Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Kejadian ADAM

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Kejadian ADAM

    KEJADIAN NABI ADAM

    Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya kejadian itu?


    Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui akan tentangnya itu dan Insyaallah dapatlah kita mempelajari tentangnya bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada

    kesabaran (Al-A'ssr)


    NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/Bapa segala manusia)


    BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi kuathir Adam jadi maksiat kepada Allah.Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.


    Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.


    Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.


    Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.


    TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?


    1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

    2. Tanah Bukit Tursina

    3. Tanah Iraq

    4. Tanah Aden

    5. Tanah Al-Kautsar

    6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

    7. Tanah Paris

    8. Tanah Khurasan

    9. Tanah(Babylon)

    10. Tanah India

    11. Tanah syurga

    12. Tanah Tha'if


    Kata Ibnu Abbas :

    1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

    2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

    3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

    4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

    5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

    6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

    7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan

    kerjasama,sesama manusia.

    8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

    9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

    10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

    11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

    12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

    13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


    Bagaimanakah prosesnya :


    1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir,angin,api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".


    2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".


    3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan

    air hujan "Barul Uluhiyah".


    4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.


    5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


    Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


    Dijadikan pula lima buah pancaindera :


    1. Mata alat penglihatan

    2. Hidung alat penciuman

    3. Telinga alat pendengaran

    4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.

    5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.


    Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :


    Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untul memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.


    Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.


    Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan

    "Yarkhamukallah".


    Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)


    Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.



    Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun laldiperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

  • #2
    Re: Kejadian ADAM

    Adam adalah manusia pertama dijadikan oleh Allah.
    Muhammad pula adalah makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah. Lebih awal dari penciptaan Arasy, Kursi dan Malaikat. Asalnya hanya Allah yang wujud, tiada lagi makhluk yang lain. Lalu Allah berkata: "Aku suka dipuji." Lalu Dia mencipta Muhammad yang bermakna "yang dipuji". Apabila Muhammad sudah dijadikan, maka Muhammad pun berkata: "Ya Allah, ciptakanlah makhluk yang lain supaya mereka tahu bahawa aku adalah kekasihMu." Maka Allah berkata: "Aku ciptakan semua makhluk kerana permintaanmu itu."

    Comment


    • #3
      Re: Kejadian ADAM

      Subhanallah...menarik gak keterangan nie...

      Comment


      • #4
        Re: Kejadian ADAM

        boleh tau sumbernya?

        apa sumber yang menerangkan those steps?

        sori.. rasa tak best lak kalau takde sumber.

        Comment


        • #5
          Re: Kejadian ADAM

          Originally posted by selam31 View Post
          Adam adalah manusia pertama dijadikan oleh Allah.
          Muhammad pula adalah makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah. Lebih awal dari penciptaan Arasy, Kursi dan Malaikat. Asalnya hanya Allah yang wujud, tiada lagi makhluk yang lain. Lalu Allah berkata: "Aku suka dipuji." Lalu Dia mencipta Muhammad yang bermakna "yang dipuji". Apabila Muhammad sudah dijadikan, maka Muhammad pun berkata: "Ya Allah, ciptakanlah makhluk yang lain supaya mereka tahu bahawa aku adalah kekasihMu." Maka Allah berkata: "Aku ciptakan semua makhluk kerana permintaanmu itu."


          Acik penah mendengar keterangan kamu ini dari seorg rakan sewaktu belajar di UiTM melaka dulu... mmg sahabat acik soang nie agak alim dan wara' orgnyer... Dia kata mmg ada kitab yg dikarang menceritakan perihal sebijik seperti yg kamu ceritakan saudara selam31 (ini bukan pasal artikel saudara shah yg diatas mengenai kejadian ADAM A.S.) dan dimiliki oleh seorg boleh dipanggil guru...

