Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Puasa pada hari Jumaat

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Puasa pada hari Jumaat



    Betul ke kalau kita puasa pada hari jumaat..tak kisah la sama ada puasa sunat atau puasa ganti.. mesti kena ada pasangan hari..kalau puasa hari jumaat kena jugak puasa hari sabtu.. sbb hari jumaat tu hari kebesaran penghulu segala hari..

    So saya nak tau, apa hukum nye kalau hanya berpuasa pada hari jumaat?

  • #2
    Re: Puasa pada hari Jumaat

    nih ada sedikit huraian untuk persoalan emy

    Soalan 50

    Apakah hukum berpuasa pada hari jumaat sahaja atau sabtu sahaja atau ahad sahaja?

    Jawapan

    Makruh puasa yang bukan wajib pada hari jumaat sahaja atau sabtu sahaja atau ahad sahaja dan tiada menjadi makruh jika didahului atau disambung dengan hari yang dahulu atau berikutnya dan juga tiada makruh jika hari jumaat atau sabtu atau ahad itu terjatuh pada hari yang ia biasa berpuasa umpamanya ia berpuasa berbilang-bilang sehari puasa dan sehari buka, dan terjatuh hari puasanya pada hari jumaat atau sabtu atau ahad, demikian juga kalau hari-hari tersebut jatuh pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah, hari yang kesembilan Muharam dan hari yang kesepuluhnya ( Asyura ).

    sumber: Jabatan Mufti Negeri Kedah



    Soalan

    ada mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari jumaat, hendaklah berpuasa pada hari khamis @ sabtu pada minggu yang sama

    Jawapan

    Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW iaitu jika puasa itu dimulai pada hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.Ini adalah untuk membezakan cara puasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.

    Sumber: JAKIM
    wallahualam

    Comment


    • #3
      Re: Puasa pada hari Jumaat

      Makruh puasa yang bukan wajib pada hari jumaat sahaja
      so aku hari ni puasa ganti kira wajib la kan? kira tak makruh la kan?
      esok taknak puasa sebab nak gi jalan2 takut penat n lapar..

      Comment


      • #4
        Re: Puasa pada hari Jumaat

        kalau rasa was2... apa kata tak payah pose arinih... sambung minggu depan je la...

        ~jawapan yang sorang ustaz pernah bagi masa ceramah kat masjid, bila ada sorang kaum ibu bertanya...

        Comment


        • #5
          Re: Puasa pada hari Jumaat

          aku tak was2..
          aku tau Allah tak suka perbuatan aku berpuasa pada hari jumaat je..tu pasal makruh..tp aku nak ganti puasa..

          tgk la camne..

          Comment


          • #6
            Re: Puasa pada hari Jumaat

            boleh puasa...tapi elok diikuti puasa pada hari berikut (sabtu) atau sebelum (khamis) kerana amalan puasa pada hari jumaat SAHAJA adalah amalan agama lain (majusi / nasrani ) wallahu'alam (tlg betulkan kalau silap; xberapa ingat agama yg mane satu)

            Comment


            • #7
              Re: Puasa pada hari Jumaat

              ermm aku pun dengar cam tu gak
              aku dah posa since monday sampai la arini
              esok nak coti jap

              Comment


              • #8
                Re: Puasa pada hari Jumaat

                salam

                apo yg den faham dgn ilmu yg sikit (dr mendengar kuliah2 ilmu), pose ari jumaat x digalakkan melainkan kalu dah pose ari khamis @ pd ari sabtu nya. kena ada turutan. kalu setakat jumaat jo x digalakkan

                * apsal thread ttg hukum memboling tu dah close yo? baru jo nak membalas huhu

                Comment

                Working...
                X