Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

Page Title Module
Move Remove Collapse
This topic is closed.
X
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

    Aku masih keliru dan rasanya ramai lg yg x bape jelas ...mengapa kiter perlu
    taqlid pd Imam besar ..malah Imam Ghazali sendri bertaqlid dgn Imam Syafie
    (maaf kalau salah). Ada antara kite(org awam amnya) yg persoalkan fatwa dan hujah yg dikeluarkan
    oleh mereka yg lebih layak drp kite. Sedang kite sendri pon masih belajar dan
    hnya mendengar hujah/rujuk/tafsiran drp guru setempat kite shj sbg asas
    mempersoalkan balik hukum/fatwa yg digazetkan oleh mereka yg layak.

    Selamat membaca aku rasa cam bersetuju je dgn artikel ni.

    Pandangan lain dialu2kan.

    petikan daripada : http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=13848

    Beberapa perkataan yang perlu difahami (mungkin sesiapa boleh tolong perhalusi, jika salah tolong perbetulkan, InsyaAllah sama-sama dapat faedah)
    • $Mujtahid - Merupakan orang yang diiktiraf yang mampu mengeluarkan hukum (istimbat) berdasarkan kaedah-kaedah syara' daripada Al-Quran dan Al Hadith
    • $Muqallid Muttabi' - Seseorang yang mengetahui sesuatu hukum dan mengetahui daripada (dalil) mana hukum itu dikeluarkan, tetapi tidak mengetahui dengan lengkap bagaimana kaedah imam-imam mujtahid mengeluarkannya daripada Al Quran dan As Sunnah
    • $Muqallid Mutlak- Seseorang yang mengikuti sesuatu hukum dan bersandar kepada pendapat imam-imam mujtahid

    ......................


    Ok kat mana pula yang dikata pintu ijtihad masih terbuka, sedangkan ada golongan yang mengatakan dengan bertaqlid buta pada mazhab akan menyebabkan kemunduran umat. Ini juga satu pendapat yang salah, bagi orang yang tidak belajar sunnah dan quran.
    Jd kite ni dlm kategori mane ?

    Wallahu a'lam

  • #2
    Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

    Originally posted by asura
    Aku masih keliru dan rasanya ramai lg yg x bape jelas ...mengapa kiter perlu
    taqlid pd Imam besar ..malah Imam Ghazali sendri bertaqlid dgn Imam Syafie

    petikan daripada : http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=13848
    Salam,

    Sedikit Pembetulan,
    Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali rhm tiada bertaqlid kepada al-Imam Nasir al-Sunnah Muhammad Bin Idris al-Syafi'e rhm. Tetapi beliau bermazhab Syafi'e, seperti juga al-Imam an-Nawawi, Ibn Hajar al-asqalani, Dr Mustapha Bugho dan lain-lainnya.

    Taqlid dan Bermazhab adalah dua istilah yg berlainan. Kalau mengikut Dr Yusof al-Qaradhawi, org awam tiada mazhab kerana mereka tidak pernah mengkaji mazhab pun (sila rujuk Kitab Fiqh Taysir). Kerana jika anda mengaku bermazhab Syafi'e Maka anda mestilah bersedia untuk mengaku bahawa anda mengaji kitab-kitab muktabar Mazhab Syafi'e seperti kitab ar-Risalah, al-Umm, Syarah Muhazzab, Fiqh Manhaji etc..

    Kebanyakan org awam adalah muqallid, walaubagaimanapun hal status ini diperselisihkan oleh Ulama'. Anda tidak perlu bimbang, teruskan sahaja belajar, di mana status anda adalah tidak penting.

    p/s: ana tidak galakkan mengambil pendapat daripada Forum BicaraSufi, kerana kebanyakan forumer Sufi ni memang kurang 'ilmu Fiqh dan Hadis. Ana recommend Site al-ahkam.Net dan BicaraMuslim.com

    wallahu'alam
    Last edited by pemusnah_dewa; 14-11-06, 04:13 PM.

    Comment


    • #3
      Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

      ^^^tapi al-ahkam.net dah berhentikan pendaftaran buat sementara waktu....

      boleh join lagi tak agaknya...

      Comment


      • #4
        Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

        Originally posted by pemusnah_dewa
        Ana recommend Site al-ahkam.Net dan BicaraMuslim.com

        wallahu'alam
        Mekasih ..