          Acik teringin sgt nak tahu daripada mana dan daripada siapa kamu mengetahui perkara yg kamu tuliskan ini saudara selam31... Kalau boleh apalah salah kiranyer saudara berikan siapa penulis atau siapa yg menceritakan perihal ini kpd kamu samada secara terus disini atau terus PM kat acik...

          Wassalam.

          p/s: Mengenai artikel saudara shah... seperti gesaan saudara steelburn... mungkin ada afdalnyer dikemukakan sumber rujukan saudara... Mudah-mudahan apa yg tertulis mmg sebenar2 kisah yg tersirat dan tersurat mengenai kejadian nabi Adam A.S. insyaallah.

          Comment


          • #6
            Re: Kejadian ADAM

            salam buat semua,
            ilmu saya ini tidak bersumber dari mana-mana buku. ia diambil dari mulut seorang alim. saya cuma ingin sebarkan ilmu yang saya ada. semoga ia menjadi ilmu yang bermanfaat buat semua.

            Comment


            • #7
              Re: Kejadian ADAM

              Antara kitab yang menyentuh sedikit tentang asal-usul kejadian Muhammad s.a.w. ialah kitab Sirrul Asrar karangan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Antara isi kandungannya ialah hadis Nabi yang bermaksud: Makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah ialah:
              1-Nurku.
              2-Ruhku.
              3-Aqal.
              4-Al-Qalam (Pena).

              Keempat-empat versi Hadis ini merujuk kepada zat yang satu jua. Itulah komentar sheikh itu.

              Comment


              • #8
                Re: Kejadian ADAM

                Originally posted by selam31 View Post
                Antara kitab yang menyentuh sedikit tentang asal-usul kejadian Muhammad s.a.w. ialah kitab Sirrul Asrar karangan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Antara isi kandungannya ialah hadis Nabi yang bermaksud: Makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah ialah:
                1-Nurku.
                2-Ruhku.
                3-Aqal.
                4-Al-Qalam (Pena).

                Keempat-empat versi Hadis ini merujuk kepada zat yang satu jua. Itulah komentar sheikh itu.


                Beliau inikah yg kamu maksudkan?
                Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani Al-Baz.com?..

                p/s: sekadar inginkan kepastian.

                Comment


                • #9
                  Re: Kejadian ADAM

                  Ya, dialah penulis kitab Sirrul Asrar.

                  Antara kitab karangan beliau yang lain ialah:
                  1-Futuhul Ghaib (Adabus Suluk).
                  2-Fathur Rabbani Wa Faidhul Rahmani.
                  3-Al-Ghunyah (fekah mazhab Hambali)
                  4-At-Thariq ilalLah.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Kejadian ADAM

                    Petikan dari Kitab Sirrul Asrar karangan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani :

                    3: PERMULAAN PENCIPTAAN
                    Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

                    Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
                    “Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

                    Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya: “Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
                    “Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
                    “Mula-mula Allah ciptakan akal”.

                    Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
                    “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah, ayat 15)

                    Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

                    Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

                    Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.
                    “Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. (Surah Tin, ayat 15)

                    Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah’. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
                    “Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. (Surah Ta Ha, ayat 55)

                    Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
                    “Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. (Surah Shad, ayat 72)
                    Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka:
                    “Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!.”

                    Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.
                    “Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah”. (Surah Ibrahim, ayat 5)
                    Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah’.

                    Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.

                    Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah. Allah berfirman:
                    “Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)”. (Surah Yusuf, ayat 108).

                    Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, “Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.

                    Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.
                    “Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”. (Surah Kahfi, ayat 65).

