Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

    Apabila kita mendengar tasawuf, ia tidak lari daripada dunia kesufian. Bahkan ilmu tasawuf diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w pada sahabatnya. Marilah kita berbincang tentang apa saja persoalan dalam dunia tasawuf mengikut perjalanan nabi,para sahabat,salafus soleh dan guru2 tasawuf yang muktabar seperti syeikh Abdul Qadir Jailani,Imam al-Ghazali dan lain2 imam ahlus sunnah waljama'ah,guru2 muktabar nusantara dan hujah2 mereka.
    Last edited by PenditaGila; 08-04-08, 09:02 AM.

  • #2
    Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

    Originally posted by PenditaGila View Post
    Apabila kita mendengar tasawuf, ia tidak lari daripada dunia kesufian. Bahkan ilmu tasawuf diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w pada sahabatnya. Marilah kita berbincang tentang apa saja persoalan dalam dunia tasawuf mengikut perjalanan nabi,para sahabat,salafus soleh dan guru2 tasawuf yang muktabar seperti syeikh Abdul Qadir Jailani,Imam al-Ghazali dan lain2 imam ahlus sunnah waljama'ah,guru2 muktabar nusantara dan hujah2 mereka.
    Nak kupas satu-satu mengenai perkara tersebut amat besar. Jgn terlalu ambitious sangat. Rasullulah saw tidak sekadar mengajarkan aspek kerohanian dalam diri para sahabt, tetapi juga perkara-perkara lain. Inilah kesyumulan Islam yang di bawkan oleh baginda rasul saw.


    tj

    Comment


    • #3
      Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

      Sekadar perbincangan untuk mengetahui. Masing2 ada tajuk untuk diperbincangkan bukanlah bermaksud ambitious tetapi konsep ingin tahu daripada tidak tahu.

      Comment


      • #4
        Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

        Originally posted by PenditaGila View Post
        Sekadar perbincangan untuk mengetahui. Masing2 ada tajuk untuk diperbincangkan bukanlah bermaksud ambitious tetapi konsep ingin tahu daripada tidak tahu.
        Ambitious maksud saya bercakap sesuatu yang terlampau luas. Kalau nak bincang pasal kereta, jangan la tanya ok mari kita bincang semua tentang kereta. Itu terlalu ambitous. Specifickan. Ok kita bincang pasal tayar kereta... yang mana sesuai utk pakai masa hujan. Itu contoh.

        Topik yang anda nak bawak terlalu luas dan terlalu ambitous. Specifickan.

        tj

        Comment


        • #5
          Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

          O.k, nanti akan dipecahkan bagi bab pertama.

          Comment


          • #6
            Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

            Sebagai pendahuluan dan pengenalan marilah kita perhatikan komentar dan kesaksian ulama' tentang tasawuf ini. Ada pihak mengatakan jalan tasawuf adalah jalan sesat bukan jalan yang disyariatkan. Bahkan ada juga pihak yang memulaukan kerana jalannya yang penuh dengan kebingungan dan kesulitan. Ada pihak yang menolak terus untuk tidak mempelajari ilmu tasawuf walau sekadar ingin tahu. Wallahu 'alam bissawaab.....

            Dari seorang sahabat.......

            Imam ABU HANIFA (81-150 H./700-767 M)Imam Abu Hanifa (r) berkata, "Jika tidak kerana dua tahun, saya telah ******. Kerana dua tahun saya bersama Saidina Ja'far as-Sadiq dan mendapatkan ilmu kerohanian yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar".


            Ad-Durr al-Mukhtar, vol 1. p. 43
            bahwa Ibn 'Abideen said, "Abi Ali Dakkak, seorang sufi, dari Abul Qassim an-Nasarabadi, dari ash-Shibli, dari Sariyy as-Saqati dari Ma'ruf al-Karkhi, dari Dawad at-Ta'i, yang mendapatkan ilmu lahir dan batin dari Imam Abu Hanifa (r), yang mendukung jalan Sufi." Imam Hanifa berkata sebelum meninggal: lawla sanatan lahalaka Nu'man, "Jika tidak kerana dua tahun, Nu'man (saya) telah ******." Itulah dua tahun bersama Ja'far as-Sadiq

            Imam MALIK (94-179 H./716-795 M)
            Imam Malik (r): "man tassawaffa wa lam yatafaqah faqad tazandaqa wa man tafaqaha wa lam yatsawwaf faqad fasadat, wa man tafaqaha wa tassawafa faqad tahaqqaq. (Barangsiapa mempelajari/mengamalkan tasawuf tanpa fiqh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fikh tanpa tasawuf dia tersesat, dan siapa yang mempelajariri tasawuf dan fiqh dia meraih kebenaran)." (dalam buku 'Ali al-Adawi dari keterangan Imam Abil-Hassan, ulama fikh, vol. 2, p. 195

            Imam SHAFI'I (150-205 H./767-820 M)Imam Shafi'i: "Saya bersama orang sufi dan aku menerima 3 ilmu:
            mereka mengajariku bagaimana berbicara mereka mengajariku bagaimana meperlakukan orang dengan kasih dan hati lembut mereka membimbingku ke dalam jalan tasawuf [Kashf al-Khafa and Muzid al-Albas, Imam 'Ajluni, vol. 1, p. 341.]

