Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Cara membaca Surah Yassin........

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Cara membaca Surah Yassin........


    Ini sumber dari email saya hari ini.....sila beri pendapat jika ini cara nya...terima kasih in advance.....



    Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi SakaratulMaut

    Assalammualaikum,

    Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

    Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-

    Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
    dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
    datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).

    Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

    i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

    ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

    iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.

    iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

    v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

    vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

    Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

  • #2
    Re: Cara membaca Surah Yassin........

    agak bersetuju...

    sebab bila semua orang baca, yang kurang lancar akan ketinggalan dan cuba kejar, bila kejar, mula la silap baca...

    wassalam.

    Comment


    • #3
      Re: Cara membaca Surah Yassin........

      Bagus juga kalau boleh bawakan hadis baca Yasin pada masa seseorang sedang nazak.. kalau tak silap hadis ini pun dipertikaikan orang...

      Comment


      • #4
        Re: Cara membaca Surah Yassin........

        Bacalah dengan tertib dan tartil. sama ada membaca secara berjemaah atau perseorangan terpulang pada masing-masing.Tajwid mesti betul.

        Comment


        • #5
          Re: Cara membaca Surah Yassin........

          Apabila saya rasa jiwa kosong...saya amalkan dengar Surah Yassin...walaupun tidak faham maksud nya sepenuhnya...tetapi jiwa rasa tenang....

          adakah Surah Yassin cuma untuk orang yang nazak sahaja? mushkil!

          Comment


          • #6
            Re: Cara membaca Surah Yassin........

            Bacaan yasin bukan bila tiba kematian sahaja tetapi boleh baca jika ada kesusahan dan musibah. Tidak tertakluk baca Yasin malam Jumaat sahaja, malam lain pun boleh. Perlu diingatkan bahawa bacaan pada simayit tidak boleh ketika belum dikafankan (dimandikan) kerana masih belum suci.
            Last edited by PenditaGila; 15-09-08, 02:33 PM.

            Comment


            • #7
              Re: Cara membaca Surah Yassin........

              Yasin ada beberapa kaedah membacanya mengikut tujuan khususnya. Ada baca 7 mubin dan ada baca secara biasa. Yasin pula ada 4 jenis selain Yasin tunggal (biasa).

              1. Yasin wirid (untuk rezeki)
              2. Yasin Fadhilat
              3. Yasin rampai
              4. Yasin 40

              Comment


              • #8
                Re: Cara membaca Surah Yassin........

                ^bulih explain satu-satu? nak tauu..

                .

                Comment


                • #9
                  Re: Cara membaca Surah Yassin........

                  Originally posted by chunli View Post
                  ^bulih explain satu-satu? nak tauu..

                  .
                  alhamdulillah...terima kasih kerana tolong tanya kan....

                  Comment


                  • #10
                    Re: Cara membaca Surah Yassin........

                    Originally posted by chunli View Post
                    ^bulih explain satu-satu? nak tauu..

                    .
                    Bacaan pada awal permulaan sebelum mula baca Yasin adalah seperti biasa. Cuma yasin memang berbeza daripada yasin tunggal yang kita baca itu. Keempat-empat jenis yasin ini memang dah ada dalam keilmuan amalan guru-guru dulu. Ayat yasin tidak berubah tetapi ada bebrapa tambahan dan gabungan ayat dalam yasin tersebut. Tujuan Yasin wirid adalah khusus untuk rezeki. 3 jenis yasin lagi adalah untuk hajat,minta pertolongan,minta pertunjuk dalam perubatan Islam mengikut tujuan tertentu.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Cara membaca Surah Yassin........

                      pabila ada sesuatu hajat yg khusus, ada satu ayat akan diulang sebanyak 3 kali (tak ingat ayat yg mana satu).
                      Ini salah satu drpdnya ker?

                      Comment


                      • #12
                        Re: Cara membaca Surah Yassin........

                        Originally posted by izafarid View Post
                        pabila ada sesuatu hajat yg khusus, ada satu ayat akan diulang sebanyak 3 kali (tak ingat ayat yg mana satu).
                        Ini salah satu drpdnya ker?
                        Bukan hajat yang tetapi biasa dilakukan dengan 3x bacaan yasin dengan 3 niat hajat kita. Ada juga bacaan yang diulangi 3x pada ayat 'SALAMUN QAWLAM MIRROBBIRROHIM.....'. di sini tak pasti apakah tujuan sebenarnya pada si pembaca. Pastinya adalah ucapan niat di dalam hati.

                        Wallahu 'alam bissawab.....

                        Comment


                        • #13
                          Re: Cara membaca Surah Yassin........

                          good info ...

                          Comment

                          Working...
                          X