Announcement

Announcement Module
Collapse
No announcement yet.

Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

Page Title Module
Move Remove Collapse
X
Conversation Detail Module
Collapse
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

    Assalamualaikum

    Kewujudan wali-wali sama ada yang diakui oleh orang lain atau diangkat oleh dirinya sendiri amat biasa kita dengar selepas kewafatan nabi s.a.w. Malah selepas nabi wafat sendiri ada manusia mengaku dirinya nabi.

    Terdapat banyak sebab sama ada peribadi seperti kuasa, politik, wang ataupun atas sebab lain seperti gila atau terpengaruh dengan syaitan.

    Namun apa pandangan sebenar Islam dalam hal ini. Apakah tidak wujud wali yang mempunyai kelebihan-kelebihan. Kalau ada apa pegangan kita sebagai ahl sunnah?

    Insya-Allah saya tuliskan sedikit dari pengetahuan saya.


    Pegangan pertama ahli sunnah wal jamaah

    " Setiap kata orang boleh diterima atau ditolak kata-katanya melainkan kata-kata rasullulah s.a.w" (kata-kata Imam malik)

    Penjelasan:

    Tidak ada Ismah (pemeliharaan dosa) selain daripada rasullulah s.a.w. Firman Allah swt:

    "Dan tidak lah dia (nabi saw) bercakap menurut hawa nafsu semata-mata. Dia tidak bercakap melainkan mengikut wahyu yang diwahyukan" (An Najm: 3-4)

    Manakala selain dari rasullulah s.a.w contohnya dari kalangan ulama, pemimpin, wali-wali, tok-tok guru ia mungkin benar dan mungkin salah terpulang bagaimana ia memenuhi al quran dan as sunnah.

    Pegangan kedua ahli sunnah

    "Mencintai orang-orang yang soleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

    Wali-wali Allah iaitu mereka yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran adalah orang yang beriman dan bertaqwa. Keramat yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat yang bertepatan dengan syarak serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai Allah swt.

    Mereka tidak mampu memberikan manfaat atau mendatangkan mudharat ketika hidup ataupun setelah mereka mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurnia yang ada pada mereka itu pada orang lain.

    Penjelasan:

    Rentetan dari pegangan pertama tadi kita jelas bahawa terdapat manusia yang digelar wali Allah.

    Maksud Ayat Quran:

    "Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan terhadap mereka dan tiada pula mereka berdukacita" (Yunus: 62)

    Maka dari ayat ini jelas bahawa wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertaqwa. Allah menyebut dalam surah al baqarah ayat 257. Rujuk juga surah muhammad ayat 11.

    "Allah adalah pelindung/wali kepada orang yang beriman"

    Kewujudan keramat bagi wali-wali

    Terdapat tiga pendapat bagi kewujudan keramat ini:

    1. Golongan yang tidak mempercayai kewujudan keramat ini kecuali ke atas nabi-nabi.
    2. Golongan yang menganggap bahawa semua keajaiban yang berlaku ke atas seseorang itu semuanya menandakan dia adalah wali tanpa membezakan di antara keramat kerana taqwanya dan keramat kerana syaitan.
    3. Golongan yang beranggapan bahawa keramat itu berlaku kepada wali-wali Allah yang bertaqwa dan membezakan dengan perkara luar biasa yang berunsur kesyaitanan yang terjadi dikalangan orang derhaka. Pendapat ini adalah benar. (ibn Taimiyah Al Fatawa: 11/249-295)

    Syarat menjadi wali yang utama ialah iman dan taqwa. Imam Ibn Taimiyah juga berkata:

    "Para auliyah Allah telah sepakat mengatakan bahawa jika terdapat sseorang lelaki yang mampu terbang di udara atau berjalan di atas air janganlah terpedaya dengannya sehingga diperhatikan sejauh mana dia mengikut jejah rasullulah s.a.w dan menuruti segala perintahnya larangannya" (Al Fatawa: 11/214)

    Kejadian luar biasa yang berlaku kepada seorang yang bertaqwa dan beriman haruslah dia fahami dalam konteks dan kefahaman Islam sebenar. Semoga kisah di bawah menjadi pedoman:

    'Iyad menceritakan kisah seorang faqih bernama Abu Maisarah al Maliki yang pada suatu malam sedang berada di mihrabnya sembahyang dan berdoa sehingga dia mendapat kejernihan hati.

