Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

zikir & doa semasa haid

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • zikir & doa semasa haid

    Salam, apakah ada doa serta zikir2 atau amalan yang boleh dilakukan semasa haid?

    Semoga ada yang dapat membantu....

    Terima kasih

  • #2
    Re: zikir & doa semasa haid

    yg aku boleh buat -zikir Allah jer.......sbb cam sng...tuh pun lam hati jer...mulut bz mengomel mende lain..hehe...rasa nak tukar, tukar la istighfar ke....subhanallah ke.....lailahaillallah ke.....(cam tahlil)..selawat ke....kalimah syhadah.....

    kalau kita tak reti yg susah kita buat yg mudah......

    Comment


    • #3
      Re: zikir & doa semasa haid

      ada masalah gangguan ker?

      Comment


      • #4
        Re: zikir & doa semasa haid



        Amalkan je lah zikir-zikir pagi-petang dan zikir harian yang tsabit dengan Nabi صلى الله عله وسلام

        Tak pernah jumpa lak larangan berzikir masa haid. Kalau pernah jumpa, sila-sila kongsikan.

        Time tu kan, time lemah seorang wanita, mudah ikut emosi. Maybe salah satu sebabnya ialah kerana bisikan syaiton lebih mudah pada waktu ada kotoran itu.

        Jadik, sebaiknya time ni zikir lebih diperbanyakkan, lagi pun time tu tak dapat solat, gantikanlah waktu solat dengan zikir.

        Antara kitab doa dan zikir yang baik ialah Hisnul Muslim. Kalau nak yang e-book, sila berikan saya email address.

        Comment


        • #5
          Re: zikir & doa semasa haid

          hisnul muslim......nak jugak lail.....ada emel akak kan?

          Comment


          • #6
            Re: zikir & doa semasa haid

            Originally posted by Humairah View Post
            hisnul muslim......nak jugak lail.....ada emel akak kan?


            Macam takde je...

            Pedoman daripada hadith:

            #1: Dalam haji, tak boleh tawaf, tapi boleh amal selainnya seperti sa’e antara Safa dan Marwah, wuquf, bermalam di Mudzalifah dan Mina, melontar jamrah dan sebagainya:

            Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda kepada ‘A’isyah radhiallahu ‘anha yang di saat itu sedang berihram untuk umrah dan didatangi haid:

            “Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang berhaji kecuali jangan kamu bertawaf di al-Bait (Ka’abah) sehingggalah kamu suci.” ‘A’isyah berkata: “Maka pada hari menyembelih aku telah suci….” [Shahih Muslim – no: 1211 (Kitab al-Haj)]

            #2:Boleh mendengar bacaan Al-Quran

            Disebut di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلام bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu 'anha sambil membaca al-Qur’an padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.

            #3: Boleh ke masjid melihat suasana Solat Hari Raya, tetapi jangan bersama dengan yang lain ketika mereka solat:

            “Suruhlah keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah (kepada solat dua hari raya) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).” [Shahih al-Bukhari – no: 1652 (Kitab al-Haj)]

            Ada satu lagi hadith pasal `Aishah diminta ambil barang di dalam masjid, kemudian `Aishah kata sedang haid, kemudian Nabi صلى الله عله وسلام sebut haidnya bukan ditangannya. Lalu `Aishah pun pergi mengambil barang itu. Yang ni saya tak ingat sumbernya. Nanti saya semakkan semula. Kalau ada kawan-kawan lain ada jumpa, harap dapat kongsikan. Syukron.

            Comment


            • #7
              Re: zikir & doa semasa haid

              satu pendapat alternative (dengan fakta hadis2) orang pempuan boleh baca quran dalam haid, boleh masuk dalam masjid tujuan menuntut ilmu...

              cuma tentang tak boleh pegang muhaf quran masih dipertikaikan...

              percaya tak orang pempuan yang dalam haid boleh mengambil wuduk?

              solat, puasa dan tawaf tetap dilarang...
              Last edited by kupia; 04-09-08, 07:53 AM. Reason: some addition and miss spelling

              Comment

              Working...
              X