Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Ibadat ketika waktu haid

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Ibadat ketika waktu haid

    Assalaamualaikum...firstly, mintak maaf la byk2 kalo topik ni dah ada..huhu..ni 1st time sy buka topik...Di sini sy ingin minta pandangan dan pendapat dr rakan2 semua, terutamanya kaum perempuan...kakak2 yang sudi membantu dan memberi pandangan amat lah di alu2 kan...kalo ada saudara2 yang berpengetahuan pun,juga di alu2 kan memberi pandangan..

    apakah bentuk2 ibadat yang boleh dilakukan semasa kita dalam waktu haid...mungkin ada doa2, ayat2 yang boleh dijadikan amalan waktu ni...sila lah kongsikan bersama...

    menjelangnya waktu haid ni, jiwa rasa tak tenteram,jadi tak tentu arah..rasa cam tak berkat je..huhu...frust jugak tak dapat solat, mengaji mcm biasa...

    harap2 rakan2 semua dapat kongsi pandangan dan pendapat kepada sy yang lemah dan jahil ini...huhuhu......terima kasih...

    ish...kenapa aku sungguh skema ni...huhuhuhu...

  • #2
    Re: Ibadat ketika waktu haid

    alamak.. buku yang berkaitan eksp dah hadiahkan kepada orang lain... huhu..

    tapi sebenarnya ada banyak lagi cara lain untuk menjaga rohani semasa dalam keadaan "tidak boleh solat". Misalnya berzikir dan beristighfar... bolehlah diamalkan zikir2 dan doa2 Rasulullah yang boleh dirujuk dalam banyak kitab atau buku...

    boleh juga amalkan zikir-zikir munajat...

    wallahualam eksp tak pasti sangat perkara ini.. mungkin rakan-rakan lain boleh membantu

    Comment


    • #3
      Re: Ibadat ketika waktu haid

      wudu' jgn tinggal.kalo biasanya kita amik wudu' 5x sehari 4 solat,truskan amalan tu.pas wuduk,zikir kejap,pastu doa macam biasa.ble gak doa tu sambil sujud.

      insyaallah,takdela kita akan terlalai sgt sebab kita dpt rasa yg seolah2 kita
      masih beribadat spt biasa.

      sama2la kita brusaha menjaga iman yg dah makin menipis ni..

      Comment


      • #4
        Re: Ibadat ketika waktu haid

        biasa emosi sgt berkecamuk dan malas yg amat sgt...biasanya istighfar dan zikir la paling mudah......dalam posisi macam mana pun boleh.......

        kebiasaan sy b4 period....semangat nak mengaji ( kadang satu surah panjang boleh habis) dan solat sunat tuh kuat sket dr biasa...esok nak sambung eh eh...dah stop lak......stop terus la dah dpt cuti.....teruk kan?..erm.

        Comment


        • #5
          Re: Ibadat ketika waktu haid

          minta nasihat.....ini actually selalu terjadi tetapi saya diamkan diri saja...

          saya selalu tak sabar nak habis tempoh haid...selalu hari ketiga ianya akan stop....jadi saya pun mandi hadas la...

          apa yang terjadi semalam pula, disebabkan nak buat puasa ganti dalam bulan syawal ini...saya berpuasa semalam...satu hari tak ada haid.....solat semuanya....tetapi bila sampai rumah nak solat magrib...tengok ada darah lagi pula...dah tak boleh puasa lagi hari ini...kena tunggu pula...

          soalan saya....
          puasa dan solat saya semalam sah ke?

          sila kongsi pendapat....pls!

          Comment


          • #6
            Re: Ibadat ketika waktu haid

            biasanya tempoh haid adalah 7 hari
            tp tak tentu la ikut bdn masing2
            tp kalu memang dah comfirm darah tu kering sah la semayang dan puasa tu
            tp selalunya haid mengambil masa lima hri ke 7 hari la
            tapi tak lebih dr 15 hari

            Comment


            • #7
              Re: Ibadat ketika waktu haid

              Originally posted by NurKekal View Post
              minta nasihat.....ini actually selalu terjadi tetapi saya diamkan diri saja...

              saya selalu tak sabar nak habis tempoh haid...selalu hari ketiga ianya akan stop....jadi saya pun mandi hadas la...

              apa yang terjadi semalam pula, disebabkan nak buat puasa ganti dalam bulan syawal ini...saya berpuasa semalam...satu hari tak ada haid.....solat semuanya....tetapi bila sampai rumah nak solat magrib...tengok ada darah lagi pula...dah tak boleh puasa lagi hari ini...kena tunggu pula...

              soalan saya....
              puasa dan solat saya semalam sah ke?

              sila kongsi pendapat....pls!