    Tiba-tiba mihrabnya terbelah dua dan keluar cahaya terang benderang kemudian ia berubah rupa menjadi seperti bulan seraya berkata: " Limpahilah dirimu dengan cahayaku wahai Abu Maisarah. Akulah tuhanmu yang maha tinggi."

    Lantas Abu Maisarah meludah kepada cahaya itu sambil berkata: "Pergi kau *******! sesungguhnya lakhnat Allah ke atas mu!"

    Begitu juga perkara yang berlaku kepada Abdul kadir Al Gilani ketika ia berasa dahaga awan datang kepada nya lalu mentisikan sesuatu menyerupai hujan renyai. Tiba-tiba bergema suara dari celah awan:

    "Wahai si fulan. Sesungguhnya aku telah menghalalkan apa yang telah diharamkan bagimu". Lantas abdul kadir berkata "PErgilah engkau wahai lakhnat"

    Ia ditanya oleh rakannya: "Bagaimana engkau tahu itu adalah iblis?" jawbnya

    "kerana ia menghalalkan benda yang diharamkan"

    Inilah wali sebenar yang faham konsep bahawa karamah/keramat yang berlaku ke atas mereka adalah kurniaan Allah selagi mana ia tidak menyalah syarak. Apabila ia telah menyalah syarak tahulah mereka itu sebenarnya adalah ujian Allah yang didatangkan di atas bentuk kurniaan dari syaitan/iblis.

    manusia tidak boleh memberikan mudarat dan manfaat kepada manusia lain

    "Sesungguhnya Allah menimpakan sesuatu mudarat keapdamu maka tiada siapa yang mampu menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika ALlah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaNya" (surah Yunus: 107)

    Sedangkan nabi sendiri tidak mampu mengetahui yang ghaib dan juga tidak mampu mendatangkan mudarat dan manfaat. Inikan pula kita.

    firman Allah:

    "Katakanlah, aku tidak berkuasa menarik manfaat bagi diriku dan tidak pula menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib tentulah aku membuat kebajikan banyak-banyak dan aku tidak ditimpa kemudaratan. " Al A'raf: 188

    Jadi semua insya-Allah di sini kita jadikan panduan bahawa memang wujud wali Allah dan kita boleh menjadi walinya selagi kita beriman dan bertaqwa. Wali ALlah ini tidak semestinya boleh terbang, berjalan atas air dll. Orang biasa macam kita pun boleh menjadi walinya selagi kita beriman dan bertaqwa.

    Kurniaan Allah ke atas mereka adalah kurniaan untuk diri mereka sendiri. Ia tidak boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada orang lain.

    wallahualam
    TJ

  • #2
    Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

    Originally posted by Tok Janggut
    Assalamualaikum


    Jadi semua insya-Allah di sini kita jadikan panduan bahawa memang wujud wali Allah dan kita boleh menjadi walinya selagi kita beriman dan bertaqwa. Wali ALlah ini tidak semestinya boleh terbang, berjalan atas air dll. Orang biasa macam kita pun boleh menjadi walinya selagi kita beriman dan bertaqwa.


    TJ
    Waalaikumsalam, just nak share

    Saya telah membaca riwayat hidup beberapa org yang digelarkan sebagai wali wali allah termasuklah wali2 ditanah melayu antaranya seperti Mohamad yusof (Tok kenali), Tok Selehong (kelantan), Tokku Paloh dan beberapa org lagi. (Buku:wali2 di tanah melayu). Sy mendapati kesemua mereka memiliki ciri2 seperti yg dinyatakan oleh tok janggut dan kesemuanya berbaiah atau mengikuti tarekat (sufism).

