Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

    Iman….what is Iman? Bagaimana hendak menjaga iman or kuatkan iman? Saya suka membaca dan baru baru ini ada terbaca satu keratan akhbar di Iqrak. Satu statement tentang dosa orang tidak solat 5 waktu lebih besar dari penzina. Adakah dengan solat lima waktu saja dapat jaga iman? Ada juga saya dengar statement dari kawan bahawa orang yang ada tanda di dahi menunjukkan dia selalu sujud (means dia selalu solat kan?) tapi..... belum tentu akhlak nya bagus. Pada pandangan saya, iaman kuat ke tidak, itu antara Allah dengan seseorang itu kerna tidak dapat dinilai langsung. Betul? Tolong perbetulkan saya jika saya salah.

  • #2
    Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

    buat apa yg di perintahkan oleh Allah swt...
    tinggalkan apa yg dilarang Allah swt...
    betulkan jika haku salah...

    Comment


    • #3
      Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

      tidak ada sesuatu pun yang terjadi dalam kehidupan ini melainkan dengan izin Allah.
      Kita rasa gatal hidung masa tgh sembahyang dan kita fikir bahawa kalau kita garu baru lah hilang gatal tu, tapi sebenarnya Allah yang mengizinkan rasa gatal itu hilang.
      Kita pegi hospital sebab nak ambik ubat untuk baik drpd demam, padahal demam itu baik kerana Allah yg sembuhkan - maknanya bukan ubat tu yg menyembuhkan tapi Allah.
      Dapat tak gambarannya?
      Kita dibuang kerja dan risau bila takde kerja takdapat nak makan pulak sebab takde duit, tapi sebenarnya kalau kita yakin (beriman) pada Allah bahawa Dia akan pasti menolong hambanya yg memohon pertolongan = mesti kita dapat makan dan etc...
      untuk lebih paham tanya dengan Ustaz/Ulamak.

      Comment


      • #4
        Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

        Originally posted by NurKekal
        Iman….what is Iman? Bagaimana hendak menjaga iman or kuatkan iman? Saya suka membaca dan baru baru ini ada terbaca satu keratan akhbar di Iqrak. Satu statement tentang dosa orang tidak solat 5 waktu lebih besar dari penzina. Adakah dengan solat lima waktu saja dapat jaga iman?
        Solat sahaja tak dpt menjaga iman. Ni sebab selain dari org yg ikhlas solat, ada org solat sbb terpaksa. Ada juga yg solat sbb nak menunjuk. Tapi solat ada memainkan peranan dlm mengekalkan keimanan. Solat ni part of Rukun Islam - org Islam perlu mengerjakannya utk 'mengesahkan' dirinya Islam. Bhg iman tu, refer pada Rukun Iman yg 6 tu.

        Originally posted by NurKekal
        Ada juga saya dengar statement dari kawan bahawa orang yang ada tanda di dahi menunjukkan dia selalu sujud (means dia selalu solat kan?) tapi..... belum tentu akhlak nya bagus.
        Kalau org tu hantuk dahi kat dinding pun, bertanda jugak, kan?

        Originally posted by NurKekal
        Pada pandangan saya, iman kuat ke tidak, itu antara Allah dengan seseorang itu kerna tidak dapat dinilai langsung. Betul?
        Agree. Iman ni bukan sesuatu yg kita boleh 'zahirkan' utk tatapan umum.

        Thread ni ada membincangkan pasal iman - Click me!
        Last edited by xamel2001; 23-04-08, 02:59 PM.

        Comment


        • #5
          Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

          [quote=xamel2001;1912404]Solat sahaja tak dpt menjaga iman. Ni sebab selain dari org yg ikhlas solat, ada org solat sbb terpaksa. Ada juga yg solat sbb nak menunjuk. Tapi solat ada memainkan peranan dlm mengekalkan keimanan. Solat ni part of Rukun Islam - org Islam perlu mengerjakannya utk 'mengesahkan' dirinya Islam. Bhg iman tu, refer pada Rukun Iman yg 6 tu.

          Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke?

          Kalau org tu hantuk dahi kat dinding pun, bertanda jugak, kan?

          Kenapa nak hantuk dahi ke dinding? ade ke orang macam tu?

          Comment


          • #6
            Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

            Originally posted by NurKekal View Post
            Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke?
            cuba ingat masa kecik-kecik dulu,
            apa yg mak ayah tak paksa?
            kena marah/pukul kalau makan tangan kiri,
            kena paksa sembahyang tak? dah beso nie kena paksa lagi tak? kalu tak buat rasa apa?

            btw,
            better solat dlm keadaan terpaksa lebih baik drpd langsung tak solat, lama kelamaan bila dah biasa akan terasa cam kehilangan/kekurangan bila tak buat dan akhirnya akan timbul keikhlasan

            Comment


            • #7
              Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

              Originally posted by izafarid View Post

              btw,
              better solat dlm keadaan terpaksa lebih baik drpd langsung tak solat, lama kelamaan bila dah biasa akan terasa cam kehilangan/kekurangan bila tak buat dan akhirnya akan timbul keikhlasan
              yeah...
              itu yg kita mahukan...
              sgt2 lah betul apa bro ni ckpkan...

              Comment


              • #8
                Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                izafarid,

                Contoh yg sesuai berkenaan solat sbb terpaksa. Thanks.

                -----------------------------------

                Originally posted by NurKekal
                Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke?
                Ada sorg kawan yg berfikiran camni. Dah puas kitorg mengajak. Reasoning mcm ni aku anggap sebagai alasan taknak solat. Reply izafarid dah sums it up. Mula2 rasa mcm paksaan tp lama2 rasa lost kalau tak solat.

                -----------------------------------

                Originally posted by NurKekal
                Kenapa nak hantuk dahi ke dinding? ade ke orang macam tu?
                Tu contoh je. Tanda di dahi tu tak boleh dijadikan ukuran keimanan seseorg tu. Nnt ada pulak yg tanya mcm mana dgn org yg rajin solat tapi takde tanda kat dahi tu.

                Comment


                • #9
                  Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                  ha...betul juga. Bukan semua orang akan ada tanda kat dahi kan? But kenapa boleh terjadi ya? tanda tu?

                  Comment


                  • #10
                    Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                    Originally posted by NurKekal View Post
                    ha...betul juga. Bukan semua orang akan ada tanda kat dahi kan? But kenapa boleh terjadi ya? tanda tu?


                    Dlm satu ceramah YB Zulkifli Nordin... beliau ada bercite... panjang citenyer lantas acik pendekkan... nabi SAW mengatakan bahawa umat diakhir zaman yg tidak mengenai baginda adalah saudara baginda... sahabat bertanya bagaimana nabi leh kenal depa sumer nie... nampak pun idak... maka nabi menjelaskan bahawa nabi nampak mereka melalui wajah mereka yg terpancar cahaya putih hasil dari wuduk yg sempurna...

                    Wuduk nie perlu dijaga dgn sempurna tuan˛... ada yg ambik mudah pasal wuduk nie... walhal waktu bilal ditanya oleh nabi amalan apakah yg menyebabkan selipar bilal kedengaran di syurga maka bilal kata disebabkan dia sentiasa berwuduk 24 jam... begitulah lebih kurang citenyer... Dgn berwuduk kiter boleh terhindar dari melakukan perkara˛ yg terlarang at the same time kenalah jugak solat 5 waktu...

                    So, nak ada tanda didahi tue... rajin˛lah berwuduk dan bersolat... sekian.

                    Wallahu a'lam bisshawab.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                      A'kum,

                      Dalam ceramah Ustaz Prof Dr Jahid, mendirikan solat (bukan asalkan solat) ini melibatkan aktiviti zahir, aktiviti hati dan aktiviti roh. Solat dalam ilmu syariat banyak menggunakan pergerakan zahir kecuali berniat pada permulaan solat. Syarat sah sembahyang banyak melibatkan pergerakan zahir, tanpa melibatkan pergerakan hati dan roh..

