Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?



    Tak sempat nak search dah ada belum topik nih...just copy n paste dr Emel..

    Subject: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

    Assalamualaikum,

    Y Bhg Prof/ Prof Madya/ Dr./ Tuan/ Puan yang dirahmati Allah.

    Saya mendapat banyak pertanyaan berkenaan dengan perkara diatas. Oleh yang demikian bersama-sama ini disertakan jawapan bagi menerangkan apa yang masih menjadi kekusutan kepada kita khususnya bagi kaum muslimat.

    Puasa enam syawal tidak dinafikan termasuk sunnah yang thabit daripada Rasulullah s.a.w. Hadisnya tidak perlu dinyatakan lagi kerana terlalu masyhur dan sahih seperti riwayat Muslim, Ibn Majah dan Al-Nasaai.

    Apa yang menjadi masalah di sini ialah, sebahagian pendapat mengatakan boleh disatukan niat antara niat puasa qada’ (ganti) dengan niat puasa enam syawal. Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal.
    Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.

    Sepertimana wajib mengqada'kan solat terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat sunat. Dan tidak boleh menyatukan kedua-dua niat solat tersebut.
    Begitu juga halnya dengan mengabungkan 2 niat solat sunat. Contohnya seseorang memasuki masjid sedang ia menunggu untuk solat zohor. Dikerjakan dahulu solat sunat 2 rakaat. Adakah dia boleh mengabungkan niat solat sunat tahiyyatul masjid dan sunat qabliyyah?, jawapannya TIDAK BOLEH, begitu juga keadaannya gabung niat solat hajat dengan niat solat Dhuha dan sebagainya.
    Kesemua perkara ini tidak pernah berlaku dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan orang-orang yang terdahulu. Inikan pula pergabungan antara ibadat WAJIB + SUNAT. Sebab itulah tidak terdapat satu hadis sahih pun yang menerangkan mengenai masalah penyatuan niat, iaitu antara qada’ dan sunat syawal. KECUALI pendapat yang dinukilkan daripada perkataan Ibn Hajar al- Haithami r.h sahaja yang mengatakan HARUS.

    Seharusnya, seorang muslim hendaklah menyegerakan puasa qada’nya sebagaimana diperintahkan bukan sibuk berpuasa sunat tetapi suka melewat- lewatkan puasa qada’ yang diwajibkan.

    Ibn Abbas r.a berkata:

    "Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah meninggal dan dia masih mempunyai puasa qada’ yang belum sempat dihabiskan. Bolehkah aku mengqada’nya? Jawab baginda: Sekiranya ibumu mempunyai hutang, sanggupkah engkau menggantikannya? Jawab lelaki itu:
    Ya. Sabda Rasululah s.a.w: Oleh itu, hutang ALLAH lebih berhak digantikan."
    Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

    Perlu diketahui, keutamaan mendahulukan puasa qada’ jika waktu untuk berpuasa ssunat syawal masih panjang dan sempat untuk dia berpuasa selepas mengqada’ puasanya yang ditinggalkan. Dalam keadaan ini, diharuskan melewatkan puasa qada’. Ini kerana, kelebihan puasa enam syawal tidak akan diperolehi kecuali hanya pada bulan ini sahaja. Malah, ia hanya sebulan dalam setahun. Jika berlalu, tidak dapat lagi diganti pada bulan lain.
    Berbeza dengan puasa qada’ bulan Ramadan. Ia tidak terikat dengan bulan dan waktu. Ia boleh diganti pada bila-bila masa sahaja. Tetapi, ia wajib disegerakan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

    Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata:

    Maksudnya:
    "Pernah terjadi kepadaku, aku mempunyai puasa qada’ Ramadan tetapi aku tidak mampu menggantinya kecuali hanya bulan Sya'ban (sebelum Ramadan) kerana terlalu sibuk melayan Rasulullah s.a.w." “ Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

    Berdasarkan hadis ini, tidak mengapa melewatkan puasa qada’ bagi sesiapa yang tidak mampu atau kesempitan waktu tetapi dia tidak boleh menyatukan niat antara puasa qada’ dan puasa sunat syawal.