    Selain itu, jika dikaji riwayat hidup imam2 dan ulamak2 yg muktabar seperti imam2 mazhab, imam2 selepas tersebut, wali2 yg terkenal mereka turut berbaiah.

    sekian

    Comment


    • #3
      Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

      firman Allah :
      “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhawatiran pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Yaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (Yunus: 62-63) [Al-Furqan dalam kitab Majmu’atut Tauhid hal. 339]

      Definisi Wali
      Kata ‘wali’ bila ditinjau dari segi bahasa berasal dari kata ‘al-wilayah’ yang artinya adalah ‘kekuasaan’ dan ‘daerah’ sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Sikkit t. Atau terambil dari kata ‘al-walayah’ yang berarti pertolongan.
      Menurut syariat, wali (wilayah, walayah) artinya kedudukan yang tinggi di dalam agama yang tidak akan dicapai kecuali oleh orang-orang yang melaksanakan tuntunan agama baik secara lahir maupun batin.
      Dari sini, wilayah (kewalian) memiliki dua sisi pandang:
      Pertama, sisi yang terkait dengan hamba yaitu melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan kemudian secara bertahap dia meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah.
      Kedua, sisi yang terkait dengan Allah, yaitu Allah akan mencintai dia, menolongnya, dan mengokohkannya di atas sikap istiqamah. (Madkhal Syarh Ushul I’tiqad, 9/7)

      Siapakah Wali Allah ?
      Al-Imam Ath-Thabari t mengatakan: “Wali Allah adalah orang yang memiliki sifat seperti yang telah disebutkan Allah yaitu beriman dan bertakwa.” (Tafsir Ath-Thabari, 11/132)
      Ibnu Katsir t mengatakan: “Wali-wali-Nya adalah mereka yang beriman dan bertakwa sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah  tentang mereka sehingga setiap orang yang bertakwa adalah wali-Nya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/422)
      Al-Baidhawi t berkata: “Wali Allah adalah orang-orang yang mewujudkan ketaatan kepada Allah dan orang-orang yang diberikan segala bentuk karamah.” (Tafsir Al-Baidhawi, hal. 282)
      Ibnu Rajab Al-Hambali t mengatakan: “Wali Allah  adalah orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai amalan yang bisa mendekatkan diri kepada-Nya.” (Jami’ Al-‘Ulum wal Hikam, hal. 262)
      Ibnu Abil ‘Izzi t berkata: “Wali Allah adalah orang yang selalu melaksanakan segala yang dicintai Allah  dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya dengan segala perkara yang diridhai-Nya.” (Syarah Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, hal. 360)
      Al-Hafidz Ibnu Hajar t mengatakan: “Wali Allah adalah orang yang berilmu tentang Allah dan dia terus-menerus di atas ketaatan kepada-Nya dengan mengikhlaskan peribadatan.” (Fathul Bari, 11/342)
      Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah t berkata: “Wali Allah adalah orang yang beriman dan bertakwa.” Dalam kesempatan lain beliau berkata: “Mereka adalah orang-orang yang beriman dan ber-wala’ (loyal) kepada Allah . Mereka mencintai apa-apa yang dicintai-Nya, membenci apa-apa yang dibenci-Nya, ridha terhadap apa-apa yang diridhai-Nya, murka terhadap apa-apa yang dimurkai-Nya, memerintahkan kepada apa-apa yang diperintahkan-Nya, mencegah apa-apa yang dicegah-Nya, memberi kepada orang yang Dia cinta untuk diberi, dan tidak memberi kepada siapa yang Dia larang untuk diberi.” (Al-Furqan dalam kitab Majmu’atut Tauhid, hal. 329)
      Al-Hafidz Ibnu Ahmad Al-Hakami t mengatakan: “Wali Allah adalah setiap orang yang beriman kepada Allah , bertakwa kepada-Nya dan mengikuti Rasulullah .” (A’lamus Sunnah Al-Manshurah, hal. 192)
      Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin t berkata: “Wali Allah adalah orang-orang yang telah dijelaskan dalam firman-Nya (Yunus: 62-63).” Kemudian beliau menukilkan ucapan Ibnu Taimiyyah t: “Barang siapa yang beriman dan bertakwa maka dia adalah wali Allah .” (Syarah Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah hal. 626)

      Comment


      • #4
        Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

        Bagaimana pula kedudukan seseorang sheikh atau mursyid yang bukan sahaja mengaku wali malah mengaku jadi ketua kepada semua para para wali. Antaranya mengaku:-

        menerima ilham secara langsung dari Allah;
        berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan sedar;
        menghadiri dan jadi pengerusi sidang para wali di alam ghaib entah dimana entah;
        mengaku boleh berhubung dengan para malaikat dan alam ghaib;
        boleh meramal ketentuan Allah apa yang akan berlkau:
        macam macam lagi.

