Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kenapa orang kita suka skim cepat?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kenapa orang kita suka skim cepat?

    A'kum,

    Dari bacaan saya di

    Yang menariknya, hasil daripada siasatan Thomas F. Lennon, individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menyiasat dan mengambil alih 12 Daily pro kerana beroperasi menyalahi undang-undang, beliau mendapati kumpulan pelabur luar Amerika teramai terdiri daripada rakyat Malaysia.
    Sila baca http://www.tlennonfor12dailypro.com/...rim_Report.pdf

    Itu menunjukkan orang kita suka skim cepat kaya.. Dari dulu lagi. Sekarang ni dah banyak skim piramid cara terang2 contohnya http://www.e-jariah.net/index.php. Mereka menggunakan nama amal jariah yang kononnya menolong orang Islam.. yang terang2 sekali merupakan skim piramid. Kalau nak tahu kenapa skim piramid haram.. sila baca disini


    Banyak yang tak kira halal haram.. asalkan buat duit. Belum masuk lagi pelaburan internet yang lain-lain seperti swiss cash dan lain2 lagi. Kalau nak tahu kenapa swiss cash haram sila baca disini

    MLM pun boleh jadi haram kalau caranya tidak mengikut kaedah Islam. Sila baca di ustaz zaharuddin website

    Kenapa ramai orang2 Islam kita yang menjadi hamba duit, takut duit hilang, bukan takut rahmat Allah hilang. Nak duit banyak2, bukan nak rahmat Allah banyak2.

    Rezeki yang terbaik adalah rezeki yang membuat kita lebih dekat dengan Allah, walaupun sedikit. Kita ni hamba Allah,, bukan hamba rezeki.

    azharkm

  • #2
    Kenapa orang kita suka skim cepat kaya?

    Title tertinggal perkataan "kaya"

    Comment


    • #3
      Re: Kenapa orang kita suka skim cepat kaya?

      Originally posted by azharkm View Post
      Title tertinggal perkataan "kaya"
      sebab title "kaya" tu la...ramai yg nak jadi kaya tp dgn kadar segera. Usaha minimum tp nak hasil max...nak hasil cepat dgn usaha mudah...sdg kan sema org tau yg mudah x kan dtg bgolek...

      Puncanya nafsu tamak lebih kuat dari sebab 'bodoh tak tau' sbb kebykan org tau, ikut logik akal tau tp akhirnya masuk jugak...x pe la masuk dulu, ikut untung sabut...mane le tau nasib aku( dah mcm bjudi pulak)

      4 MLM(excuse me kalau tsinggung) i've never agree with the system sblum us.zaharudin tegur lagi. Sebab x der keadilan sejagat, takat jadi introducer bole dpt overiding etc. n futher more saper yg create sistem ni kalau bukan yahudi..cuma amat malang ader pulak ustaz yg masuk dan nak halalkan sistem. Yg dah top pulak tu dilabel usahawan(betul usahawan ke kalau ikut takrif usahawan sebenar)

      Pada aku la, kalau nak kaya usaha kuat2 biar sikit2 tp kumpul jd bukit...biar business kecik tp tak susahkan org mcm anak2 cina yg g oz tu xyah mtak biasiswa pun tp bapak cuma tokeh kedai runcit, berniaga yong tau foo etc.tp boleh tanggung anak study kat oz, x kaya tu...

      Comment


      • #4
        Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

        kebanyakan manusia nak kaya cepat....
        xyah berpeluh...n berusaha..

        so demand akan ade jek ...even org ckp haramkan pun...tp kalo demand ada...bende nie masih kekal disitu

        Comment


        • #5
          Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

          Dalam mata saya, bukan semua multi-level-marketing adalah bersistem piramid, dan bukan semua skim piramid adalah multi-level-marketing.

          Direct selling, direct marketing, apa saja namanya, adalah idea yang baik. Yang merosakkannya ialah sistemnya dan praktisnya. Sepanjang saya bernafas dan didekati oleh golongan yang percaya kepada sistem - sistem ini, tidak ada satu pun yang tidak memerlukan kerja keras. Ini bukan masalah saya.