        Aku rase kurang selesa skit dgn al-ahkam. Mungkin pandangan aku n d geng
        berbeza tp harap input antara kite mmbuka jalan yg lbh jelas.

        Comment


        • #5
          Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

          Originally posted by asura
          Aku rase kurang selesa skit dgn al-ahkam. Mungkin pandangan aku n d geng berbeza tp harap input antara kite mmbuka jalan yg lbh jelas.
          ada beberapa forumer al-ahkam.net yg complaint, mereka pun tak selesa dgn BicaraSufi.com, mereka cuba buat Islah di sana tapi as a result - terus kena banned

          apa pun kita cuba selesaikannya di sini (BDN) dgn cara yg baik, insyaAllah.

          Comment


          • #6
            Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

            Definisi Taqlid

            Taqlid secara bahasa diambil dari kata () yang bermakna mengikatkan sesuatu di leher. Jadi orang yang taqlid kepada seorang tokoh, ibarat diberi tali yang mengikat lehernya untuk ditarik seakan-akan hewan ternak.

            Sedangkan menurut istilah, taqlid artinya beramal dengan pendapat seseorang atau golongan tanpa didasari oleh dalil atau hujjah yang jelas.

            Dari pengertian ini, jelaslah bahwa taqlid bukanlah ilmu dan ini hanyalah kebiasaan orang yang awam (tidak berilmu) dan jahil. Dan Allah subhanahu wa ta’ala telah mencela sikap taqlid ini dalam beberapa tempat dalam Al Qur’an.

            Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
            “Atau adakah Kami memberikan sebuah kitab kepada mereka sebelum Al Qur’an lalu mereka berpegang dengan kitab itu? Bahkan mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka.’ Dan demikianlah, kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatan pun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: ‘Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka.’ (Rasul itu) berkata: ‘Apakah (kamu akan mengikutinya juga) sekalipun aku membawa untukmu (agama) yang lebih (nyata) memberi petunjuk daripada apa yang kamu dapati bapak-bapak kalian menganutnya?’ Mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami mengingkari agama yang kamu diutus untuk menyampaikannya.’ Maka Kami binasakan mereka, maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.” (Az-Zukhruf: 21-25)

            Comment


            • #7
              Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

              Originally posted by pemusnah_dewa
              Salam,

              Sedikit Pembetulan,
              Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali rhm tiada bertaqlid kepada al-Imam Nasir al-Sunnah Muhammad Bin Idris al-Syafi'e rhm. Tetapi beliau bermazhab Syafi'e, seperti juga al-Imam an-Nawawi, Ibn Hajar al-asqalani, Dr Mustapha Bugho dan lain-lainnya.

              Taqlid dan Bermazhab adalah dua istilah yg berlainan. Kalau mengikut Dr Yusof al-Qaradhawi, org awam tiada mazhab kerana mereka tidak pernah mengkaji mazhab pun (sila rujuk Kitab Fiqh Taysir). Kerana jika anda mengaku bermazhab Syafi'e Maka anda mestilah bersedia untuk mengaku bahawa anda mengaji kitab-kitab muktabar Mazhab Syafi'e seperti kitab ar-Risalah, al-Umm, Syarah Muhazzab, Fiqh Manhaji etc..

              Kebanyakan org awam adalah muqallid, walaubagaimanapun hal status ini diperselisihkan oleh Ulama'. Anda tidak perlu bimbang, teruskan sahaja belajar, di mana status anda adalah tidak penting.

              p/s: ana tidak galakkan mengambil pendapat daripada Forum BicaraSufi, kerana kebanyakan forumer Sufi ni memang kurang 'ilmu Fiqh dan Hadis. Ana recommend Site al-ahkam.Net dan BicaraMuslim.com

              wallahu'alam

              mengapa pula org awam tak ada mazhab...so what is mazhab about??? kalo nak mazhab kena kaji dan perlu ada kitab2 mazhab...pasai ape pulak?
              sepatutnya sapa yg tak bermazhab la kena kaji semua mazhab...baru tau ape kekurangan apa kelebihan.....
              kalo tak perlu ikut takkan la ada setengah umat islam mazhab lain setengah mazhab lain......

              aku penah bertanya kat sorg syiria kat sini.....dia kata kita patut ikut satu mazhab yg memang dah di amalkan kat negara kita....dan perlu utk kaji dr mazhab lain bile ada keliruan atau khilaf dlm sesuatu.....bukan la 100% ikut... ini satu nak elakkan keliru bercampur aduk sbb tak semua samakan...dan sesetengah cuma nak amik yg senang jerk........wahabi jerk kata tak perlu mazhab2 ni tak salah aku....

              tu opinion aku la...dr ape yg aku baca dan tanya....kalo silap harap mohon maaf....dan mungkin ada penjelasan yg senang dan mudah amat la dialukan...

              ps* selain al-ahkam ni takde lain ke?? takkan tu jerk.....
              Last edited by Mac Weng; 15-11-06, 12:28 AM.