                    Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Kejadian ADAM

                      Ini pula tulisan Rasul Dahri yang menolak kewujudan Nur Muhammad itu:

                      Kepercayaan Nur Muhammad

                      (Hakikat Muhammadiyah)


                      Antara beberapa iktikad batil dan sesat yang sudah tersibar luas di kalangan masyarakat Islam Nusantara ialah tarikat Nur Muhammad. Tarikat ini selain dikenali sebagai Nur Muhamad ia disebut dan dikenali juga sebagai "Hakikat Muhammadiyah". Nama ini terdapat di dalam kitab Berzanji:


                      وَلَمَّا اَرَادَ اللهُ تَعَالَى اِبْرَازَ حَقِيْقَتِهِ الْمُحَمَّدِيَّةِ


                      "Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) HakikatNya Muhammadiyah".294


                      Selain dikenali sebagai tarikat "Nur Muhammad" dan "Hakikat Muhammadiyah", tarikat ini dikenali juga sebagai tarikat "Roh Muhammad". Nama ini diambil dari kepercayaan adanya roh yang berpindah-pindah (inkarnasi) iaitu roh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang berpindah-pindah dari moyang baginda sehinggalah kepada ayahndanya Abdullah bin Abdul Mutalib. Penerangan tentang "Roh Muhammad" terdapat di dalam kitab Berzanji:


                      وَاُصَلِّيْ وَاُسَلِّمُ عَلَى النُّوْرِ الْمَوْصُوْفِ بِالتَّقَدُّمِ وَاْلاَوَّلِيَّةِ الْمُنْتَقِلِ الْغُرُرِ الْكَرِيْمَةِ وَالْحِبَاهِ.

                      Yang bermaksud: "Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi Salallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya".295


                      Kepercayaan perpindahan roh (inkarnasi) yang disebut juga "Kitaran Hayat" adalah konsep yang terdapat dalam kepercayaan agama Hindu. kepercayaan ini bertentangan dengan nas al-Quran kerana setiap roh orang yang telah mati berada di barzah iaitu tembuk yang membatasi antara dunia dan akhirat. Firman Allah:


                      وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ.


                      "Di hadapan mereka ada dinding (tembuk) sampai mereka dibangkitkan".

                      Al-Mu'minun, 23:100.


                      Hakikat Muhammadiyah diistilahkan sebagai "Qutub" oleh sebahagian tarikat sufi/tasawuf. Malah hakikat Muhammadiyah tidak ada perbezaan dengan konsep Imam maksum dalam ajaran Syiah, Ismailiyah dan batiniyah.296 Pada hakikatnya akidah yang telah disebar-luaskan oleh golongan tarikat batiniyah dari kalangan penganut sufi/tasawuf ini dapat dibuktikan membawa kepada kesesatan, kerana penganutnya meyakini bahawa dunia, sekalian alam dan segala isinya diciptakan bersebab dari Nur Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam. Kononnya berpunca dari Nur Muhammad segala sesuatu terjadi. Ini adalah iktikad batil yang sama sekali tidak ada asas dan dalilnya dari syara.


                      Orang yang pertama menghidupkan teori Nur Muhammad ini ialah Al-Hallaj. Sesudah beliau, diperluas dan diperkembangkan oleh Ibn Arabi. Malah yang paling aktif menyebarkan ajaran ini adalah golongan Syiah kerana terdapat dalam kepercayaan mereka keyakinan bahawa:


                      "Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus-menerus kepada nabi-nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)".


                      Antara orang yang terus menyebar dan menghidupkan semula teori khurafat dan sesat ini secara tulisan ialah seorang lelaki Mesir bernama "Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi". Teori syirik ini dikembangkan oleh beliau melalui kitabnya yang dipenuhi dengan kebatilan: (اَنْتَ تَسْاَلُ وَاْلاِسْلاَمُ يَجِبُ).


                      Fahaman ini diambil dari fahaman kerohonian teosofi yang meyakini bahawa segala-galanya bermula dari nur (cahaya), sama ada yang lahir (makrifat) dan yang batin (hakikat). Ia pada dasarnya dipengaruhi oleh teori Neoplatonisme, melalui konsep "Emanasi" iaitu segalanya adalah pancaran cahaya yang mengalir dari Tuhan sebagai sebab utama yang dikenali sebagai teori "Al-Faidh" atau apa yang distilahkan oleh golongan tarikat sufi/tasawuf fahaman Ibn Arabi sebagai "Tajalli".