    Menurut asal hadis yang datang hanya memerintahkan qada’ puasa Ramadan dan menyegerakannya. Perselisihan hukum di sini hanya berkisar mengenai adakah boleh dilewatkan puasa qada’ untuk melakukan sunat bulan syawal. Menurut pendapat Oleh itu, keharusan untuk melewatkannya jelas sebagaimana hadis Aisyah r.a di atas dengan syarat ada ruang waktu yang boleh digantikan seluruh bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Inilah pendapat yang dipegang oleh jumhur ulama.
    Pengikut Imam Syafie dan Ahmad bin Hanbal berpendapat bahawa jika tidak sempat mengqada’nya kerana melewatkannya, dia telah berdosa kerana meninggalkannya tanpa keuzuran berdalilkan hadis Aisyah di atas. Malah, mereka berpendapat tidak boleh menta'khirkan yang lebih utama (qada’) berbanding yang kedua (sunat) seperti solat fardu.
    Pengikut bermazhab Hanafi mengharuskannya secara mutlak dan tidak berdosa.

    Diharapkan penerangan ini mampu merungkai kekusutan yang tersimpul dek ilmu yang kurang dikaji dan difahami.

    Wallahu a'lam

    ---

    RISWADI BIN AZMI

    Pegawai Hal Ehwal Islam
    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia

    Phone : 09-6684117
    Fax : 09-6692191

  • #2
    Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

    erm..apa yg aku prektis selama ni..dan dah tanya kat atuk aku (imam kg)..
    just niat poser ganti je...dia otomatik dpt pahala puasa 6 syawal..

    Comment


    • #3
      Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

      Originally posted by emy
      erm..apa yg aku prektis selama ni..dan dah tanya kat atuk aku (imam kg)..
      just niat poser ganti je...dia otomatik dpt pahala puasa 6 syawal..

      Pendapat yang kuat adalah apa yang dipostkan sebelum nie. tak ada gabung niat. Kalau tak kita solat wajib tak perlula solat sunat sebab boleh gabung sekali etc. Sebab tu la niat diperlukan. Utk membezakan wajib dan sunat utk membezakan kerana Allah atau bukan.

      wallahualam
      TJ

      Comment


      • #4
        Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

        Maknanya buat yg wajib dulu kasi habis pastu baru buat sunat ..gitu kan ?

        Comment


        • #5
          Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

          Originally posted by asura
          Maknanya buat yg wajib dulu kasi habis pastu baru buat sunat ..gitu kan ?
          Buat perkiraan sendiri. Kalau qada' katakan 4 hari dan sempat utk habiskan 6 syawal tu maka buatla qada' dulu. tapi katakan tak sempat. syawal tu sempat2 puasa 6 jer (kes beraya sampai lupa nak puasa sunat) maka dahulukan yang syawal kerana syawal sekali je setahun sedangkan qada' boleh sepanjang tahun. dalilnya hadis aisyah di atas.

          wallahualam
          tj

          Comment


          • #6
            Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

            oh ok...kira aku tak sempat la puasa sunat 6 syawal selama ni...
            sbb aku niat pun niat puasa qada'..takde sebut nak niat puasa syawal..

            takper lah..

            thn depan aku buat asing2..

            thanks TJ

            Comment


            • #7
              Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

              sempat lg la nak pose sunat emy kan?ari nih baru 22 syawal......ada 6 hr lg...

              cam saya awal tuh cam start nak buat Qada` dulu...pastuh wat2 malas.....ganti 3 hari...wat sunat lak 3 hari...esok dan seterusnya sambung 3 hr lg sunat...pastuh 4 hari lg ganti...insyaallah......
              perkiraan awal nak poser ganti direct...cam tak baper larat lak....tu yg benti dan wat sunat dulu....abis syawal sambung ganti semula......
              Last edited by Humairah; 14-11-06, 05:52 PM.

