Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

    http://www.webkl.net/modules.php?nam...rder=0&thold=0

    SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

    Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

    Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

    Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
    'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.

    Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

    Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

    Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

  • #2
    Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

    huhu..aku pernah tengok perempuan bertudung ...dengan penuh ketaakulan , membaca horoscope kat paper the star ..

    dalam hati aku ..mmg tak patut

    Comment


    • #3
      Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

      dah ada thread sebijik mcm ni

      Comment


      • #4
        Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

        eh...ya erk?

        issh...aku ada gak baca tapi takdelah aku percaya pun...

        Comment


        • #5
          Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

          aku penah baca tp tak pecaya..
          hurm..
          tp dulu2 aku sker gak baca.. skang je tak baca dah..tak berkesempatan..

          Comment


          • #6
            Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

            Originally posted by MUfanz View Post
            dah ada thread sebijik mcm ni
            ada ye ? artikel tu baru publish hari ni pada webkl

            Comment


            • #7
              Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

              kekadang cam betul apa yg tercatit kat dalam tu..

              adakah itu sekadar kebetulan?

              mengapa ini bisa terjadi??

              Comment


              • #8
                Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                Sesaje baca pun tak bulih ke...?
                tak masuk kehati....

                Comment


                • #9
                  Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                  alamak...
                  saya kekadang baca gak..hehe
                  yupe..kekdang tu hampir sama..

                  pas nie jgn baca dah lah..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                    rasanya horoskop ni ada yg betul,,dulu2 maseh boleh setau aku,,tapi disebabkan yg buruk tuh lebih byk dari yg baik maka dah tak boleh,,macam pengharaman arak la,,dulu boleh tapi bila yg tak elok lebih banyak dari yg elok maka arak diharamkan,,,

                    tgok horoskop kaji personaliti tak pa kot kan,,,

                    Comment


                    • #11
                      Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                      bukan masalah horoskop ..

                      masalahnya berkaitan dgn menenung nasib atau peramal.

                      cikgu aku ckp ..jumper bomoh yg boleh meramal atau tahu perkara ghaib
                      pon dah ckup utk ditolak amalan selama 40hari.

                      tu baru jumper ..bukan pegi minta dia tulun atau minta dia buat pape lagi
                      tu. Rasanya ade hadis berkaitan ..lupe ..yg pakar hadis klu hadis tu sahih
                      boleh la tulun paste kat sini.

                      dulu boleh tapi bila yg tak elok lebih banyak dari yg elok maka arak diharamkan,,,
                      dulu ke sekarang ke akan datang ke ..selepas ayat al-Quran yang khusus
                      utk mengharamkan arak turun. Arak kekal la haram sampai ke khiamat.

                      kajian personaliti? takat arini aku x nampak lagi camne horoskop barat tu
                      ade kaitan dengan personaliti terutama yg kat dlm suratkhabar tu.

                      Tak kene langsung !!! ..klu ade pon kebetulan. Klu seluruh rakyat Malaysia
                      baca horoskop tu ..x mustahil kemungkinan ada yang terkena cam ditulis.

                      Makin ramai baca ..kemungkinan terkena dgn ditulis tu makin meningkat.

                      simple math je aku rase ni ..kebarangkalian ..

                      .
                      Last edited by asura; 15-10-08, 02:19 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                        benda simple, menilik nasib mana boleh dalam islam. horoscope ke horrorscope ke.. benda takde manfaat pun.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                          em alamak....aku salu n suke baca horoskop nih.....cmne....

                          Comment


                          • #14
                            Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                            aiseymen...
                            aku pong ade gak baca..
                            tapi takde la caya sgt pun..cuma psl aku minat nk baca..
                            x bley jugak ka?
                            aiyooo?


                            _____________________
                            "mamaakk, capati sardinn woonekkk!!!"

                            Comment


                            • #15
                              Re: Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari

                              takperlaaa..
                              dulu kita jahil tak tahu..
                              takper.. skang dh tahu..
                              jgn la pulak dok gatai pi baca lagik..
                              40 hari tu... banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk amalan..

                              Comment

                              Working...
                              X