                      Golongan tarikat kesufian/tasawuf yang mempunyai fahaman "Nur Muhammad" mempercayai bahawa semua para malaikat seperti Jibril, Mikail, Israfil serta semua para nabi dicipta dari pantulan Nur Muhammad:


                      فَجَمِيْعُ اْلاَنْبِيَاءِ خُلِقُوْا مِنْ نُوْرِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.


                      "Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam".297


                      Kononnya berkat nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam terciptalah segala makhluk seperti tujuh petala langit dan penghuninya, bintang-bintang dan bumi serta segala yang terdapat di permukaan dan di dasar lautannya, termasuklah syurga dan neraka semuanya bersumber dari satu unsur iaitu berkat nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kepercayaan seperti ini perlu dibasmi atau dihapuskan oleh golongan ulama, kerana ia membawa kepada khurafat dan tahayyul yang menyebabkan rosaknya akidah orang yang mempercayainya sehingga berlaku kesyirikan.


                      Terdapat banyak syair-syair dan hadith-hadith lemah dan palsu yang dijadikan pegangan dan hujjah oleh penganut fahaman ini untuk menguatkan dakwaan mereka. Antara syair dan hadith tersebut ialah:


                      اِنَّ اللهَ خَلَقَ رُوْحَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَاتِهِ وَخَلَقَ الْعَالَمَ بَاسِرَهُ مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.


                      Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari zatNya dan alam seluruhnya dijadikan dari nur Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam".298


                      Bersempena dari hadith dan beberapa lagi hadith palsu yang lain, lahir kepercayaan yang lebih menyimpang jauh sebagaimana yang terdapat di kitab berzanji:


                      نَتَوَسَّلُ اِلَيْكَ بِشَرَفِ الذَاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ.


                      "Dan kami (bertawassul) bermohon kepadaMu berkat kemuliaan hakikat al-Muhammadiyah".299


                      Fahaman tajalli (penjelamaan/bersatu) Allah dengan makhluk, atau sekalian alam sama ada alam dunia atau akhirat sehingga mensekufukan hakikat Muhammad dengan hakikat Allah adalah perbuatan syirik. Fahaman ini berdasarkan pengaruh ajaran Syiah berkaitan konsep wahdatul wujud, hakikat Muhammadiyah dan Imam Mahadi. Teori ini sefahaman dengan teori Qutub dalam fahaman Sufi/Tasawuf. Fahaman batil ini dikembangkan oleh Ibn Arabi (1165-1240M).


                      Seterusnya antara hadith palsu yang menjadi pengangan mereka ialah:


                      لَوْلاَكَ مَا خُلِقَتِ الدُّنْيَا.

                      "Kalaulah tidak kerana engkau (ya Muhammad!) Dunia ini tidak akan diciptakan".


                      Menurut Ibn Qaiyim bahawa hadith ini adalah palsu (موضوع). Malah Al-Bushairi juga telah membuat pembohongan ketika mengatakan perkara ini melalui syairnya:

                      وَكَيْفَ تَدْعُوْا اِلَى الدُّنْيَا ضَرُوْرَةُ مَنْ
                      لَوْلاَهُ لَمْ تُخْلَقِ الدُّنْيَا مِنَ الْعَدَمِ.


                      Bagaimana keperluan seseorang dapat menarik kepada keduniaan, padahal kalaulah bukan kerana Muhammad dunia tidak akan diciptakan yang sebelumnya tidak ada.300


                      Kepercayaan hakikat Nur Muhammad yang selama ini dipegang, menjadi ikutan dan disebarkan oleh penganut tarikat sufi/tasawuf tentang konsep Nur Muhammad, ianya amat nyata suatu pembohongan. Kekarutan ini juga terdapat di dalam kitab Berzanji iaitu dalam ungkapan:


                      وَبَعْدُ فَاَقُوْلُ هُوَسَيِّدُنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِالله بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ.