              Comment


              • #8
                Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                oohh..thks ye bukak topik ni...
                tak boleh gabung lah yee....

                tema kasih jugak tuk info ni :
                Buat perkiraan sendiri. Kalau qada' katakan 4 hari dan sempat utk habiskan 6 syawal tu maka buatla qada' dulu. tapi katakan tak sempat. syawal tu sempat2 puasa 6 jer (kes beraya sampai lupa nak puasa sunat) maka dahulukan yang syawal kerana syawal sekali je setahun sedangkan qada' boleh sepanjang tahun. dalilnya hadis aisyah di atas.

                wallahualam
                tj
                tok janggut
                nak tnya..kwn fir ada buku ni..skg ada depan mata..diterbitkan oleh Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

                di situ ada tulis niat puasa qadha Ramadhan & puasa sunat syawal skali..
                mcmana tu ye?

                Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana qadha puasa Ramadhan serta puasa sunat Syawal kerana Allah Taala

                TQ
                Last edited by tudung biru; 14-11-06, 09:09 PM.

                Comment


                • #9
                  Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                  Originally posted by tudung biru
                  oohh..thks ye bukak topik ni...
                  tak boleh gabung lah yee....

                  tema kasih jugak tuk info ni :


                  tok janggut
                  nak tnya..kwn fir ada buku ni..skg ada depan mata..diterbitkan oleh Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

                  di situ ada tulis niat puasa qadha Ramadhan & puasa sunat syawal skali..
                  mcmana tu ye?

                  Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana qadha puasa Ramadhan serta puasa sunat Syawal kerana Allah Taala

                  TQ
                  Memang ada ulama berpendapat dibolehkan utk menggabungkan niat. Banyak perkara dalam fiqh ulama berselisih pendapat. Tetapi kita berpegang pada yang lebih kuat dan tidak ada petunjuk nabi menggabungkan niat. Malah niat dalam buku tu pun tak de dalilnya dari al quran atau hadis. tak caya tanyalah dia org mana dalilnya. Niat letaknya di hati bukan pada lafaz.

                  wallahualam
                  TJ

                  Comment


                  • #10
                    Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                    perggh puasa nak disamakan dgn solat.....

                    Comment


                    • #11
                      Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                      tema kacih tj

                      mcmana kalau sblm ni dah buat gabung?
                      sah ke tak?
                      sbb tak tahu


                      TQ
                      Last edited by tudung biru; 15-11-06, 12:35 PM.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                        kalau sblm ni tak tau takpe..kot..
                        lepas ni jgn buat balik la..
                        isnin ni insyaAllah..aku nak buat puasa sunat je..
                        takut tak sempat abis syawal plak..
                        kang datang bulan lagi..langsung tak sempat..
                        Last edited by Tok Janggut; 18-09-10, 06:40 PM.

                        Comment


                        • #13
                          Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                          Originally posted by tudung biru View Post
                          tema kacih tj

                          mcmana kalau sblm ni dah buat gabung?
                          sah ke tak?
                          sbb tak tahu


                          TQ
                          Assalamualiakum;

                          waaa.. ini posting tahun 2006. Saya terlepas pandang.

                          Bagi yang berpegang kepada pendapat tidak ada gabungan dalam niat dan telah melakukannya, hendaklah dia mengulang qada' puasa wajib tersebut sekarang. Ini kerana puasa wajib qada tidak ada tarikh luput sehinggalah kita mati.

                          Waalahualam
                          tj

                          Comment


                          • #14
                            Re: Niat 6 Syawal + Niat Puasa Qada'= adakah boleh?

                            alhamdulillah..jpa pasal topic ni. dh lama mencari..

                            Comment

                            Working...
                            X