              Comment


              • #8
                Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                Petikan dari Soal Jawab Yusuf Qardhawi

                Perselisihan Di Antara Imam-imam dan Hukum Bertaqlid Dengan Mereka

                Soalan:

                Kenapakah Imam-imam berselisih dan apakah hukum bertaqlid dengan mereka? Adakah pandangan-pandangan dalam masalah yang diperselisihi ini sabit daripada Rasulullah? Kenapakah terdapat perkara dalam ibadat yang mengikut pandangan seorang Imam adalah wajib dan mengikut pandangan Imam lain pula adalah makruh? Apakah pula hukumnya mentaqlid seorang Imam di dalam satu masalah, kemudian mentaqlid Imam lain di dalam masalah yang lain pula? Bolehkah kita mentaqlid selain daripada Imam-imam yang empat? Haruskah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab pada zaman ini?

                Jawapan:

                Saya akan menjawab bahagian pertama dari soalan ini terlebih dahulu.

                Kenapakah Imam-Imam Berselisih?

                Imam-imam berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua.

                Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang. Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.

                Kedua-dua golongan ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi iaitu ketika Baginda bersabda selepas perang Ahzaab:

                Maksudnya:

                "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah ia bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraidzah.

                Para sahabat telah berselisih mengenainya ketika hampir Maghrib.

                Ada yang berkata:

                "Tujuan Rasulullah (s.a.w) berkata demikian ialah supaya bersegera."

                Yang lain pula berkata:

                "Tidak, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

                "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat janganlah bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizah." Oleh itu kami tidak akan sembahyang melainkan di perkampungan Bani Quraidzah, walaupun selepas Maghrib."

                Jadi, mereka menunaikan Asar didalam waktu Maghrib.

                Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan pun. Ini adalah iqrar (pengakuan) baginda terhadap ijtihad. Baginda membiarkan sahabatnya beramal mengikut ijtihad mereka. Inilah salah satu sebab perselisihan.

                Sebab lain lagi ialah ada manusia yang `mutasyaddid' (terlalu berhati-hati) dan ada yang `mutarakhis' (memudahkan). Ini adalah tabiat manusia.

                Ibnu Omar contohnya, tidak sama dengan Ibnu 'Abbas. Ibnu Omar ketika berwudhuk akan memasukkan air ke matanya sehingga menyebabkan beliau buta. Ibnu `Abbas pula tidak merasakan perkara itu perlu.

                Ibnu Omar takut mencium anak anaknya kerana bimbang air liur mereka terkenanya. Ibnu `Abbas pula mencium dan memeluk mereka serta berkata: "lanya seperti bunga yang dicium."

                Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah datangnya kaedah' Syadaaid Ibnu Omar' dan `Rukhsah Ibnu Mas'ud' yang terkenal di dalam warisan Feqah.

                Bahasa juga merupakan sebab berlakunya perselisihan.

                Firman Allah:

                "Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru '. " Al-Baqarah: 228

                Apakah yang dimaksudkan dengan quru'?

                Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna.

                Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan `majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Sebagai contohnya, firman Allah:

                "Atau kamu sentuh perempuan. Al-Maidah: 6

                Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?

                Antara sebabnya lagi ialah yakin atau tidaknya Imam-imam kepada sesuatu riwayat. Seorang Imam mungkin meyakini dan mengambil suatu riwayat, sedangkan seorang Imam yang lain tidak meyakininya atau mengambilnya.

                Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima hadis yang tidak dikenakan oleh yang lain. Terutamanya di dalam beberapa masalah seperti `umum al-balwa'.

                Sebab lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih daripada hadis Aahaad.

                Ada Imam-imam yang mengutamakan hadis Dha'if (yang kemudiannya dinamakan hadis Hasan) lebih daripada qias. Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Begitulah seterusnya.

                Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.

                Ada yang berpendapat syariat umat terdahulu adalah syariat bagi kita dan ada yang tidak berpendapat begitu.

                Ada yang berhujah dengan kata-kata sahabat dan ada yang menolaknya.

                Ada yang berhujah dengan `masaah mursalah' (yang tidak ada dalil menunjukkan penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.

                Sebab-sebab berlaku percanggahan ini adalah perselisihan mereka dalam dalalah `amr' (perintah) dan `nahyu' (larangan), `am' (umum) dan `khan' (khusus), `mutlak' dan `mugaiyad', `mantuq' dan `mafhum' serta lain-lain perkara lagi yang dijelaskan dalam ilmu Usul Fiqh.

                Tegasnya, terdapat banyak sebab yang membawa kepada perselisihan Imam-imam. Banyak buku-buku sama ada lama dan baru yang disusun dalam masalah ini. Antaranya ialah kitab al Insaf fi asbab al-Ikhtilaf karangan al-'Allamah al-Dahlawi, `Asbab Ikhtilaf Llama' karangan Sheikh Ali al-Khafif dan buku `al-Sohwah al-Islamiahbainaal-Ikhtilafal-masyru` waal-Tafarrugal-Mazmum'
                karangan saya sendiri.

                Saya telah menerangkan di dalamnya, perselisihan di dalam perkara furu' (cabang) adalah daruri, rahmat, keluasan dan kekayaan. Saya juga menerangkan asas-asas fikiran dan akhlak yang terbina di atasnya `Fiqh al-Khilaf (cara-cara berselisih) dan adab-adabnya sesama umat Islam.

                Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada umat ini dengan tidak menyempitkan agama mereka. Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain.

                Suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.

                Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu, sebagaimana yang berlaku pada Omar.

                Ketika ditanya kenapa beliau berpatah balik daripada pandangannya, beliau berkata: "Itu adalah berdasarkan apa, yang telah kita tahu, ini pula berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu." Suasana dan hal sesuatu mungkin berubah dan manusia akan terkesan dengan apa yang dilihat dan didengar, lalu menukarkan pandangannya.

                Oleh sebab inilah, Imam Syafie mempunyai dua mazhab. Mazhab `Qadim' ketika beliau berada di Iraq dan mazhab `Jadid' ketika beliau berada di Mesir. Perkara ini boleh kita lihat dalam kitab-kitab Fiqh: "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Qadim"', "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Jadid'." Ini ialah kerana apabila Imam Syafie sampai di Mesir, beliau melihat perkara-perkara yang belum pemah dilihatnya. Beliau mendengar hadis-hadis yang belum pemah didengarnya. Kerap kali mujtahid membetulkan kembali pandangannya. Semua ini adalah sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perselisihan.

                Apabila Abu Ja'far al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya `Al-Muwattha", beliau (Abu Ja'far) telah berkata: "Jauhilah `syadaid' Ibnu Omar, `rukhsah' Ibnu 'Abbas, `syawaz' (keganjilan) Ibnu Mas'ud dan ajarlah ia kepada orang ramai."

                Imam Malikmelaksanakan permintaan ini dan mengarang kitabnya yang terkenal dalam Islam dengan nama `Al-Muwattha'.

                Khalifah kemudiannya ingin memaksa orang ramai mengikut kitab ini, tetapi Imam Malik (r.a) dengan kefahaman, kesedaran dan kewarakannya telah berkata:

                "Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah."

                Begitulah, mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu' (cabang) sebagai satu yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielak. Tidak mungkin umat akan bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam masalah-masalah furu' sebegini. Inilah kelembutan dan kebaikan Allah terhadap umat ini, diberikan kita peluang untuk berijtihad dan ruang bagi berbilang-bilang pandangan.

                Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandangan-pandangan lain). Tiada sesiapapun yang akan dapat menggunakan `rukhsah' (kelonggaran) dalam mana-mana perkara. Tiada siapa juga yang boleh menilai pandangan, kata-kata atau riwayat bagi mengetahui yang manakah paling tepat dan benar?

                Kesemua ini adalah jawapan bagi soalan: "Mengapakah Imam-imam berselisih?"

                Hukum Mentaqlid Imam-Imam.

                Soalan:

                Apakah hukum mentaqlid Imam-imam?

