Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Sejarah Solat 5 Waktu

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Sejarah Solat 5 Waktu

    Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

    SUBUH

    Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

    i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

    ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

    ZOHOR

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

    i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

    ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

    iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

    iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

    ASAR

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

    i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
    ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
    iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
    iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

    MAGHRIB

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

    i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

    ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

    iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


    ISYAK

    Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

    i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.


    iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

  • #2
    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

    sumber! sumber! sumber!

    kalau tak der sumber, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan orang!!

    Comment


    • #3
      Re: Sejarah Solat 5 Waktu

      kalo ade ilmu berkaitan agama ...kan elok diberikan link sumber..petikan hadis or Al Quran...sebab dengan ini memudahkan org nak tau dari mana dtgnye source nye...bukan menafikan hak berposting tp biarla dengan cara yg baik....sumber yg sahih dan diyakini...

      Comment


      • #4
        Re: Sejarah Solat 5 Waktu

        yer setuju... mcm kate nak direka˛ pun
        boleh... sila berikan sumber˛ nyer..
        kalau ada sumber lagi bagus.. mesti ada
        byk lagi kisah˛ yg lain... tol tak rerakan

        Comment


        • #5
          Re: Sejarah Solat 5 Waktu

          tol tak rerakan
          yer amat betul pd pandangan saya ..


          pape pon mekasih atas usaha yg baik tu

          Comment


          • #6
            Re: Sejarah Solat 5 Waktu

            ape yg pbuka thread tulis tu..mmg ade tampal kat surau opis aku....so dah mmg tahupun...

            Comment


            • #7
              Re: Sejarah Solat 5 Waktu

              Originally posted by sharuzzaman View Post
              sumber! sumber! sumber!

              kalau tak der sumber, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan orang!!


              Acik bersetuju dgn permintaan saudara sharuzzaman. Perlukan sumber samada dari al-qur'an ataupun hadis soheh mengenai sejarah solat tersebut.

              Wassalam.

              p/s: Saudari izhani mungkin boleh membantu mendapatkan sumber di suraunyer.

              Comment


              • #8
                Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                Originally posted by sharuzzaman View Post
                sumber! sumber! sumber!

                kalau tak der sumber, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan orang!!
                if merujuk kepada info yang diberi... more kepada pengetahuan am berkaitan sejarah solat itu sendiri.. even bleh diragui akan infonya tapi xde la sampai x leh dipercayai kerana ianya berkaitan sejarah solat itu sendiri yang kita lakukan seharian dan juga rasanya x akan menjejaskan akidah kita sebagai umat islam apatah lagi menyesatkan...

                Comment


                • #9
                  Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                  Originally posted by bergthegreat View Post
                  if merujuk kepada info yang diberi... more kepada pengetahuan am berkaitan sejarah solat itu sendiri.. even bleh diragui akan infonya tapi xde la sampai x leh dipercayai kerana ianya berkaitan sejarah solat itu sendiri yang kita lakukan seharian dan juga rasanya x akan menjejaskan akidah kita sebagai umat islam apatah lagi menyesatkan...
                  dah tu dr mana pengetahuan am sejarah solat ni dtg? mimpi?

                  kalau tak jejas aqidah pun kalau bila solat asyik teringat "sejarah2" ni setiap rakaat, dah tu "sejarah" ni pembohong pulak tu... apa kesannya?

                  kalau org tipu sejarah negara kita pun kita marah, ni kan pulak sejarah tiang agama...

                  benda kalau tak berkait dgn al-Quran dan sunnah boleh kira sebagai ibadat ke?

                  wassalam.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                    http://www.darulnuman.com/mhikmah/solat.html

                    Comment


                    • #11
                      Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                      dalam Darul Numan ni pun tak der sumber?

                      siapa yang buat kajian sejarah ni? pemilik Darul Numan ke?

                      sumber yang dirujuk pun tak der sumber... cam ner?

