laa biler dengar ..

          cuma tak tau laa sama ada sahih atau tidak ..kena tanya orang yang bebetul alim dalam hal nih

          Comment

          • #6
            Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

            a'ah lama x makan bubur asyura....

            suka yg warna kelabu2 sket...ade jagung..kacang..pisang....

            tp kalau kat kelantan lain sket....masuk ayam n rempah ek...ermm x sure....

            Comment

            • #7
              Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

              "Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a’lam."

              - aku pun baru tau bab ni.. (eh silap!)
              - ana pun baru tau pasal ni..

              Comment

              • #8
                Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

                ^ ye ek...

                baru tau...huhu

                Comment

                • #9
                  Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

                  Fakta yang shahih ialah ia adalah hari di mana Imam Husain cucunda Nabi SAAW syahid di penggal oleh para laknt musuh Allah di Karbala. Hari di mana kurang lebih 80 ke 100 orang melawan ribuan musuh Allah.... Setitik air pun tidak diberi kepada mereka setelah mereka dikepung terlebih dahulu, hatta kepada anak kecil.

                  Hari yg sepatutnya kita bersedih bukannya bergembira.

                  Comment

                  • #10
                    Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

                    Originally posted by AL ITRAH View Post
                    Fakta yang shahih ialah ia adalah hari di mana Imam Husain cucunda Nabi SAAW syahid di penggal oleh para laknt musuh Allah di Karbala. Hari di mana kurang lebih 80 ke 100 orang melawan ribuan musuh Allah.... Setitik air pun tidak diberi kepada mereka setelah mereka dikepung terlebih dahulu, hatta kepada anak kecil.

                    Hari yg sepatutnya kita bersedih bukannya bergembira.
                    bersedih pun takkan la sampai pukul diri sendiri sampai berdarah2...

                    wassalam.

                    Comment

                    • #11
                      Re: Hari Asyura : apakah peristiwa disebalik 10 muharram

                      Betul, bersedih pun takkan sampai pukul diri sendiri sampai berdarah2. Saya juga tidak bersetuju dgn perbuatan macam tu. It was just an opinion that "Hari yg sepatutnya kita bersedih bukannya bergembira".

                      Saya berpendapat bhw tidak perlulah kita memandang serong, suka berbalah, cynical atau apa sahaja yg seertinya terhadap pandangan org lain yg tidak sealiran dgn kita, lebih-lebih lagi dari org yg sgt menentang bid'ah, yg memang mengikut sunnah Nabi SAAW. Moreover the comment given was just a fair comment.

                      That's not the way to 'berdakwah'. You know that more than me my dear friend.

                      *My two cents opinion
                      Last edited by AL ITRAH; 14-01-09, 11:20 AM.

                      Comment

                      Working...
                      X