                      Ilmu tasawuf pula menggalakkan aktiviti hati untuk mengingati Allah semasa bersolat dengan menggunakan ilmu tauhid sekali. Solat dengan aktiviti hati sepenuhnya itulah sembahyang yang khusyuk. Aktiviti hati ditujukan sepenuhnya untuk mengingati Allah dengan memikirkan kewujudan Allah, kesempurnaaNya dan keagunganNya.

                      Mendirikan solat dengan melibatkan aktiviti roh hanya boleh dicapai oleh orang2 soleh yang telah mencapai peringkat ihsan. Contoh orang yang sampai ke peringkat ini ialah Saidina Ali. Diberitakan untuk mencabut panah yang terlekat di badan Saidina Ali ialah ketika Saidina Ali mengerjakan solat.

                      Disebabkan itulah seseorang muslim sebaik-baiknya mempelajari ilmu fekah, tauhid dan tasawuf, agar kita boleh berpindah dari solat secara zahir, kepada solat dengan hati sekali, dan akhirnya solat dengan roh sekali.

                      Ada yang berkata
                      Solat sahaja tak dpt menjaga iman.
                      Mendirikan solat itulah yang menjaga iman, bukan asalkan solat (solat dengat aktiviti zahir sahaja, bukan dengan aktiviti hati kepada Allah).

                      kena paksa sembahyang tak? dah beso nie kena paksa lagi tak? kalu tak buat rasa apa?
                      Masa kecik2, kita kena paksa sembahyang sebab untuk mendisplinkan zahir kita. Bila dah besar ni.. patut kita dah berusaha untuk mendisplinkan hati kita pulak untuk menggerakkan hati kepada Allah semasa bersolat.

                      Sebab itu mendirikan solat (bukan asal solat) dapat meningkatkan ketakwaan kita (taat kpd yg disuruh, meninggalkan apa dilarang). Sekaligus meningkatkan keimanan kita.

                      Orang yang asalkan solat (solat secara zahir shj) itu hatinya lalai daripada mengingati Allah semasa sembahyang. Hatinya teringat2 kepada keasyik2an dan masalah2 dunia. Bagaimana keadaan hati yang lalai ini dapat ditingkatkan keimanannya? Sebenarnya, saya pun selalu sebegini. Jadi, sama2lah kita berusaha untuk mendirikan solat.

                      Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke?
                      Better jauhkan daripada berkata begini sebab inilah taktik syaitan untuk memastikan hati kita tidak mengingati Allah (hati kita lalai) semasa solat. Kalau solat dah terpaksa mestilah, solat tuk setakat batuk ditangga je, cepat-cepat dan hati mesti menjurus kepada agenda dunia yang nak dibuat selepas habis solat. Kenapa kita tidak berminat untuk menggerakkan hati kita sekali semasa bersolat sedangkan kita berpeluang berbuat sedemikian semasa pergerakan zahir kita dalam solat?


                      Sekian shj

                      azharkm
                      Last edited by azharkm; 23-04-08, 06:29 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                        Alhamdulillah...syukur...

                        I am so grateful with all the input here. Terima kasih banyak-banyak. More input would be appreciate.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                          Originally posted by azharkm View Post
                          ..
                          Disebabkan itulah seseorang muslim sebaik-baiknya mempelajari ilmu fekah, tauhid dan tasawuf, agar kita boleh berpindah dari solat secara zahir, kepada solat dengan hati sekali, dan akhirnya solat dengan roh sekali.
                          ...
                          sekiranya tiada kesempatan untuk mempelajari ilmu fekah, tauhid dan tasawuf, cubalah hayati maksud setiap ayat yang dibaca semasa solat
                          dan apabila ada kelapangan carilah guru. buku & internet hanyalah sumber alternatif
                          dengan buku tiada sesi soal jawab
                          dengan internet tiada sentuhan jiwa
                          hanya dengan guru, ianya sempurna

                          Comment


                          • #14
                            Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                            salam..