                Jawapan:

                Terdapat golongan yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam-imam yang empat. Inilah yang dikatakan oleh pengarang kitab tauhid, `al Jauharah'

                Terdapat juga pendapat melampau yang menyatakan wajib bertaqlid kepada Imam yang tertentu sahaja:

                Pengikut mazhab Syafie berkata wajib bertaqlid kepada Syafie: Pengikut mazhab Hanafi berkata wajib bertaqlid kepada Abu Hanifah. Begitulah seterusnya, pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata wajib bertaqlid kepada imam mereka.

                Pendapat ini adalah silap menurut para pengkaji. Bahkan mereka berkata:

                "Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

                Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:

                "Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh."

                Ini adalah kerana orang yang berkata wajib bertaqlid di dalam urusan agama kepada Imam yang tertentu, mengambil kata-katanya semata dan menolak kata-kata yang lain, seolah-olah telah menjadikan Imamnya pencipta undang-undang dan nabi yang maksum. Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengatakan kata-kata ini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiah.

                Ibnu Qayyim juga telah berkata:

                "Kita telah ketahui secara daruri, tidak terdapat di zaman sahabat mahu pun tabi'en seorang lelaki yang melebihkan seorang lelaki lain dari kalangan mereka; dia mentaqlid semua pandangan beliau tanpa meninggalkan satu pun daripadanya dan menolak semua pandangan selain daripada pandangan orang yang ditaqlid itu. Dustalah mereka yang berkata, terdapat lelaki sebegitu di kurun yang dimuliakan oleh Rasulullah ini iaitu tiga kurun pertama yang baginda muliakan di dalam hadis-hadisnya yang sahih. Bidaah ini hanyalah berlaku di kurun yang keempat yang dicela oleh Rasulullah (s.a.w).

                Ibnu Qayyim telah menentang kata-kata ini (taqlid empat Imam sahaja dan taqlid salah seorang yang tertentu dari mereka) di dalam kitabnya "I'lam al-Muqi'en'. Dia telah menggunakan lebih kurang lima puluh hujah dalam menyalahkan pandangan ini. Beliau telah membuat perbincangan yang panjang dan bernilai. Sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah merujuk kepada kitab tersebut.

                Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

                Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah di dalam firmannya:

                "Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7

                Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.

                Masalah-Masalah Yang Diperselisihi.

                Soalan:

                Adakah semua pandangan dalam perkara yang diselisihi ini sabit daripada Rasulullah?

                Jawapan:

                Terdapat banyak amalan yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dan diriwayatkan daripadanya bahawa baginda memang pernah melakukannya meskipun terdapat amalan lain yang lebih kerap dilakukannya.

                Contohnya, takbir di dalam azan. Adakah empat kali atau dua kali sahaja. Kedua-dua bilangan ini diriwayatkan daripada Rasulullah.

                Mazhab Maliki mengambil bilangan dua kali, manakala mazhab lain mengambil bilangan empat kali.

                Begitulah juga dengan tarjii' (mengucap dua kalimah syahadat dengan perlahan sebelum dilaungkan). Ianya telah diriwayatkan daripada Rasulullah. Sebahagian ulama menerimanya dan sebahagian yang lain menolaknya.

                Sebahagian dari perkara ini diriwayatkan daripada Rasulullah, meskipun mungkin satu bahagian lebih kerap diamalkan daripada bahagian yang lain. Seperti membaca bismillah dengan kuat.

                Adalah diriwayatkan, baginda tidak membacanya dengan kuat. Namun, terdapat hadis-hadis yang menunjukkan baginda membacanya dengan kuat. Ini tidaklah menghalang kemungkinan baginda membacanya dengan kuat dalam sesetengah keadaan untuk mengajar orang yang bersembahyang di belakang baginda atau sebagainya.

                Oleh itulah, Ibnu Taimiah telah berkata di dalam perkara-perkara yang seumpama ini:

                "Kita boleh meninggalkan perkara yang afdhal dalam ibadat demi menyatukan hati, sebagaimana Rasulullah membiarkan Kaabah daripada dikembalikan pembinaannya di atas asas yang telah dibina oleh nabi Ibrahim kerana bimbang orang ramai akan menjauhkan diri daripadanya.

                Imam-imam seperti Imam Ahmad juga berpandangan demikian dalam masalah bismillah, menyambung sembahyang witir (iaitu sama ada tiga rakaat sembahyang witir dilakukan dengan satu atau dua salam) dan sebagainya yang menunjukkan boleh meninggalkan perkara-perkara yang afdhal demi menyatukan hati, serta untuk menunjukkan bahawa perkara itu adalah sunnah dan sebagainya."