                      Comment


                      • #12
                        Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                        SEJARAH SOLAT
                        Sejarah Solat Diwahyukan
                        1. Sejarah Solat Diwahyukan Solat adalah salah satu amalan agama samawi (yang diturunkan dari langit) semenjak sebelum kedatangan Islam lagi. Tetapi solat dalam agama-agama samawi sebelum Islam tidaklah diwajibkan secara khusus seperti solat fardhu lima waktu yang difardhukan dalam agama Islam. Jika dilihat dari sudut sejarah solat ini, sememangnya diwahyukan terus dari Allah s.w.t, kepada nabi-nabiNya termasuklah Nabi Muhammad s.a.w sebagai amalan hidup seorang Muslim
                        2. Bila Solat Difardukan Ibadat solat telah difardhukan oleh Allah dalam satu peristiwa agung dalam dalam sejarah kehidupan Rasullah s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku kira-kira beberapa tahun selepas Rasullah dilantik sebagai Rasul. Dalam peristiwa tersebut, Baginda telah dibawa oleh Malaikat Jibrail a.s mengadap Allah di Arsy untuk menerima perintah mengerjakan solat lima waktu. Bermula dari situlah, maka setiap orang Islam diwajibkan mengerjakan solat. Hukum mendirikan solat ini adalah fardhu ain keatas setiap individu Muslim.
                        3. Bagaimana orang terdahulu dari Nabi Muhammad bersolat. Menurut para pengkaji sejarah Islam, Kaedah orang-orang terdahulu sebelum umat Muhammad s.a.w mengerjakan solat tidaklah sama seperti solat-solat yang difardhukan kepada Nabi Muhammad dan umatnya. Ini kerana bentuk dan kaifiyat solat lima waktu hanya khusus kepada umat Muhammad. Bentuk solat yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s dan juga Nabi Daud a.s adalah lebih mudah iaitu hanya dua rakaat sahaja dan tidak ditentukan secara khusus lima waktu sehari semalam
                        "Solat tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya dia telah mendirikan agama (ad-din)dan sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama(ad-Din)"

                        Perihal kewajipan solat
                        1. Tanggungjawab setiap muslim.
                        Solat merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima. Ini jelas sebagaimana diriwayatkan oleh Rasullah s.a.w dalam satu hadisnya yang bermaksud:
                        "Agama Islam itu terbina di atas lima asas, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa dibulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan ibadah haji bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan".

                        · Solat juga adalah amalan asas bagi setiap penganut agama Islam.
                        · Terdapat juga ayat-ayat lain berkenaan tanggungjawab orang Islam, antaranya :

                        " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Surah Azd-Dzaariayat - Ayat 56
                        2. Perintah Bersolat
                        Firman Allah :
                        "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya." Surah Thaahaa - Ayat 132

                        3. Dirikan solat
                        Firman Allah :
                        " Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang ruku". Surah Al-Baqarah - Ayat 43

                        4. solat tiang agama.
                        Rasullah s.a.w bersabda :
                        "Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama".

                        5. Amalan asas bagi setiap Muslim.
                        · Solat juga adalah amalan asas bagi setiap penganut agama Islam.
                        Rasullah s.a.w bersabda :

                        "Yang membezakan di antara orang Islam dan kafir ialah solat".

                        Comment


                        • #13
                          Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                          Originally posted by trew View Post
                          dah tu dr mana pengetahuan am sejarah solat ni dtg? mimpi?
                          pengetahuan am itu perlu dirujuk kembalik kepada pembuka topik.. kemungkinan dari bahan bacaan, buku sejarah, blog dll..

                          kalau tak jejas aqidah pun kalau bila solat asyik teringat "sejarah2" ni setiap rakaat, dah tu "sejarah" ni pembohong pulak tu... apa kesannya?

                          rasanya info ini langsung x menjejaskan akidah kita sebagai umat islam dan juga cara kita bersolat ianya ibadat yang wajib kita kerjakan secara khusyuk, even ianya adalah rekaan semata2...

