Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

mari berwudhu

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • mari berwudhu

    Sifat Wudhu' Rasulullah SAW
    Cara-cara berwudhu':-
    1) Berniat. Dari Umar RA, dia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat"[1]
    2) Membaca basmalah yakni ' بسم الله ' (bismillah) yang bermaksud "Dengan nama Allah". Sabda Rasulullah SAW:
    لا صلاة لمن لا وضوء له، ولا وضوء لمن لم يذكر اسم اللّه تعالى عليه
    Maksudnya: “Tiada solat untuk sesiapa yang tidak berwudhu baginya, tiada wudhu’ untuk sesiapa yang tidak menyebut nama Allah SWT.”[2]
    Akan tetapi sekiranya seseorang lupa untuk membaca basmalah tidaklah mengapa, wudhu’nya sah dan tidak perlu mengulangi wudhu’nya lagi.[3]
    Tatacara wudhu Rasulullah SAW telah ditunjukkan dalam satu hadith.
    أن حمران مولى عثمان أخبره؛ أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دعا بوضوء. فتوضأ. فغسل كفيه ثلاث مرات. ثم مضمض واستنثر. ثم غسل وجهه ثلاث مرات. ثم غسل يده اليمنى إلى المرفق ثلاث مرات. ثم غسل يده اليسرى مثل ذلك. ثم مسح رأسه. ثم غسل رجله اليمنى إلى الكعبين ثلاث مرات. ثم غسل اليسرى مثل ذلك. ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضأ نحو وضوئي هذا
    Humran ra, hamba Uthman bin Affan RA meriwayatkan, Uthman bin Affan RA memanggilnya untuk berwudhu, dan dia (Uthman RA) pun berwudhu. Maka dia mencuci kedua pergelangan tangannya/telapak tangan sebanyak tiga kali, seterusnya dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dan kemudian menghembuskannya keluar. Kemudia beliau mencuci mukanya tiga kali. Kemudian beliau mencuci tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Kemudia mencuci tangan kirinya seperti itu jua. Seterusnya beliau menyapu kepalanya. Kemudia beliau kaki kanannya hingga ke buku lali tiga kali. Kemudian beliau mencuci kaki kiri seperti itu jua. Seterusnya Uthman bin Affan ra berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW berwudhu’ sebagaimana wudhu’ aku ini.”[4]
    Tatacara wudhu berdasarkan hadis di atas dapat diringkaskan sebagai:-

    1)Mencuci kedua pergelangan tangan sebanyak tiga kali. Lihat gambar:

    2)Memasukkan air ke dalam mulut dan hidung dengan serentak sebanyak tiga kali kemudian menghembuskannya keluar. Air itu dimasukkan ke dalam mulut dan hidung dengan menggunakan tangan kanan. Kemudian air tersebut dikeluarkan menggunakan tangan kiri.Hal ini diterangkan dalam hadis berikut:-
    وعن عبد خير قال نحن جلوس ننظر إلي علي حين توضأ فأدخل يده اليمنى فملأ فمه فمضمض واستنشق ونثر بيده اليسرى فعل هذا ثلاث مرات ثم قال من سره أن ينظر إلى طهور رسول الله صلى الله عليه وسلم فهذا طهوره
    Dari Abd Khair, dia berkata kami duduk-duduk dan melihat Ali RA ketika beliau berwudhu’, dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dengan menggunakan tangan kanan kemudian mengeluarkannya dengan menggunakan tangan kiri. Beliau melakukan hal tersebut sebanyak tiga kali. Kemudian Ali RA berkata: “Barangsiapa ingin melihat cara Rasulullah SAW berwudhu’, maka beginilah cara wudhu’nya.”[5] Lihat gambar di bawah:-




    Memasukkan air ke dalam hidung hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh kecuali ketika berpuasa. Sabda Rasulullah SAW:

    “Bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung melainkan ketika kamu berpuasa.”[6]

    3)Membasuh muka sebanyak tiga kali. Kawasan muka ialah dari pangkal tumbuhnya rambut hingga bawah dagu atau janggut. Dan dari telinga kanan hingga telinga kiri.



    Jika rambut yang tumbuh pada wajah tidak terlalu tebal, maka wajib membasuhnya sehingga kulit yang dilindungi bulu-bulu tersebut. Sedangkan jika terlalu tebal, cukup dengan hanya membasuhnya sahaja.[7]

    4)Membasuh tangan dari hujung tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.
    5)Menyapu keseluruhan kepala dan telinga sekali sahaja. Kedua-dua telinga adalah termasuk dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telinga adalah daripada kepala.”[8] Cara menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala dan selepas itu kedua-dua jari telunjuk digunakan untuk membersihkan bahagian dalam telinga manakala kedua-dua ibu jari pula digunakan untuk membersihkan bahagian belakang telinga.[9]
    Last edited by Adreen; 28-11-06, 02:34 PM. Reason: kecik sangat la hadis2 tu