                Soalan:

                Kenapakah suatu ibadat di sisi seorang Imam adalah wajib dan di sisi Imam yang lain adalah makruh?

                Jawapan:

                Perkara sebegini adalah sedikit bahkan jarang berlaku. Contohnya, dalam mazhab Syafie membaca fatihah dalam semua sembahyang adalah wajib bagi makmum. Mazhab Hanafi pula mengatakannya makruh. Ini adalah dua pandangan yang berbeza.

                Terdapat jalan pertengahan bagi kedua-dua pandangan ini: Membaca fatihah oleh makmum adalah wajib dalam sembahyang `sirriah' (bacaannya perlahan) dan tidak didengari oleh makmum. Manakala, makmum di dalam sembahyang yang 'Jahriah' pula (bacaannya kuat) dan dapat didengarinya hendaklah mendengar bacaan imam dan tidak membaca fatihah.

                Ini ialah berdasarkan kepada hadis di dalam `Sahih Muslim':

                "Apabila dia (imam) membaca (al Quran) hendaklah kamu semua diam.

                Jalan tengah ini adalah lebih `aula' (utama) untuk diambil.

                Berpegang Kepada Al-Quran Dan Sunnah.

                Soalan:

                Bolehkah kita bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat? Bolehkah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab?

                Jawapan:

                Ya, harus bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat.

                Berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah juga adalah harus bagi orang yang mampu berbuat demikian dari kalangan ahli Fiqh dan para pengkaji.

                Mereka bolehlah mengkaji, berijtihad dan mengeluarkan hukum daripada al-Quran dan sunnah serta mencari hukum yang paling kuat berdasarkan dalil dan hujahnya.

                Mereka juga boleh merujuk kepada ulama-ulama 'tarjih' dan ulama-ulama perbandingan mazhab yang membanding dan mencari hukum yang terkuat berdasarkan dalil dan hujah seperti Ibnu Daqiq al-'Eid, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar al-'Asqalani, as-San'ani, asSyaukani dan lain-lain lagi.

                Seterusnya bolehlah dia mengambil hukum yang paling diredhai, paling kuat pada pandangannya dan yang hatinya tenang untuk diamalkan dalam agamanya. Inilah tanggungjawabya. Allah tidak mewajibkan kepada manusia suatu tanggungjawab yang tidak mampu dipikulnya.

                Pandangan yang tersebar di zaman kemunduran sekarang yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup adalah ditolak dan tidak mempunyai dalil sama ada daripada al-Quran, sunnah mahu pun ijmak.

                Bahkan pengikut mazhab Hanbali dan lainnya telah berkata:

                "Tidak harus wujud zaman yang tidak ada mujtahid yang berfatwa kepada manusia berdasarkan dalil-dalil. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah untuk memberikan kelebihan dan kemampuan kepada sebahagian hamba-Nya bagi membolehkan mereka berijtihad. Ijtihad bukanlah suatu yang mustahil. Bahkan, di zaman kita ini ijtihad lebih mudah dilaksanakan kerana adanya kemudahan jalan- jalan ilmiah yang tidak ada pada zaman sebelum kita seperti percetakan, fotostat, komputer dan sebagainya lagi.

                Sementara orang yang tidak memahami ilmu bahasa (Arab) dan dalalahnya (petunjukkannya kepada sesuatu perkara), al-Quran dan sunnah serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya, tempat-tempat `khilaf (perselisihan) dan ijmak, Usul Fiqh, Qias, kaedah-kaedah `ta'arudh', `tarjih' dan sebagainya yang merupakan alat-alat asasi untuk berijtihad, adalah berkewajipan untuk merujuk kepada pakar-pakar ilmu sebagaimana manusia kebiasaannya merujuk dalam sesuatu masalah kepada pakarnya. Firman Allah:

                "Maka bertanyalah kamu kepada "Ahli Zikir" jika kamu tidak mengetahui. Al-Anbiya': 7

                Sangkaan sesetengah golongan yang mewajibkan semua manusia berijtihad adalah suatu yang tidak dapat diterima. Ianya adalah suatu yang tidak mungkin serta tidak mempunyai dalil.