            Imam AHMAD BIN HAMBALI (164-241 H./780-855 M)Imam Ahmad (r): "Ya walladee 'alayka bi-jallassati ha'ula'i as-Sufiyya. Fa innahum zaadu 'alayna bikathuratil 'ilmi wal murqaba wal khashiyyata waz-zuhda wa 'uluwal himmat (Anakku jika kamu harus duduk bersama orang-orang sufi, maka mereka adalah mata air ilmu dan mereka tetap mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka orang-orang zuhud dan mereka memiliki kekuatan kerohanian yang tertinggi," --Tanwir al-Qulub, p. 405, Shaikh Amin al-Kurdi)
            Imam Ahmad (r) tentang Sufi:"Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka" ( Ghiza al- Albab, vol. 1, p. 120)

            Imam AL QUSHAYRI (d. 465 H./1072 M)Imam al-Qushayri tentang Tasawuf: "Allah membuat golongan ini yang terbaik dari wali-wali- Nya dan Dia mengangkat mereka di atas seluruh hamba-hamba-Nya sesudah para Rasul dan Nabi, dan Dia memberi hati mereka rahsia Kehadiran Ilahi-Nya dan Dia memilih mereka diantara umat-Nya yang menerima cahaya-Nya. Mereka adalah sarana kemanusiaan, Mereka menyucikan diri dari segala hubungan dengan dunia dan Dia mengangkat mereka ke kedudukan tertinggi dalam kasyaf. Dan Dia membuka kepada mereka Kenyataan akan Keesaan-Nya. Dia membuat mereka untuk melihat kehendak-Nya mengendalikan diri mereka. Dia membuat mereka bersinar dalam wujud-Nya dan menampakkan mereka sebagai cahaya dan cahaya-Nya ." [ar-Risalat al-Qushayriyya, p. 2]

            Imam GHAZALI (450-505 H./1058-1111 M)Imam Ghazali, hujjat ul-Islam, tentang tasauf: "Saya tahu dengan benar bahwa para Sufi adalah para pencari jalan Allah, dan bahwa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik, dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya kehadiran Ilahi [al-Munqidh min ad-dalal, p. 131].
            Imam NAWAWI (620-676 H./1223-1278 M)Dalam suratnya al-Maqasid: "Ciri jalan sufi ada 5:
            menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri mengikuti Sunah Rasul dengan perbuatan dan kata menghindari ketergantungan kepada orang lain bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit selalu merujuk masalah kepada Allah swt [Maqasid at-Tawhid, p. 20] Imam Fakhr ad-Din ar-Razi (544-606 H./1149-1209 CE)Imam Fakhr ad-Din ar-Razi: "Jalan para sufi adalah mencari ilmu untuk memutuskan diri mereka dari kehidupan dunia dan menjaga diri mereka agar selalu sibuk dalam pikiran dan hati mereka dengan mengingat Allah, pada seluruh tindakan dan perilaku" ." [Ictiqadat Furaq al- Musliman, p. 72, 73]

            Maka fikir2lah......Pakcik yang masih jahil aaaar...

            Comment


            • #7
              Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

              Pertama sekali pakcik nak paparkan artikel daripada sahabat tentang adab2 tasawuf nih.

              Kata Abu Hafshin r.a.;
              • Bermula Tasauf itu sekelian adab;
              • dan bagi tiap-tiap waktu adab;
              • dan bagi tiap-tiap hal adab;
              • dan bagi tiap-tiap Maqam adab.
                • Maka barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia kepada Maqam Al-Rijal;
                • dan barangsiapa mensia-siakan adab, maka iaitu jauhlah daripada sekira-kira menyangka Qarbun; dan tertolaklah daripada sekira-kira menyangka Qabul.
              ...................(bersambung)

              Comment


              • #8
                Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

                .......

                sekelian adabbermaksud menjaga adab sama ada yang zhohir atau pun yang batin. Tujuh anggota yang zhohor seperti tangan, kaki, telinga, mulut, hidung, perut dan faraj beradab dengan adab-adab yang digariskan oleh hukum ilmu syarak. Perkara asas atau dasar kepada tasawuf ini ialah beradab dengan adab syariat. Untuk itu wajib bagi seorang yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengikut tasawuf, menyelesaikan sekurang-kurangnya ilmu fardhu ain dan sebaiknya mendalaminya hingga ke fardhu kifayah.
                Begitu juga I'tiqad atau pegangan hati. Dalam menetap dan memegang sesuatu i'tiqad, wajib bagi seorang yang beradab dapat membezakan manakah I'tiqad yang benar dengan yang salah.
                • Manakah wajah-wajah kepercayaan atau pegangan hati Ahli Sunnah Wal Jamaah, Muktizilah, Qadariah, Jabariah dan lain-lainnya?
                • Manakah beza antara hukum-hukum kehambaan dan hukum-hukum Ketuhanan?
                • Manakah bezanya sifat-sifat Iftiqor dan Istigna' dalam Ketuhanan?
                Untuk itu, bagi melengkapi adab seorang hamba dengan adab i'toqad atau pegangan yang sahih, mereka wajib mendalami Ilmu Usuluddin sehingga mampu beradab dengan pegangan yang meyakinkan.


