Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran



    Dah buat carian tp cam tak jumpa ...so sorry kalau tanya soalan yg pernah ditanya sebelum ini....

    1. Bagaimanakah cara untuk buat sujud tilawah....apa syarat dan kaifiat? selama nih jumpa ayat kena sujud pun buat derk jer.....rasa cam bersalah pulak.....

    2. Doa khatam Quran cam best sangat.....adakah kita boleh baca setiap kali kita habis mengaji dalam satu hari atau hanya bila dah khatam 30 Juzu`

    Sekian harap ada dapat membantu....

    p/s; Baru habiskan bacaan sebelum nih...lepas nih kena start dr awal semula mengaji........

  • #2
    Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

    Ttg sujud tilawah dah jumpa cuma ttg doa khatam Quran je lum jumpa....

    http://www.indonesianschool.org/dialog/STilawah.pdf
    http://www.darulnuman.com/cgi-bin/fo...isplay&num=209

    Comment


    • #3
      Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

      http://www.islamicacademy.org/html/D...tmil_Quran.htm

      Comment


      • #4
        Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

        TQ tharoathirah.....mmg sedap doa nih kan? ada makna tak dalam bahasa Melayu....tak faham semua la dalam bahasa Arab.....

        Setiap habis baca Quran kita juga boleh baca doa allahhumma arhamni bilQuran...Ya Allah rahmatilah aku dengan Quran, dan jadilah Quran itu untukku sbg imam, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ingatkanlah aku ketika aku lupa darinya dan berikanlah pengetahuan atas kebodohanku, dan berikanlah rezeki kepadaku dengan membacanya malam dan siang, dan jadikan AlQuran itu sebagai hujjah(penjelas) bagiku wahai tuhan Pemelihara Alam.
        Last edited by Humairah; 07-09-08, 11:27 PM.

        Comment


        • #5
          Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

          Apabila Rasulullah saw melalui Ayat Sajadah, beliau bertakbir dan bersujud sekali. Sujud ini dinamakan sujud tilawah. Di dalam sujud ini beliau membaca:

          "Sajada wajhialillazii kholaqohu wasauwarahu washaqasam'ahu wabasorahu bihawlihi waquwatih, tabarakallahu ahsanulkholiqiin".

          "Telah bersujud mukaku kepada Allah yang telah menjadikannya, merupakannya, membelah pendengarannya dan penglihatannya dengan daya upaya dan kekuatanNya. Maha berbahagialah Allah, Dialah yang paling baik rencanaNya dari segala para perencana" (H.R. Abu Daud, At Turmuzy dan An Nasay dari Aisyah r.a.)

          menurut Ibnus Sakan Nabi saw membacanya tiga kali.

          Kalau dalam solat tarawih bila sampai pada surah dan ayat sajadah, imam akan bagi tau makmum rakaat 1 atau rakaat ke2 ada sujud tilawah, jadi kita ikut imam takbir dan sujud sekali baca macam baca dalam sujud biasa tu, kemudian imam bangun berdiri sambung balik bacaan quran.

          so kalau baca quran dirumah sampai pada ayat sajadah sujudlah sekali bangun dan sambung balik baca...

          wallahu a'lam.

          Comment


          • #6
            Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

            kak humairah
            tambahkan la hujung doa itu
            dgn doa yg...serius sy x ingt....
            bunyi doa tu adlh --> ampuni dosa kami...sesungguhnya KAU la pengampun dosa2 besar
            kami x layak masuk ke syurga mu....tp x pulak sanggup masuk nrkmu ( sy x ingt nama doa ni...maapkan sy )
            psl dulu masa sy mengaji...dua doa ni akan di bc selepas abis mengaji...hehe

            Comment


            • #7
              Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

              Doa khatam Al-Quran ada kat muka surat belakang2 dalam Al-Quran kan.. ke itu doa lain? bukan doa khatam Al-Quran.. cuba cek.. nota : Mashaf Rasm Uthmaniy

              Comment


              • #8
                Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                Doa khatam Quran panjang dan ada pada Quran.....cuma saya biasa baca Tafsir tu yg confius bila dia letakkan doa lain kat belakang as Doa khatam Quran. Dah lama tak baca Quran sebaliknya banyak baca tafsir sbb kalau rajin boleh tgk makna.

                Ada dua doa kot.....satu setiap kali sesudah mengaji dan satu lagi bila khatam kesemua 30 Juzu`. Saya terbaca doa selepas setiap kali mengaji kot yg allahhuma arhamna bilQuran tuh tp versi panjang sbb combine dgn doa lain2 juga.

                Nanti kena tgk semula Quran la.......

                Apa pun mekasi atas info semua....

                Comment


                • #9
                  Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                  Originally posted by lonewarrior View Post
                  kak humairah
                  tambahkan la hujung doa itu
                  dgn doa yg...serius sy x ingt....
                  bunyi doa tu adlh --> ampuni dosa kami...sesungguhnya KAU la pengampun dosa2 besar
                  kami x layak masuk ke syurga mu....tp x pulak sanggup masuk nrkmu ( sy x ingt nama doa ni...maapkan sy )
                  psl dulu masa sy mengaji...dua doa ni akan di bc selepas abis mengaji...hehe

                  betul, biasanya baca yang doa yang ini jugak

                  tuhan ku aku tidak layak masuk syurgamu, namun aku tak sanggup menanggung siksa
                  neraka jahim, oleh itu kurniakan lah dan ampun kan lah dosa-dosa ku, sungguhnya engkau mengampunkan dosa-dosa besar

                  ingat yang arab punya tapi tatau nak tulis yang allahumma arhamni bil quran tu la, kalau habis baca 30 juzuk baru baca yang belakang
                  muka surat Al-Quran tu ,

                  Comment


                  • #10
                    Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                    yeah thx zante
                    krn mencerah kan lg suasana di sini...
                    tq2

                    Comment


                    • #11
                      Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                      Sujud tilawah cara nak lakukan seperti mana guru pakcik ajarkan diwaktu sekolah dulu.