          Masalahnya terletak kepada kejujuran ketika "merekrut".

          "Awak ada impian?"
          "Nak jadi kaya tak?"
          "Nak jadi boss?"

          Ayat intro memang manis. Lepas tu tunjuk cheque ribu - ribu. Claim sendiri punya, sedangkan nanti nak kena split dengan anak buah ni! Tapi nak tari orang punya pasal, halal aje tipu macam tu, bohong sunat. Meh sini aku sunat kali penghabisan.

          Satu je nama ringkas untuk orang begini: penipu.

          Betul, memang ada yang cheque tu dia punya sendiri. Tapi itu bukan point. Point saya ialah, halalkah duit yang didahulukan dengan usaha yang berasakan penipuan dan manipulasi? Halal - haram duit tak semata - mata letak pada sistemnya: bebas riba atau tidak, profit-sharing ratio, etc; tapi juga pada cara ia dilaksanakan.

          Semua ni berbalik kepada soalan azharkm, kenapa orang kita suka sangat nak kaya cepat? Melalui skim lagi. Scheme. Scheming. Bila sebut scheming ni, nilai pertama masuk otak, negative sikit. Ada scheme yang baik, tapi terima kasih kepada penggunaan, scheming atau kata dasarnya, scheme, bukan selalu membawa maksud yang baik. Meleret pulak.

          Kenapa orang kita suka benda - benda ni? Aku sendiri masih pelik. Takjub pun ada juga.





          Salahkan sistem pendidikan lah kot.

          Comment


          • #6
            Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

            Originally posted by Pendeta View Post
            Dalam mata saya, bukan semua multi-level-marketing adalah bersistem piramid, dan bukan semua skim piramid adalah multi-level-marketing.


            Setuju dgn kamu Pendeta. Yg acik percaya, tak semua MLM itu ditegah oleh syarak... cuma kenalah kiter sumer berusaha utk memastikan yg mana satu ditegah dan yg mana satu dibolehkan...

            Wallahu a'lam bisshawab.

            Comment


            • #7
              Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

              mula2 tengok tajuk, macam pelik...skim cepat? skim cepat apa? hehehe.. skim cepat kaya rupanya...

              saya tanak komen panjang2... cukuplah dengan saya mengatakan, TIADA JALAN PINTAS UNTUK MENGGENGGAM KEJAYAAN MELAINKAN DENGAN USAHA KERAS, DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH

              tu je... tak kiralah dalam MLM, direct selling, niaga udang, burger kat pasar malam... yang penting sah mengikut syariah... mereka yang mengaku boleh cari jalan pintas dan jadi jutawan tuh, janganlah cepat percaya dan terpedaya....

              kalau dari bab muamalat... lebih baik rujuk banyak sumber2... web UZAR antara yang terbaik zaharuddin.net

              Comment


              • #8
                Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                Ada tak sistem multi level dalam sistem perniagaan Islam atau pernah dicetuskan oleh cendiakawan/ekonomis Islam dan sistem ini memberi keadilan sejagat dari segi ratio keuntungannya. Dan adakah anda akan berjumpa saya kalau saya buat apt dan kata saya ingin menerangkan sistm MLM Islam? Ayat biasanya, jom lah ikut aku dengar international commerce biz, ni internet biz ni bukzn MLM...Belum aper2 dah menipu(kalau kata strategi ke ia tetap menipu..)So kalau in the 1st place ko da guna ayat tipu, adakah segala yg akan diceritakan kemudian menjadi benar...

                Tapibaca bismillah dulu seblm jwb dah byk kes topik ni jadi emo...tp kalu dah off topik dari "kaya" td pls kunci ler

                Comment


                • #9
                  Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                  mungkin sbb hutang dah banyak.....nak cover hutang...masuk skim yg leh cptkan lupus hutang......

                  satu lg kalau tgk orang kita sekarang ramai yg lebih respek orang kaya dr orang yg berilmu dan jujur....yg jujur dikata bodoh...lurus bendul.....banyak kerja pun tak kaya2.....dengan duit kuasa dan pangkat pun manusia sanggup beli........

                  lepas tuh yg kaya bisnes cara halal pulak...ada pulak sedara seagama yg dengki.....buat fitnah la.....bomohkan la.....

                  aku rasa dua punca je.....dengki kelebihan orang dan dihasut rasa tamak.......

                  sbb aku pun rasa mende tuh pun ada dalam diri aku.........