  • #2
    Re: mari berwudhu

    5)Menyapu keseluruhan kepala dan telinga sekali sahaja. Kedua-dua telinga adalah termasuk dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telinga adalah daripada kepala.”[8] Cara menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala dan selepas itu kedua-dua jari telunjuk digunakan untuk membersihkan bahagian dalam telinga manakala kedua-dua ibu jari pula digunakan untuk membersihkan bahagian belakang telinga.[9]


    6)Membasuh kaki dari hujung jari hingga ke buku lali sebanyak tiga kali.
    7)Selepas melakukan hal-hal di atas, hendaklah membaca doa selepas wudhu’ yang wujud di dalam sunnah. Ada beberapa jenis bentuk doa selepas berwudhu’, antaranya:

    Umar Ibn Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah sesiapa di antara kamu yang melakuka wudhu dan menyempurnakan wudhunya kemudian membaca:
    أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
    Ashhadu anlaa ilaaha illallaahu wahdahu laa shareekalahu washhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasooluhu (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa yang tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya)
    melainkan kesemua lapan pintu syurga akan dibuka untukya- dan dia akan memasukinya melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.[10] Di dalam riwayat at-Tirmizi ditambah kalimat di bawah kepada doa di atas:
    اللهماجعلني من التوبين و اجعلني من المتطهرين
    Allahummaj’alni minat tawwabin, waj ‘alni minal mutatohhirin
    Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan manusia yang bertaubat dan jadikanlah aku dari mereka yang bersuci.[11]

    Abu Said al-Khudri pula meriwayatkan dari Rasulullah SAW bacaan begini:
    سبحانكاللهم و بحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك و اتوب اليك
    Subhaanakallaahumma wa bihamdika ashhadu anlaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atoobu ilaika
    Maha suci Engkau wahai Tuhanku dan segala puji buat Engkau, aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau dan aku memohon keampunan daripada engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.[12]







    [1] Riwayat al-Bukhari di dalam muqaddimah sahihnya dan Imam Muslim hadis no:1908

    [2] Riwayat Abu Daud (101), Ibn Majah (399) dan at-Tirmizi (26). Al-Albani menyatakan ia sahih, Sahih al-Jami’ as-Shoghir (7514)

    [3] Sifat Wudhu Nabi, m/s 8

    [4] Riwayat Muslim di dalam Shahihnya (225)

    [5] Di riwayatkan oleh Imam ad-Darimi di dalam Sunannya. Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam Misykat al-Masobih

    [6] Di riwayatkan di dalam Sunan Abu Daud (142). Al-Albani menyatakan ia sahih di dalam Shahih Abi Daud.

    [7] Sifat Wudhu Nabi m/s 12

    [8] Sunan Abi Daud: 134

    [9] Sunan Abi Daud:135

    [10] Riwayat Muslim: 234, Abu Daud:169, at-Tirmizi:55, an-Nasai:148 dan Ibn Majah:470

    [11] Di nilai Sahih oleh al-Albani

    [12] Di riwayat oleh Ibn Sunni di dalam ‘amal al-Yaum wa al-Lailah:30, dinilai sahih oleh al-Albani.
    Last edited by Adreen; 28-11-06, 02:31 PM.

    Comment


    • #3
      Re: mari berwudhu

      mekacih
      kalau ada tutorial mengenai solat untuk laki dan pompuan lagi bagus hehe
      siap dengan sumer bacaan yg betul ke

      Comment


      • #4
        Re: mari berwudhu

        saudara masri........

        kalau ppuan tu uzur.........

        bleh amik wudhu tak??

        sbb ape nak amik??

        sbb selalu b4 tido aku amik wudhu......tp baru2 ni member aku ckp tak bleh........

        Comment


        • #5
          Re: mari berwudhu

          time kasih atas info...semoga solat kite sumer lebih sempurna lepas ni...amin..

          Comment


          • #6
            Re: mari berwudhu

            tinggalkan sembahyang ada le.............tapi takde yang mengatakan tinggalkan wudhu..........

            Comment


            • #7
              Re: mari berwudhu

              tengok website courseware mimos kitorang buat.... daftar free jer sebab sumber terbuka............

              ada kursus ibadah, tayamun, wuduk .... sembahyang jamak

              http://www.mygfl.net.my/mygfl/index....d=486&Lang=570

              Comment


              • #8
                Re: mari berwudhu

                Originally posted by ChEf_N|3aM
                tengok website courseware mimos kitorang buat.... daftar free jer sebab sumber terbuka............

                ada kursus ibadah, tayamun, wuduk .... sembahyang jamak

                http://www.mygfl.net.my/mygfl/index....d=486&Lang=570

                ada seten kompeni/pejabat gomen dorang blok terus website mcm tu
                so kalau ada kelapangan bule la sesaper bukak thread pasal tutorial solat wajib eh
                lain-lain mcm tutorial cara mandi wajib dengan betul pun besh hehe

                Comment


                • #9
                  Re: mari berwudhu

                  solat ketika sakit klu sape2 berminat leh baca buku drp JAKIM.
                  leh dapati secara percuma ..siap pic warna lg.
                  Aku ade amik satu ari tu ..
                  aku pon amik drp kawan dia kerja PERKIM..

                  Comment


                  • #10
                    Re: mari berwudhu

                    bestnya menambah bahan rujukan..............