                      "Aku nyatakan bahawa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah menjadilah Penghulu kita Syaidina Muhammad (moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya) Syaidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan Abdullah itu anak Abdul Muttalib".301


                      Kepercayaan Nur Muhammad sebagaimana yang terdapat ungkapannya di dalam kitab Berzanji, ianya jelas bertentangan dengan dalil-dalil syara. Menurut keterangan dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, yang terdahulu dijadikan oleh Allah bukanlah Nur Muhammad. (Jika manusia) maka manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Adam 'alaihi as-salam. Makhluk-makhluk lain yang dicipta selepas 'Arasy pula adalah qalam, sebagaimana sabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam:


                      اِنَّ اَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ.

                      "Sesungguhnya permulaan makhluk yang diciptakan oleh Allah ialah qalam".302


                      Antara unsur-unsur syirik yang terdapat di dalam fahaman tarikat sufi/tasawuf Nur Muhammad ini boleh kita lihat dalam lirik bait (syair) berikut:


                      اَنْتَ شَمْسٌ اَنْتَ بَدْرٌ * اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ.

                      "Engkau matahari, engkau bulan purnama * Engkaulah cahaya di atas cahaya".303


                      اَنْتَ الَّذِيْ اَشْرَقْتَ فِىاُفُقِ الْعُلاَ * فَمَحَوْتَ بِاْلاَنْوَارِكُلَّ ضَلاَلِ


                      "Engkaulah yang menyinari di ufuk yang tinggi * Engkau hapuskan setiap kegelapan dengan cahaya-cahayamu".304


                      Ungkapan dalam bait di atas iaitu: "Engkaulah cahaya di atas cahaya" menggambarkan bahawa nur Muhammad Sallallahu 'alaihi wa-sallam setara atau sekufu (sama) dengan Nur Allah. Sedangkan ia bertentangan dengan firman Allah:


                      اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ.


                      "Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi".

                      An-Nur, 24:35.


                      Ajaran ghulu (keterlaluan atau melampaui batas) dalam memuji-muja dan pensucian (takdis) terhadap Nabi Muihammad menjadikan penganut tarikat ini terkeluar dari cintakan nabi yang digariskan oleh syara. Sedangkan Allah mengharamkan ghulu kepada semua penganut agama samawi. Firman Allah:


                      يَا اَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُوْا فِى دِيْنِكُمْ وَلاَ تَقُوْلُوْا عَلَى اللهِ اِلاَّ الْحَقَّ اِنَّمَا الْمَسِيْحُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُوْلُ اللهِ وَكَلِمَاتُهُ اَلْقَاهُا اِلَى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِّنْهُ.


                      "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih 'Isa bin Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimahNya, yang disampaikanNya kepada Maryam dan dengan tiupan roh dariNya".

                      An-Nisa', 4:171.


                      Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:


                      لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطرتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ اَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْ عَبْدَ اللهِ وَرَسُوْلَهُ.


                      "Janganlah kamu menyanjungku sehingga melampaui batas sebagaimana pemujaan Nasrani terhadap Ibnu Maryam, sesungguhnya aku ini seorang hamba, maka katakanlah oleh kamu hamba Allah dan RasulNya".305


                      Allah Subhanahu wa-Ta'ala mencipta dunia dan segala isinya terutama jin dan manusia bukanlah lantaran Nur Muhammad salallahu 'alai wa-sallam, tetapi mereka dicipta adalah semata-mata untuk mengajak (menyeru) sekalian manusia supaya mentauhidkan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dalam akidah dan juga dalam beribadah kepadaNya sebagaimana firmanNya:


                      وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ.


                      "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu".

                      Adz-Dzariyat, 51:56.