        Terdapatkan seorang manusia yang memiliki keistemewaan ini?
        Secara peribadi saya sangat sukar untuk menerima hakikat ini.

        Comment


        • #5
          Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

          Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

          Tafsirnya: "(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa."

          (Surah Yunus: 63)

          Pada kebiasaannya wali-wali Allah ini dikurniakan kepada mereka keramat. Keramat adalah perkara luar biasa yang dihubungkan kepada wali-wali Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai kelebihan dan kemuliaan daripada Allah terhadap wali-waliNya itu. Perkara-perkara yang luar biasa itu nisbah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul disebut sebagai mu‘jizat.

          Menurut Syeikh Yusuf bin Syeikh Ismail An-Nabhani tanda atau alamat bagi kewalian seseorang itu ialah apabila berlaku atasnya taat yang berterusan terhadap Allah dengan tidak diselangselikan oleh sebarang perbuatan maksiat dan berlaku ke atasnya pemeliharaan dan perlindungan Allah dari segala rupa maksiat serta dikekalkan dia dalam taufiq kerana ketaatannya itu.

          Melihat kepada tanda-tanda yang disebutkan di atas, adalah tidak semestinya keganjilan atau keanehan sebagai tanda seseorang itu menjadi wali Allah. Dalam hubungan ini pengarang kitab Jame‘ Karamat Al-Auliya’ menjelaskan bahawa seseorang yang berkehendakkan sesuatu dalam perkara dunia, dan hajatnya itu telah diperkenankan oleh Allah, maka itu tidaklah semestinya menandakan ianya seorang yang taat dan hampir kepada Allah Subahanahu wa Ta‘ala, kadang-kadang hanya kerana hormat Khalik kepada hambaNya. Ataupun kadang-kadang ianya berupa istidraj iaitu pemberian daripada Allah kerana sebab-sebab tertentu atau dengan kata-kata lain Allah mengumpan kiranya orang itu akan bertambah-tambah sesat dan kufur.Para wali tidak akan mengaku diri mereka wali dan mereka sentiasa merendah diri dengan ilmu yang mereka miliki.......

          Comment


          • #6
            Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

            Originally posted by shah

            Pada kebiasaannya wali-wali Allah ini dikurniakan kepada mereka keramat. Keramat adalah perkara luar biasa yang dihubungkan kepada wali-wali Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai kelebihan dan kemuliaan daripada Allah terhadap wali-waliNya itu...
            .
            .
            .
            Melihat kepada tanda-tanda yang disebutkan di atas, adalah tidak semestinya keganjilan atau keanehan sebagai tanda seseorang itu menjadi wali Allah.
            .
            .
            .
            Para wali tidak akan mengaku diri mereka wali dan mereka sentiasa merendah diri dengan ilmu yang mereka miliki.......
            Salam, setuju dgn kenyataan shah tersebut. Wali sebenarnya berkaitan dgn maqam manusia disisi tuhan. Wali tidak mengetahui mereka adalah wali, Jika mereka tahu pun mereka x akan mengaku melainkan wali palsu. Wali juga tidak menunjuk-nunjuk keramat yg diperoleh kepada umum. Malah jika dikurniakan keramat, mereka bertambah patuh kepada Allah.

            Bg saya, bila bincangkan ttg wali.. adalah lebih baik dikurangkan berbincang ttg keramat yg ada pada mereka. Lebih baik kita melihat bagaimana cara hidup mereka sehinggakan mereka diangkat menjadi wali..

            Comment


            • #7
              Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

              adakah keramat wali tue benar?

              Comment


              • #8
                Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                Originally posted by Tok Janggut View Post
                Assalamualaikum


                'Iyad menceritakan kisah seorang faqih bernama Abu Maisarah al Maliki yang pada suatu malam sedang berada di mihrabnya sembahyang dan berdoa sehingga dia mendapat kejernihan hati.

                Tiba-tiba mihrabnya terbelah dua dan keluar cahaya terang benderang kemudian ia berubah rupa menjadi seperti bulan seraya berkata: " Limpahilah dirimu dengan cahayaku wahai Abu Maisarah. Akulah tuhanmu yang maha tinggi."