                  Comment


                  • #10
                    Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                    secara keseluruhanya..sebenarnya kita hanya nampak mereka yang mahukan kaya dengan skim cepat kaya ni..

                    tapi di sebaliknya.. sebenarnya ada orang yang dah sedia kaya hanya dengan menjual plan skim cepat kaya ni..

                    yang kita lepas pandang.. pada orang yang menciptanya.. perkara ni akan berlanjutan selagi manusia tu ada akal dan fikiran.

                    cuba la pergi cek kat memana.. kalau ada info lagi bagus.. berapa sebenarnya seorang perunding yang mencipta sistem perniagaan macam ni dapat bila menjual plan strategi bisness macam ni..

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                      perasan tak sebenarnya lebih untung menjual 'sistem jualan' dari produk jualan? caranya mudah...lapik kan nama program yg indah2...favorite sekarang mesti la relate to IT dan jgn lupa ayat usahawan. Then create a propability ratio dengan andaian segala faktor lain adalah berkadar malar then pasti 5-6 angka sebulan

                      Kumpul lah kata2 pujangga management guru then relate to sistem maka kembang-kempis la hidung pendengar2nya...sedar x sedar masuk saham/pelaburan malah ada yg menggunakan 'jariah'. Paling sedih, ada yg guna utk bina madrasah ttp sistem masuk duit to acc 1, acc2 juga...aku penah baca flyernya tp sori da buang....

                      Tp aku x mo sebut aper produk or co kat sini nti sensitif pulak tp trick/trend nya sama :
                      1. Iklan bagus2 kalau boleh besar2 1-2 mukasurat
                      2. Ratio keuntungan kadar malar
                      3. Testimonial-kalu ada gbr mesti tunjuk thumb-up sebelah 'lampu bulat'

                      Kwn aku penah study sistem2 ni malah penah kami terlintas nak buat style 'hit n run' tp kat hati aku x sanggup tapi kekadang nak hujah pjg lebar susah silap2 org kita sembang tu dah masuk sistem silap2 sedara pulak tu

                      Pada aku, biar la aku gunakan biz sistem yg konvensional (ketinggalan zaman la kalau ikut perspektif puak2 tu) tp yg penting 'jujur'..biar org tipu kita jangan kita tipu orang...kejayaan insyaAllah akan datang jua.

                      Kejayaan di mata masyarakat hari ini adalah merujuk kepada kereta apa yang anda pakai...uih, ustaz yg bagi aku ayat ni so kalau anda mengambil faktor ini maka mudah la anda terjebak sama...personally aku lebih prefer biar nampak sengkek mcm apek tp masuk bank 'berkepok'duit dalam suar pendik dia...member2 bank byk jumpa kes mcm ni

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                        Originally posted by Eric Tiong View Post
                        :
                        Pada aku, biar la aku gunakan biz sistem yg konvensional (ketinggalan zaman la kalau ikut perspektif puak2 tu) tp yg penting 'jujur'..biar org tipu kita jangan kita tipu orang...kejayaan insyaAllah akan datang jua.
                        boleh ke macam tuh?

                        penilaian tentang halal haram dalam muamalat pada tangan kita, atau pada perintah Allah?

                        Comment


                        • #13
                          Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                          Tak sesuai guna istilah konvensional.....kaedah tradisional....konvensional orang salah faham bukan sistem yg islamik pulak......

                          Comment


                          • #14
                            Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                            Originally posted by Humairah View Post
                            Tak sesuai guna istilah konvensional.....kaedah tradisional....konvensional orang salah faham bukan sistem yg islamik pulak......
                            tq kerana telah memperbetulkan

                            Comment


                            • #15
                              Re: Kenapa orang kita suka skim cepat?

                              tuh la... hati2 dengan istilah... aku pun dah nyaris salah faham tadi....

                              Comment

                              Working...
                              X