                      Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sekalian makhluk (hamba Allah), sama ada yang beriman atau yang tidak beriman semuanya asal mulanya dari Nabi Adam 'alaihi as-sallam dan Nabi Adam dicipta dari tanah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:


                      وَلَقَدْ خَلَقْنَا اْلاِنْسَانَ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِيْنٍ.


                      "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (yang berasal) dari tanah".

                      Al-Mukminun, 23:12.


                      اِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ اِنِّيْ خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِيْنٍ

                      "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah".

                      Saad, 38:17.

                      هُوَ الَّذِيْ خَلقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ.


                      "Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani kemudian dari segumpal darah".

                      Gafir, 40:67.


                      هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَـآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.


                      "Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama yang lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu".

                      An-Nisa', 4:1.


                      كُلُّكُمْ بَنُوْا آدَمَ وَآدَمَ خُلِقَ مِنْ تَرَابٍ.


                      "Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam diciptakan dari tanah".306

                      Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah seorang manusia seperti seluruh manusia yang lain. Baginda dari keturunan Adam dan diciptakan dari tanah sebagaimana dicipta Nabi Adam 'alaihi as-salam, nabi-nabi, para rasul atau para wali sekalian:


                      قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآاِلَهَكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ.


                      Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa".

                      Al-Kahfi, 18:110.


                      وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ.


                      "Bersabda Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya aku adalah manusia biasa seperti kamu".307


                      Hanya kelebihan Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam ialah baginda seorang penghulu anak keturunan Adam sebagaimana sabda baginda:


                      اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ.

                      "Aku adalah penghulu anak keturunan Adam".308


                      Pada hadith sahih ini dijelaskan bahawa Nabi Muhammad hanyalah sebagai penghulu anak keturunan Adam 'alaihi as-sallam dan di hadith yang lain pula dijelaskan sebagai (مَكْتُوْبٌ) "Tertulis" dan bukan disebut dengan sebutan (مَخْلُوْقٌ) "Dicipta" sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith sahih di bawah ini:


                      اَنَا عِنْدَ اللهِ مَكْتُوْبٌ خَاتِمُ النَّبِيِّيْنَ.


                      "Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi".


                      Terdapat banyak hadith-hadith yang menjelaskan tentang kejadian Nabi Adam 'alaihis salam dan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Adapun hadith-hadith yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah nabi, rasul dan manusia yang mula-mula dicipta adalah hadith-hadith yang lemah. Antara hadith tersebut ialah:


                      كُنْتُ اَوَّلُ النَّبِيِّيْنَ فِى الْخَلْقِ وآخِرُهُمْ فِى الْبَعْثِ.


                      "Aku adalah permulaan para nabi dalam penciptaannya dan juru kunci mereka diutus".


                      Menurut Ibnu Kathir, Al-Munawi dan Nasruddin Al-Albani bahawa hadith ini adalah hadith yang lemah. Hadith ini menyalahi al-Quran dan hadith-hadith lain yang sahih. Malah menyalahi akal fikiran dan perasaan yang waras, oleh sebab itu tidak ada seorang pun yang dicipta dan dilahirkian sebelum dicipta dan dilahirkan Nabi Adam alaih as-salam.309


                      Tidak ada seorang pun manusia yang diciptakan dari nur atau cahaya. Hanya para malaikat sahaja yang diciptakan dari nur tetapi para malikat bukan dari golongan manusia. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-sallam di dalam sabdanya:


                      خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُوْرٍ وَخُلِقَ الْجَآنُ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ وَخُلِقَ آدَمَ مِمَّا وَصَفَ لَكُمْ.


                      "Malaikat diciptakan dari nur. Jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah disifatkan kepada kamu (dari tanah)".310


                      Adapun hadith yang dijadikan hujjah oleh golongan tarikat sufi/tasawuf Nur Muhammad untuk menyatakan bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah dicipta dari nur, kesemuanya adalah dari jenis hadith-hadith yang lemah dan palsu. Antara hadith-hadith tersebut ialah:


                      اَوَّلُ مَا خَلَقَ اللهُ نُوْرَ نَبِيِّكَ يَا جَابِرُ.