              Maaf tanya, puan pastikah yang puan alami itu haid atau istiadzoh? Istiadzoh ialah pendarahan selain haid, ia merupakan suatu penyakit yang menyebabkan pendarahan luar biasa pada sistem peranakan wanita. Ia boleh berlaku sehari dua, berminggu-minggu malah bertahun-tahun. Hasil kajian juga, penyakit ini berkemungkinan adalah kerana gangguan jin atau sihir. Ia memerlukan pemeriksaan tanda-tanda lain selain pendarahan itu bagi mengesahkan gangguan jin atau sihir.

              Untuk persoalan topik, amalan zikir harian dan amalan sunat seperti wuduk sebelum tidur, wuduk apabila marah, membaca ayat Al-Quran yang menjadi zikir pagi-petang dan zikir sebelum tidur iaitu ayat kursi, suroh al-ikhlas, al-falaq dan an-nas masih boleh diteruskan.


              والله أعلم بالصواب
              Last edited by el-lail; 15-10-08, 08:04 AM.

              Comment


              • #8
                Re: Ibadat ketika waktu haid

                Originally posted by el-lail View Post


                Maaf tanya, puan pastikah yang puan alami itu haid atau istiadzoh? Istiadzoh ialah pendarahan selain haid, ia merupakan suatu penyakit yang menyebabkan pendarahan luar biasa pada sistem peranakan wanita. Ia boleh berlaku sehari dua, berminggu-minggu malah bertahun-tahun. Hasil kajian juga, penyakit ini berkemungkinan adalah kerana gangguan jin atau sihir. Ia memerlukan pemeriksaan tanda-tanda lain selain pendarahan itu bagi mengesahkan gangguan jin atau sihir.

                Untuk persoalan topik, amalan zikir harian dan amalan sunat seperti wuduk sebelum tidur, wuduk apabila marah, membaca ayat Al-Quran yang menjadi zikir pagi-petang dan zikir sebelum tidur iaitu ayat kursi, suroh al-ikhlas, al-falaq dan an-nas masih boleh diteruskan.


                والله أعلم بالصواب
                errmmm....tak tahu pula tentang itu...tapi saya tidak ada tanda2 kena sihir pun? rasa2 nya la...

                Comment


                • #9
                  Re: Ibadat ketika waktu haid

                  klu tade tanda kene sihir ..so istihadoh tu datang daripada masalah biologi badan
                  individu tu sendri laa. Ada rawatan untuk penyakit ni.

                  Langkah pertama ..jumper doktor ..ehehe ...

                  Amalan yg aku tau dlm haid ni zikir jer. Zikir je pape yg hendak dizikirkan serasi
                  dgn ape yg diterima daripada guru atau ape yg kite rase selesa nak amal.

                  Ayat Quran yg menjadi zikir ialah ayat Quran yg kite biasa amal. Bacaan yg sedia
                  bermain di bibir dan bergema di hati.

                  Tu la yg takat aku tauu ..

                  .
                  Last edited by asura; 15-10-08, 09:23 AM.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Ibadat ketika waktu haid

                    tapi.............ada pula tanda lebam dikaki dan tangan...kadang2 la...itu chinese believe...ada angin di badan...

                    hmmm...rasa2 nya ini sudah off topik nie...dan salah tempat posting nie...kena pindah ke moderator?

                    Comment


                    • #11
                      Re: Ibadat ketika waktu haid

                      Hari tu wife aku ada kata Ustaz yg mengajar kat ofis dia kata tak salah baca Al-Quran atau
                      sentuh Al-Quran masa datang haid. Ada ke nas Al-Quran atau hadis2 yg mencegah
                      perempuan yg dalang haid nie baca Al-Quran? Harap2 sesiapa bleh tolong jawab guna
                      dalil sekali.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Ibadat ketika waktu haid

                        Originally posted by spider View Post
                        Hari tu wife aku ada kata Ustaz yg mengajar kat ofis dia kata tak salah baca Al-Quran atau
                        sentuh Al-Quran masa datang haid. Ada ke nas Al-Quran atau hadis2 yg mencegah
                        perempuan yg dalang haid nie baca Al-Quran? Harap2 sesiapa bleh tolong jawab guna
                        dalil sekali.
                        Rasenye tu utk ayat2 hafazan.. atau surah2 dlm Al-Quran yg slalu kite amalkan sblm dtg bulan.. jadi masih boleh diteruskan ketika dlm haid.. pasal bole sentuh al-Quran tu tak bape pasti lak.. kena tanye TJ..

