Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam



    Sesapa nak tambah, sila2kan (Kalau boleh, sediakan nasnya skali)

    Yg ni saya dapat dari portal Hanan.com.my

    Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
    Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
    Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

    Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
    Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

    Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
    seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

    Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
    Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
    mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

    Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

    Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
    Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

    Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

    Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
    Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
    seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

    Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
    syaitan".

    Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

    Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
    Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
    "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
    ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

    Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
    Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

    Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

  • #2
    Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam



    bersiap sungguh nampak en. elail kita ni... .

    baguslah

    wassallam

    Comment


    • #3
      Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

      baca 3 kul sebanyak 3 kali...............sapukan kat seluruh badan............bila nak tdur..........

      Comment


      • #4
        Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

        Originally posted by shah
        baca 3 kul sebanyak 3 kali...............sapukan kat seluruh badan............bila nak tdur..........
        betul tu, ayah aku pun ajaq amalan tersebut... memang 3 qul amalan pagar diri yg berkesan

        tapi sbb publish kat BDN, nanti akan keluar soalan yg favourite

        "mana sumbernya?"

        Comment


        • #5
          Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

          Originally posted by shah
          baca 3 kul sebanyak 3 kali...............sapukan kat seluruh badan............bila nak tdur..........
          baca 3 qul ..7 kali sehari
          + ayat qursi ...pon 7 kali sehari

          klu salah betul kan lah yer

          Comment


          • #6
            Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

            Originally posted by klauth_2
            betul tu, ayah aku pun ajaq amalan tersebut... memang 3 qul amalan pagar diri yg berkesan

            tapi sbb publish kat BDN, nanti akan keluar soalan yg favourite

            "mana sumbernya?"
            alhamdulillah

            wassalam.

            Comment


            • #7
              Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

              Originally posted by klauth_2
              betul tu, ayah aku pun ajaq amalan tersebut... memang 3 qul amalan pagar diri yg berkesan

              tapi sbb publish kat BDN, nanti akan keluar soalan yg favourite

              "mana sumbernya?"
              Ada diajarkan di sini: www.darussyifa.org

              Pasal nas2 bacaan Ruqyah, ada panjang lebar dibincangkan kat forum lain. Tak ingat mana satu, sesape tolong carikan, mekasih..

              Comment


              • #8
                Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                amalan2 pagar diri ni boleh ke di applykan utk melindungi premis perniagaan/rumah dari kena ilmu hitam atau pun sihir.macam mana caranya ya,atau pun ada amalan2 lain yg khusus.tq.

                Comment


                • #9
                  Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                  Originally posted by klauth_2
                  betul tu, ayah aku pun ajaq amalan tersebut... memang 3 qul amalan pagar diri yg berkesan

                  tapi sbb publish kat BDN, nanti akan keluar soalan yg favourite

                  "mana sumbernya?"
                  Ini memang amalan Rasulullah, ada hadis sahih mengenai baca ayat muawizatain ni tapi nak kena chek dulu dah lupa. Baca 3 qul dan ayat qursi kemudian sapu pada seluruh badan memang ada nas sahih nanti saya usahakan...

                  Comment


                  • #10
                    Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                    Dapatkan hand book ruyah di sini edisi Surabaya, Indonesia(cepat cepat sebelum link ni hilang):
                    http://d.1asphost.com/assalamghoib/B...u%20Ruqyah.pdf


                    Audio MP3 ayat ayat ruqyah di sini, link ustaz Jumadi dialog dengan jin tu:-
                    http://www.ceramahislam.com/audio.html

                    Fenomena alam ghoib 100% Islam bukan ilmu kebatinan. Ceramah dari Ustaz Indonesia:
                    http://d.1asphost.com/assalamghoib/

                    Sesiapa yang ada maslah gangguan baca atau dengar CD alQuran surah Yasin, AsSofat, AdDhukan, AlJin (3 kali sehari). Pejam mata guna headphone dan concentrate dan perhatikan apa tindak balas dari dalam badan.

                    Comment


                    • #11
                      Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                      pagar ke-7
                      ayat kursi mmg byk keistimewaannya!

                      Comment


                      • #12
                        Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                        bismillah 5/kaf 40/doa nabi sulaiman/doa imam syafie dll....................dan sebagainya banyak lagi la............itupun biasa dipakai...........kena rajin mencari........la.....banyak amalan lagi........

                        Comment


                        • #13
                          Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                          Aku suka betul dgn tips macam ni kalau boleh diamalkan.Jangan main-main itulah antara punca keberkatan hidup.

                          Thanks el-lail.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                            Tamar Ajwah/madinah tu sekilo RM150.00, boleh demam nak beli....

                            Comment


                            • #15
                              Re: Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam

                              Originally posted by kupia
                              Baca 3 qul dan ayat qursi kemudian sapu pada seluruh badan memang ada nas sahih nanti saya usahakan...
                              Tolong yer en.Kupia ..harap carian ko nnti leh dirujuk brsama2.

                              Tips lagi satu ..semayang kene ckup n jaga 4 pintu pd diri drp dimasukki jin.

                              Comment

                              Working...
                              X