                      "Wahai Jabir! Yang pertama kali diciptakan Allah ialah nur NabiMu".


                      Menurut Muhammad bin Jamil Zinu: Hadith ini adalah hadith (حديث مكذوب) "Hadith bohong/palsu" atas nama Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam. Ia bukan hadith sahih sebagaimana yang didakwakan oleh As-Sya'rawi. Amat jelas isi kandungannya bertentangan dengan al-Quran al-Karim dan hadith yang sahih yang menjelaskan dengan tegas bahawa manusia yang pertama kali diciptakan adalah Adam 'alaihi as-salam dan Adam dijadikan dari tanah. Seandainya ada dari makhluk lain ia adalah qalam. Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam hanyalah anak keturunan Adam, tidak dicipta dari nur.


                      Kepercayaan karut dan khurafat ini tertulis di kitab Maulid Berzanji Daiba'i:


                      لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ فَسُبْحَانَهُ مِنْ مَّلِكٍ اَوْجَدَ نُوْرَ نَبِيِّهِ مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نُوْرِهِ قَبْلَ اَنْ يَخْلُقَ آدَمَ مِنَ الطِّيْنِ اللاَّزِب


                      "Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha Suci Dia Tuhan yang telah mencipta nur NabiNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari nurNya sebelum diciptanya Adam dari tanah yang liat".311


                      Nabi Muhammad adalah manusia biasa seperti kita dan seperti manusia-manusia yang lain. Hanya sahaja baginda secara khusus dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu, menjadi Nabi dan Rasul. Manusia tidak boleh menganggap Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nur, tetapi mereka wajib menganggap baginda sebagai manusia.312


                      Pada dasarnya semua manusia dicipta sejak Adam 'alaihi as-salam serta semua anak cucu keturunannya sehinggalah ke Hari Kiamat adalah manusia yang dicipta dari tanah. Tujuan dicipta supaya beribadah, menyembah dan mentauhidkan Allah sehinggalah menemui ajalnya. Firman Allah:


                      وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَاْتِيَكَ الْيَقِيْنُ.


                      "Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal/kematian)".

                      Al-Hijr, 15:99.


                      وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ.


                      "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu".

                      Az-Zariat, 51:56.


                      Tidak terdapat walaupun seorang dari kalangan para nabi atau para rasul menjadi penyebab sehingga kerananya dicipta dunia ini dan segala makhluk yang ada. Namun, menurut seorang tokoh sufi bernama Ibn Arabi, alam nyata adalah kumpulan sifat-sifat Allah al-Haqq. Tajjali Zat Allah hinggalah jadi hakikat segala yang ada di bumi ini. Menurut Ibn Arabi lagi bahawa alam semesta seluruhnya adalah berasal dari Nur Muhammad.



                      Mereka yang sefahaman dengan teori Ibn Arabi seolah-olah menafikan bahawa tujuan utama para nabi atau rasul diutus kepada umat mereka semata-mata untuk menyampaikan wahyu Allah. Mereka melupakan tentang tugas para nabi dan rasul yang diutus untuk mengajak manusia beribadah kepada Allah dan menyeru kepada Tauhid yang murni agar mereka mendapat petunjuk. Firman Allah:


                      وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ.


                      "Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan: Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut".

                      An-Nahl, 16:36.


                      وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّ نُوْحِى اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِ.


                      "Tidak Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!) Melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka oleh sebab itu sembahlah Aku".

                      Al-Ambiya, 21:25.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Kejadian ADAM

                        maka tulisan Rasul Dahri lebih dekat di hatiku

                        tapi mana nota kaki tulisan ni?

                        utk artikel lengkap berserta nota kaki, boleh la ke:

                        http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_enam.htm

                        wassalam.

                        Comment

                        Working...
                        X