                      1. Duduk antara dua sujud.
                      2. Takbiratul ihram
                      3. Sujud
                      4. Baca ayat sujud tilawah 3x.
                      5. Duduk semula seperti tahiyat akhir dalam solat dan baca ayat tahiyat akhir.
                      6. Salam

                      Mm............

                      Comment


                      • #12
                        Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                        Doa khatam ada macam-macam. Pilih ler mana yang rasa nak buat yang mana satu. Di akhir kitab AQ pun ada cuma cara khatam berbeza sebab ada macam-macam kaedah juga. Pakcik membaca doa khatam dan amalan Hadrat Syeikh Maulana Asyraf 'Ali.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                          eerrmmmm.....betul ke kalau mana yang susah nak khatam quran boleh baca surah2 seperti dibawah ini dapat cover satu kitab?

                          1. Surah Al Ikhlas, baca 3 kali dalam sehari dapat cover satu pertiga kitab
                          2. Surah Al Khafirun, baca 4 kali dalam sehari dapat cover 1 kitab
                          3. ??

                          Comment


                          • #14
                            Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                            Originally posted by NurKekal View Post
                            eerrmmmm.....betul ke kalau mana yang susah nak khatam quran boleh baca surah2 seperti dibawah ini dapat cover satu kitab?

                            1. Surah Al Ikhlas, baca 3 kali dalam sehari dapat cover satu pertiga kitab
                            2. Surah Al Khafirun, baca 4 kali dalam sehari dapat cover 1 kitab
                            3. ??
                            Pendapat ini tidak betul. Kita mesti kaji kenapa Allah s.w.t turunkan AQ dalam 30 juzuk supaya umat Islam dapat membacanya bukan sekadar hanya 1 surah sahaja. Surah Al-Ikhlas dan surah Al-Kafirun adalah perumpamaan surah itu seperti yang disebutkan. Memang ada dalam hadis tetapi faham dulu syarahnya bagaimana status maksud hadis tersebut. Bukannya membuat taklid. Bagi mereka yang nak khatam AQ mesti ikut tatatertib dan adabnya. Nak makan pun ada adab dan tertib,minum,tidur,mandi,malah seluruh kehidupan kita mesti ada tertib dan adabnya.Yang mana dahulu,dahulukan. Kemudian,dikemudiankan.Persoalan susah khatam AQ mustahil bagi mereka yang dah tamat membaca 30 juzuk AQ. Walhal untuk khatam AQ hanya perlu membaca beberapa ayat saja. Paling tinggi pun 1 juzuk lebih. Oleh sebab itu bagi mereka yang ingin khatam AQ telah dikira faham tentang selok belok tajwid. Maka jadilah orang yang membaca ayat2 suci AQ dengan betul. Atau......

                            Mereka yang susah nak khatam AQ adalah:
                            1.Sebuk dengan urusan dunia.
                            2.Tidak tahu caranya.
                            3.Tidak ada doa khatam.
                            4.Belum tamat membaca AQ 30 juzuk.

                            Wallahu 'alam bissawab......

                            Comment


                            • #15
                              Re: Sujud Tilawah dan Doa Khatam Quran

                              Originally posted by PenditaGila View Post
                              Pendapat ini tidak betul. Kita mesti kaji kenapa Allah s.w.t turunkan AQ dalam 30 juzuk supaya umat Islam dapat membacanya bukan sekadar hanya 1 surah sahaja. Surah Al-Ikhlas dan surah Al-Kafirun adalah perumpamaan surah itu seperti yang disebutkan. Memang ada dalam hadis tetapi faham dulu syarahnya bagaimana status maksud hadis tersebut. Bukannya membuat taklid. Bagi mereka yang nak khatam AQ mesti ikut tatatertib dan adabnya. Nak makan pun ada adab dan tertib,minum,tidur,mandi,malah seluruh kehidupan kita mesti ada tertib dan adabnya.Yang mana dahulu,dahulukan. Kemudian,dikemudiankan.Persoalan susah khatam AQ mustahil bagi mereka yang dah tamat membaca 30 juzuk AQ. Walhal untuk khatam AQ hanya perlu membaca beberapa ayat saja. Paling tinggi pun 1 juzuk lebih. Oleh sebab itu bagi mereka yang ingin khatam AQ telah dikira faham tentang selok belok tajwid. Maka jadilah orang yang membaca ayat2 suci AQ dengan betul. Atau......

                              Mereka yang susah nak khatam AQ adalah:
                              1.Sebuk dengan urusan dunia.
                              2.Tidak tahu caranya.
                              3.Tidak ada doa khatam.
                              4.Belum tamat membaca AQ 30 juzuk.

                              Wallahu 'alam bissawab......
                              Tidak betul?

                              Pagi tadi saya dengar kat radio Selangor fm ada cakap cam tu pula...tak sempat tulis nama ustaz tu....

                              Comment

                              Working...
                              X