                    Comment


                    • #11
                      Re: mari berwudhu



                      Saudara salafi... waktu acik copy pastekan artikel saudara ke suatu laman islam yg lain... ada seorg bertanyakan sesuatu tentang artikel saudara (yg mungkin saudara copy paste kan) ini... Anataranyer mohon saudara jelaskan...

                      PETIKAN ARTIKEL
                      “Membaca basmalah yakni ' بسم الله ' (bismillah) yang bermaksud "Dengan nama Allah". Sabda Rasulullah SAW:
                      Maksudnya: “Tiada solat untuk sesiapa yang tidak berwudhu baginya, tiada wudhu’ untuk sesiapa yang tidak menyebut nama Allah SWT.”
                      Akan tetapi sekiranya seseorang lupa untuk membaca basmalah tidaklah mengapa, wudhu’nya sah dan tidak perlu mengulangi wudhu’nya lagi.

                      ALEX
                      Kepada sesiapa yang tahu, ana ingin juga bertanya:
                      “Tiada solat untuk sesiapa yang tidak berwudhu baginya”
                      Siapa yang solat tanpa wuduk, maka solatnya tidak sah. Tapi mengapa
                      “tiada wudhu’ untuk sesiapa yang tidak menyebut nama Allah SWT” maka wuduknya dikira sah pula?
                      Padahal kedua hukum itu Nabi gandingkan bersama dalam satu hadith menunjukkan keakraban hukum kedua-duanya.
                      Apakah dalam artikel/ buku Sifat Wudhuk Nabi itu ada dihuraikan masalah ini?
                      Ataupun penulis biarkan saja tanpa huaraian dan minta pembaca menerimanya bulat-bulat?


                      PETIKAN ARTIKEL
                      2)Memasukkan air ke dalam mulut dan hidung dengan serentak sebanyak tiga kali kemudian menghembuskannya keluar.

                      ALEX
                      Ana rasa susah juga nak buat SERENTAK, tapi boleh jadi ada orang boleh melakukannya.


                      PETIKAN ARTIKEL
                      Menyapu keseluruhan kepala dan telinga sekali sahaja. Kedua-dua telinga adalah termasuk dalam kawasan kepala. Rasulullah SAW bersabda: “Kedua telinga adalah daripada kepala.”
                      Cara menyapu kepala ialah dengan meratakan air ke seluruh kepala

                      ALEX
                      Mestikah basuh KESELURUHAN kepala?
                      Tidak sahkah wuduk yang tidak membasuh keseluruhan kepala menurut penulis buku ini? (kalau ada)
                      Adakah pengarang artikel ini hanya memuatkan cara basuhan ini sahaja dalam bukunya ataupun ada juga dia menyatakan pandangan para ulama lain seperti cukup membasuh sebahagian kepala, atau bahagian depan kepala saja, atau beberapa helai rambut saja, atau cukup di atas serban saja dan sebagainya?
                      Maklumlah, hal yang diutarakan penulis ialah SIFAT WUDUK NABI bukan SALAH SATU VERSI SIFAT WUDUK NABI. Kita takut kalau ada orang awam yang terkeliru lalu membuat andaian bahawa sesiapa yang tidak berwuduk dengan cara buku itu maka dikira berwuduk dengan BUKAN SIFAT WUDUK NABI.


                      PETIKAN ARTIKEL
                      dinilai sahih oleh al-Albani.

                      ALEX
                      Siapakah pengarang artikel ini? Adakah al-Albani?
                      Ilmu hadith Albani sangat diragukan. Kebanyakan umat Islam berat hati untuk menerima ilmu agama bersanadkan Albani.
                      .

                      Terima kasih.

                      Wallahu a'lam bisshawab.

                      Comment


                      • #12
                        Re: mari berwudhu

                        Originally posted by fosilmitra


                        Saudara salafi... waktu acik copy pastekan artikel saudara ke suatu laman islam yg lain... ada seorg bertanyakan sesuatu tentang artikel saudara (yg mungkin saudara copy paste kan) ini... Anataranyer mohon saudara jelaskan...

                        .

                        Terima kasih.

                        Wallahu a'lam bisshawab.
                        aslm wbt

                        byk yg disentuh ialah masalah feqh yg ulama berebza pendapat ttgnya...

                        jika begitu kenapa kita xnak mempersoal ustaz2 kita yg ajar feqh asy-syaffie tp xnak terang feqh2 mazhab lain.

                        sifat wudhu nabi saw ni bukan al-albani yg tulis da..sheikh abdullah jibrin

                        Comment


                        • #13
                          Re: mari berwudhu

                          cik izhani..
                          mc rasa kalu pompuan uzur boleh amik wuduk..

                          Comment


                          • #14
                            Re: mari berwudhu

                            baguih niee..kdg2 org dewasa kata depa x pyh teliti sb dah belajar masa sekolah dulu...tp kdg2 benda2 yg kita duk wat hari2 nie perlu ingati selalu..

                            kdg2 tgk anak2 kita lebih arif dan detail..lengkap ngan doa n maksudnya..kita?

                            Comment

                            Working...
                            X