                Lantas Abu Maisarah meludah kepada cahaya itu sambil berkata: "Pergi kau *******! sesungguhnya lakhnat Allah ke atas mu!"

                wallahualam
                TJ
                Ujian yang seperti ini betul-betul mencabar. Silap sikit jer, out. Naudzubillah. Tetapi Abu Maisarah telah dikurniakan Allah iman yang teguh dan ilmu yang mantap. Kita tak akan melihat Allah selagi belum dibangkitkan di Mahsyar.

                Comment


                • #9
                  Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                  Wali Songo dan Tok Kenali...mereka nie Wali2 Allah,right?

                  Comment


                  • #10
                    Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                    salah satu tokoh agama terkenal di nusantara..
                    cube aku nak double konfem..betul ke wali nie ade keramat?
                    sebab kalo baca ttg tok kenali ..terutama deal with penjajah..ade certain bende happen...

                    Comment


                    • #11
                      Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                      Bercakap pasal tok kenali nie,saya ada baca pasal riwayat hidupnya.Kisah yang paling tak boleh saya terima ialah waktu beliau memasukkan semula ulat2 yang menghurungi tumit kakinya selepas berwuduk.Katanya rezeki ulat2 itu di bawah tumit kakinya.Jadi sejauh mana kebenaran tulisan dlm buku itu.

                      Comment


                      • #12
                        Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                        yup..gebang,
                        riwayat tue yang slalu didengar..
                        jadi tue kene pastikan sama ada mmg ade or wujud keramat mcm tue?

                        Comment


                        • #13
                          Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                          Originally posted by Gebang View Post
                          Bercakap pasal tok kenali nie,saya ada baca pasal riwayat hidupnya.Kisah yang paling tak boleh saya terima ialah waktu beliau memasukkan semula ulat2 yang menghurungi tumit kakinya selepas berwuduk.Katanya rezeki ulat2 itu di bawah tumit kakinya.Jadi sejauh mana kebenaran tulisan dlm buku itu.
                          Benda ni aku tak heran. Kalau kita baca kisah
                          Nabi Ayub yang diuji dengan penyakit sampai berulat kepalanya kita akan teruja betapa hebatnya iman dan sifat kasih sayang mereka. Selepas Nabi Ayub bangun dari sujud terlihatlah ulat-ulat jatuh dari kepalanya. Nabi Ayub ambil balik ulat-ulat tu dan letak balik di kepalanya. Nabi Ayub akan rasa bersalah jika ulat-ulat itu mati tak makan. Rezeki ulat tu di kepala dia.

                          Kesimpulannya, tahap keimanan kita amat rendah kalau nak dibandingkan dengan para wali ni apatah lagi nabi. Kita demam sikit pun dah merungut, malas nak solat. Silap la pulak kalau kita yakin dengan telan panadol demam akan hilang, padahal sepatutnya kita yakin Allah yang sembuhkan. Panadol tu asbab jer... kalau Allah nak hilangkan sakit tanpa makan ubat pun boleh. Kalau lepas makan panadol tiba-tiba Allah nak bagi 'jalan' terus pun tak mustahil.

                          Comment


                          • #14
                            Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                            ajaibnya wali allah.....imannya mantop.....hehe....(baca ikut slang ustaz zawawi mari mengaji.....)

                            Comment


                            • #15
                              Re: Wali Allah yang ajaib. Wujudkah?

                              Nabi Ayub memang kisahnya termaktub dlm syarah hadis dan kitab tafsir.Tarafnya memang nabi,mana nabi yang kita baca kisahnya tak ada dugaan.Boleh dikatakan semua nabi ada cabaran dan dugaan masing2 ketika menyampaikan dakwah.
                              Kalau Wali pula,mereka nie tak laa sampai tahap tuh.Rapatnya mereka dengan Allah menyebabkan mereka mendapat "karamah" dariNya.
                              Mcm Indonesia,kan dulu ada kisah Wali Songo.Menurut riwayat,mereka nie adalah "hero" kerana jika tidak akan jasa mereka menentang penjajahan Majapahit dan Belanda,maka pasti Indonesia masa ini sudah "ingkar" semuanya akan arahan Allah.

                              Comment

                              Working...
                              X