                            pertama sekali, kita perlu tahu apa definasi iman, apa maksud iman?.

                            Iman dalam bahasa mudah kita ialah percaya, yakin atau dalam bahasa english, ia disebut sebagai believe..

                            Kita ambil perumpamaan beginilah.. untuk kita bekerja dan menjadi "ahli keluarga" kepada sesuatu syarikat, adalah patut bagi kita untuk mengetahui, mempunyai rasa yakin terhadap syarikat itu dan percaya bahawa syarikat itu mampu terus maju dan berkembang supaya masa depan kita terjamin. Aku yakin, kita tidak akan sertai mana mana syarikat yang tunggang langgang sehingga nak bayar gajipun tertangguh tangguh.

                            Begitu juga dengan islam.. Kita perlu mengetahui, yakin dan percaya bahawa islam, adalah satu satunya agama yang dapat menjamin masa depan kita nanti.. (apa maksud masa depan di sini?).. Keyakinan adalah datang dari hati dan keyakinan dan kepercayaan terbahagi kepada 2 secara am..

                            1. timbul keyakinan atau kepercayaan pada kita sebab orang lain.. (dia meyakinkan kita dengan kata-katanya, kelakuannya, kejayaannya dan lain lain lagi..)

                            2. Timbul keyakinan atau kepercayaan dari dalam diri kita sendiri.. (ini berdasarkan pengalaman kita, pengetahuan kita, pemahaman kita dan lain lain lagi..)

                            keyakinan dan kepercayaan yang pertama kita bergantung kepada orang lain, kalau kita nak kaitkan dengan islam, kita yakin dan percaya kepada islam kerana bergantung kepada input yang kita perolehi dari ibu bapa kita (mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup kita sejak dari kecil), keluarga kta, guru-guru, sahabat dan orang orang sekeliling kita tanpa kita mengetahui apa apa.. bagaimana jika kepercayaan mereka sebenarnya terpesong? nescaya kepercayaan kita juga terpesong sebab apa yang kita ada hanya bergantung kepada yang lain 100%.

                            Pada kepercayaan yang ke2, ianya datang dari dalam kita, berdasarkan pemahaman kita dari mereka yang sekeliling kita juga, dari pembacaan, observation dll. tetapi berbezanya sekarang ialah, ianya timbul dari dalam hati kita, bukan kerana pengaruh semata mata dan sesungguhnya inilah keyakinan dan kepercayaan yang terbaik.

                            Kepercayaan inilah yang memutikkan iman dalam diri kita, kepercayaan inilah yang akan membuatkan kita berpegang teguh kepada islam. dan Allah telah berfirman dalam Al-quran..

                            Al-baqarah, ayat 208 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam sepenuh penuhnya dan janganlah kamu menurut langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata"

                            Itu bukan paksaan, itu ialah peringatan kepada orang-orang yang beriman. Jika kita yakin, percaya (beriman) kepada Allah, nescaya kita akan masuk ke dalam islam sepenuh penuhnya dengan penuh kerelaan.. dan jika keyakinan dan kepercayaan itu berdasarkan pengaruh orang semata mata, kita akan "masuk" dengan keterpaksaan (bukan dengan rela) yang pada hakikatnya bukan bermaksud masuk yang sebenar-benarnya..

                            Persoalan yang terbesar di sini ialah, bagaimana untuk kita memperolehi kepercayaan dan keyakinan yang datang dari hati kita terhadap Allah? (keyakinan dan kepercayaan sebenarnya tidak boleh dipaksa)

                            Salam... TKMTC

                            Comment


                            • #15
                              Re: Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?

                              bagi saya...kalu buleh tak moh la..ade bekas hitam didahi...dulu ade sket..pastu ..cuci2 nak hilang kan,dan hilang la mende tuh......x bes la...x macho jadi....skang ni..nampak lagi sket kesan sket antara dua kening tuh...

                              Comment

                              Working...
                              X