                          kalau org tipu sejarah negara kita pun kita marah, ni kan pulak sejarah tiang agama...

                          benda kalau tak berkait dgn al-Quran dan sunnah boleh kira sebagai ibadat ke?

                          adakah info yang diberi oleh pembuka topik ini tidak berkait langsung dgn Al-Quran dan sunnah.. banyak perkara yang dikategorikan sebagai ibadat dan ianya bukan sahaja dhn sembahyang, berpuasa dll.. Perkahwinan, menuntut ilmu, memberi sedekah juga dikira ibadat..

                          Pernah dgr perumpamaan bodoh sombong... maksudnya orang sebegini sudah la jahil tapi berlagak umpama dia mengetahui smua perkara walhal dia tidak tahu apa2.. sekian

                          Comment


                          • #14
                            Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                            Originally posted by bergthegreat View Post
                            pengetahuan am itu perlu dirujuk kembalik kepada pembuka topik.. kemungkinan dari bahan bacaan, buku sejarah, blog dll..

                            kalau tak jejas aqidah pun kalau bila solat asyik teringat "sejarah2" ni setiap rakaat, dah tu "sejarah" ni pembohong pulak tu... apa kesannya?

                            rasanya info ini langsung x menjejaskan akidah kita sebagai umat islam dan juga cara kita bersolat ianya ibadat yang wajib kita kerjakan secara khusyuk, even ianya adalah rekaan semata2...

                            kalau org tipu sejarah negara kita pun kita marah, ni kan pulak sejarah tiang agama...

                            benda kalau tak berkait dgn al-Quran dan sunnah boleh kira sebagai ibadat ke?

                            adakah info yang diberi oleh pembuka topik ini tidak berkait langsung dgn Al-Quran dan sunnah.. banyak perkara yang dikategorikan sebagai ibadat dan ianya bukan sahaja dhn sembahyang, berpuasa dll.. Perkahwinan, menuntut ilmu, memberi sedekah juga dikira ibadat..

                            Pernah dgr perumpamaan bodoh sombong... maksudnya orang sebegini sudah la jahil tapi berlagak umpama dia mengetahui smua perkara walhal dia tidak tahu apa2.. sekian
                            ok... cuba bg satu contoh ibadat atau pun apa2 info berkaitan ibadat yg langsung takde sandaran kepada al-Quran and as-sunnah...

                            mcm yg saudara bg contoh kat atas... solat, puasa, kawin, etc... semuanya ada sandaran kepada al-Quran dan as-sunnah...

                            sbb tak tau semua benda la kita mintak sumber sejarah ni... kalau betul datang dr al-Quran atau as-sunnah, kita terima... kalau tak, baling ke dinding je la... dah dua hari dah, pembuka topik tak bg pun sumber, tp pusing kot lain pulak...

                            rasanya org yg boleh terima sejarah SOLAT tanpa sandaran al-Quran dan as-sunnah kalau tak sombong pun, yg satu lg tu kot kalau sejarah tiang rumah jiran saya ke takpe jugak... ni sejarah tiang agama...

                            wassalam.
                            Last edited by trew; 29-01-08, 11:59 AM.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Sejarah Solat 5 Waktu

                              semua ibadat, perlakuan, tindakan semuanya bersandar pada al-quran dan juga hadis tinggalan nabi junjungan kita Muhammad saw.

                              rasanya saudara yang terkeliru dgn posting saudara sendiri...

                              how come sebagai muslim kita x tahu benda2 sebegini.. for sure semua guideline dtg dari al-quran dan sunnah..

                              Perlu apa untuk dibuang kedinding.. atas dasar apa.. even buku teks, bahan bacaan yang lain juga ilmu .. adakah hanya utk menunjukkan keegoaan melayu kita itu...

                              Comment

                              Working...
                              X