                        Comment


                        • #13
                          Re: Ibadat ketika waktu haid



                          Saya kongsikan salah satu rujukan untuk anda semua: Sila klik

                          Berzikir dan Membaca al-Qur’an

                          Wanita yang sedang haid boleh berzikir, bertasbih (membaca Subhanalah), bertahmid (membaca alhamdulillah), membaca Bismillah ketika makan dan sebagainya. Boleh juga membaca buku-buku hadis, fiqh (buku agama), berdoa, mengaminkan doa dan mendengar bacaan a-Qur’an.

                          Jelas di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim serta kitab-kitab hadis yang lain bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersandar di riba ‘A’isyah radhiallahu 'anha sambil membaca al-Qur’an padahal ‘A’isyah di saat itu sedang haid.

                          Di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim, Umm ‘Athiah radhiallahu 'anha berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda menyuruh keluar wanita-wanita dan anak-anak gadis yang berada di dalam rumah kepada solat dua hari raya (Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha) supaya mereka dapat menyaksikan kebaikan dan seruan orang mukmin, dan jauhilah wanita haid daripada mushalla (tempat lapang solat Hari Raya).[Lihat Shahih al-Bukhari – no: 324 (Kitab al-Haid)]

                          Juga diharuskan bagi wanita yang sedang haid untuk membaca al-Qur’an dengan cara melihat dengan mata atau menghayatinya dalam hati tanpa menutur dengan lidah. Boleh juga meletak mushaf al-Qur’an di hadapannya lalu melihat ayat-ayatnya dan membacanya dengan hati. Berkata Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Hal ini diharuskan tanpa perselisihan pendapat.

                          Adapun membaca dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam Malik dan Imam al-Syafi’e dalam pendapatnya yang lama. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha’e (seorang tokoh tabi‘in) bahawa: “Tidak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.”

                          Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahas persoalan ini dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, jld. 26, ms. 191 :

                          Sejak asal tidak ada larangan daripada al-Sunnah (bagi wanita yang sedang haid) membaca al-Qur’an. Hadis: “Wanita haid tidak boleh membaca sesuatu daripada al-Qur’an” adalah hadis yang lemah (dha‘if) yang disepakati oleh para ahli hadis.

                          Lebih dari itu, diketahui wanita-wanita di zaman Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sedia mengalami haid. Maka jika haram ke atas mereka untuk membaca al-Qur’an sepertimana haram ke atas mereka mendirikan solat, nescaya ia diterangkan oleh Nabi kepada umatnya dan dipelajari oleh para isteri baginda. Hal ini kemudiannya akan tersebar kepada manusia.

                          Namun tidak seorang jua yang meriwayatkan pengharaman seumpama daripada Nabi. Maka tidak boleh menghukum ia sebagai haram sedangkan baginda Nabi sendiri tidak pernah mengharamkannya. Justeru apabila Nabi tidak menegah daripada demikian padahal ramai wanita yang haid di zamannya, bererti diketahui bahawa tidaklah haram bagi wanita haid membaca al-Qur’an.

                          Di antara perselisihan pendapat ini, yang lebih utama ialah wanita yang sedang haid tidak membaca al-Qur’an dengan lidahnya melainkan jika perlu, seperti guru yang mengajar al-Qur’an, murid yang menduduki peperiksaan dan sebagainya.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Ibadat ketika waktu haid

                            surah yang di bace niat untuk zikir...boleh...asalkan mengingati Allah....

                            Comment


                            • #15
                              Re: Ibadat ketika waktu haid

                              pendapat tentang boleh baca al--quran @ tidak dalam temph tu ada khilaf sebenarnya, jd terpulang pada individu yakin utk ikt yg mana, lebih afdal rujuk ustaz/ah..
                              namun matsurat kena jd pegangan kpd muslimah sepanjang tempoh tersebut sebagai pelindung diri..

                              Comment

                              Working...
                              X