                dan bagi tiap-tiap waktu adabbermaksud seorang pengamal tasauf yang tulen akan menjaga dengan baik adab setiap waktu atau nafasnya. Mereka akan mengikat diri mereka dengan hak hukum waktu yang semestinya dilaksanakan oleh seorang hamba yang beradab dalam Ubudiyahnya. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
                • Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
                • Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
                • Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan Qodanya.
                • Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat.


                dan bagi tiap-tiap hal adabbermaksud adalah wajib bagi seseorang yang dianugerahkan hal-ahwal yang tertentu seperti
                • Al-Qabd dan Al-Basith,
                • Al-Jami' dan Al-Farq,
                • Al-Fana dan Al-Baqa,
                • Al-Shohwu dan Al-Syakr,
                • Al-Mahw dan al-Isbat,
                • Al-Tamkin dan lain-lain lagi.
                menjaga hal-ahwal ini sebagaimana yang semestinya. Umpama seorang yang pertama kali mendapat pengalaman keruhanian dengan dikurniakan zauk pandangan mata hatinya untuk melihat kesatuan wujud, tidak seharusnya mengeluarkan rahsia keruhanian tersebut di kalangan yang tidak ahli. Dan adalah amat tidak beradab sekali seseorang yang baru berada dalam maqam mengenal ilmu yakin, mengeluarkan kata-kata yang orang-orang yang Syakr(mabuk) atau fana seperti "Aku lihat Allah di kebun" semata-mata kerana ingin memperagakan kebolehannya mentafsirkan hakikat maknanya. Sesungguhnya mereka ini adalah sejahil-jahil hamba yang tidak tahu adab dan tatasusila ilmu keruhanian.
                Adalah mereka yang benar-benar mendapat pengalaman keruhanian ini akan meenyembunyikan rahsia dan amanah Allah sebagaimana kata-kata orang Arif;
                "Bermula segala hati orang yang telah suci itu tempat menanam segala rahsia".

                dan bagi tiap-tiap Maqam adabbermaksud bagi setiap perhentian atau kedudukan Maqam yang ditempatkan pada seseorang yang Salik itu ada adab-adabnya yang tersendiri. Dan adalah adab-adabnya berbeza-beza mengikut maqam-maqam atau kedudukannya di sisi Allah. Umpamanya seeorang yang berada pada Maqam asbab perlu tetap pada kedudukannya dengan bekerja dan berusaha untuk menguruskan kehidupan lahiriahnya. Meninggalkan ikhtiar dan usaha dengan tujuan untuk menumpukan seluruh waktu kepada zikir-zikir dan wirid-wirid sebagaimana yang dilaksanakan oleh mereka yang berada pada Maqam Tajrid adalah menunjukkan pelanggaran adab, malah didorong oleh syahwat yang tersembunyi; yang mengheret mereka kepada tidak redho dengan ketetapan Allah.

                Maka barangsiapa menetapkan adab kepada segala waktu, maka sampailah ia kepada Maqam Al-Rijal;
                sebaliknya bagi mereka yang melanggar adab-adab di atas, akan dibalakan dengan dilontar jauh dari Allah sedangkan mereka menyangka dekat dan hampir dengan Allah. Semata-mata memiliki ilmu atau pengetahuan atau cakap-cakap yang tinggi dan halus tentang tasauf mereka adalah sangkaan dan khayalan cuma. Doa mereka sebenarnya ditolak oleh Allah. Harapan dan maksud hati mereka sebenarnya ditolak oleh Allah. Mereka adalah golongan yang tertolak dan jauh dari Allah. Inilah apa yang dimaksudkan oleh Abu Hafshin r.a dengan katanya;
                dan barangsiapa mensia-siakan adab, maka iaitu jauhlah daripada sekira-kira menyangka Qarbun(hampir dengan Allah); dan tertolaklah daripada sekira-kira menyangka Qabul(diterima oleh Allah)

                Comment


                • #9
                  Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

                  wow...
                  makin menarik melihat hasil taipan si pendita gile ni
                  semuanye lebih kearah dlman dari luaran
                  adakah nick pendita gila itu bermaksud bagaimana perjalanan idup kamu memahami tasawuf ini???
                  sgt interesting...truskn usaha murni mu pendita..

                  Comment


                  • #10
                    Re: Sejauh Mana Tasawuf dan Kefahamannya

                    Kalau tak silap Imam AsSyafie dalam kitab Al-Uum lebih kurang gini:

                    Barangsiapa yang masuk kedalam kumpulan tareqat (tasauf) ni sebelah pagi, dia keluar sebelah tengaharinya sebagai orang dungu...

                    ada sesiapa boleh sahkan?

                    Comment

                    Working...
                    X