                Semuga membantu

                Comment


                • #9
                  Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                  Originally posted by Mac Weng
                  mengapa pula org awam tak ada mazhab...so what is mazhab about??? kalo nak mazhab kena kaji dan perlu ada kitab2 mazhab...pasai ape pulak?

                  wahabi jerk kata tak perlu mazhab2 ni tak salah aku
                  Di atas adalah pendapat Dr Yusof al-Qaradhawi, kalau org awam cuba nak pertikaikan guna logik akal sendiri tanpa guna dalil al-Quran, hadis dan tanpa mendalami ilmu fiqh, inilah jadinya.. pening sendiri.

                  Dr Yusof al-Qaradhawi tu Wahhabi ke? Ana harap cerita wahhabi tidak di bincangkan di sini, kerana tidak byk manfa'at yg boleh diperolehi.

                  Comment


                  • #10
                    Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                    Kenapa orang Melayu kita generalized bermahzab Syafie?

                    Comment


                    • #11
                      Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                      terima kasih tj...... so dr ape yg saya paham...org awam ni seelok2 ikut lakan mazhab yg memang dah diajarkan kecuali mengetahui betul2 ape yg di sarankan oleh mazhab2 yg berlainan.....

                      kepada Pemusnah Dewa saudara tak menjawab pon soalan...dan saya tak memerlukan ape2 perbincangan tentang wahabbi...saya just buat pertanyaan tentang ape yg saya baca.....

                      dan saya juga nak tau jawapan yg sol_badguy tanya tu......

                      dan by the way saya tak ikut akal logik jerk berpikir saya baca dr artikel2 dan buku mengenai ni...... dan saya juga tak pandai dan utk mentafsir dan kurang pengetahuan tentang dalil2 dan juga hadis....... dan saya juga rasa saudara bukan mencari dan mengkaji sumber hadis ni sendiri.....so jgn la dok cakap org lain ikut logik akal jerk....
                      Last edited by Mac Weng; 15-11-06, 10:11 AM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                        mungkin boleh baca pasal Mengapa Kita Bermazhab kat sini ....

                        http://hembusan.blogspot.com/2005_12...n_archive.html

                        http://hembusan.blogspot.com/2006_02...n_archive.html

                        Comment


                        • #13
                          Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                          Originally posted by Mac Weng
                          so dr ape yg saya paham...org awam ni seelok2 ikut lakan mazhab yg memang dah diajarkan kecuali mengetahui betul2 ape yg di sarankan oleh mazhab2 yg berlainan.....
                          Apabila Dr Yusof al-Qaradhawi mengatakan org awam tidak perlu bermazhab beliau maksudkan di bawah ini

                          Originally posted by Tok Janggut
                          "Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

                          Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:

                          "Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh."
                          Org awam bebas memilih mazhab dan mencampur adukkan mazhab di dalam 'amal 'ibadah seharian mereka - ketika mereka merasakan sesuatu pandangan di dalam mazhab itu lemah, maka wajib dia berpindah ke mazhab yg lain.

                          Rakyat Malaysia umumnya mengguna pakai mazhab syafi'e, tetapi byk juga 'amal 'ibadah dan juga muamalah yg menggunakan mazhab lain. Cuma kebanyakan org awam tak tahu pun yg prinsip fiqh yg mereka pakai sebenarnya menggunakan mazhab lain.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                            Originally posted by Mac Weng
                            Mohon maaf, tetapi ana tidak sarankan melawati Blog yg begitu berani menfitnah Tokoh Mujaddid Syeikhul Islam Muhammad Bin abd Wahhab rhm, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-albani rhm, Syeikh 'Abd 'Aziz Bin Baaz rhm, Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rhm dan lain-lain tokoh Salafi.
                            Last edited by pemusnah_dewa; 15-11-06, 11:39 AM.

                            Comment


                            • #15
                              Re: Mengapa mesti mengikut mazhab? taqlid buta?

                              Pemusnah Dewa dah baca ke link yg saya kasi....dan saya tak cakap 100% ikut satu mazhab.... dan masalahnya ....org yg campur mazhab ni selalunya buat utk nak senang jerk......bile satu mazhab tu cam susah..mula la ikut yg lebih senang......ada diselidik betui mengapa camni pasai ape camtu.....kalo saudara rasa blog tu tak betui di syorkan la komen dan kasi pendapat.....

                              Comment

                              Working...
                              X